You are on page 1of 25

9.

0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

9.1 PENGENALAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan


insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib,
selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan kemahiran


asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga
Tahun 6. Kemahiran-kemahiran bahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu (mendengar
dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula,


mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan kecekapan berbahasa
dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh
bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan


(SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan
dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi
huraian, kemahiran bahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah
perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi fokus kepada Hasil


Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan
kemahiran bahasa dan menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa serta disokong
oleh elemen Pengisian Kurikulum. Elemen yang terdapat di dalam pengisian kurikulum
ialah aspek nilai, ilmu, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme dan konstektual.

9.2 DEFINISI

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen perincian kepada Sukatan


Pelajaran untuk memudahkan guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dan
mencapai objektif Huraian Pembelajaran Utama dan Huraian Pembelajaran Khusus.

9.3 CIRI-CIRI HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

1. Huraian Sukatan Pelajaran mempunyai tiga lajur iaitu hasil pembelajaran,


huraian hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti yang menunjukkan aras
perbezaan murid bagi kemahiran yang berkenaaan contohnya kemahiran
mendengar. Contohnya :
Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Cadangan aktiiviti
Pembelajaran
 Terdapat  Mempunyai aras
Huraian 1, 2 dan 3
Pembelajaran
Utama dan
Huraian
Pembelajaran
Khusus

Dalam Huraian Hasil Pembelajaran, terdapat tiga aras yang mengikuti aras
Taknsonomi Bloom. Aras 1 merupakan aras yang minimum yang perlu dikuasai oleh
murid-murid Kemudian, aras 2 dan 3 merupakan aras yang mencabar yang perlu
dikuasai oleh murid setelah mereka menguasai aras 1.

2. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran terdapat Konsep 5p iaitu :

Penggabungjalinan

Penilaian Penyerapan

KONSEP
5P

Pemulihan Pengayaan

Rajah 1.0 : Konsep 5P


9.4 PERBEZAAN SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

SUKATAN PELAJARAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

 Definisi : Dokumen standard  Definisi : Dokumen perincian


yang digunakan oleh guru kepada Sukatan Pelajaran untuk
sebagai garis panduan untuk memudahkan guru melaksanakan
melaksanakan aktiviti pengajaran pengajaran dan pembelajaran dan
dan pembelajaran. mencapai objektif Huraian
Pembelajaran Utama dan Huraian
Pembelajaran Khusus
 Sama bagi setiap sekolah  Berbeza di antara sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan. kebangsaan.
 Mempunyai matlamat dan 10  Tiada
objektif
 Tidak mempunyai Konsep 5p  Mempunyai Konsep 5P iaitu
Pengabungjalinan, Penerapan ,
Pengayaan, Pemulihan dan
Penerapan

10.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berdasarkan Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang
teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran pula, strategi ini bermaksud kebijaksanaan guru mengurus
perlaksanaan p dan p dalam bilik darjah. Menurut Kementerian Pelajaran (1983 :
27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan
mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka
supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya
sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di
dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen
kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta
kesenian dan rekreasi. 

Strategi ini bertujuan : 


I. Membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan
lebih bermakna.
II.  Mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik.
III. Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
IV. Kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.

10.1 KONSEP 5P

Konsep 5P adalah tajuk di bawah Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu di peringkat sekolah. Konsep ini merupakan satu saranan supaya bidang-
bidang kemahiran atau bahan-bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan secara bersepadu bagi memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semua elemen di dalam 5P ini dijalankan secara bersepadu
dan bukan secara berasingan. 5P terdiri daripada penggabungjalinan, penyerapan,
pemulihan, pengayaan dan penilaian.

10.2 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan didefinisikan sebagai suatu pengolahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek
kemahiran bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu
dengan lain dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi
penggabungan beberapa kemahiran mata pelajaran lain, bahan dan juga aktiviti.

10.2.1Tujuan penggabungjalinan :
1) Kemahiran bahasa dapat dikuasai secara serentak iaitu kemahiran lisan
( mendengar dan bertutur, kemahiran mambaca dan menulis.
2) Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan kerana guru dapat
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
3) Berpeluang untuk menggunakan kemahiran semula jadi.
4) Melibatkan pelbagai kemahiran, iaitu kemahiran lisan membaca dan menulis.
5) Melibatkan ramai pelajar.

10.2.2 Bentuk-bentuk penggabungjalinan :

1) Penggabungjalinan kemahiran bahasa

Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada empat kemahiran yang sering dijalankan
dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau
semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.  Perlu diingat bahawa susuanan atau
cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada
kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah
mengetahui : 
a) Apakah objektif yang hendak dicapai? 
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? 
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan
berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang
diperuntukkan.

Contohnya :

Lisan  … membaca … menulis 


Membaca … lisan  … menulis 
Lisan  … membaca … lisan 
Lisan   … menulis … membaca 

2) Penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran lain

Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran


daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran
bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni
dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran
pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH :

Tajuk   : Kawan saya. 


Kemahiran Bahasa  : Membaca dan menulis tentang kawan saya. 
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. 
Kemahiran Muzik  : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan  perbendaharaan
kata yang digunakan dalam bacaan.

3) Penggabungjalinan aktiviti

Penggabungjalinan aktiviti ini berlaku sekurang-kurangkan menggabungkan dua


aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti ini
merangkumi aspek lisan, bacaan, kefahaman dan tulisan. Guru perlu merancang
penggabungjalinan dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.
Contohnya :

a) Berceramah - mencatat isi


b) Bercerita – berbincang – menulis karangan
c) Membaca – mengesan isi – mengulas – menulis ulasan

4) Penggabungjalinan bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema


pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan terdiri daripada bahan utama atau bahan
sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai
dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Contohnya :

a) Rencana – gambar

10.3 Penyerapan

Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata


pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Selain itu,
penyerapan juga bermaksud proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran yang diajar.

10.3.1 Penyerapan Ilmu Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan


pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang
dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi
mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains
dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses


penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran
dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah
beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang
hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.

10.3.2 Penyerapan nilai murni

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam


pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan
semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang
tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah


berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan
eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah
menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila
guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung
secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran,
contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang
difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu


peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara
yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta
menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang
mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni
dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari
Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang
bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih
terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang
jelas.

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu:

NILAI CONTOH

Baik hati 1. Belas kasihan


2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan

Berdikari 1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung
kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi 1. Kesopanan


2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra

Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa


2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa


2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan
keharmonian

Keadilan 1. Bertindak adil


2. Sentiasa saksama

Kebebasan 1. Kebebasan di sisi undang-undang


2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli


2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab

Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri


2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran 1. Bersifat amanah


2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan 1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun

Kerjasama 1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan

Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan


kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan
dan tingkah laku

Kesyukuran 1. Berterima kasih


2. Mengenang budi
3. Menghargai

Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan


2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka

Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat


2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan
masyarakat

Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia


2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif
10.3.3 Penyerapan kewarganegaraan

Penyerapan unsur semangat patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu adalah untuk memupuk semangat cinta dan setia kepada tanah air. Ia
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan mempunyai semangat cinta
akan bangsa dan negara.

10.3.4 Penyerapan peraturan sosio-budaya

Peraturan sosio-budaya mencerminkan falsafah dan kebudayaan masyarakat


Malaysia. Kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa merupakan peraturan
sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu yang diamalkan dalam kehidupan
masyarakat Malaysia.

10.3.5 Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah

Bagi menerapkan kemahiran bernilai tambah ini ke dalam diri setiap pelajar,
terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai tambah menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2003). Komponen-komponen inilah apa yang disebut sebagai
kemahiran bernilai tambah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi teknik dan kaedah pengajaran tertentu.
Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang dinyatakan dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003 adalah seperti dalam rajah
berikut. Terdapat lima komponen kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam
bahasa Melayu.

Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar

Kemahiran Kecerdasan KOMPONEN-KOMPONEN Kemahiran Kajian


Pelbagai KEMAHIRAN BERNILAI Masa Depan
Rajah 5 : Komponen-komponen kemahiran bernilai tambah

1. Kecerdasan Pelbagai

Dalam konteks kecerdasan pelbagai, Howard Gardner (1983) (dalam Haliza


Hamzah et. al (2009) mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan
budaya. Kecerdasan pelbagai bukan sahaja diperluas keluarga kecergasan, malah
menjana definisi dan konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Dalam
hal ini, dapat kita fahami konsep kecerdasan pelbagai itu sebagai kebolehan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana
masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan
perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecergasan
yang terkandung dalam kemahiran kecerdasan pelbagai ialah seperti dalam jadual di
bawah berikut.:

Jenis Kecerdasan Huraian


Verbal Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan
dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan
mengingat maklumat, menyakinkan orang lain, serta
bercakap tentang bahasa itu sendiri.
Logik matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan
bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor
asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan
menjangka.
Visual-ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,
warna dan garisan, termasuklah kebolehan
mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah
kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan
dan keseimbangan.
Muzik Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah
kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau
mengubah rentak dan tempoh dalam melodi dengan
mudah.
Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan
kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain
secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai
sesuatu projek.
Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,
kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran
bagaimana seseorang itu sama ada berbeza dengan
orang lain. Kecerdasan ini juga membantu individu
menangani perasaan, beradap sopan, serta mengawal
kemarahan atau kesedihan diri.
Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-
tumbuhan, galian, dan binatang, termasuk rumput dan
batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna. Kecerdasan
ini juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak
budaya dari segi pekaian dan makanan.

Jadual 1 : Jenis-jenis kecerdasan pelbagai

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa terdapat lapan
jenis kecerdasan pelbagai. Kecerdasan pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam
pengajaran kerana dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Di samping itu,
kemahiran ini dapat menghasilkan pelajar yang seimbang, model kecerdasan pelbagai
membantu murid memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang.
Kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran kerana pelajar dapat menerima
persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid
adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Kecerdasan pelbagai membantu
guru memahami motivasi murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara murid
dapat belajar dan menunjukkan kefahaman mereka. Murid lebih bermotivasi untuk
belajar dengan cara yang lebih selesa jika cara ini digunakan.

1. Kemahiran berfikir

Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), beliau menyatakan kemahiran berfikir adalah
apa sahaja proses kognitif yang diperincikan dalam satu set langkah-langkah yang jelas
yang kemudiannya digunakan untuk memandu pemikiran. Contohnya, membuat
inferens atau andaian adalah proses kognitif yang terlibat dalam kebanyakan kurikulum
yang standard. Daripada definisi ini, dapat difahami bahawa kemahiran berfikir
merupakan sebarang bentuk atau proses mental atau pemikiran yang berlaku dalam
minda kita. Pemikiran itu boleh menjadi apa sahaja jenis atau bentuk pemikiran yang
dihasilkan dalam minda kita kerana perkara utama yang dilihat ialah berlakunya proses
penjanaan atau pensintesisan tentang apa sahaja menggunaka minda kita.
Edward de Bono (1976) menyatakan berfikir ini melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan menyelesaikan masalah. Beliau menambah bahawa berfikir ini merupakan
pembentukan idea, pembetukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam
bentuk tertentu. kurikulum kemahiran berfikir secara kreatif dan kritif, kemahiran berfikir
dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu kemahiran berfikir secara kritis
dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis banyak digunakan
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan merujuk kepada keberkesanan
seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-
satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada
bukti dan sebab musabab.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan ini, dapat kita fahami bahawa
kemahiran berfikir ialah sebarang proses kognitif atau mental yang berlaku dalam
minda dan pemikiran kita. Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir adalah
seperti berikut.

 Mengelakkan kesilapan berfikir, iaitu berfikir secara terburu-buru dan berfikir


secara sempit
 Mengelakkan kesilapan membuat keputusan
 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif
 Memperkembangkan daya intelek
 Meningkatkan daya fikir dan kreativiti
 Berfikir di luar kotak pemikiran
 Merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju\

2. Kajian masa depan


Pengajaran berasaskan kajian masa depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik
generasi baru yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Kajian masa depan
akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh
dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai
dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan. Pengajaran masa depan
membolehkan murid menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang
berperanan aktif pada masa depan.

Mengikut Umar Alkhatab (dalam Mok Soon Sang (2004)), mengatakan


“Berilah pendidikan kepada anak-anak kamu yang dilahirkan untuk zaman lain daripada
zaman kamu”. Dalam dunia sekarang, terdapat banyak perubahan yang pesat dan
mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan asas
untuk membuat keputusan dan merancang. Era globalisasi telah menyebabkan
perhubungan fizikal dan sosial di dunia semakin dekat. Kajian yang berlaku di sesuatu
tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran
berpandangan jauh ini memberi perlindungan daripada kesan-kesan tersebut. Selain
itu, berpandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah
pencegahan sebelum krisis berlaku.

Sekiranya krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani


perubahan dan kesan daripada krisis tersebut. Pengajaran masa depan membolehkan
murid menghadapi kekangan-kekangan pada masa depan. Mereka diperkenalkan
dengan prinsip perancangan strategik. Bayangan dan andaian tentang masa depan
boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan
dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk
mencapai masa depan yang diingini. Selain itu, remaja selalunya menunjukkan
keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan
dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara
penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam
menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.
Secara totalnya, dapatlah kita simpulkan tentang kajian masa depan itu sebagai
kemahiran berfikir tentang sesuatu yang akan atau mungkin berlaku pada masa depan
yang akan membantu kita memandu tindakan kita pada masa sekarang untuk
menghasilkan kesan yang baik pada masa depan.

3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Kamarudin Hj. Husin (1995) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi


dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid
dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada
hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik,
audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi ini dapat digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat
pembelajaran dan pengajaran.

Hal ini bermaksud bahawa murid perlu terlibat dalam penggunaan dan bukan
sekadar mengikuti pembelajaran tersebut menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi sahaja. Dengan yang demikian, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian
dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet.
Kemahiran ini akan dapat melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan
teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaan teknologi maklumat
menurut dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid
adalah seperti berikut :
 Mengakses maklumat yang sukar diperoleh terutama berkaitan isu semasa dan
global.
 Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal
untuk diperoleh.
 Meningkatkan kreativiti, keyakinan diri dan imaginasi murid melalui tugas projek
dan aktiviti kumpulan.
 Memberi peluang kepada murid belajar dengan berkesan dengan bimbingan
yang minimum daripada guru.
 Meningkatkan kemahiran TMK melalui penggunaan secara professional.

4. Kemahiran Belajar

Kamarudin Hj. Husin (1995) menjelaskan bahawa belajar adalah satu proses tindakan
yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkahlaku yang
baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi
dengan persekitarannya. Dalam hal ini, belajar dilihat sebagai perubahan dari segi
pengetahuan dan tingkahlaku secara tekal. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan
supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar
yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat
dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur
hidup.

Kamus Dewan (1966) pula mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud


memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar ialah satu proses tindakan yang
dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu tingkah laku baru secara
keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang dimaksudkan ialah perubahan
yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu, belajar juga bermaksud
satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang
membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
Mok Soon Sang (2004) menjelaskan bahawa belajar berlaku apabila
berubahnya pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan ini
biasanya disedari oleh diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang
berada di sekeliling. Perubahan ini adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak
sengaja. Perubahan tersebut boleh juga mempengaruhi dan mengubah hidup
seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh dilupakan. Ada sesetengah
individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran merupakan sesuatu
yang memberatkan pemikiran. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

 Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif.


 Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan.
 Kemahiran membaca untuk pemahaman dan membaca pantas.
 Kemahiran mencatat dan menulis pantas.
 Kemahiran menghasilkan laporan.
 Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai
jadual, carta alir dan hierarki.
 Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,
rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
 Persediaan menghadapi peperiksaan.
 Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei.
 Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang.
 Strategi belajar dalam kumpulan.

Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat
memperolehi pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran
dan strategi belajar. Pada masa yang sama, penguasaan dalam kemahiran ini dapat
membantu dalam meningkatkan tahap kognitif dan pengetahuan seseorang murid dan
manusia umumnya. Antara manfaat yang dapat diperolehi ialah :
 Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari.
 Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan.
 Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai
kaedah pembelajaran.
 Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.
 Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru.
 Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran
pemikiran yang rasional.
 Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :
➢ Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif.
➢ Konkrit kepada abstrak.
➢ Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru.
➢ Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif
dalam cara belajar.
 Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina
konsep dan hukum.
 Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui
kaedah menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-
cara lain yang sesuai.

10.3 Pemulihan

Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia


pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti
alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu
kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program
pemulihan ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas
Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan. Justeru, definisi di
atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran
Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya. Ia sebenarnya dikhususkan
kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.

Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

 membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran


tertentu
 mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran
 memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.

10.4 Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah
Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti
bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan
kepada murid yangtelah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti
pengayaan ini sesuai untuk pelajar yang telah menguasai apa yang diajarkan
oleh guru mereka.

10.5 Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian
berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid.

10.5.1 Jenis-jenis penilaian

1) Penilaian Formatif
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:

1. dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.


2. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini
digunakan secara terus menerus.
3. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
4.  dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
5.  maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi
manfaat daripadanya.
6. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang tidak ditentukan gred.

2) PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/
akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan
penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada
akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum

Ciri- ciri:

1) lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik


pembelajaran
2)  untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal
persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum secara keseluruhan.

You might also like