You are on page 1of 2

PENJAGAAN KAKI

Setiap manusia memerlukan sepasang kaki yang sihat dan sempurna untuk menjalankan tugas seharian yang menjamin
kehidupan. Begitu juga kepada setiap pesakit Diabetis,kaki adalah pancaindera yang amat penting memandangkan 95 %
pesakit Diabetis adalah DM Jenis 2.

Penjagaan kaki adalah penting untuk mengawal dan mencegah komplikasi pada pesakit diabetes. Infeksi kulit oleh kulat
dan bakteria terutamanya di celah-celah jari kaki sering terjadi pada penghidap diabetes kerana peredaran darah di kaki
pesakit mungkin terganggu. Kehadiran glukos dalam air peluh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan
bakteria. Dengan itu, pesakit diabetes perlu memeriksa kaki mereka dengan kerap dan kaki mereka akan diperiksa setiap
kali datang ke klinik.

Tanda-tanda kaki diabetes


 Kehilangan deria rasa apabila kaki mengalami infeksi atau kecederaan.
 Kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh.
 Kaki menjadi panas atau sejuk yang berpanjangan.
 Kebas atau kelemahan otot-otot badan.
 Perubahan warna dan suhu kaki

 Kehilangan bulu roma kaki

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

 Kaki perlu dibasuh setiap hari dengan menggunakan sabun


 Keringkan kaki dan celah jari dengan tuala lembut

 Gunakan losen pelembab atau krim pada kaki bagi mengelakkan kulit dan tumit menjadi kering

 atau merekah
 Periksa kaki dengan teliti di tempat yang terang
 Periksa kawasan di antara jari kaki dan gunakan cermin untuk periksa tapak kaki
 Cari rekahan pada kulit, luka-luka, calar-balar, melepuh, kudis, bisul atau perubahan warna pada kulit
kaki
 Segera mendapatkan nasihat perubatan sekiranya kaki luka atau keadaan kaki menjadi teruk.
 Sentiasa menggunakan alas kaki sama ada di dalam ataupun di luar rumah
 Gunakan sarung kaki yang dapat menyerap peluh iaitu dari jenis benang bulu dan kapas. Pastikan ianya
tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang peredaran darah di kaki
 Tukar sarung kaki setiap hari
 Pakailah kasut yang sesuai dan selesa dipakai
 Potong kuku jari kaki secara lurus melintang dan tidak melengkung atau terlalu pendek. Kemaskan kuku
dengan mengikis pinggir kuku untuk menumpulkan tepi yang tajam

SENAMAN KAKI

Berikut adalah beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan khas untuk kaki anda .

Duduk dengan betul di atas kerusi sambil meletakkan kaki ke


lantai
Sambil meletakkan tumit di lantai, angkat tapak kaki ke atas.
Kemudian, jari-jari kaki pula diletakkan di lantai sambil tumit
kaki diangkatkan ke atas. Langkah ini diulangi sebanyak 10
kali

Tumit kaki diletakkan di lantai. Bahagian depan kaki diangkat


ke atas dan putaran 360 º dibuat dengan pergerakan pada
pergelangan kaki sebanyak 10 kali

Jari-jari kaki diletakkan dilantai. Tumit diangkat dan putaran


360 º dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki
sebanyak 10 kali

Kaki diangkat ke atas dengan meluruskan lutut. Putaran 360 º


dibuat dengan pergerakan pada pergelangan kaki sebanyak 10
kali

Lutut diluruskan dan dibengkokkan ke bawah sebanyak 10


kali. Ulangi langkah ini untuk kaki yang sebelah lagi.

Letakkan sehelai kertas suratkhabar di lantai. Renyukkan kertas


itu menjadi bola dengan kedua-dua belah kaki. Kemudian,
bukakan bola itu menjadi kertas yang leper menggunakan
kedua-dua belah kaki. Langkah ini dilakukan sekali sahaja

You might also like