You are on page 1of 31

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT): TEKNOLOGI INTERNET

MEMPENGARUHI PENDIDIKAN JARAK JAUH

BAB 1

1.0 PENGENALAN

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak

kelebihan. Komputer sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru mahupun

pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan

menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan

sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan

dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping

itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru dan

pensyarah, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan

pembelajaran.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah

berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam

telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah

membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi

maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan

masyarakat (Nik Azis, 1996). Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan

persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan

Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.

Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi

meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk

1
mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara

meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh

dalam semua aspek kehidupan.

Penjanaan ilmu, kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah

masyarakat dalam era globalisasi banyak dipengaruhi dan didorong oleh

perkembangan dan penguasaan Teknologi dan Komunikasi (ICT). Setiap saban hari

saintis mencipta perkakasan yang canggih yang meliputi setiap aspek kehidupan.

Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada negara, masyarakat

dan para pelajar dalam konteks penjanaan ilmu memang tidak dapat dipertikaikan

lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa mengira skala

jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT menjadi semakin

memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan dan pertumbuhan

ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan ini cabaran mengaplikasi ICT bagi

sistem pendidikan secara jauh (PJJ) dalam menghadapi era globalisasi ini terutama

dalam aspek kesedaran, penguasaan dan perancangan masa depan adalah sesuatu

yang kritikal dan maklumat yang jitu. ICT amat penting dalam bidang pendidikan

terutama untuk sistem pendidikan jarak jauh. Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak jauh (PPJ) semakin berkembang.

Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah mula diaplikasikan dalam

pelbagai cara merentasi tahap dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini adalah selaras

dengan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan yang banyak dipengaruhi oleh

ICT. Peranan ICT dalam pendidikan tiada batasan terutama dalam era globalisasi

yang memerlukan kepantasan dan kecekapan terutama dalam mencari bahan

rujukan, berbincang dan mendapat bantuan rakan atau pengajar serta

menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Oleh itu setiap pelajar harus

2
menggunakan ICT sebagai alat dan kemudahan tambahan bagi membantu dan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pada hari ini, ICT boleh

dianggap sebagai anggota badan manusia yang mana kehidupan kita pasti terjejas

tanpa kehadirannya. ICT memainkan peranan yang penting dalam konteks

penjanaan ilmu terutama untuk mereka yang mengikuti sistem pendidikan secara

jarak jauh. Pelajar-pelajar yang mengambil pengajian secara jarak jauh juga

semakin bijak memahami penggunaan ICT. Hal ini disebabkan sistem PJJ

merupakan trend yang memuncak dalam sistem pendidikan kesan daripada

penjanaan ilmu yang efisen dan efektif melalui pengaplikasian ICT. Lazimnya ini ada

kaitan dengan pengertian pendidikan itu sendiri. Dalam kajian lepas (Cheah, 2004),

pengaruh dan perkembangan pesat teknologi masa bagaimanapun kini telah berjaya

mengatasi jurang jurang pemisahan masa dan mengurangkan jurang pemisahan

secara fizikal di antara pelajar dan pengajar. Secara umumnya ICT digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN

atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudah

caraan. Internet, intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif, telesidang dan CD-

ROM adalah sebahagian daripada media elektronik dan komunikasi yang

menggalakkan kegunaan ICT dalam pendidikan. Bagi pelajar, aplikasi teknologi

dalam pendidikan bukan sekadar memiliki komputer tetapi perlu mengintegrasi

secara berkesan dan efisyen penggunaannya agar membawa makna dengan cepat,

mudah, dan tepat. Dengan ini pelajar yang mengaplikasi dan mengintegrasikan ICT

dalam pendidikan sewajarnya berupaya menyelesaikan masalah secara kreatif dan

efektif.

Pada prinsipnya, kaedah pendidikan jarak jauh sememangnya mendukung

konsep terpisahnya pengajar dan pelajar. Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran

3
berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media.

Antara cirri yang menarik ialah program-program jarak jauh dapat diikuti oleh

seseorang individu tanpa meninggalkan kerjayanya dalam masa mengikuti kursus

jarak jauh. Kini, kaedah pendidikan secara jarak jauh (atau jarak dekat) digunakan

dengan meluas di merata dunia. Di Malaysia sendiri, kursus yang sedemikian diberi

pelbagai nama seperti Pengajian Luar Kampus, Pengajian Jarak Jauh, Kursus Gaya

Pos, dan lain-lain lagi. Kursus-kursus Ijazah Luar melalui konsep ‘berkembar’ antara

institusi tempatan dengan institusi luar negara juga menggunakan kaedah ini. Oleh

yang demikian, dua ciri yang penting dalam pelaksanaan pengajian jarak jauh.

Pertama, segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat

dilaksanakan dan disalurkan melalui jarak jauh, iaitu dalam keadaan pelajar terpisah

daripada tenaga pengajar. Kedua, tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan

kepada pelajar sendiri. Dengan ini, secara sendirian, setiap pelajar akan belajar dan

seterusnya sendirian menjalankan aktviti-aktiviti pembelajaran bagi menambahkan

dan memperoleh ilmu serta kemahiran yang dicari. Sehubungan itu, suatu

mekanisme sokongan perlu diwujudkan supaya segala komponen pengajaran dan

pembelajaran yang lazimnya dilaksanakan secara bersemuka dapat disalurkan

khusus kepada golongan pelajar. Menerusi media perantaraan, kesemua aspek

pengajaran bersemuka dapat dilaksanakan.

Antara contoh yang boleh dikaitkan iaitu tidak semua orang bernasib baik

dapat melanjutkan pelajaran sebaik sahaja lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) ataupun peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau apa

sahaja peperiksaan yang setaraf dengannya. Hanya segelintir sahaja daripada

mereka yang dapat menjejak kaki di menara gading. Ini tdak bermakna bahawa

mereka yang tidak bernasib baik itu adalah disebabkan oleh kelayakan akademik

4
yang tidak mencukupi, bahkan banyak diantara mereka yang melebihi daripada

kelayakan minimum untuk boleh dipertimbangkan masuk ke IPTA tempatan. Di

samping tempat yang terbatas, yang mana bilangan ini bergantung kepada

kemampuan sesebuah institusi tersebut, juga sebab-sebab peribadi seseorang calon

seperti kewangan dan juga keluarga yang terpaksa meninggalkan pengajian terlebih

dahulu sama ada bekerja ataupun berumah tangga. Walau bagaimanapun,

kebanyakan daripada mereka mempunyai kelayakan yang mencukupi tidak dapat

bersaing dengan mereka yang diterima masuk ke IPTA tempatan dan tidak mampu

pula untuk ke luar negara bagi mendapatkan pendidikan tinggi di university

konvensional.

Oleh itu, PJJ merrupakan peluang kedua bagi mereka yang telah bekerja

(termasuk suri rumah tangga juga dianggap sebagai sesuatu pekerjaan) melanjutkan

pelajaran untuk mendapatkan segulung ijazah. Maka, PJJ tdak dapat dipisahkan

dengan pendidikan orang dewasa. Walau bagaimanapun, tidak semestinya orang

dewasa sahaja yang mengikutinya tetapi sebahagian daripada kanak-kanak yang

tinggal terpencil jauh dari sekolah ataupun atas sebab-sebab logistik dan sosio-

ekonomi juga mengikuti pendidikan secara jarak jauh seperti yang dijalankan di

Australia, British Columbia (Kanada), India, Zimbabwe, dan Indonesia.

1.1 PENYATAAN MASALAH

5
Pengguaan ICT sering juga dikaitkan dengan gejala sosial di kalangan pelajar

khususnya daripada internet. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat segelintir

pelajar yang terdedah dan sering menggunakan interknit lebih mudah terpengaruh

oleh bahan ganas dan tidak bermoral. Mereka lebih terdorong untuk melakukan

jenayah seperti dalam internet. Selain itu, penggunaan internet ini juga boleh

membebankan pengguna terutama bagi yang tidak mengawal perasaan ketika

penggunaany. Beban kewangan yang tinggi harus dibayar jika penggunaanya

melebihi had keperluan. Masa juga dibazirkan dengan perkara–perkara yang kurang

berfaedah akibat penggunaan internet yang berlebihan. Padahal, masa an wang

dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah dan sihat. Selain

itu, masalah lain yang dikenal pasti ialah seperti kekurangan pengetahuan. Hal ini

mungkin disebabkan oleh mereka yang kurang teredah dan tidak mengambil

perhatian tentang kemahiran komputer. Ada juga yang mengatakan bahawa

kurangnya tempat untuk belajar. Hal ini juga mungkin disebabkan daerah atau

tempat mereka kurang pembangunan ICT. Kos belajar yang tinggi juga menjadi

masalah kepada masyarakat. Pelajar-pelajar yang masih belajar dan keluarga yang

kurang berkemampuan juga mempunyai masalah untuk belajar kemahiran. Pada

hari ini terdapat banyak tempat yang menawarkan pakej kemahiran komputer.

Kursus kemahiran ini juga mengambil masa yang panjang untuk belajar. Alasan itu

menjadikan mereka yang ingin mengikutinya berfikir dua kali kerana ada sesetengah

mereka yang bekerja masih belajar dan berkeluarga. Selain itu, masalah

penyelenggaraan juga menjadi masalah kepada pengguna. Hanya masalah minor

sahaja yang mudah diselenggarakan manakala masalah major seperti kerosakan cip

dan peralatan lain mestilah diselenggarakan di kedai komputer.

6
Selain itu, masalah lain yang timbul dalam penggunaan ICT dalam

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) iaitu daya tahan yang rendah. Apabila terceburnya

pelajar dalam pengajian jarak jauh, pelajar perlu sedar bahawa terceburnya mereka

dalam pendidikan jarak jauh bukan mengambil tempoh masa yang suntuk sama ada

satu atau dua tahun sebaliknya terdapat juga pelajar pendidikan jarak jauh

mengambil masa selama lapan tahun. Hal ini bermakna pelajar perlu mempunyai

daya tahan tinggi yang dapat membawa pelajar dari tahun ke tahun, setiap tahun

dengan dengan segala komitmen dan aktiviti pembelajaran yang perlu diikuti. Daya

tahan rendah yang dimaksudkan ialah kurangnya motivasi dalam diri pelajar. Tahap

disiplin yang rendah menyebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya dalam proses pembelajaran pendidikan jarak

jauh (PJJ). Semua ini timbul adalah kerana pelajar tidak bijak dalam mengambil

inisiatif sendiri. Mereka perlu bertindak secara individu dalam memilih perkara yang

hendak dipelajari Pelajar juga kurang mahir dalam memilih sendiri bila dan di mana

dan bagaimana untuk menguasai kefahaman dalam proses pendidikan jarak jauh.

Pendidikan jarak jauh juga melibatkan kos yang tinggi. Pelajar pendidikan jarak jauh

perlu menghadiri kursus Orientasi (sekali sahaja sepanjang pengajian). Selain itu,

pelajar juga perlu membayar yuran, membeli buku dan bahan rujukan, menghadiri

kelas-kelas teletutorial, menghadiri kelas-kelas amali, menghadiri ujian-ujian dan

peperiksaan-peperiksaan sama ada di Pusat Wilayah atau Pusat Peperiksaan, dan

pelajar juga perlu menghadiri Kursus Intensif selama tiga minggu bermastautin di

kampus. Setiap pecahan ini merupakan ciri-ciri tetap yang terdapat dalam

pembelajaran PJJ. Dengan itu, suatu perancangan yang kukuh dan tetap juga perlu

pelajar laksanakan agar segala aktiviti yang perlu peajar jalankan akan dapat pelajar

sempurnakan tanpa sebarang gangguan. Pecahan dari segi senarai pembelaran

7
sahaja telah pun menunjukan pendidikan jarak jauh memerlukan kos yang tinggi. Ini

tidak termasuk lagi perbelanjaan harian pelajar dan keluarga pelajar sekirannya

pelajar yang mengambil pendidikan jarak jauh yang sudah pun berumah tangga.

Masalah lain yang wujud dalam pendidikan jarak jauh (PJJ) juga ialah

masalah dalam pengurusan masa. Kehidupan sebagai pelajar ada kalanya dapat

menyelenggarakan banyak kerja dalam suatu masa dan ada kalanya tidak yang

banyak dibuat dalam jangka masa yang sama. Terdapat segelintir pelajar yang tidak

berkeupayaan membuat perancangan dan pengurusan masa yang berkesan bagi

menampung pembelajaran mereka. Sebagai contoh, pelajar tidak dapat mempelajari

bahan-bahan iaitu modul-modul kursus dalam tempoh yang singkat sama ada dalam

tempoh setengah bulan atau satu tahun. Ini bermakna pelajar tidak berjaya

menguasai atau menamatkan tempoh pembelajaran tersebut disebabkan oleh tiada

perancangan yang khusus. Hal in demikian kerana bagi pelajar yang sudah berumah

tangga, mereka juga perlu memberi komitmen lain terutamanya tanggungjawab

terhadap keluarga iaitu sama ada terhadap isteri, suami, atau anak-anak.

Kemungkinan juga terdapat segelintir pelajar yang sedang bekerja selama tempoh

pendidikan jarak jauh. Sementara itu, bagi pelajar yang belum lagi berumah tangga,

mereka sentiasa dipengaruhi oleh perkara yang tidak berfaedah. Antaranya ialah

budaya melepak ke pusat membeli belah. Masa mereka banyak dihabiskan bersama

kawan-kawan. Hal ini secara tidak langsung akan menggangu proses pendidikan

jarak jauh pelajar.

Terdapat juga segelintir pelajar pendidikan jarak jauh juga kurang mempunyai

kemahiran belajar. Pelajar sememangnyan telah lama meninggalkan alam

persekolahan. Segala kemahiran belajar yang pelajar peroleh pada masa tersebut

mungkin tidak relevan lagi dengan kaedah jarak jauh. Walaupun, pelajar mahir

8
dalam pengguna ICT iaitu penggunaan komputer namun dalam pendidikan jarak

jauh, kaedah perhubungan antara pelajar dengan pengajar selain media elektronik

ialah dalam proses surat menyurat yang melibatkan penulisan. Oleh yang demikian,

pelajar mungkin akan berasa gemuruh apabila diminta menulis laporan amali atau

karangan yang sesuai dengan taraf universiti. Menulis dalam erti kata berkebolehan

meluahkan pemikiran dan pendapat pelajar dalam perkataan bertulis iaitu dalam

kemahiran menulis. Pelajar bukan sahaja tidak mahir dalam penulisan iaitu menulis

laporan malah pelajar juga tidak mahir dalam menanyakan soalan melalui tulisan.

Sering kali terdengar sungutan para pelajar yang mengatakan mereka tidak tahu

soalan yang perlu di tanya. Pelajar juga menghadapi masalah dalam kemahiran

menyelidik, teknik persembahan, teknik menduduki peperiksaan, kemahiran

membuat penilaian, kemahiran berfikir, teknik membaca dengan berkesan,

mengambil nota dengan efektif, teknik menyimpan fakta dalam akal, teknik

mengingati fakta atau persamaan dengan mudah, dan cepat, kemahiran

mengeluarkan meklumat dengan tepat, kemahiran mengupas soalan dengan betul

serta kemahiran memberikan jawapan menepati soalan yang ditanyakan.

Namun demikian, semua masalah yang berkaitan sebenarnya tidak

menjejaskan perkembangan pendidikan jarak jauh oleh sebab kemajuan teknologi

komputer dan komunkasi yang begitu pesat. Walaupun teknologi maklumat terdapat

masalah tertentu, namun teknologi maklumat mampu memberi peluang kepada

manusia untuk memajukan diri. Semua masalah boleh menyebabkan kesusahan,

kemusnahan dan kesulitan, tetapi juga boleh mencetuskan peluang. Peluang

untukmanusia lebih produktf, lebih kreatif, lebih berdaya saing, lebih ketahanan, dan

lebih berkesan. Banyak peluang yang tercetus daripada perkembangan teknologi

maklumat yang tidak harus dipersia-siakan. Setiap individu perlu perlu lakukan

9
perkongsian pengalaman, tenaga manusia, kepakaran, kebijaksanaan dan semua ini

juga disebut perkongsian pintar untuk merebut peluang teknologi maklumat dan

komunikasi yang kian berkembang pesat.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

1.2.1 Adakah ICT mempengaruhi Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?

1.2.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?

1.2.3 Bagaimanakah keupayaan institusi dalam menyediakan prasarana kepada

pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin di capai dalam kajian ini ialah:

1.3.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Pendidikan Jarak Jauh

(PJJ).

1.3.2 Menilai sama ada ICT mempengaruhi Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau

sebaliknya.

1.3.3 Mengupas keupayaan institusi dalam menyediakan prasarana kepada pelajar

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

10
1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Ha1 : Terdapat perkaitan antara ICT dalam mempengaruhi Pendidikan Jarak Jauh

(PJJ).

HO1 : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara ICT dalam mempengaruhi

Pendidikan Jarak Jauh

Ha2 : Terdapat perkaitan antara

1.5 DEFINISI ISTILAH

1.5.1 Definisi Konseptual

Teknologi Internet

Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan

teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin

memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya.

Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan

kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit

pemprosesan pusat (CPU).

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merujuk kepada

penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan,

11
dan penyebaran maklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan, dan

menyebar maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital. Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud Teknologi maklumat dan

komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan

maklumat dalam talian untuk membantu dan membangunkan manusia dan

seterusnya membangunkan negara dalam bidang pendidikan, perniagaan,

ketenteraan, dan sebagainya dalam kajian lepas (Yusuf Hashim, 2003).

Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Daripada analisis yang telah dibuat oleh Keegan (1980) terhadap

difinisi PJJ di dunia, beliau telah membuat kesimpulan bahawa dalam definisi

PJJ hendaklah merangkumi pemisahan pelajar dengan pengajar yang

membezakannya dengan pengajaran bertatap muka, pengaruh organisasi

pendidikan yang membezakannya dengan belajar bersendirian. Beliau juga

membuat kesimpulan bahawa PJJ ialah penggunaan media teknik, biasanya

bercetak untuk menghubungkan pelajar dengan pengajar dan menjalankan

kandungan pendidikan. PJJ juga dikatakan sebagai komunikasi dua hala

yang mana pelajar mendapat faedah daripadanya atau pun memulakan

perbincangan.

1.5.2 Definisi Operasional

Komputer

12
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan

mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer

berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan

pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter

(1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24

jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat.

Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan

komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini

adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat

memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Kompenan utama teknologi maklumat iaitu komputer yang digunakan

untuk menerima, menyimpan, pemproses dan mempersembah data dan

maklumat termasuk perkakasan dan perisian komputer serta teknologi storan

(pekakasan, aturcara dan maklumat). Rangkaian komunikasi pula merupakan

rangkaian yang digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan

maklumat (perkakasan, aturcara dan maklumat). Komponen tahu guna pula

merujuk kepada kebolehan pengemblengan kuasa teknologi maklumat

sepenuhnya iaitu apa, bila, bagaimana teknologi maklumat digunakan secara

berkesan. Kebolehan menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat untuk

menyelesaikan masalah dan menggunakan peluang yang ada sepenuhnya

iaitu merujuk kepada kebiasaan dengan alat teknologi maklumat, kemahiran

yang diperlukan dan memahami bila hedak menggunakan teknologi maklumat

untuk menyelesai masalah dan mengeksploitasikan peluang yang terbuka

luas.

13
Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah inovasi Pendidikan Koresponden

(PK). Selama ini kita ketahui bahawa PK sebagai pendidikan gaya pos

dengan proses pembelajaran yang sebahagian besarnya masih

menggunakan bahan berceak. Untuk meningkatkan keberkesanan PK proses

pembelajaran saling melengkapai satu dengan bahan aneka media yang lain

terutama teknologi maklumat canggih dan perkhidmatan sokongan lain untuk

membolehkan proses pendidikan yang berkesan dapat dicapai melalui

pembelajaran kendiri. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa

maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertatap muka dan

terpisah atau jauh dari pengajar dan proses pembelajaran dikawal sendiri

oleh pelajar. Pelajar belajar berdasarkan kemahuannya sendiri dan bebas

menentukan apa yang ingin dipelajari, dimana untuk belajar, bila, dan

bagaimana untuk belajar.

Oleh itu ciri utama PJJ adalah pelajar dipisahkan oleh jarak dengan

dan belajar di atas kemahuannya sendiri.Jarak yang dimaksudkan disini

adalah relatif dan mungkin hanya dipisahkan oleh tembok atau dinding dalam

kata lain ‘tidak bertatap muka. Maka bahan aneka media memainkan peranan

yang penting untuk menjalankan proses pembelajaran.

1.6 SKOP KAJIAN DAN LIMITASI KAJIAN

14
Kajian ini hanya menfokuskan kepada pelajar yang menyambung pelajaran di

pusat pengajian tinggi awam sebagai pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ).

Kajian ini hanya menfokuskan kepada pelajar yang berumur dalam linkungan

antara 20 hingga 40 tahun keatas. Dalam kajian ini, teknologi maklumat dan

komunikasi meliputi aspek komputer, komunikasi dan kebolehan untuk

berkomunikasi maklumat melalui komputer dan menghubungkan manusia

melalui maklumat. Dengan ini, tahap pendedahan dan penggunaan ICT

dalam kalangan pelajar turut dikaji. Kajian ini juga turut mengkaji tahap

kesedaran dan pendedahan pelajar jarak jauh tentang tahap penggunaan ICT

serta keupayaan PJJ dalam menyediakan prasarana yang mencukupi

berkaitan dengan ICT.

1.7 KERANGKA KONSEP

Pembolehubah bebas Pembolehubah Bersandar

ICT PENDIDIKAN JRK JA

15
BAB 2

2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk mengkaji secara lebih mendalam dan lebih terperinci

berkenaan dengan kesedaran dan pendedahan dalam era komunikasi (ICT)

mempengaruhi pendidikan secara jauh. Pengajian jarak jauh (PJJ) boleh

ditakrifkan sebagai sistem pengantaraan yang menghubungkan pelajar

dengan sumber-sumber pembelajaran. Ianya merupakan satu laluan alternatif

bagi pelajar yang ingin memajukan diri mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ini

adalah bertetapan dengan seruan kerajaan dalam merealisasikan sebuah

negara membangun pada tahun 2020. Ini bermakna rakyat mempunyai

peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui program Pendidikan Jarak Jauh

(PJJ) selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Dalam hal ini,

program pendidikan jarak jauh seperti Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

memainkan peranan penting kerana program ini memberi alternatif kepada

individu yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mengikut

saluran biasa. Justeru, program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) perlu mengenal

pasti strategi pengajaran yang berkesan yang mampu meningkatkan mutu

pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

16
Justeru, terdapat institusi pengajian tinggi awam di Malaysia telah

menawarkan sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi memberi peluang

kepada mereka yang mempunyai kekangan tertentu untuk menetap di

kampus. Tambahan pula, sistem ini terbuka kepada peringkat umur 20 hingga

35 tahun dan kemungkinan terdapat juga individu yang melebihi dari

peringkat tersebut namun mungkin hanya segelintir.

2.2 DEFINISI PENDIDIKAN JARAK JAUH

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) boleh didefinisikan sebagai satu sistem

pengantaraan yang menghubungkan pelajar dengan sumber-sumber

pembelajaran. Maka bahan aneka media memainkan peranan yang penting

untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Bahan bercetak masih merupakan komponen yang terbesar daripada bahan

aneka media yang digunakan dalam PJJ. Ini merupaka satu-satunya kaedah

yang telah diuji dengan baik. Walaupun terdapat institusi-institusi PJJ di

negara-negara maju yang mampu menggunakan ‘teknologi generasi ketiga’,

tetapi bahan bercetak yang dicipta khas untuk pembelajaran kendiri

merupakan bahan utama dalam PJJ. PJJ berbeza daripada PK iaitu

membawa erti kepada bahan bercetak ataupun nota bercetak yang dikirimkan

kepada pelajar dan pelajar belajar bahan yang dikirimkan. Seterusnya pelajar

mengirimkan tugasan yang telah dibuat kepada institusi. Tugasan yang telah

diperiksa dengan ulasan-ulasan tertentu diposkan semula kepada pelajar.

Oleh itu, PK merupakan sebahagian daripada komponen PJJ dan

diminimumkan serta disokong dengan kedatangan ke kelas-kelas amali atau

17
teletutorial, tutorial, di pusat-pusat wilayah, tutorial bertatap muka dengan

pengurus kursus semasa kursus insentif untuk memantau proses

pembelajaran pelajar.

2.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDIDIKAN JARAK JAUH

Antara faktor yang mempengaruhi pendidikan jarak jauh ialah kos. Kos

per palajar sangat bergantung kepada bilangan pelajar dan juga media yang

digunakan. Semakin ramai bilangan pelajar, maka kos per pelajar menjadi

rendah. Begitu juga penggunaan teknologi canggih akan menaikkan kos pada

permulaan penggunaannya,yang mana kos ini akan ditampung semula

selepas beberapa tahu penggunaanya (jangka pendek).

Dalam konteks di atas, Rancangan Pendidikan Jarak Jauh yang

pernah dikendalikan oleh USM memainkan dua peranan yang melibatkan kos

iaitu sebagai pengeluar yang berfungsi untuk membangun rancangan dan

menghasilkan bahan pembelajaran dan yang kedua sebagai penyampai yang

berfungsi untuk menawarkan rancangan dan bahan pembelajaran yang

berkenaan dan menyediakan segala perkhidmatan sokongan untuk

menyediakan dan membantu pelajar dapat menggunakanya dengan

berkesan (Rowntree,1992). Seperti yang kita ketahui, banyak kursus daripada

university luar negara yang menawarkan kursus secara PJJ dan PT terutama

Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang ditawarkan melalui institusi

swasta di negara ini yang mana lebih memainkan peranan sebagai

penyampai sahaja. Di samping kos-kos diatas, sesetengah pelajar terutama

dalam kursus-kursus pendidikan berterusan terdapat penaja yang membiayai

pengajian mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Sudah tentu

18
bagi pelajar, bukan sahaja belajar tetapi juga perlu menanggung sebahagian

daripada kos tertentu institusi kewangan dan tidak membayar keseluruhan

kos yang mana sebahagian besarnya merupakan subsidi daripada kerajaan.

2.4 KHIDMAT SOKONGAN INSTITUSI TERHADAP PENDIDIKAN JARAK

JAUH

Para pelajar yang diterima permohonannya untuk mengikuti

Rancangan Pendidikan Jarak Jauh diwajibkan menghadiri Program Orientasi

selama suatu jangka waktu yang tertentu, biasanya tiga atau empat hari

bermastautin dalam kampus atau institusi yang menawarkan program jarak

jauh tersebut. Program Orientasi ini diadakan untuk menyampaikan meklumat

dan penerangan tentang perkara-perkara akademik dan bukan akademik

supaya pelajar mendapat pengetahuan dengan lebih mendalam tentang

proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran dalam Rancangan

Pendidikan Jarak Jauh. Pelajar bukan sahaja telah lama meninggalkan alam

persekolahan formal tetapi akan menceburkan diri dalam sistem pendidikan

jarak jauh. Sistem pendidikan jarak jauh merupakan kaedah yang baru bagi

pelajar. Jika pelajar mempunyai pengalaman mengikuti kursus melalui gaya

pos, pelajar akan dapat melihat persamaan. Oleh itu, suatu perancangan atau

program orientasi disusun supaya pelajar didedahkan dengan cepat dan

ditingkatkan pengetahuan tentang sistem yang akan diikuti selama beberapa

tahun yang memungkinkan pelajar mendapat segulung ijazah.

Memandangkan pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung

secara bersemuka, maka suatu perantaraan yang memungkinkan proses

pengajaran dan pembelajaran perlu diwujudkan. Dalam hal ini, bahan-bahan

19
pengajaran rasmi bagi kursus-kursus yang ditawarkan disediakan dan

dibekalkan kepada pelajar. Bahan-bahan bercetak yang diberi nama modul

menjadi bahan pengajaran asas. Modul-modul yang dibekalkan kepada

pelajar telah ditulis oleh pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing

dan direka khas untuk kegunaan pelajar. Oleh yang demikian, setiap modul

yang ditulis mendokong falsafah bahawa bahan pengajaran tersebut dapat

menyampaikan bahan pengajaran kepada pelajar dan membolehkan pelajar

mngukur dan mencapai kemahiran yang perlu dalam kursus-kursus yang

berkenaan. Selain itu, bahan pengajaran tersebut juga memainkan peranan

dalam bentuk kemahiran belajar seperti yang dilakukan oleh pengajar atau

guru dalam keadaan bersemuka.

Modul dalam pelbagai cetak merupakan bahan pengajaran asas yang

disediakan. Media bukan cetak juga digunakan dalam pengajaran secara

jauh. Antara media lain yang terdapat dalam erti kata sokongan di Pusat

Pendidikan Jarak Jauh adalah dalam kaedah audio-grafik. Kaedah ini

menggabungkan bahan bercetak disepadukan dengan pita audio. Jadi, pita

audio itu akan mengarahkan dan membimbing anda memberikan penjelasan

tambahan tentang tatacara kerja serta konsep-konsep yang sukar. Kaedah ini

digunakan dalam kursus-kursus yang tertenru sahaja. Kaedah dalam bentuk

rancangan video juga merupakan salah satu media yang digunakan dalam

PJJ. Kakitangan akademik juga telah menyediakan rancangan-rancangan

video sebagai pengayaan bahan yang pelajar akan pelajari. Rancangan-

rancangan video ini juga direkadan dirakam bagi topik-tpik yang tertentu

sahaja. Kaedah lain pula ialah kaedah dalam bentuk siaran radio. Siaran

radio merupakan satu siaran Rancangan Pendidikan Jarak Jauh juga ke

20
udara secara langsung dan pihak RTM telah mengkhaskan satu slot setiap

minggu. Siaran ini telah diolah dalam bentuk ilmu untuk masyarakat dan

pelajar dapat mengikuti siaran dan menelefon untuk berinteraksi dengan

pensyarah dalam siaran tersebut secara langsung.

Telesidang juga merupakan salah satu khidmat sokongan institusi

terhadap pembelajaran dalam sistem pendidikan jarak jauh dan menjadi

kaedah telekomunikasi yang kian digunakan oleh institusi-institusi pengajian

tinggi. Telesidang ialah kaedah yang melibatkan persidangan secara jarak

jauh antara pusat-pusat wilayah bagi menjayakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran melaui pancaran gelombang mikro. Pusat Pengajian

Pendidikan Jarak Jauh kini melaksanakan telesidang video. Ini bermakna

para pelajar melihat wajah dan mendengar suara tenaga pengajar melalui

monitor dan pembesar suara di setiap Pusat Wilayah. Pensyarah akan

mengendali sesi tersebut dari Kampus Induk. Oleh itu, para pelajar perlu pergi

ke Pusat Wilayah masing-masing untuk mengikuti sesi teletutorial bagi

kursusnya mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Dalam

pelaksanaanya suatu agenda akan disediakan oleh tenaga pengajar dan

dihantarkan kepada pelajarsebelum sesi teletutoial. Ini memberikan peluang

kepadaanda untuk membuat persiapan dan berbincang semasa sesi nanti.

Antara keistimewaan kaedah telesidang dari segi pembelajaran secara

jarak jauh adalah teletutorial tersebut dikendali oleh pensyarah sendiri. Ini

memberikan peluang kepada anda untuk berbincang terus dengan

pensyarah. Selain itu, wujudnya keselarasan dari segi tahap kemajuan bahan

pelajaran supaya kesemua pelajar berada pada tahap yang sama supaya

perbincangan dapat dijalankan. Pensyarah juga dapat memonitor prestasi

21
seseorang pelajar dengan lebih awal dan dapat juga memberikan maklumat

atau nasihat serta merta selain dapat menyampaikan maklumat terkini

tentang pembelajaran pelajar.

2.5 DEFINISI ICT

Menurut Abdul Razak (et al.) 2004 Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

British Advisory Council for applied Research and Development (1980)

menakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan

kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian

dan pemprosesan meklumat serta penguasaanya; komputer dan saling

tindakan antara mesin (komputer) dan manusia. Hal ini berkaitan dengan

sosial ekonomi kebudayaan. (Behan dan Homes. 1990) pula menakrifkan

teknologi maklumat adalah suatu istilah untuk memerihalkan teknologi yang

membolehkan kita untuk merekod, menyimpan, memproses, mendapat

semula, menghantar dan menerima maklumat. Sementara (E.W. Martin et al.

1994) pula menakrifkan teknologi maklumat terdiri dari semua bentuk

teknologi yang terlibat dalam pengumpulan, manipulasi, komunikasi,

persembahan dan menggunakan data (dan data yang ditransformasi kepada

maklumat).

2.6 PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN ICT

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah

berasaskan kepada keperluan dan kepuasan pengguna dalam penggunaan

22
komputer. Perkembangan ICT adalah selari dengan perkembangan dalam

bidang komputer. Perkembangan ICT ini meliputi aspek pembangunan

teknikal, sumber manusia, pengurusan, perkembangan pengetahuan,

keperluan operasi dan taktikal, elemen organisasi serta penyelidikan dan

pembangunan. Menurut Larsen (1998) dan Kholi (1990) dua keperluan asas

untuk perkembangan ICT ialah keperluan teknikal dan keperluan pengguna.

Keperluan teknikal meliputi aspek reka bentuk dan kegunaan perisian,

penyelidikan dan pembangunan, pengurusan, penulisan laporan dan

sebagainya. Keperluan Pengguna pula merupakan keperluan yang meliputi

aspek memahami keperluan dan permintaan pengguna, nilai dan norma

masyarakat, keserasian dari aspek sosial, budaya, dan politik semasa serta

memahami isu-isu setempat dan global. Proses perkembangan dan

pembangunan ICT ini berlaku ini berlaku secara berterusan. Menurut Picard,

Kort dan Reily (2001), apabila sesuatu perubahan atau inovasi berlaku dalam

bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi terhadapsesuatu

perkara, proses pembelajaran atau penerimaan terhadap perubahan ini akan

berkembang berdasarkan masa. Proses pembelajaran atau penerimaan ini

akan terus meningkat sehingga sampai ke satu tahap, proses ini

berkemungkinan akan tetap mengalami penurunan sehingga suatu inovasi

atau pembaruan beru akan berlaku terhadap perkara tersebut. Apabila

perubahan baru berlaku, proses pembelajaran atau penerimaan terhadap

perubahan akan berulang semula. Proses perkembangan ICT melibatkan tiga

proses iaitu proses kesedaran terhadap ICT, proses pembauran (difusi) terhadap

ICT dan proses pendedahan terhadap ICT sebelum ianya dapat berkembang dan

digunakan dalam sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kadar proses

23
perkembangan ini bergantung kepada faktor ekonomi, sosial, budaya dan politik

dalam sesebuah masyarakat.

2.7 PENGGUNAAN ICT

Menurut Tengku Azztila (1992), masyarakat Malaysia sentiasa berada

pada era pasca industry selaras dengan perubahan global yang berlaku.

Masyarakat pada pasca industri mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai

teras kemajuan. Terdapat lima cirri yang menggambarkan masyarakat pasca

indutri yang terdapat di negara iaitu sektor ekonomi mengalami perubahan

daripada berasaskan pengeluaran barangan kepada perkhidmatan, taburan

pekerjaan dan guna tenaga professional dan teknikal, casar perancangan dan

pembangunan berasaskan kepada teori ilmu pengetahuan dan maklumat,

matlamat masa depan untuk menguasai, membangunkan, dan menggunakan

teknologi serta proses membuat keputusan lebih bermatlamatkan untuk

membentuk dan mencipta teknologi baru untuk masyarakat. Masyarakat

umum pada hari ini lebih terbuka untuk mendalami bidang ICTkerana mereka

berpendapat bahawa ICT dapat memudahkan mereka dalam segala aspek

kehidupan. Boleh dikatakan setiap kerja pada hari ini banyak

menggunakankemahiran komputer. Penggunaan internet juga semakin

meluas di kalanganmasyarakat. Perkhidmatan internet dapat mengurangkan

jurang antara individu, kumpulan atau organisasi. Masyarakat yang mahir

dalam penggunaan ICT juga akan lebih cekap, cepat dan efektif dalam

kerjaya dan kehidupan mereka. Kita dapat lihat bahawa pada hari ini,

perubatan , perbankan, perdagangan boleh dijalankan secara talian langsung

(online) tanpa memerlukan kehadiran individu itu. Oleh itu, kerajaan harus

mengambil langkah yang wajar untuk menggalakkan masyarakat Malaysia

24
memperkayakan lagi kemahiran ICT untuk kepentingan sendiri, bangsa dan

negara. Selain masyarakat umum, pelajar pada hari ini juga lebih mahir dalam

penggunaan ICT. Bahkan, pelajar sekolah rendah juga bijak menggunakan

komputer dan internet. Kini, Portal Pendidikan juga boleh didapati di internet.

Dengan ini, pelajar sekolah rendah dan menengah dapat memanfaatkan

penggunaan lCT dalam pembelajaran mereka seharian. Di setiap sekolah

rendah dan menengah juga terdapat mata pelajaran komputer dan IT.

Langkah ini amat membantu pelajar yang kurang berkemampuan yang tidak

merniliki komputer di rumah untuk bersama-sama dengan pelajar yang lain

dalam mempelajari kemahiran komputer. Oleh itu, mereka ini tidak akan

ketinggalan dalam arus global yang sentiasa cepat dan pantas. Pelajar

universiti juga tidak ketinggalan selepas penubuhan pengajian jarak jauh yang

memberi peluang kepada pelajar yang sudah bekerja untuk menyambung

pengajian mereka. Penggunaan ICT dalam pengajian jarak jauh banyak

membantu siswa dan siswi universiti yang jauh daripada lokasi dengan

menghadiri kuliah melalui telesidang sahaja. Kesimpulannya, masyarakat dan

pelajar mestilah berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri agar tidak

ketinggalan untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Kerajaan juga

perlu memperuntukkan modal untuk pembangunan ICT demi masyarakat

Malaysia.

25
2.8 PROSES KESEDARAN ICT

Proses kesedaran terhadap ICT bermula dengan proses pembelajaran

dari atas ke bawah dan pembelajaran dari bawah ke atas dalam kajian Van

Heijst, Van de Spek dan Krinzinga 1998). Pembelajaran dari atas ke bawah

merujuk kepada pengetahuan tertentu akan mendorong kepada

perkembangan pengetahuan yang lain. Pembelajaran daripada bawah ke

atas merujuk kepada individu yang mempelajari sesuatu akan menggunakan

pengetahuan tersebut dan menyebarkannya kepada organisasi, masyarakat

atau individu lain.

Proses kesedaran terhadap ICT boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu

kesedaran terhadap individu, kesedaran ICT melalui komunikasi, dan

kesedaran ICT melalui pembinaan gedung pengetahuan. Kesedaran individu

melibatkan indvidu yang belajar dan sedar terhadap ICT melalui keluarga,

sekolah, masyarakat, persekitaran kerja, pengalaman kerja, pembacaan dan

sebagainya. Kesedaran ICT melalui komunikasi pula melibatkan kesedaran

individu belajar sesuatu dan seterusnya berkongsi pengalaman dan

kesedaran tersebut dengan yang lain. Kesedaran ini lebih berkesan kerana

maklumat dan pembelajaran itu berterusan sehingga tidak dapat digunakan

lagi. Akhir sekali kesedran ICT melalui pembinaan gedung pengetahuan.

Kesedaran ini melibatkan individu bertumpu kepada pembentukan

pengetahuan daripada sumber-sumber tertentu dan penggunaan

pengetahuan tersebut.

Dalam PJJ proses pengajaran adalah berdasarkan kepada

pembahagian kerja dan terpisah daripada seseorang pensyarah university.

26
Pembahagian kerja dan objektif proses pengajaran membolehkan setiap

proses kerja dirancang sedemikian rupa bahawa objektif pengajaran yang

dformulasikan dicapai dengan cara yang paling berkesan. Pakar mungkin

bertanggungjawab hanya untuk ruang yang terbatas sahaja bagi setiap

peringkat. Penggunaan peralatan mekanikal seperti mesin cetak, sistem

organisasi, dan cara penghantaran memungkinkan untuk menyampaikan

pengetahuan, kemampuan dan kemahiran mengajar pensyarah universiti,

dengan cara pemisahan Sistem pendidikan jarak jauh merupakan tren yang

terkini dalam pendidikan negara. Ciri utama pendidikan jarak jauh (PJJ) ialah

wujudnya pemisahan fizikal antara pengajar dan relajar pada kebanyakan

waktu. Walaupun terdapat pemisahan secara fizikal,pertemuan bersemuka

perlu diadakan untuk membantu pelajar memperkukuhkan motivasi dan

membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran tertentu. Selain dari itu

penggunaan teknologi elektronik dan teknologi komunikasi sama ada

menggunakan media cetak, radio atau televisyen digunakan sebagai alat

komunikasi utama bagi menghubungkan pelajar dan pengajar yang terpisah

ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan.lancar. Istilah

pendidikan jarak jauh sebenarnya adalah pelbagai. Walaupun tiada definisi

yang tepat, namun kesemua definisi harus mempunyai elemen-elemen asas

seperti berikut Pengasingan oleh jarak secara fizikal antara pelajar dan

pengajar. Penggunaan pelbagaian bahan media berteknologi sarna ada

bahan media cetak, media audio, media video, media elektronik atau media

komputer· digunakan untuk penyampaian bahan pembelajaran dan

J!)engajaran. Kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar yang

pelbagai dari segi kehendak, karenah dan kemampuan dalam pelajar.

27
Pelaksanaan sistem PJJ menjadi semakin berkesan dan meningkat dengan

mendadak setelah timbulnya penambahan bilangan pelajar, kemasukan yang

terhad di institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar negara

serta kemudahan dan kecanggihan teknologi dan komunikasi negara masa

kini. Sistem PJJ ini menjadi popular kerana ia f1eksibel dari segi masa, lokasi

dan belajar serta bekerja pada masa yang sarna. Pelajar jarak jauh umumnya

adalah pelajar dewasa. Pelajar ini telah lama meninggalkan81am

persekolahan dan majoriti daripada mereka telah berkeluarga. Oleh itu,

mereka harus bijak dalam membahagikan masa antara pelajaran dan

tanggungjawab dalam keluarga sarna ada sebagai suami atau isteri, bapa

atau ibu, anggota masyarakat, anak kepada ibu bapa yang telah tua dan

sebagainya.

28
BAB 3

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan

merupakan kaedah mengumpul data dengan bertanya satu set soalan atau

lebih dikenali sebagai borang kaji selidik. Kajian tinjauan dipilih sebagai reka

bentuk kajian kerana kajian ini melibatkan responden yang ramai. Oleh yang

demikian, kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan borang soal

selidik. Borang soal selidik kajian akan akan diedarkan kepada pelajar baru

iaitu pelajar tahun 1 yang mendaftar untuk mengikuti sistem pengajian secara

jarak jauh (PJJ) iaitu semasa kursus orientasi Sidang Akedemik 2011/2012.

Sebanyak 30 borang akan diedarkan kepada pelajar baru tahun 1. Apabila

borang dikembalikan, borang tersebut akan dianalisis sebagai analisis data

untuk hasil kajian.

3.2 PERSAMPELAN

Dalam kajian ini, jenis persampelan yang digunakan ialah persampelan jenis

rawak mudah. Persampelan jenis rawak mudah ini dipilih sebagai sampel

kajian kerana setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang

yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian. Bentuk kerangka

persampelan adalah berbentuk keberangkalian. Hal ini demikian kerana

29
tujuan penyelidikan adalah berbentuk penjelasan iaitu menjelaskan perkaitan

antara ICT dalam mempengaruhi pendidikan jarak jauh.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Jenis pengukuran yang digunakan dalam soal selidik adalah berbentuk

nominal.

30
RUJUKAN

31

You might also like