You are on page 1of 3

Nota STPM Seni Visual

ASAS UNSUR SENI

Garisan

1. Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan menggunakan sesuatu alat
atau media yang bermula daripada satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan.
Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya.
2. Garisan terdapat di mana-mana sahaja. Garisan dalam persekitaraan alam dapat kita
lihat dengan jelas meskipun tidak semua dapat disentuh.
3. Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identity yang tersendiri serta memberi
pengertian yang berbeza-beza.
4. Jenis-jenis garisan ini juga merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu sendiri
seperti kasar, halus, panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, terputus dan
sebagainya.
5. Garisan mempunyai berbagai fungsi iaitu:
a. Menimbulkan rupa yang terjadi daripada kedua-dua hujung garisan bertemu.
b. Struktur garisan mewujudkan bentuk
c. Menimbulkan bentuk untuk menggambarkan struktur objek melalui illusi cahaya
dan pembayangan. Garisan yang tertumpu (rapat) menghasilkan ton gelap
manakala garisan yang jaraknya jarang menimbulkan ton cerah. Kesan ini boleh
menampakkan isipadu dan berat sesuatu objek.
d. Mewujudkan ruang, dengan menggunakan garisan yang berlainan saiz, jarak
dan intensity.
e. Menghasilkan jalinan pada permukaan sesuatu objek.
f. Menghasilkan motif pada rekacorak yang dibuat secara berulang-ulang.
g. Mewujudkan ton iaitu dengan menggunakan garisan yang berbeza dari segi saiz
dan jarak.
h. Menghasilkan pelbagai asas corak berpandukan grid.

Rupa

1. Rupa adalah satu kawasan yang berbeza daripada ruang di sekelilingnya dan bersifat
dua dimensi.
2. Rupa juga adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya
atau kawasan yang dibezakan melalui nilai warna dan jalinan.
3. Ia mempunyai permukaan rata dan bersifat dua dimensi. Kadangkala rupa juga wujud
secara ilusi walaupun tiada garisan yang mengelilinginya (outline)
4. Rupa dapat dilihat secara positif atau negative.
5. Terdapat dua jenis rupa iaitu
a. Rupa organik – rupa bebas tanpa sudut.
b. Rupa geometrik – Rupa bulat dan rupa bersudut.
6. Olahan rupa dapat mewujudkan keseragaman, harmoni dan kepelbagaian dalam karya
seni.
7. Olahan rupa juga boleh menampakkan ilusi jisim, isipadu dan ruang pada rekaan seni
halus.
8. Rupa boleh dikembangkan secara penambahan dan penolakan dan gabungan kedua-
dua cara.
9. Rupa boleh diolah menjadi bentuk huruf yang dikenali sebagai rupa huruf atau mukataip.

1
Nota STPM Seni Visual

Bentuk

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Ini bermakna ia mempunyai lebih daripada
satu permukaan datar. Bentuk pada alam dapat dilihat daripada pelbagai sudut
pandangan.
2. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu
a. Bentuk konkrit – ialah bentuk yang sebenar yang bersifat tiga dimensi. Ia dapat
dilihat, dirasa dan disentuh daripada pelbagai sudut.
b. Bentuk ilusi – dapat ditimbulkan dengan menggunakan unsure, prinsip serta
struktur rekaan yang akan menampakkan seolah-olah objek atau gambaran yang
dilukis seperti keadaan sebenar.
3. Olahan ton warna dapat menimbulkan bentuk ilusi. Olahan tersebut boleh dihasilkan
melalui teknik garisan, lorekan, jalinan dan catan.

Ruang

1. Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya
seni visual.
2. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan besar jika dibandingkan dengan objek
yang sama saiz yang berada di bahagian belakang.
3. Terdapat 2 jenis ruang, iaitu
a. Ruang fizikal – ialah ruang yang terdapat di persekitaran.
b. Ruang ilusi – adalah ruang yang terdapat dalam karya seni visual seperti catan,
lukisan dan rekaan grafik.
4. Terdapat 3 jenis ruang dalam ruang ilusi, iaitu :
a. ruang dalam – elemen-elemen seni yang menggambarkan kualiti infiniti seperti
saiz, posisi, imej yang bertindan, objek yang jelas atau samara dan perspektif
dapat memperlihatkan ruang dalam
b. ruang cetek – lingkungan sama ada antara dinding ke dinding atau
kedalamannya terbatas.
c. Ruang rata – bila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang
sama.
5. Ruang juga dapat mempengaruhi saiz dan warna berdasarkan jarak tertentu.
a. Ruang saiz dan perspektif
- saiz objek yang sama yang berada di belakang kelihatan lebih kecil
daripada yang berada di hadapan.
b. Ruang, warna dan kedalaman
- nilai warna yang berada di belakang lebih pudar daripada yang berada
di bahagian hadapan atau sebaliknya. Ini akan memberikan gambaran
ruang dan kedalaman iaitu jarak antara satah dan objek yang berbeza
kedudukan atau petempatan.

6. perubahan nilai ton warna akan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu
ruang mengikut keinginan pelukis.
7. Dalam karya dua dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi tiga
dimensi melalui tiga jenis perspektif iaitu
a. perspektif satu titik lenyap
b. perspektif dua titik lenyap
c. perspektif tiga titik lenyap

2
Nota STPM Seni Visual

Jalinan

1. Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara penglihatan atau
sentuhan. Jalinan terdapat di permukaan objek alam dan objek buatan manusia.
2. Terdapat 2 jenis jalinan, iaitu
a. Jalinan sentuh – kesan di atas permukaan yang dapat dirasai melalui deria
sentuhan.
b. Jalinan tampak – kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai
secara sentuhan. Ia hanya dapat dilihat secara ilusi pada alam benda dan juga
pada karya seni.

3. Jalinan yang terdapat pada objek alam dan objek buatan manusia mempunyai fungsi
tertentu:
a. keselamatan dan penyamaran – Haiwan mempunyai kulit yang kasar dan
menyerupai warna batang kayu.
b. Cengkeram – corak pada tayar kenderaan memberi kestabilan
c. Hiasan – jalinan corak pada tekstil untuk nmenarik minat dan kesesuaian kepada
pemakai seperti baju, kain dan tali leher.
d. Menampakkan pelbagai jenis ruang – dalam catan contohnya pelukis
menggunakan pelbagai jalinan dengan pelbagai cara untuk menimbulkan ruang
cetek, ruang dalam dan ruang rata.

Warna

1. Warna asas atau warna utama adalah pigmen warna yang terdiri daripada biru, kuning
dan merah.
2. Warna sekunder dihasilkan melalui campuran dua warna utama.
3. Warna tertiar adalah hasil campuran satu warna Utama dan warna Sekunder.
4. Warna neutral terdiri daripada warna putih, hitam dan kelabu.
5. Ton warna ialah nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna. Ton warna diperolehi
melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau hitam. Mana-mana warna
yang dipilih dicampur dengan hitam akan menampakkan ton lebih gelap, dan jika warna
itu dicampur dengan warna putih pula menghasilkan ton yang cerah.
6. Hue adalah nama untuk warna. Dengan ertikata yang lain, merah, biru, kuning dan lain-
lain lagi adalah hue. Misalnya hue-hue yang terdapat pada warna biru seperti Prussian
blue, sky blue dan ultramarine blue.
7. Warna harmoni adalah kumpulan warna yang terletak bersebelahan satu sama lain pada
roda warna.
8. Warna harmoni dapat menimbulkan suasana yang selesa dan tenang.
9. Warna penggenap adalah kombinasi warna-warna yang bertentangan dalam roda warna.
a. Warna biru dan jingga
b. Warna kuning dan ungu
10. warna sejuk terdiri daripada warna-warna seperti hijau, biru, ungu, kuning-hijau, biru-
hijau, biru-ungu. Warna-warna ini dikaitkan dengan air laut, langit, tumbuh-tumbuhan
dan lain-lain.
11. Warna panas terdiri daripada warna-warna seperti merah, kuning, jingga, merah-ungu,
merah-jingga dan kuning-jingga ini selalunya dikaitkan dengan matahari dan api.
12. Warna boleh membawa maksud atau pengertian tertentu mengikut budaya setempat
seperti :
a. Warna kuning – Diraja, kecemerlangan, ceria, kekayaan
b. Warna merah – berani, kemakmuran, bahaya, amaran
c. Warna hijau – segar, subur, pertumbuhan
d. Warna putih – kesucian, kemurniaan, kerohanian
e. Warna hitam – sedih atau pilu

You might also like