You are on page 1of 2

Kebaikan & Keburukan Menghadiri Kelas Tuisyen

Kebaikan :

 Pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas


tuisyen boleh membantu murid-murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran. Murid-
murid dapat menyelesaikan masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk
secara personal dengan guru tuisyen.
 Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan
keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih
tubi yang turut memberi satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaan sebenarnya.
 Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satu
keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan. Murid yang sudah
banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab
dengan tenang dan tepat dalam setiap soalan yang diberikan itu.
 Kelas tuisyen memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Kelas tuisyen yang diadakan selepas waktu sekolah biasanya menyukarkan
murid-murid terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan
masa menonton televisyen.
 Kelas tuisyen boleh membimbing dan memahirkan ilmu murid-murid yang dipelajari
di sekolah. Melalui kelas tuisyen, murid-murid boleh mendapat penjelasan yang lebih
mendalam terhadap sesuatu subjek.  Murid-murid juga boleh mendapat pengetahuan
yang tidak dapat belajar di sekolah.
 Murid-murid boleh lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar kerana
mempunyai persekitaran yang baik untuk belajar dan bilangan murid dalam satu kelas
kecil.
 Murid-murid boleh bertukar fikiran dan soalan ujian dengan rakan-rakan baru.
Keburukan :

 Sesetengah pusat tuisyen mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan


kualiti pengajaran mereka. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi tetapi kualiti
pengajaran mereka sangat rendah.
 Menghadiri kelas tuisyen menggalakkan pergaulan bebas antara murid-murid. Ini
memberi peluang kepada murid-murid untuk bergaul dengan rakan-rakan dari sekolah
lain. Hal ini akan menyebabkan murid-murid bebas bergaul antara satu sama lain
tanpa mengira batasan lelaki dan perempuan.
 Membuang masa ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan
juga membuang masa diri murid-murid untuk menghadiri kelas tuisyen.
 Membuang duit ibu bapa kerana kelas tuisyen tersebut mahal and anak-anak mereka
pergi ke kelas tuisyen hanya untuk bertemu rakan-rakan mereka, bermain telefon
bimbit dan bercakap dengan rakan-rakan.
 Meningkatkan beban ibu bapa untuk membiayai yuran tuisyen anak-anak.
 Menghadiri kelas tuisyen mewujudkan kekeliruan murid-murid kerana cara-cara
setiap guru mengajar berbeza. Setiap guru mempunyai formula dan teknik menjawab
soalan yang berbeza dan ini boleh mengelirukan murid tersebut.
 Ibu bapa akan menjadikan tuisyen sebagai satu alat kompetitif untuk membanding
keputusan anak-anak dengan orang lain. Ini akan memberi tekanan kepada murid-
murid sehingga boleh menyebabkan trauma.

You might also like