P. 1
Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)

Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)

|Views: 756|Likes:
Published by Shuba Kerisnan

More info:

Published by: Shuba Kerisnan on Apr 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/22/2013

pdf

text

original

µPERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA SELEPAS KEMERDEKAAN HINGGA KE HARI INI¶

MPW1113-PENGAJIAN MALAYSIA

DPILOMA IN EDUCATION(TESL) & DIPLOMA IN NURSING

DISEDIAKAN OLEH: SUBA KERISNAN (1052045) NUR AMIRA BT AHMAD FAUZI(1052056) LAILABT SALLEH (0801180)

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN ROHAINI BT AMIN

PE

Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat kami menyiapkan kertas kerja yang telah ditugaskan kepada kami ini sekaligus dengan pembentangan yang telah kami bentangkan bagi tajuk yang telah kami pilih iaitu µPembangunan Ekonomi Malaysia selepas Kemerdekaan¶. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat pensyarah kami yang tercinta,Puan Rohaini bt Amin yang tidak pernah putus memberi kami panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses kami menyiapkan pembentangan kertas kerja kursus ini. Tanpa beliau, tidak mungkin kami mampu untuk menghasilkan kerja yang telah diamanahkan kepada kami ini. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan buat teman-teman seperjuangan yang banyak member bantuan buah fikiran dan kemudahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang sangat bermakna ini. Tanpa pertolongan dari mereka juga tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini. Benarlah jika dikatakan bahawa teman itu umpama orang penting yang ada dalam kehidupan seseorang. Akhirnya kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan yang tidak seberapa ini. Tugasan ini benar-benar telah memberi kefahaman kepada kami tentang proses pembangunan ekonomi Malaysia setelah mencapai kemerdekaan.

Sekian, Terima Kasih

2

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN PENGENALAN RANCANGAN MALAYA PERTAMA RANCANGAN MALAYA KEDUA RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA DASAR EKONOMI BARU(DEB RANCANGAN MALAYSIA KEDUA RANCANGAN MALAYSIA KETIGA RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT RANCANGAN MALAYSIA KELIMA DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN) WAWASAN 2020 RANCANGAN MALAYSIA KEENAM RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH DASAR WAWASAN NEGARA(DWN) RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH KESIMPULAN LAMPIRAN BIBILOGRAFI

MUKA SURAT 4-7 7-10 10-12 12-14 14-16 16-18 18-21 21-25 25-29 29-33 33-40 40-43 43-46 46-47 47-49 50-55 55-56 57 58-61 62-63

3

Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak. petroleum dan gas asli. 4 .3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut. Malaysia merasai tamparan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. simpanan pertukaran wang asing yang sihat. Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%). prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif. Pada awalnya. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun.PENGENALAN Menurut Wikipedia. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri.Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya.Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan. dan hutang luar yang kecil. Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara kecil berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah. pertumbuhan ekonomi Malaysia bergantung kepada pengeksportan bahan bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0. bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Kesannya. bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap.

Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan ekonomi pada 1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund). Ketika melangkah ke tahun 2011.Selain itu keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga merupakan perbincangan utama dalam kerja kursus ini. yakni pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia.Dalam hal ini. Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang.Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh negara tersebut. Rancangan Malaysia Kesembilan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting. Dalam era globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan. Ramai yang meramalkan bahawa perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing. cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita.Sudah tibalah masanya untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan.berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum. kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif. Malaysia bukanlah negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan. Inilah formula yang telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.Untuk terus menyerlah. kemahiran dan nilai untuk 5 . kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global.

Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur.´ Berdasarkan petikan di atas. memajukan sector-sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan.Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur. cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang. pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Sehubungan ini. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam.Rakyat Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan.Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini.melengkapi pencapaian pembangunan fizikal. kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. berdaya tahan dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam Hadhari. kerajaan telah memainkan banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. berintegriti. Peranan kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi ³Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. pertanian dan perkhidmatan. sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020. mengambil langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. 6 .

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 ± 1960). Kuala Lumpur. Utusan Publication&Distributors SDN. BHD. Tanah Melayu belum lagi mambentuk sebuah gagasan yang dikenali sebagai Malaysia. 1 7 . 2004.1 Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah: (a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) (b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (c) Dasar Percukaian dan Subsidi (d) Pelan Induk Perindustrian Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Langkahlangkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang memberansangkan. Rancangan ini dipanggil sebagai Rancangan Malaya pada permulaannya kerana pada ketika itu. Abd Rahim Abd Rashid. Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama yang dirangka oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu(Malaya). Rancangan Malaya Pertama ini dijalankan pada tahun 1956 hingga 1960.

Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. ia dapat membantu kerajaan membanteras kadar kemiskinan penduduk dalam Negara. kerajaan turut memperluaskan kawasan 8 . Ini bagi membuka peluang kepada para penduduk menjalankan aktiviti pertanian dengan meluas.Rancangan ini juga dikenali sebagai rancangan Fasa Sebelum Merdeka kerana pada ketika itu juga. Dengan adaya sumer pertanian lain. Selain itu. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah menjalankan pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian.100 juta. Di samping itu. Tanah Melayu masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya dan masih berada di bawah penguasaan British. Selain itu. Rancangan ini juga memberi penekanan yang lebih terhadap pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar dan lebih menjurus kepada aktiviti pertanian sebagai hasil utama ekonomi Negara. Rancangan Malaya Pertama ini dirangka bertujuan untuk memajukan sektor luar bandar yang dikira pada ketika itu kurang maju dari segi ekonominya kerana kurangnya kemudahan sedangkan tanah di kawasan luar bandar juga mempunyai ruang yang luas untuk memperteguhkan ekonomi Negara berdasarkan tanahnya yang subur. rancangan ini juga dirancang bagi mempelbagaikan sumber Negara supaya tidak terlalu bergantung kepada sektor pengeluaran bijih timah dan getah. rancangan ini dirangka bagi mengurangkan kadar kemiskinan yang menular di kalangan penduduk terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Dengan penyediaan kemudahan melalui rancangan ini. ia dapat menambah pendapatan Negara dan meningkatkan sumber ekonomi Negara dan membuka lebih banyak peluang kepada para penduduk di Malaysia. Ini menghasilkan Rancangan Malaya Pertama yang berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam sebanyak Rancangan Malaya Pertama.

Ini member peluang pekerjaan kepada para penduduk untuk menusahakan perusahaan perlombongan bijih timah dengan lebih meluas. Ia juga turut memberi kepelbagaian dalam pengeluaran bagi pertanian dan perikanan di samping menggalakkan penanaman semula pokok-pokok getah di kebun-kebun kecil bagi meningkatkan lagi pengeluaran perusahaan getah sekaligus meningkatkan ekonomi Negara kerana getah pada ketika itu menjadi sumber utama ekonomi Negara. FELDA pula merupakan satu agensi yang dijalankan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di samping meningkatkan taraf hasil pertanian dalam Negara. Bagi menjayakan perangkaan Rancangan Malaya Pertama ini. Agensi ini juga berperanan sebagai satu agensi yang member pinjaman kepada para pengusaha kecil di kawasan luar bandar. Manakala agensi yang ditubuhkan pula kekal sehingga ke hari ini. ia berperanan memasarkan hasil pertanian yang diperolehi dalam aktiviti pertanian yang dijalankan oleh para petani disamping menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan memandangkan perniagaan juga merupakan satu kegiatan yang member kesan kepada pembangunan ekonomi Negara. dua agensi utama telah ditubuhkan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Rancangan Malaya Pertama ini telah memberi Malaysia satu pencapaian yang besar dari segi ekonominya. Ia juga turut menyediakan penempatan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air. elektrik dan sebagainya bagi para penduduk yang dikenali sebagai peneroka. Ia berperanan membuka tanah baru bagi aktiviti pertanian terutamanya dalam pembukaan tanaman kelapa sawit yang menjadi sumber utama bekalan minyak pada hari ini. pelaburan 9 . Aktiviti yang dijalankan dalam rancangan ini telah member impak yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara.perlombungan bijih timah. Dari segi pencapaian Rancangan Malaya Pertama. RIDA merupakan satu agensi yang bermatlamatkan prinsip membangunkan rakyat di kawasan luar bandar. Selain itu.

Ia merupakan satu 10 . Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan ekonomi.Peruntukan pembangunan telah ditambah sebanyak Rancangan Malaya Kedua. Setiap yang direncanakan oleh kerajaan mesti mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Beberapa perubahan telah dibuat di dalam Rancangan Malaya Kedua ini. Rancangan Malaya Kedua ini juga dikenali sebagai fasa selepas merdeka kerna ianya dirangka setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu dari tahun 1961 hingga 1965. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat. Ini kurang sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh berkenaan. Begitu juga dengan perangkaan Rancangan Malaya Kedua ini. Rancangan Malaya Kedua juga telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.150 juta iaitu hampir dua kali ganda peruntukan Rancangan Malaya Pertama. mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Rancangan ini berjalan setelah 5 tahun setelah berjalannya Rancangan Malaya pertama tersebut. RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 ± 1965). iaitu bagi pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya.sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Rancangan Malaya Kedua pula merupakan hasil rangkaan rentetan daripada Rancangan Malaya Pertama. Rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia.

carta dan butir-butir kemajuan mengenai projek pembangunan luar bandar yang sering dijalankan. pihak terlibat telah menjalankan dua aktiviti iaitu penubuhan bilik gerakan Negara dan penubuhan buku merah yang dianggarkan mampu membawa Tanah Melayu mencapai peningkatan dari segi ekonominya. pelaksanaan dan kaedah mengesan tanpa pencapaian selain mengandungi maklumat yang disimpan dan dikumpulkan dalam bentuk peta. Bilik gerakan Negara ini juga mempunyai pejabat yang ditubuhkan di setiap daerah di setiap negeri di Tanah Melayu yang bertujuan untuk mengawal rapi pembangunan ekonomi Tanah Melayu secara konsisten serta menyelaraskan pembangunan ekonomi di peringkat negeri. Bagi menjayakan pelaksanaan rancangan ini. Seperti matlamat yang terdapat dalam Rancangan Malaya Pertama. iaitu penubuhan bilik gerakan Negara merupakan salah satu aktiviti yang ditubuhkan oleh Dato¶ Abdul Razak bin Dato¶ Hussien yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Penubuhan buku merah pula merupakan satu rekod pembukuan yang mengandungi program. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini. Kemajuan dan kemudahan lebih menjurus kepada penduduk yang tinggal di bandar berbanding dengan penduduk yang tinggal di luar bandar. perbezaan ketara berlaku antara keduanya.daerah dan juga kampung agar berada dalam keadaan yang selaras. Ini kerana. Rancangan Malaya Kedua ini juga masih meneruskan apa yang dilaksanakan dalam rangka Rancangan Malaya Pertama iaitu bertujuan atau bermatlamatkan untuk membasmi kadar kemiskinan yang menjalar dalam kalangan rakyat di samping meningkatkan taraf hidup rakyat Tanah Melayu pada ketika itu ke peringkat yang lebih terjamin.rancangan yang bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar. Manakala satu agensi telah ditubuhkan bagi menjalankan dan memajukan perancangan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian 11 .

FAMA ditubuhkan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan system penyimpanan dan pemasaran hasil pertanian. Selain itu. RMK1 ini berjalan selama 5 tahun juga iaitu dari tahun 1966 hingga 1970. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia dan Tanah Melayu sangat berusaha dalam membasmi kemiskinan yang dialami olek para penduduk di Negara ini. didapati bahawa 49. 12 . Dari segi pencapaiannya. Rancangan Malaysia Pertama ini juga menjurus kepada pembasmian kemiskinan dalam dalam kalangan penduduk di Malaysia. Nama Malaya ditukar kepada Malaysia disebabkan oleh terbentuknya satu gagasan persekutuan yang diberi idea sebagai pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menukarkan nama Tanah Melayu dengan Malaysia. Dan ia juga jelas menunjukkan bahawa kemiskinan penduduk turut menjadi satu masalah dalam ekonomi Negara.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di abawah garis kemiskinan. purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6. FAMA juga berperanan sebagai agen yang menentukan harga yang berpatutan kepada hasil penanaman para petani selari dengan kehendak semasa dan keperluan para petani tersebut. RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (RMK1) (1966 ± 1970) Rancangan Malaysia Pertama ini merupakan satu rancangan yang telah dirangka setelah berakhirnya tempoh pelaksanaan Rancangan Malaya Kedua.4% setahun.Persekutuan(FAMA). FAMA ini juga turut berperanan mengurangkan monopoli orang tengah dan meningkatkan pendapatan petani yang terlibat dengan aktiviti pertanian yang dijalankan. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar.

Maka pemupukan perpaduan ini amat penting bagi menjamin keamanan Negara. Selain itu. kadar pengangguran yang berlaku dalam kalangan rakyat pastinya mampu dibanteras. Satu lagi agensi yang terlibat dalam rancangan ini ialah Malaysian Agricultural Research and Development Institute(MARDI) yang merupakan satu agensi yang telah dibuhkan dalam tempoh pelaksanaan RMK1 ini iaitu pada tahun 1969. Penglibatan FELDA dalam RMK1 ini adalah untuk menjalankan pembukaan tanah baru secara lebih besar-besaran berbanding dengan pada peringkat permulaan pengenalan FELDA ketika Rancangan Malaya Pertama dahulu. kewujudan RMK1 ini adalah bagi mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku dalam kalangan rakyat. Antara projek tersebut termasuklah Segi Tiga Jengka dan sebagainya. Pelaksanaan RMK1 ini juga berobjektifkan satu tujuan yang didasarkan untuk meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan penduduk yang berpendapatan rendah kerana pada hakikatnya rakyat yang berpendapatan rendah inilah yang dihimpit dengan kemiskinan. bagi melancarkan program ini dengan jayanya. Dengan adanya usaha dari pihak kerajaan yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Projek yang dijalankan juga adalah lebih bersifat besaran. 13 .Objektif utama pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama ini adalah untuk mengeratkan perpaduan antara rakyat di Malaysia memandangkan Malaysia ini hidup dalam kalangan kaum yang terdiri daripada Melayu. ia juga bertujuan untuk menjaga kebajikan para penduduk di Malaysia dari aspek ekonomi agar tidak wujud rakyat yang terlalu berada dalam kemiskinan yang amat ketara. Kemudian. Cina dan India. dua agensi telah terlibat iaitu FELDA yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Pertama. Selain itu. Kewujudan agensi ini adalah untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi baru bagi meningkatkan mutu pertanian sekaligus meningkatkan mutu pengeluaran yang akan dihasilkan.

Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana.Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini semakin meningkat. RMK1 melibatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM10.DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat.Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru).500 juta iaitu RM4. Kata beliau. berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah.950 juta daripada sektor swasta. bijih timah dan sebagainya. ia sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat.550 juta daripada sektor awam dan RM5.Datuk Seri Dr.Antara objektif utama kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputeramelibatkan diri 14 . Mahathir Mohamad pernah menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi.Pada 1990-an inilah pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup oaring-orang Melayu di Negara ini. kebanyakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu miskin dan kehidupan mereka adalah bukan sesuatu yang boleh menggembirakan jika dibandingkan dengan kaum ± kaum lain di Malaysia seperti Cina dan India tetapi itu bukanlah suatu isu pada hari ini. DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1971 ± 1990) Pada masa dahulu.Di samping itu RMK1.

dalam bidang ekonomi.Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional dalam menghadapi permasalahan ini.Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan. Melalui cara ini. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran.Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. berdaya saing.Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan tempatan. Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan 15 . berkualiti. DEB telah melahirkan dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran. berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang berpotensi dan berkembang. elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya turut berkurangan. daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dan kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya. Penswastaan projekprojek baru seperti air. Melalui dasar ini. Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta.Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara. Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.Ini kerana dahulu.

Lahirnya RMK2 ini melambangkan permulaan satu era baru dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia. RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMK2) (1971 ± 1975) Rancangan Malaysia Kedua ini merupakan satu rancangan yang berada dalam lingkungan Rangka Rancangan Jangka Panjan pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB). Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam. mempromosi industri berkala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju.5 peratus dan 15 peratus setahun. Namun matlamat utama RMK2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12. Ini kerana setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berlainan yang mampu menjadikan jurang perbezaan yang besar antara satu kaum tersebut.dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian bertambah. pakatan dan campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi jenayah kolar putih. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Tujuan pelancaran RMK2 ini adalah untuk mengatasi masalah dan memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kumpulan kaum di Negara ini. Manakala peruntukkan yang telah disediakan di bawah RMK2 ini ialah sebanyak RM7. Komplot. tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini seluruhnya. 16 .250 juta. Rancangan ini digunakan dalam tempoh lima tahun juga iaitu dari tahun 1971 hingga 1975. masing-masingnya mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun.

17 . MADA 2. ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti. terutamanya dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme Melayu. peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat. Agensi-agensi ini ditubuhkan bagi membawa taraf ekonomi luar Bandar dan bumiputera ke tahap yang lebih selesa sekaligus memberi mereka kelonggaran daripada kehidupan yang diserabuti dengan kemiskinan iaitu seperti MARA. 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990.aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. KADA. Trans-Perakk dan Balik Pulau-Seberang Perai. Barat Laut Selangor. Kemasin-Semarak. Krian-Sungai Manik. RMK-2 juga telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975. Pembangunan luar bandar pula dibentuk dengan adanya pembentukan KESEDAR. 16% bagi tahun 1980.KADA 1. Sector perkilangan ini juga memainkan peranan yang strategik untuk mencapai objektif dalam DEB yang mepupakan RRJP pertama diperkenalkan iaitu dari segi pengembangan pekerjaan. Usaha yang paling membanggakan Malaysia pada tahun 1974 ialah Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). DARA dan KEJORA dan pertanian padi pula didijalankan dengan bantuan agensi seperti MADA 1. Malah. FELCRA. FAMA. Pelbagai agensi telah ditubuhkan dalam pelaksanaan RMK2 ini bagi menjayakan matlamat dan tujuan pelaksanaannya untuk meningkatkan mutu ekonomi Negara Malaysia. KETENGAH. MADA.FELDA.Ini menunjukkan bahawa RMK2 ini lebih bertumpu kepada sector perkilangan yang menjadi sektor utama dalam perkembangan ekonomi Negara pada masa itu. FOA (Farmer Organization Authority) dan lain-lainnya. KADA 2 seta kawasan-kawasan penanaman di Besut. Bank Pertanian.

RMK2 ini telah memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara kerana pada ketika itu kerana peningkatan yang diterima setelah menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang. RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMK3) (1976 ± 1980) Rancangan Malaysia Ketiga merupakan merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Pelaksanaan yang dilakukan dalam rancangan ini masih lagi didasarkan dengan matlamat penubuhan DEB. Ini kerana RMK3 ini masih berada di bawak lingkungan Rangka Rancangan Jangka Panjang Dasar Ekonomi Baru(DEB). Dalam hal ini. industriindustri kecil juga dibantu dengan menambahkan kemudahan-kemudahan kredit dan 18 . berasaskan sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan eksport. Beberapa strategi juga telah dilaksanakan oleh pihak tertentu iaitu dengan menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan. wujudlah RMK3 yang berpaksikan pada perkembangan perusahaan yang berintensifkan buruh. Seterusnya. Rancangan ini merupakan salah satu rancangan yang dirangka untuk menyambung kembali usaha yang terkebelakang terutamanya RMK2 dan menghasilkan usaha baru bagi menjamin dan meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara.600 juta dan 88 peratus daripadanya diperuntukkan kepada pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12 peratus diperuntukkan kepada perbelanjaan pertahanan dan keselamatan Negara. Jumlah yang diperuntukkan untuk memajukan usaha dalam RMK3 ini adalah sebanyak RM18. RMK3 ini telah dirangka dan dijalankan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 1976 hingga tahun 1980. menunjukkan bahawa peningkatan yang berlaku adalah melebihi target yang dianggarkan. dorongan-dorongan khas untuk industri dan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh. Ini menunjukkan segala agensi yang ditubuhkan memainkan peranan yang penting dan amat berguna kepada pembangunan ekonomi di Malaysia.

Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru. PERNAS. Program-program lain termasuk Projek Amalan Makanan dan Pemakanan dan pembangunan masyarakat di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang melibatkan masyarakat tempatan dalam programprogram dan projek-projek pembangunan. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA. Selain itu. Bagi mendapatkan faedah optima dari perkembangan perindustrian. kerajaan turut berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar di samping memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar. Usaha-usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak dengan usaha memperkembangkan guna tenaga dan pendapatan. kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara. dasar-dasar untuk menggalakkan pelaburan telah dikaji semula dari semasa ke semasa. Ini bagi menjamin supaya dasar-dasar itu membantu perkembangan guna tenaga dan penggunaan sumbersumber asli yang masih banyak matlamat seterusnya ialah untuk menggalakkan pengeluran yang cekap dalam bidang perindustrian supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terhadap masyarakat adalah terkawal. 19 . Di samping itu. FELDA. DARA.perkhidmatan lanjutan di samping mengadakan pertalian yang lebih kukuh di antara pengeluar-pengeluar kecil melalui kontrak-kontrak kecil. Badan-badan berkanun seperti MARA. UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. KETENGAH dan KESEDAR. KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA.

program-program Rancangan Malaysia Ketiga juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. masing-masingnya (Malaysia 1981). ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar 7. Negara akan menempuh masa lima tahun hadapan dengan penuh keyakinan. Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24. Secara keseluruhan. terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Rancangan ini merupakan satu usaha kerajaan yang 20 . Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun yang telah ditetapkan. iaitu kepada 20. tetapi merosot kepada 22. RMK-3 telah dirangka berdasarkan kepada kekuatan ekonomi negara dan cabaran yang dihadapi negara termasuk masalah keselamatan negara serta kemajuan penting ekonomi dan sosial (hasil daripada usaha-usaha pembangunan yang lepas dan juga kekurangan yang dialami dalam proses pembangunan). walaupun sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian.5 peratus dan 25. Di bawah dorongan RMK-3.Daripada segi pencapaian.449 juta.2 peratus. Bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980). Di antara faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4. Dalam sektor pertanian pula. Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih daripada 8% setahun. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48.3% setahun). pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik.8% setahun. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi.8 peratus pada 1980.5 peratus pada 1980. walaupun bilangannya masih kurang. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMK3 adalah menggalakkan.

6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.3 peratus. pelajaran dan latihan sejumlah 7. Daripada jumlah ini 57. Namun begitu. kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi.8 peratus. pengangkutan sejumlah 10. 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8. Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia Keempat ini.1 peratus.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami pelbagai masalah ekonomi contohnya kemerosotan dalam imbangan bayaran. RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (RMK-4) (1981 ± 1985) Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) yang dimulakan pada 1981 hingga 1985 merupakan satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara di bawah Dasar Ekonomi Baru. penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13. langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. kelembapan sektor swasta dan juga peningkatan kadar pengangguran secara langsung. peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah RM40 ribu juta.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam.lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi sepanjang tempoh tahun-tahun 1976-1980. 21 . Daripada pembahagian ini. 23.RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat daripada kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.

2) TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB) 3) Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia 4) Jabatan Pos 5) Desaru dan sebagainya. Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan bagi.Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja 3. Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah: 1) Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd.DASAR PENSWASTAAN Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun 1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.Mengurangkan beban kewangan kerajaan 2.Rasional penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB Walaupun secara rasminya dasar ini telah dilancarkan pada tahun 1983.1.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi 4.Pengagihan sumber secara cekap 5. 22 . tetapi pelaksanaannya hanya bermula sejak penghujung tahun 1985.

menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian. Pulau Pinang. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas. Pelan Induk Perindustrian (PIP) Bukan itu sahaja. Di antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah: 1. Menggatal dan Likas. Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan caramenubuhkan 23 . Sehubungan itu. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad Selain itu. Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. pada tahun 1983. unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan yang berkesan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian. Manakala. dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaitu : 1. Bintulu. Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad 2. penggunaan teknologi dan tenaga mahir.Strategi dan Pelaksanaan Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat.Oleh yang demikian. memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan serta mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia 2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman. Skudai.Rancangan Malaysia Keempat juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal. usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang. Terengganu 3.

terutamanya di peringkat pelajaran tinggi. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi badan-badan utama bagi memberi saham-saham yang sedia ada. Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil penyelidikan. Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham oleh agensi-agensi amanah. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). menyediakan khidmat nasihat dan perundingan. Pencapaian RMK-4 Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan dari 49. penggunaan teknologi dan tenaga mahir.2% dalam tahun 1980. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA) 24 .Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan Bumiputera yang terlatih. Kemajuan ini telah dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga barangan yang tinggi.Rancangan Malaysia Keempat mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal.3% dalam tahun 1970 kepada 29.Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 1981. kemudahan kredit dan pinjaman. latihan.RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat.

Dari segi pencapaian secara keseluruhan.Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialah perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan perdagangan. Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia. Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran. Justeru matlmat Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk mencapai perpaduan negara. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan barang-barang pertanian. Dasar Ekonomi Baru mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi 25 .4% setahun daripada $3171 juta pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985.Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun Negara. Seperti yang berlaku di tahun-tahun sebelumnya. KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.Bagi tujuan ini. peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan Perindustrian. pengetahuan teknikal dan keusahawanan.. Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.8% setahun.Prospek bagi pembangunan ekonomi yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (RMK-5)(1986-1990) Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana dan stabil. ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.

keusahawanan. keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah. kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5. 89. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan. perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. pembinaan. air.Menurut sumber Kementerian Penerangan. Strategi dan Pelaksanaan RMK-5 Dalam tempoh RMK-5. RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). telefon.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti.langkah pengurangan kadar bayaran elektrik. kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. 26 . 6. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. tapak kilang dan lain-lain. penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar.000 juta. Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah. secara keseluruhan.negara. jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69. Daripada jumlah ini. Selain industry berorientasikan eksport. penanaman padi secara ladang. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot. perhotelan dan perkapalan.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah 27 . garis panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta. menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan. Pencapaian RMK-5 Prestasi ekonomi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelima amat membanggakan.Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandarbandar baru juga diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini bertujuan bagi mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan kepada seluruh wilayah. perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5. menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Pada keseluruhannya.Seterusnya.Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur telah dimajukan un tuk mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar.Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan.Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusatpusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU).Tambahan pula.0 peratus.

telah membolehkan ekonomi pulih dengan segera. kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan pengurusan. Dalam tempoh RMK-5.Sebagai sebahagian daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera. pada keseluruhannya penyertaan yang berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden. mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).Faktor -faktor tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik. Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah dicapai. terutamanya dalam tempoh separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kelima telah menghasilkan kemajuan yang ketara dalam corak agihan pendapatan. telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulan berpendapatan tinggi. Di samping itu. had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat 28 . Di samping itu. menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan.menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta. pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera. Faktor-faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang kecil dan terbatas. Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek projek pembangunan negara.Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh pembangunan sehingga kini. Mahathir Mohamad. ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan.(MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniaga. Dato' Seri Dr. Jelas bahawa proses sosio -ekonomi DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya. Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.B. 29 .Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990).peniaga kecil juga telah di tambah. DPN telah dilancarkan oleh Y. Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan ekonomi.Sesuatu yang tidak boleh disangka adalah pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).A. menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

dan kecemerlangan ekonomi. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: (i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. STRATEGI PELAKSANAAN DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. kualiti hidup. nilai. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial. kestabilan politik. kecekapan pentadbiran kerajaan.OBJEKTIF Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masy arakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. etika dan moral. (iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. 30 . (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. (viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. (vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden.Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan. (v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. (vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. 31 .

(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan.PROGRAM PELAKSANAAN Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut: (i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula. 32 . Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa. Untuk mengatasi masalah ini.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. mampuberdikari. Y.DASAR WAWASAN 2020 PENGENALAN Menurut Wikipedia.Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduandan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambildalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akanditempuh oleh negara. Rakyat 33 . antara lain. kerohanian. serta juga keyakinan. kerohanian. sosial. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial. sosial.Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukansebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun2020. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia . sistem kerajaan. maruah bangsa. psikologi. Perdana Menteri Malaysia ketika itu. progresif dan makmur. serta juga perpaduan nasional dan sosial.Melangkah ke Hadapan"yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun2020.A. mutu hidup. kejiwaandan kebudayaan. Malaysia sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi negara yang benar-benar maju. Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28Februari 1991. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi. politik. nilai sosial dan kerohanian. tetapi juga bidang-bidang politik. sosialdan politik yang berlaku di peringkat nasional danantarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi.B. kestabilan politik. bersatu. yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidangekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspekkehidupan: ekonomi.Menjelang tahun 2020.

Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara sekarang yang digelar negara maju? Setiap daripada 19 buah negara ini mempunyai kekuatan tersendiri. dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing dinamik. Malaysia tidak patut dibangunkan daripada segi ekonomi sahaja. adil. Tanpa meniru salah satu daripada negara berkenaan. giat dan kental. nilai sosial dan kejiwaan. kestabilan politik. Petikan kertaskerja Tun Dr Mahathir tentang Wawasan 2020. adil dari segi pengagihan ekonomi. sosial.akan menikmatikehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita.Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negarabermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengancaranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan coraknegara maju yang ada sekarang. Tetapi setiap negara itu juga mempunyai kelemahannya. "Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. kejiwaan. bermoral. 34 . Menjelang tahun 2020. hidup dalam masyarakat yang demokrasi liberal dan bertolak ansur. maruah bangsa dan keyakinan. bertoleransi. penyayang. Kemajuan yang dicita-citakanialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukurdari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malahia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurnadengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial. kita masih boleh membangun. progresif dan makmur. Ia mesti menjadi negara maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi. Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. psikologi dan kebudayaan. mampu bersaing.dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. sistem kerajaan. mutu hidup.

hidup dalam harmoni. (ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas.blogspot. demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka. Ia mestimenjadi negara yang aman. 2 http://lelucon2020.com/2009/01/cerita-tentang-wawasan. tidak mengalah kepada sesiapa. 28 Februari 1994) 2 OBJEKTIF Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysiadapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran.html 35 . secara adil dan didokong oleh satu bangsaMalaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasikepada negara. Masyarakat Malaysia ini mesti dapatdikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan. berkerjasamasepenuhnya. berintegrasi di peringkatwilayah dan kaum. Mahathir Mohammad "Malaysia Melangkah Ke Hadapan". mengamalkan satu bentuk persefahaman yangmatang. dandihormati oleh rakyat negara lain. tenteram danmaju dengan keyakinan terhadap diri sendiri." (Tun Dr. Di bawah ini diperturunkansembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyaimatlamat yang serupa dan dikongsi bersama. (iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yangmatang. banggadengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. sedar semua kemampuannya.

dan 36 .iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakatlebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insantidak berkisar kepada negara atau individu tetapi disekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. (viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. (vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. dan kesemua kemunduran ekonomiberdasarkan kaum.Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihankekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujudperkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalamperkembangan ekonomi. yang mana warganegaranya kukuh dalam nilaiagama. (vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kedepan. (v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat.(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral danberetika. dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etikapaling tinggi. Masyarakat sedemikian tidakakan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkanfungsi ekonomi. yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik danteknologi masa depan. meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.kebudayaandan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama.

keturunan atau warna kulit. keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yangrakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum. giat dan kental.(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomibersaing. PERSPEKTIF Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkanbeberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkanMalaysia mencapai taraf negara maju.kesetiaan kepada negara. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. dinamik. Wawasan 2020berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi dipertengahan jalan. sebarang bentukkerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokongoleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh 37 . (ii) Negara Perindustrian. sosial dan kebudayaan. ekonomi. Ini adalah kerana proses ini bukansahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkanperubahan teknologi. Isu-isu ini ialah:- (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Bagi mengisikonsep ini istilah seperti perpaduan negara. Pembentukan satu negarabangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa.

Ini ialahkerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Di peringkat ini peranansektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnyatelah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsirterhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaumgolongan sebagai tidak adil. pelaburan. negara maju ala. daya saing.Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasansemula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan. Bagi mencapai taraf negaraperindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesatamatlah penting. (iv) Moral dan Etika.mencipta. sebaliknya hendaklahmenganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaikiketidak-adilan.menambah dan memperbaharui. berdikari dan kekentalanmenghadapi cabaran-cabaran. Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidangekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagipenwujudan satu negara maju dan bersatu. di antarawilayah. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan. Kesungguhan bagi mencapai tahapkeseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan kedalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dandilaksanakan melalui program dan projek RancanganMalaysia Keenam. 38 .keseimbangan sosioekonomi di antara kaum. Ia sudah tentunya berkait dengansumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal.kualiti tenaga kerja. di antara negeri dan diantara bandar dan luarbandar. (iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial.Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegangkepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskankepercayaan agama.

PENUTUP Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalanpembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi 39 . Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yangmencorakkan negara. Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakatdan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.Penganutan falsafah ini adalahpenting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilaimoral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraandan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki. Inimembawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuahnegara itu bermula dan terletak pada keluarga danmasyarakat. Budaya bangsa dan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah yangmerangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang budaya menyayangi)sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlubagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna. (v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

tetapiia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of actionbagi setiap rakyat untuk mengambil langkahlangkah tertentubagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benarmaju dan makmur. program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN. 40 . dan peranan sektor swasta yang lebihdinamik. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif. tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkaraberkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup sepertipembentukan dan keperibadian bangsa.Penekanan kepada µpembangunan seimbang¶ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan. penekanan keada sains danteknologi.perubahan sikap dan nilai.negara perindustrian. RANCANGAN MALAYSIA KE-ENAM (RMK-6) (1991-1995) Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995. Dalam konteks ini Wawasan tersebutmemerlukan beberapa perisian penting. di antaranya ialahkualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan. RMK-6 menjelaskan strategi. strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun.Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan. pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas. moral dan etika.tahun sembilan puluhan.kebudayaan kebangsaan. perancangan. 1991-2000. pembangunan sumber manusia danlain-lain. merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang.

Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6).Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh rancangan. kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.Pelaksanaan dasar ekonomi yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil.meningkatkan pembangunan sumber manusia. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan.Antaranya. PENCAPAIAN RMK-6 Ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan.Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar. Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. 41 . Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan peranan sokongan yang aktif. Dalam tempoh RMK-6. STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-6. menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini.

negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa.1 peratus.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi. ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Dengan asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang teguh. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi yang berkesan.Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T). Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. hasil daripada peningkatan pengeluaran gas. meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia.Ianya juga 42 . Tahun terakhir RMK-6 merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhan pesat.Pasaran kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf perindustrian. penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti.Liberalisasi yang berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta.pengurusan ekonomi telah meningkatkan pengeluaran dan daya saing Malaysia. Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti. menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini.Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit.

Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996). dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia. juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan 43 .menyediakan landasan bagi kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu. RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7) (1996-2000). RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 . namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997.RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam. meliputi fasa kedua RRJP2.2000. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara. RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN.Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi.Selain itu. Selain itu.

44 . Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. mendalamkan modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan. STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-7 Dalam tempoh RMK-7. program membasmi kemiskinan termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada pengurangan kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya tinggi. dinamik dan berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa. Usaha diteruskan melalui dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian serta langkah pentadbiran dan penyesuaian penawaran. Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden.Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998. Dalam hubungan ini. Cabaran utama yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran. Usaha juga ditumpukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5 peratus manakala kemiskinan di kalangan golongan termiskin akan dapat dibasmi sepenuhnya menjelang tahun 2000. pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian objektif sosioekonomi dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat.

- Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial. 45 .U Usaha mewujudkan ekonomi yang lebihseimbang. berdaya tahan dan berdaya saing diperingkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses peralihan ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020. DASAR WAWASAN NEGARA RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas.- Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT. - Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan. iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. mempunyai asas yang luas.

membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi ‡ Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan.DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. Bagi merealisasikan objektif ini. ‡ Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat ‡ Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah 46 .Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:‡ Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan. ‡ Menyemarakkan semangat patriotik. RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-8) (2001-2005) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 ± 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). 2001 ± 2010. produktif dan berpengetahuan ‡ Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro ‡ Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. membentuk kematangan politik.

Dasar dan strategi dalam tempoh RMK-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan dengan berdaya tahan.pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia.Usaha juga diteruskan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti. Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal. Dalam tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan. Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-8 Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi yang mantap. pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7. peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT. program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN.RMK-8 menggabungkan strategi. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara. iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh.Ia bertujuan bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya 47 .5 peratus setahun.

tahan ekonomi.Dalam tempoh RMK-8, penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orangawam mempunyai peluang penyertaan yang saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada 47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49 projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Antara projek yang dijalankan adalah: Lebuhraya Damansara-Puchong. Menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah. Sistem Monorel di Kuala Lumpur, hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pembangunan 10,000 unit rumah guru. Projek bekalan air Fasa III di Selangor.

PENCAPAIAN RMK-8 Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga 2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial negara terus memperlihatkan kemajuan.Kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 22.8 peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004.Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti.

48

Program penswastaan akan terus dilaksanakan dalam tempoh RMK- 8 memandangkan sumbangannya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan dan memberi manfaat kepada orang awam serta menggiatkan pembangunan ekonomi. Ini selaras dengan mencapai matlamat teras RMK-8 untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9) (2006 ± 2010) Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah ³Mengukuhkan Perpaduan Nasional´ bertemakan ³Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang´. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia

49

mampu mencapai matlamat RMK-9. Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan telah menggubal dan akan melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu:

MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA:

Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk µminda kelas pertama¶. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

50

mahupun di kalangan masyarakat umum. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta. Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air. pengangkutan dan kemudahan lain. Untuk itu. Di samping itu. Y. perumahan. PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber. namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif.B. serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan. tenaga.A. Wilayah yang terbabit ialah: 51 . menjana pembangunan lebih seimbang. Dato¶ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT. bioteknologi dan automotif. Jambatan dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011. pertanian dan perkhidmatan.  Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan. Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di Perak Utara. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara: Jambatan Kedua Pulau Pinang  Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion  Menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung. Perlis. Wilayah Ekonomi Koridor Utara  Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar  Wilayah Ekonomi Koridor Timur.  Pusat Pemakanan Utama  Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)  Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi  Pusat Akuakultur  Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin  Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan  Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah  Lebuhraya Tunjang Sentral  Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia 52 .

 Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan.  Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi. pelancongan dan kebudayaan. industri. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa. Terengganu dan Pahang.Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan.  Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia:  Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor  Pelabuhan Tanjung Pelepas  Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)  Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi  Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)  Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia  Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin  Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. perniagaan. 53 .

kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. supaya semua pihak mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Masyarakat berbilang kaum perlulah berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10) (2011 ± 2015) Rancangan Malaysia Kesepuluh merupakan satu pelaksanaan dasar ekonomi jangka pendek yang paling baru dan sedang dijalankan pada hari ini. dapatlah kita mengenal pasti apa yang telah dicapai. RMK 10 ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam dengan bertemakan.Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Mekanisme pelaksanaan. 54 . µRancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial¶ pada 10 Jun 2010. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras. meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara. Tempoh pelaksanaan selama lima tahun ini bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2015. pemantau dan penilaian an perlu diperkukuhkan. Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur  Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai Timur. Sebanyak 230 bilion jumlah diperuntukkan untuk membiayai segala perbelanjaan dan pembiayaan dalam menjalankan segala bentuk idea dan agenda yang telah dirangka.

Pencapaian Diutamakan¶.Program Transformasi Kejayaan(GTP) dan Model Baru Ekonomi(MBE). Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Kelima: Memupuk. pembangunan inklusif Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing. menarik dan mengekalkan modal insan unggul. 55 peratus telah diagihkan bagi memajukan sektor ekonomi.Setiap pelaksanaan yang dijalankan oleh sesuatu kerajaan mestilah mempunyai strateginya yang tersendiri.¶Rakyat didahulukan. Manakala tiga lagi tonggak yang berada di bawah pentadbiran beliau ialah Gagasan Satu Malaysia di bawah satu tema iaitu. Di sini ada dimuatkan lima strategi pertama yang dirangka oleh pihak atasan bagi menjayakan rancangan ini iaitu: 55 . Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas. Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu. Berikut pula merupakan 10 premis utama dalam RMK10: Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.Daripada jumlah 230 Billion itu. Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi. RMK10 ini merupakan satu daripada empat tiang yang menjadi tiang tonggak yang berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. 30 peratus untuk sektor sosial. 10 peratus untuk sektor keselamatan dan lima peratus lagi diagihkan bagi sektor pentadbiran am. Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk. ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysiadengan metodologi NKRA Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.Kejayaan 56 . KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato¶ Seri Najib Tun Razak.

jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai. LAMPIRAN 57 . Oleh itu.Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju.Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri.

Petanian dan Penanaman padi di antara aktiviti ekonomi masyarakat dalam Rancangan Malaya Pertama Sektor perikanan mampu menjana pendapatan kepada masyarakat Bumiputera dalam agenda DEB Dengan menceburi bidang perusahaan telah dapat memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan dalam RMD 58 .

Perindustrian Sektor perusahaan berat Projek kereta nasional 59 .

Kemajuan Bidang Pendidikan 60 .

61 .

pdf 62 .wikipedia.wikipedia.com/topic.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Ketiga http://ms.wikipedia.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keempat http://ms.um.php?uid=227789400038&topic=17883 http://www.php?productID=184 http://www.forumotion.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Ketujuh http://ms.wikipedia.wikipedia.my/books?id=YFcxdliJi_0C&pg=PA92&lpg=PA92&dq=rancangan +malaysia+keempat&source=bl&ots=CiuGbDWSNH&sig=5h9fMnrmAuQhYaEzaZCkBwR dmpQ&hl=en&ei=ofqaTaCCMsr5rAegi43lBg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=9 &ved=0CGMQ6AEwCA#v=onepage&q=rancangan%20malaysia%20keempat&f=false http://umpress.my/index.wikipedia.wikipedia.edu.facebook.gov.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kelapan http://ms.wikipedia.google.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kelima http://ms.BIBLIOGRAFI Rujukan laman sesawang: http://pengajianam900.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesepuluh http://books.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Pertama http://ms.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keenam http://ms.my/icuV9/pdf/artikel/DWN.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan http://ms.wikipedia.com/t33-dasar-ekonomi-baru-deb http://ms.com.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kedua http://ms.icu.

2000. Kuala Lumpur. Arena Ilmu. Rais Saniman.Rujukan Buku : Abd Rahim Abd Rashid. Menghala Wawasan 2020. Sulong Mohamad. Dasar Ekonomi Baru:Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. 2005. Kuala Lumpur. Mohd Rosli Mohamad&Mohamad Aslam. John Richard Parkinson. University of Malaya Press. Habibah Ahmad. Selangor. Universiti Utara Malaysia. Utusan Publication&Distributors SDN. Kuala Lumpur. Kedah. Mansor Jusoh. Kuala Lumpur Md Zhahir Kechot. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Komuniti & Persetempatan.BHD. BHD. Universiti Kebangsaan Malaysia. 63 . Utusan Publication &Distributiors SDN. 2004. 2008. Budaya. Mahathir Mohamad. Yahya bin Ibrahim. Bangi. Abu Hassan Adam. Just Faaland. 2000. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Ekonomi Malaysia:Menghadapi dan Menangani Cabaran. Pelancongan Malaysia:Isu Pembangunan. 1991.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->