You are on page 1of 11

PRAKTIKAL 3 KUALITI BUNYI

Hasil Pembelajaran

Untuk menunjukkan dan menjelaskan bagaimana bunyi yang mempunyai kualiti

berbeza dihasilkan.

Bahan dan radas

1. 3 gelas kaca yang sama

2. Air

3. Garfu tala

4. Mangkuk

5. Pembaris meter

6. Pensil
Pengenalan

Gelombang bunyi adalah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat

melalui pepejal, cecair dan gas. Gelombang bunyi dihasilkan oleh satu sistem bergetar

sperti gataran tala bunyi atau kon pembesar suara. Ianya merupakan sejenis

gelombang mekanikal yng bergerak melalui perambatan mekekul- molekul udara.

Gelombang bunyi memerlukan medium tertentu untuk bergerak iaitu melalui

pepejal, cecair dan gas. Gelombang bergerak dengan halaju yang tinggi melalui

pepejal, diikuti oleh cecair dan gas. Hal ini demikian kerana moleul pepejal dan cecair

lebih rapat berbanding dengan molekul gas. Gelombang bunyi tidak dapat bergerak

dalam keadaan vakum.


Prosedur

1. Sebuah mangkuk diisi dengan air. Tapak kasut diketuk dengan menggunakan

garfu tala. Hujung garfu tala diletakkan di dalm mangkuk yang mengandungi air.

Perhatikan apa yang berlaku

2. Garfu tala diketuk semula pada tapak kasut. Apakah yang berlaku jika garfu tala

dipegang menghampiri telinga?

3. Air diletakkan di dalam 3 botol yang sama dengan kandungan air dalam botol A

¼ penuh, botol B ½ penuh dan botol C ¾ penuh.

4. Jarak antara hujung botol dengan permukaan air dan ketinggian air pada setiap

botol diukur. Pengukuran dicatatkan.

5. Perbezaan kenyaringan bunyi pada setiap botol apabila ditiup diramalkan.

Berikan sebab pada bagi setiap ramalan yang diberikan.

6. Ramalan diuji dengan meniup hujung setiap botol. Bunyi yang dihasilkan

didengari. Jelaskan setiap bunyi yang dihasilkan samaada keyaringannya adalah

rendah, sederhana dan tinggi. Rekodkan kenyaringan bunyi yang dihasilkan.

7. Apabila anda mengetuk sisi setiap botol dengan pensil, anda akan menghasilkan

bunyi yang berlainan. Pada pandangan anda adakah bunyi yang dihasilkan

adalah sama atau berlainan dengan bunyi yang dihasilkan apabila beniup hujung

botol? Jelaskan.

8. Ramalan diuji dengan mengetuk sisi botol dengan pensil. Bunyi yang dihasilkan

direkodkan.
Keputusan

1.0 Pemerhatian

Prosedur Pemerhatian
1 Apabila hujung garfu tala diletakkan di dalam mangkuk, air akan

memercik.
2 Apabila garfu tala diketuk dan dipegang mendekati telinga, satu

dengungan kedengaran.

2.0 Pengukuran

Botol A B
¼ penuh 16 cm 4 cm
½ penuh 12.5 cm 7.5 cm
¾ penuh 5 cm 15 cm

*A jarak antara hujung botol dan permukaan air

*B jarak ketinggian air

3.0 Ramalan

Prosedur Ramalan
5 Bunyi yang paling langsing dihasilkan apabila meniup botol yang ¾
penuh diikuti oleh ½ penuh dan ¼ penuh
7 Bunyi yang paling langsing dihasilkan apabila mengetuk botol yang ¼

penuh diikuti oleh ½ penuh dan ¾ penuh.

4.0Penghasilan Bunyi

4.1 Meniup corong bekas kaca

Kelangsingan ¼ penuh ½ penuh ¾ penuh


Rendah
Sederhana
Tinggi

4.2 Mengetuk sisi botol dengan pensil

Kelangsingan ¼ penuh ½ penuh ¾ penuh


Rendah
Sederhana
Tinggi

Perbincangan

1. Sebelum menjalankan eksperimen yang melibatkan bekas kaca, bekas tersebut

dipastikan supaya mempunyai bentuk, jenis dan ruangan udara yang sama

supaya tiada unsur ralat berlaku.

2. Melalui eksperimen, dapat dinyatakan bahawa bunyi dihasilkan oleh jasad yang

bergetar. Ini dapat dilihat apabila garfu tala yang diketuk pada tapak kasut

menghasiklan bunyi dengungan dan menyebabkan air terpercik dari mangkuk.


3. Bunyi yang nyaring adalah bunyi yang kuat yang mana mempunyai jarak

gelombang yang besar dan puncak gelombang yang rendah manakala bunyi

yang langsing adalah bunyi yang tajam di mana mempunyai jarak gelombang

yang kecil dan puncak gelombang yang tinggi.

4. Bunyi yang nyaring dihasilkan apabila jarak antara jasad yang bergetar adalah

besar manakala bunyi yang langsing dihasilkan apabila jarak antara jasad yang

bergetar adalah kecil.

5. Paras air di dalm botol mempengaruhi kenyaringan dan kelangsingan bunyi yang

dihasilkan dengan menghadkan jumlah luas permukaan jasad yang bergetar.

Seperti dalam eksperimen, bunyi yang diisi dengan air ¼ penuh menghasikan

bunyi yang paling nyaring kerana jasad yang bergetar adalah luas dan besar.

Manakala bunyi yang langsing dihasilkan pada botol yang diisi dengan air ¾

penuh kerana jasad yang bergetar adalah kecil dan sempit.

Kesimpulan

Bunyi yang nyaring dihasilkan apabila jarak antara jasad yang bergetar adalah besar

manakala bunyi yang langsing dihasilkan apabila jarak antara jasad yang bergetar

adalah kecil.
REFLEKSI

Semasa menjalankan eksperimen ini terdapat beberapa perkara yang perlu

diambil kira sebelum memulakan eksperimen. Saya perlu memahami terlebih dahulu

apakah yang dimaksudkan dengan bunyi yang nyaring dan bunyi yang langsing. Jika

tidak, saya tidak akan dapat membezakan antara dua bunyi yang semasa eksperimen

nanti.
Selain daripada itu bahan bukti seperti gambar dan pemerhatian juga sangat

penting supaya laporan amali yang kita sediakan lengkap dan tidak dapat dipertikaikan

kesahihannya kerana mempunyai bukti yang kukuh.

Selain daripada itu saya mempelajari bahawa kenyaringan dan kelangsingan

bunyi dipengaruhi oleh jumlah jasad yang bergetar. Jika luas jasad yang bergetar

adalah besar maka bunyi yang dihasilkan adalah nyaring manakala jika jumlah luas

jasad yang bergetar adalh kecil, bunyi yang dihasilkan adalah langsing.

Perkara lain yang saya pelajari adalah tentang pengurusan masa yang teratur.

Jika kita bijak menggunakan masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan yang

diberiakan oleh pensyarah, maka kita akan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan

pada masa yang ditatapkan malahan kita dapat menghantar tugasan tersebut lebih

awal daripada tarikh penyerahan.

RUJUKAN

Buku

1. Jennifer Clifford and Gary Philpott. (2002). Longman Physics. United Kingdom.

Longman

2. Rex M Heyworth. (2003). Science Discovery. Singapore. Longman


3. Konrad B. Krauskopt & Arthur Beiser. (2003). The Physical Universe. United

States. Mc Graw Hill

Internet

1. http://www.scribd.com/doc/8369399/GELOMBANG-BUNYI11 (diakses pada 22

Mac 2011)

2. http://id.wikipedia.org/wiki/Bunyi (diakses pada 22 Mac 2011)

3. http://ipadmanual.co.cc/pdf/kelangsingan-bunyi (diakses pada 22 Mac 2011)

Lampiran
Garfu tala diketuk pada tapak kasut
sebelum diletakkan di dalam mangkuk
yang berisi air dan dipegang
berhampiran dengan telinga

3 botol yang sama diisi dengan iar


dengan jumlah yang berlainan
Setiap corong botol ditiup untuk
menghasilkan bunyi

Sisi botol diketuk dengan


menggunakan pensil

You might also like