You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

PROGRAM SIFAR PONTENG:

'GERAKAN HADIR KE SEKOLAH'

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN'


1 PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius gejala ponteng sekolah.


Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa ponteng sekolah
merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah. Berdasarkan analisis
data salah laku disiplin murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa
gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani
gejala tersebut. ‘Ponteng’ dikenalpasti antara penyumbang dan penyebab utama
murid terlibat dengan salahlaku negatif yang lain. Justeru itu masalah ini perlu
ditangani dengan meneruskan usaha-usaha pencegahan dan pemulihan.
‘Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS)’ adalah merupakan salah satu daripada
alternatif strategik Program Sifar Ponteng dengan tema “ Genap 190 Hari Saya Di
Sekolah”

2 MATLAMAT

Mengurangkan salahlaku ponteng di kalangan murid sekolah di seluruh negara.

3 OBJEKTIF

3.1 Memastikan program ‘Gerakan Hadir Ke Sekolah (GHKS)’ dilaksanakan di


semua sekolah di seluruh negara.
3.2 Memastikan impak program dapat menambah kesedaran dan
tanggungjawab murid terhadap kepentingan hadir ke sekolah. Ini dapat
dibuktikan dengan berkurangnya bilangan murid yang ponteng.
3.3 Memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun dengan
menurunnya bilangan murid yang ponteng.
3.4 Memastikan sasaran pencapaian NKRA KPM iaitu penurunan bilangan
murid ponteng sebanyak 0.01% setahun tercapai.

4 TEMA

“Saya Suka Ke Sekolah”

5 SASARAN PROGRAM

5.1 Semua sekolah seluruh negara


5.2 Melibatkan semua murid sekolah
.

6 TEMPOH MASA

Gerakan ini dilaksanakan oleh pihak JPN, PPD dan sekolah dalam tempoh10
bulan, iaitu bermula Januari hingga Oktober tahun 2011.
7 PENDEKATAN
Pendekatan gerakan ialah 'MESRA MURID' yang berkonsepkan mendidik dan bukannya
menghukum.

8 KAEDAH
Dijalankan secara bersama oleh JPN, PPD dan sekolah. Penyeliaan dan pemantauan akan
dilakukan dari masa ke masa oleh pegawai JPN dan PPD.

9 AKTIVITI PENGISIAN

BIL AKTIVITI DISKRIPSI TEMPOH MASA


Peringatan Pengarah Pelajaran Dimaklumkan oleh Unit HEM Januari 2011.
kepada ibu bapa / penjaga ke sekolah-sekolah untuk
1
pelajar tindakan sekolah selanjutnya.

Pihak sekolah mengenal pasti


Satu salinan senarai nama Mulai minggu
dan menyenaraikan pelajar pelajar dihantar ke PPD dan pertama bulan
2 terlibat di peringkat sekolah
PPD akan membuat rumusan Januari 2011
masing-masing. untuk dihantar ke JPN (Unit
HEM).
Kain Rentang Semua sekolah rendah dan Minggu pertama
menengah diminta bulan Februari
BERSAMA MENANGANI PONTENG menyediakan kain rentang dan 2011.
SEKOLAH
3 'PASTIKAN ANAK-ANAK kain rentang ini hendaklah
KITA HADIR KE SEKOLAH' direntangkan di pintu masuk
utama sekolah.

Mesej Gerakan Hadir Ke Mesej ini bertujuan Februari hingga


Sekolah oleh Pengetua kepada mengingatkan pelajar tentang Jun 2011.
semua pelajar dalam kepentingan hadir ke sekolah.
4 perhimpunan mingguan secara
bersiri
Syarahan. mengenai tajuk Mesej ini ditampalkan dalam
'Faedah Hadir Ke Sekolah' setiap kelas dan di papan-
oleh pelajar dalam. papan kenyataan sekitar
perhimpunan mingguan. kawasan sekolah.
5 Perutusan Pengarah Pelajaran Perutusan ini akan dikeluarkan Minggu ketiga
Malaysia bertajuk Gerakan oleh Unit HEM ke sekolah- bulan April 2011.
Hadir Ke Sekolah. sekolah dan Pengetua diminta
menyampaikannya kepada
semua pelajar dalam
perhimpunan mingguan.
Perutusan ini juga hendaklah
ditampalkan dalam semua bilik
darjah dan di papan kenyataan
sekolah.
6 Pertandingan menulis esei dan Dalam mata pelajaran BM, BI Melukis poster
melukis poster mengenai dan Pendidikan Seni pada bulan April
gejala ponteng sekolah dan dan menulis esei
cara menanganinya. Pamerkan pada bulan Mei
hasil terbaik oleh pelajar dalam 2011
semua bilik darjah dan di
papan kenyataan sekolah.
7 Semua pelajar terlibat mesti Guru Kaunseling / Pembantu April hingga Jun
diberikan perkhidmatan Guru Kaunseling diminta 2011.
kaunseling / bimbingan yang memastikan semua pelajar
berfokuskan hadir ke sekolah terlibat mesti diberi Minimum
oleh Guru Kaunseling / perkhidmatan kaunselihg / perjumpaan
Pembantu Guru Kaunseling bimbingan yang berfokuskan dengan setiap
sama ada secara individu / kepada hadir ke sekolah. seorang
kelompok. pelajar ialah
sebanyak dua
kali dalam
tempoh )
gerakan berjalan.

8 Sesi Perjumpaan. Pegawai Sesi ini berbentuk bimbingan Sesi perjumpaan


JPN dan PPD Bersama dan didikan yang kali pertama
Pelajar yang terlibat dalam disempurnakan oleh Pegawai dijadualkan pada
gerakan ini. JPN dan PPD di semua bulan April 2011
sekolah menengah dan rendah dan sesi
dengan melibatkan semua perjumpaan
murid terlibat dalam gerakanini. kali kedua ialah
pada bulan Jun
2011.
9 Semua pelajar terlibat mesti Budi bicara pihak sekolah
melaporkan diri pada awal pagi menentukan kaedah, di mana April – Jun 2011
dan selepas waktu pulang dan kepada siapa pelajar yang
dengan berekod bagi terlibat dalam gerakan ini akan
memastikan memastikan melaporkan diri mereka pada
kepada siapa setiap hari sepanjang tempoh
pelajar gerakan berjalan.
mereka hadir ke sekolah
sepenuhnya.
10 Operasi semerta menghubungi Bagi mana-mana pelajar
ibu sapa I penjaga untuk terlibat dalam gerakan ini, jika
tindakan lanjut sewajarnya. mereka didapati tidak hadir ke April – Jun 2011
a. Jika boleh ibu bapa I sekolah, maka pihak sekolah
penjaga mengesan di diminta menghubungi terus ibu
mana anak mereka bapa I penjaga dengan segera
ponteng sekolah sama ada melalui telefon,
sekiranya anak mereka datang sendiri ke rumah atau
tidak berada di rumah sebagainya mengikut
b. Jika boleh ibu bapa I kemampuan pihak sekolah.
penjaga diminta
membawa pelajar ke
sekolah pada hari
pelajar tesebut didapati
ponteng sekolah, atau
c. Ibu bapa I penjaga
sendiri yang akan
menghantar anak I
jagaan mereka ke
sekolah pada hari
keesokannya.
11 Pemantauan ke kawasan I Aktiviti ini dilakukan oleh
tempat yang menjadi sasaran Pegawai JPN dan PPD. Bagi April – Jun 2011
pelajar ponteng di luar sepanjang tempoh gerakan
kawasan sekolah. pihak PPD diminta memantau
sekurang-kurangnya lima
lokasi utama ponteng sekolah .

10 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN

Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan Borang Data Pelajar
Ponteng Sekolah (Borang A dan Borang B) bermula Januari hingga Oktober tahun 2011
ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK dan satu salinan ke PPD sebelum atau pada 5 haribulan
pada setiap bulan bagi tujuan penilaian keberkesanan pelaksanaan gerakan.

Pihak sekolah juga diminta menghantar laporan bulanan ke Unit HEM, SPK, JPN dan satu
salinan ke PPD berhubung dengan status semasa kejayaan pelaksanaan gerakan bermula
April hingga Jun tahun 2011.

11.0 PENUTUP

Kerjasama semua pihak adalah merupakan asas kepada kejayaan gerakan ini. Hasil
gerakan ini akan dianalisis dan didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan
dalam merancang dan melaksanakan gerakan seterusnya ke hadapan.

'BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDlDIKAN'

TERIMA KASIH
Borang A
BORANG
DATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH MENENGAH
DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Sekolah Kod Sekolah

PPD Bulan :

Bilangan Hari Sebenar Bersekolah


,.

TINGKATAN BILANGAN BILANGAN BILANGAN


PELAJAR SEBENAR PELAJAR PONTENG HARI PONTENG
SEKOLAH SEKOLAH
LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
Peralihan
Tingkatan
Satu
Tingkatan
Dua
Tingkatan
Tiga
Tingkatan
Empat
Tingkatan
Lima
Tingkatan
Enam
Rendah
Tingkatan
Enam Atas

JUMLAH

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT
PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan :

Nama :

Cop :

Borang B
BORANG
DATA PELAJAR PONTENG SEKOLAH RENDAH
DAN BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH

Sekolah Kod Sekolah

PPD Bulan :

Bilangan Hari Sebenar Bersekolah


,.

TINGKATAN BILANGAN BILANGAN BILANGAN


PELAJAR SEBENAR PELAJAR PONTENG HARI PONTENG
SEKOLAH SEKOLAH
LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
Tahun
Satu
Tahun
Dua
Tahun
Tiga
Tahun
Empat
Tahun
Lima
Tahun
Enam

JUMLAH

BORANG INI HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN HANTAR KE PEJABAT
PELAJARAN DAERAH SEBELUM ATAU PADA 5 HARIBULAN PADA SETIAP BULAN .

Tanda Tangan :

Nama :

Cop :

You might also like