You are on page 1of 30

PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Subjek Hubungan Etnik yang dipelajari menekankan pembangunan dari


segenap segi bagi memantapkan hubungan antara etnik dan kaum supaya menjadi
satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia tanpa ada diskriminasi kaum.

Setiap pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan melibatkan dasar


iaitu asas atau panduan kepada beberapa pelan tindakan untuk mencapai tujuan
dan matlamat sesebuah agensi atau organisasi yang ditubuhkan dalam membantu
usaha kerajaan.

Dalam konteks pembangunan sosial terdapat dasar-dasar sosial yang


memberi keutamaan kepada nilai-nilai sosial untuk pembangunan manusia yang
seimbang dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan dan kebudayaan
memandangkan kedua-dua ini merupakan aspek penting dalam pembangunan
modal insan yang berkualiti.

Dasar-dasar sosial seperti dasar-dasar pembangunan yang lain


menitikberatkan isu-isu berkaitan perpaduan kaum dan dipenuhi melalui dasar
pendidikan, dasar kebudayaan kebangsaan, kebajikan, perumahan, kesihatan dan
lain-lain lagi untuk rakyat oleh kerajaan. Namun begitu, kerajaan juga memerlukan
sumbangan bottom-up daripada semua pihak samada individu mahupun organisasi
supaya semua hasrat, seruan dan perancangan kerajaan menjadi.

Disini kami menekankan aspek pendidikan dalam Dasar Pendidikan


Kebangsaan dan juga kebudayaan yang tertakluk di bawah Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.

1
PENDAHULUAN

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang kini sedang maju


mengorak langkah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 selari
dengan hasrat mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga
kerajaan kita. Wawasan 2020 yang sering diwar-warkan menjadi target utama kita
demi menjulang nama negara di persada dunia. Sungguhpun begitu, hasrat dan
wawasan negara ini bukanlah hanya berkepentingan dari sudut ekonomi sahaja,
malah diambil kira juga dari sudut pendidikan dan sosialnya juga. Demi
memartabatkan sistem pendidikan negara, pelbagai usaha telah diambil sedari
negara belum pun mencapai kemerdekaan.

Bila diimbas kembali sejarah negara ini, Malaysia pernah dijajah selama
hampir 446 tahun dan selama ini jugalah keperitan bermaharajalela. Rakyat Tanah
Melayu pada ketika itu sendiri mula menyedari akan ketidakadilan pihak penjajah.
Mereka mengamalkan dasar pilih kasih dan meminggirkan orang melayu kerana
bimbang orang melayu iaitu penduduk asal negara ini bertambah maju. Tetapi rakyat
pada ketika itu telahpun sedar dan mula sepakat untuk mengusir penjajah supaya
tanah ini dapat ditadbir oleh pucuk pimpinan rakyat tanah ini sendiri.

Namun begitu, selama tempoh tersebut, pentadbiran penjajah banyak


mempengaruhi. Penjajah telah berjaya melakukan banyak perubahan yang
menyebabkan wujudnya jurang sosial yang besar antara kaum di mana ini
menyukarkan proses kemerdekaan. British mewujudkan sistem pentadbiran yang
berbeza mengikut kaum. Silibus, buku teks dan juga bahasa pengantar adalah
berbeza antara kaum.

2
SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

Sebelum mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang digunakan adalah


tidak seragam malah berbeza mengikut kaum. British memperkenalkan sistem
pendidikan vernakular dimana pendidikan dilaksanakan mengikut kepentingan kaum
dan khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja. Sekolah-sekolah ini menggunakan
bahasa pengantar, buku teks dan silibus yang berbeza mengikut kaum.

Sebagai contoh, sekolah-sekolah cina telah menggunakan bahasa ibunda


mereka sebagai bahasa pengantar, buku teks dan guru mereka pula diambil dari
tanah air mereka sendiri dan silibus pula mengikut silibus ni negara mereka. China
yang pada ketika itu maju dan terkenal dengan sistem pendidikan mereka
menyebabkan kaum cina di Tanah Melayu maju dan bijak langsung terhasil jurang
perbezaan yang besar antara kaum cina dan kaum melayu.

Kaum melayu mempunyai sekolah-sekolah yang kecil dan terpencil, di ceruk


kampung. British tidak membenarkan kaum melayu untuk ke sekolah di bandar
melainkan anak orang-orang kaya dan anak pegawai-pegawai British. Sungguhpun
begitu, anak-anak pegawai kepada British ini dihantar ke sekolah inggeris hanya
untuk melatih mereka menjadi kerani dan untuk memenuhi keperluan pentadbiran
British.

Begitu juga dengan sekolah tamil. Mereka juga menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar dan silibus yang sama dari tanah air mereka. Hal-hal
sedemikian bukan sahaja mewujudkan jurang pendidikan antara kaum, malah
mewujudkan jurang sosial dalam sesebuah kaum itu sendiri kerana berlaku
pengasingan berikut.

3
LANGKAH-LANGKAH PIHAK KERAJAAN

Memandangkan sistem pendidikan yang diperkenalkan pihak penjajah tidak


memenuhi pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara,
maka timbullah kesedaran dalam kalangan pihak kerajaan akan peri pentingnya
menggantikan sistem pendidikan British dengan sistem pendidikan yang lebih
berkesan mengikut acuan negara sendiri.

Maka wujudlah Penyata Razak 1956 dan Ordinan pelajaran 1957 sebagai
permulaan bagi mengukuhkan pendidikan negara. Kedua-dua penyata ini
menegaskan ingin menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama,
mempunyai silibus yang sama bagi semua sekolah dan mewujudkan satu sistem
peperiksaan yang sama bagi semua.

Sistem pendidikan ini bagaimanapun tidak begitu menepati hasrat kerajaan


dan dikemaskinikan lalu menghasilkan Laporan Rahman Talib yang menegaskan
asas kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Laporan ini juga bukan
hanya menegaskan unsur pendidikan malah inginkan keseimbangan dari segi rohani
dan mentaliti. Sistem pendidikan ini juga menghasilkan satu kurikulum ala Malaysia
serta wujud dua jurusan di peringkat menengah iaitu jurusan akademik dan jurusan
vokasional.

Selain itu, pembasmian buta huruf turut dinyatakan selain memperkukuhkan


sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan
politik. Pihak kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan pendidikan
yang lebih sistematik dan kondusif kepada para pelajar.Ini bertujuan untuk
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan
pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama selaras
dengan label sebagai salah sebuah Negara “merdeka” yakni berpaksi pada
pimpinan negara sendiri tanpa perkongsian dengan kuasa asing. Oleh kerana
ketelitian dalam Laporan Rahman Talib ini , maka sistem ini termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961.

4
Kemudian dalam tahun 1974, sebuah jawatankuasa Kabinet ditubuhkan bagi
mengkaji semula Dasar PendidikanKebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki
perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu
dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan
dalam tahun 1976.

Pada tahap ini, pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan telah


dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk
menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi selaras dengan konteks Dasar
Ekonomi Baru (DEB).Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat yang terdiri
daripada berbilang bangsa

5
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS KEMERDEKAAN

Setelah diteliti bahawa rakyat Malaysia majoritinya membawa haluan bangsa


masing-masing, tonggak pemimpin Malaysia menyedari bahawa satu pertalian yang
erat antara kaum yang dipanggil “perpaduan” perlu di terapkan. Adakah sebuah
Negara itu dikatakan “merdeka” andai rakyatnya sendiri masih berpaling muka
antara satu sama lain andai terserempak? Adakah dikatakan “merdeka” sesebuah
negara itu andai setiap bangsa bertutur bahasa kaum sendiri?

Maka, langkah besar telah diambil bagi mewujudkan perpaduan antara kaum.
Para pemimpin Negara berpendapat bahawa langkah terbaik bagi mewujudkan
fenomena itu adalah menerusi “pendidikan”.

Dasar Pendidikan Di Malaysia

Oleh itu, Malaysia telah ambil langkah untuk mewujudkan satu sistem yang
selaras bagi di aplikasikan padan perlambagaan Malaysia.

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting
yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan
membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap
perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting


bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak
dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya masyarkat lain
serta alam sekeliling tetapi boleh juga digunakan sebagai wadah untuk
menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan
tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para
pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting
dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali
sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.

6
Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun
1957.Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan
kebangsaan ini.Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua,
untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati
kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi
pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap
dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak
tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan


negara-negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah
merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai
perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping berusaha untuk
menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan
nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu
tersebut.

7
Rasional Pengenalan Kepada Sistem KBSR dan KBSM

Aktiviti pengajaran yang lebih ditekankan ialah melibatkan pelajar secara aktif
bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan,menyelesaikan
masalah,bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. KBSR
dibentuk berdasarkan perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum
sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai
kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam
sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat,
bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa
Kabinet,1979).

Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar


Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil
langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak
pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam
membaca, menulis, dan mengira (3M)”.Hal ini bermakna,Kementerian Pelajaran
Malaysia menekankan aspek 3M.

Dalam situasi ini, pemilihan matapelajaran yang terkandung dalam KBSR dan
KBSM seperti matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral , Sejarah dan Aktiviti
Ko-kurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai cita-cita yang
termaktub dalam Rukun Negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar
yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa
Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi
bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke
arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang demikian, dalam
kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi
nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh
pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil.

8
Bagi matapelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan
matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dalam KBSR, ia secara tidak langsung
dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan
kanak-kanak. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk
pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap
kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara, memupuk perasaan cinta dan
bangga terhadap negara, serta menyedari akan kepentingan bersikap toleransi
sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan


KBSM ini boleh dilaksanakan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di
mana murid – murid akan dilatih mengamalkan sikap seperti bekerjasama,
bertoleransi, hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. Sikap – sikap seperti
ini adalah penting dalam usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan
pelajar yang berbilang kaum.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM yang meliputi aktiviti kelab,
persatuan, permainan serta unit beruniform dapat memberikan peluang kepada
pelajar untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,
mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan
rakan – rakan yang lain. Penerapan nilai – nilai murni ini adalah penting dalam
pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Seterusnya, integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui
“Aktiviti Budaya Sekolah”. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti
menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama
dalam perhimpunan sekolah,membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan,
mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan
melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Oleh yang
demikian, tidak dapat dinafikan aktiviti – aktiviti budaya sekolah yang dijalankan ini
dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui pemupukan
semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah
mahu pun di sekolah menengah.

9
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Perjuangan kerajaan Malaysia bukan hanya sekadar itu malah telah pun
mewujudkan PIPP dan telah pun dibentangkan dalam RMK-9 yang lepas. Kerajaan
negara ingin mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia serta melahirkan
modal insan yang bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi bersifat
progressif, bermoral dan beretika tinggi. Kewujudan PIPP ini selaras dengan hasrat
negara mencapai tahap negara maju dalam Wawasan 2020. Maka, bagi
merealisasikan hasrat tersebut, PIPP amat penting dalam menjayakan misi nasional
iaitu mewujudkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
‘Minda Kelas Pertama’ dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif.

Kewujudan PIPP ini membuktikan akan keprihatinan kerajaan terhadap


pendidikan rakyat dan kesungguhan negara bagi mencapai hasrat dalam Wawasan
2020. PIPP sangat menitikberatkan pembangunan modal insan berkualiti dan
terbilang dalam semua aspek samada akademik, sukan, mahupun peribadi. PIPP
mempunyai sebuah matlamat iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. Melalui PIPP
juga telah diberitahu bahawa kerajaan akan membantu mereka yang tercicir dan
mewajibkan semua rakyat Malaysia bersekolah seawal umur 7 tahun.

Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan PIPP bagi membina negara


bangsa yang bersifat glokal, patriotik, cintakan negara serta menyanjung dan
menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Selain itu, teras PIPP juga
adalah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) supaya menjadi pilihan
utama rakyat Malaysia dan menjadi batu asas kepada perpaduan rakyat Malaysia.

10
Berikut merupakan panduan mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan perkasa ;

a) Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti


b) Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
c) Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan
d) Pencapaian sahsiah cemerlang
e) Beraspirasi nasional
f) Semua pelajar menguasai kemahiran 3M
g) Iklim dan budaya sekolah sihat
h) Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi
i) Pencapaian akademik cemerlang
j) Menawarkan bahasa cina dan tamil
k) Infrastruktur lengkap dan berkualiti

PIPP juga diwujudkan bagi merapatkan jurang pendidikan antara semua pelajar
dan memastikan setiap sekolah dan pelajar mempunyai keupayaan dan peluang
yang sama untuk cemerlang. Antara jurang-jurang yang perlu dirapatkan ialah :

a) Jurang antara tahap pencapaian pelajar


b) Jurangbandar dan luar bandar
c) Jurang antara pelajar normal dan berkeperluan khas
d) Jurang sosioekonomi
e) Jurang digital

Oleh sebab itu, KPM telah meletakkan beberapa perancangan dan strategi bagi
merapatkan jurang pendidikan.

Memandangkan kita kini berada dalam dunia ICT, kerajaan yang begitu
menyedari hal ini memberi penekanan yang mendalam kepada ICT dan
mewujudkan satu subjek wajib dalam silibus KBSR dan menengah rendah bagi
membolehkan semua pelajar, tidak kira di bandar mahupun luar bandar supaya
menguasai kemahiran teknologi.

11
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Bagi memantpakan lagi perpaduan di peringkat sekolah rendah dan sekolah


menengah, KPM telah memperkenalkan satu pelan RIMUP yang giat dilaksanakan
di semua sekolah dengan tujuan untuk :

a) Menggalakkan penyertaan guru dan murid untuk bekerjasama dalan apa-apa


kegiatan
b) Mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong
c) Melahirkan persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum

KPM mewajibkan program RIMUP ini dijalankan di semua sekolah mengikut cara
tersendiri, ada diantara sekolah-sekolah yang meraikan DeepaRaya kerana
pertembungan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Melalui perayaan ini, pelajar kaum
melayu dan pelajar kaum india akan berganding bahu menyediakan pelbagai juadah
dan hiasan supaya pada hari sambutan itu nanti, terserlah kemeriahannya. Hal ini
secara tidak langsung juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum selain
menghiburkan hati para pelajar.

12
PENDAHULUAN

Kebudayaan merupakan suatu aspek yang penting kepada individu mahupun


masyarakat. Perkataan budaya terhasil daripada dua patah perkataan iaitu “budhi”
dan “daya”. Perkataan “budhi” dipinjam dari perkataan sanskrit yang membawa
maksud kecergasan fikiran dan akal. Manakala perkataan “daya” bermaksud
kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Maka gabungan kedua-dua perkataan
terhasillah perkataan budaya yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha dan
rohani.

Budaya adalah sesuatu yang bersifat universal tetapi berbeza antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya diwariskan dari satu generasi
kepada generasi berikutnya tetapi budaya ini telah diolah mengikut kesesuaian oleh
generasi yang menurunkan. Oleh sebab itu, kebudayaan juga membezakan antara
satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Malaysia yang suatu ketika dahulu hanya hidup dengan kebudayaan Melayu,
bertukar menjadi negara yang unik kerana berbilang adat budaya. Setiap kaum di
Malaysia mempunya budaya mereka tersendiri dan sesetengah budaya diterima
oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Hal ini menambahkan lagi keharmonian
Malaysia yang sememangnya dikenali seantero dunia.

13
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Setiap negara yang baru membangun atau baru merdeka amatlah


memerlukan pembangunan kebudayaan bagi menjamin keharmonian hidup
masyarakatnya. Kebudayaan kebangsaan juga mampu menyatupadukan
masyarakat di bawah satu bumbung.

Malaysia telahpun menyedari hal demikian dan mewujudkan dasar kebudayaan


kebangsaan. Bagi membangunkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini, terdapat
prinsip utama yang menjadi garis panduan oleh pihak kerajaan iaitu kebudayaan
rakyat asal rantau ni menjadi teras utama. Rakyat asal rantau ini ialah kaum melayu
maka oleh sebab itu, kebudayaan negara lebih kepada kemelayuan.

Prinsip kedua ialah islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Hal ini kerana negara ini dikenali sebagai
negara Islam maka hal ehwal agama Islam perlulah dijaga dan menjadi satu
sensitiviti bagi rakyat Malaysia.

Prinsip ketiga pula, ialah kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan.
Semua kebudayaan yang sesuai selagi tidak bertentangan dengan agama Islam dan
tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat diterapkan ke dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan ini. Sebagai contoh perayaan yang disambut oleh kaum
lain turut diraikan dan diberikan cuti sama seperti perayaan yang disambut orang
Islam.

Maka berdasarkan prinsip-prinsip berikut terhasilnya Dasar kebudayaan


Kebangsaan yang mempunyai tiga objektif yang sangat bertepatan dengan keadaan
negara ini.

14
Objektif pertama ialah mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan. Kerajaan mahu memupuk perpaduan sesama rakyat dan kaum di
bawah satu kebudayaan iaitu kebudayaan Malaysia. Kebudayaan Malaysia yang
terhasil daripada gabungan tiga kaum utama di Malaysia iaitu, kaum Melayu, kaum
Cina dan kaum India. Sungguhpun begitu, keutamaan diberikan kepada kebudayaan
yang wujud dari rantau ini sendiri, iaitu kebudayaan Melayu.

Rakyat juga disatukan dengan penggunaan satu jenis bahasa iaitu Bahasa
Melayu, bahasa asal rantau ini yang kini dinamakan Bahasa Malaysia. Semua rakyat
negara ini bukan sahaja perlu tahu berbahasa Malaysia malah haruslah fasih supaya
bahasa yang suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa lingua franca kembali
mendapatkan takhtanya semula.

Objektif kedua ialah, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang


tumbuh dari kebudayaan kebangsaan. Jelas di sini menunjukkan keperibadian
kebangsaan yang dimaksudkan ialah pengamalan budaya kebangsaan dalam
pembentukan peribadi.

Seperti contoh, sekiranya kita berbahasa Malaysia, pasti orang akan tahu
bahawa asal kita dari rantau ini. Namun begitu, dalam pembentukan peribadi,
bahasa bukanlah sesuatu yang amat penting tetapi adab dan sopan. Sudahpun
termaktub di dalam rukun negara ke-lima kita yang terhasil ekoran daripada
peristiwa 13 Mei 1969 iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan kebangsaan
kita banyak memperlihatkan unsur kesopanan dan budi bahasa.

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang ketiga ialah memperkayakan dan


mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosio-ekonomi. Pembangunan sosio-ekonomi adalah untuk
mengubah dan menaiktaraf kehidupan setiap rakyat supaya setara antara satu sama
lain. Kerajaan mahukan setiap rakyatnya untuk menghayati dan mempunyai nilai
kemanusiaan dalam hidup masing-masing. Hal ini juga selaras dengan hasrat
negara untuk membangun modal insan berkualiti dari segenap segi. Jika setiap
daripada kita mempunyai nilai kemanusiaan, kita bukan hanya boleh meningatkan
taraf keselesaan hidup, tetapi juga memperkayakan ekonomi negara.

15
STRATEGI PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dalam memastikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mencapai objektif yang


telah dibulatkan, maka beberapa strategi pelaksanaan dasar telah digubal supaya
matlamat yang ingin dicapai tidak tersasar dan mampu dicapai tepat pada waktunya.

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan


asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Strategi ini
memerlukan bantuan dari semua pihak tanpa mengira usia, kaum, agama mahupun
pegangan politik. Usaha sama dari semua pihak ini dapat membantu negara
mencapai objektif yang dihitamkan secepat mungkin.

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-
luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Strategi ini sesuai
dilaksanakan bagi seni warisan negara seperti tarian, mencanting batik, membuat
wau dan sebagainya. Terdapat segelintir rakyat yang cukup meminati tradisi negara
hanya yang menjadi masalah ialah tiada ruang dan keadaan ekonomi yang tidak
mengizinkan.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Komunikasi yang berkesan tidaklah hanya
tertumpu kepada ceramah semata-mata kerana ceramah tidak mampu menarik
minat pendengar jika tidak kena pada gayanya. Komunikasi perlu dipelbagai dalam
menyebarkan ideologi Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini.

Memenuhi keperluan sosiobudaya adalah satu strategi yang penting. Kerajaan


tidak boleh terlalu mementingkan sosioekonomi sehinggakan terlupa akan
sosiobudaya yang akan banyak membantu dalam pembentukan modal insan juga
memupuk nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

16
Strategi akhir ialah meninggikan taraf dan mutu kesenian negara. Seperti yang
diketahui, kesenian warisan negara kini kian pudar dan malap malah hanya tumbuh
di negeri asal sahaja. Hal seperti ini boleh menjejaskan taraf kesenian negara.
Kerajaan seharusnya menubuhkan lebih lagi pusat-pusat kesenian supaya setiap
individu berupaya mempelajari warisan kesenian negara yang indah ini dan dapat
dipertahan hingga beberapa generasi lagi.

Di samping Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak


lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan
Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

Peranan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan


matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan
pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia
perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat
nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama
dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian atau Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-
badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

17
CABARAN BARU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) merupakan usaha untuk


menggunakan unsur-unsur budaya penduduk negara ini bagi membina suatu
bangsa Malaysia yang bersatu-padu, taat setia kepada negara ini dan maju dalam
segala bidang menurut acuan atau nilai-nilai yang dikongsi dan yang dapat dihayati
bersama oleh penduduk berbilang bangsa dan budaya. Jadi, yang penting kita
tanyakan sekarang ialah, nilai-nilai apakah yang seharusnya mendasari DKK itu
sebagai "model" atau acuan untuk membina jati diri bangsa dan negara Malaysia
yang "berteraskan budaya pribumi".

Soal nilai ini terpaksa pula ditinjau dalam konteks perkembangan dan
pengaruh "budaya global" yang dibawa oleh teknologi maklumat dan ruang siber
yang semakin menggugah masyarakat dunia. Proses pensejagatan ini bukan sahaja
merupakan fenomena ekonomi tetapi juga fenomena budaya. Proses ini nampaknya
sedang menggugat keperibadian budaya banyak negara-bangsa.

Tambahan pula, proses liberalisasi yang dianjurkan oleh dunia Barat semakin
melemahkan pengaruh peranan negara-bangsa sebagai tenaga pengintegrasi dalam
masyarakat. Ini menyebabkan, menurut Barnett dan Cavanagh (1995), bermulanya
the crisis of redefinition di kalangan banyak negara-bangsa di dunia kini. Beberapa
sarjana melihat kuasa pensejagatan ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan
sesebuah negara-bangsa, terutama negara pelbagai etnik seperti Malaysia.

Usaha sesebuah negara untuk membina perpaduan bangsa berdasarkan


kesatuan budaya kini dicabar oleh trend baru. Konsep 'berbeza tetapi sama rata'
atau ‘distinct but equal’ kini mula menarik perhatian banyak pihak untuk dimajukan
sebagai falsafah pembinaan negara-bangsa. John Naisbitt (1995) bercakap tentang
The Global Paradox iaitu “semakin dunia menjadi global semakin manusia akan
bersifat sukuan atau tribal”. Negara-bangsa akan berpecah-pecah menjadi negara
mikro berdasarkan bangsa atau etnik.

18
Jadi, masalah yang kita hadapi dalam usaha untuk membina jati diri bangsa
Malaysia berdasarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah masalah kesukuan itu
sendiri memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Bagi mantan Perdana
Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad, masalah ini hanya dapat diselesaikan melalui
tolak ansur dari semua segi antara golongan etnik di Malaysia. Antara salah satu
cabaran yang akan menjadi matlamat Wawasan 2020 seperti yang diseru beliau
ialah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat
Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
satu negara.

Dalam dialog Perdana Menteri dengan Majlis Kerja Pelajar-Pelajar Malaysia


United Kingdom di Kuala Lumpur pada 10 September 1995, beliau mentakrifkan
makna "bangsa Malaysia" dengan berkata bahawa 'Bangsa Malaysia means people
who are able to identify themselves with the country, speak Bahasa Malaysia and
accept the Constitution'.

19
Cadangan Mengatasi Cabaran Baru Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh diguna pakai bagi


mengatasi masalah cabaran baru ini. Strategi budaya yang jelas dan konkrit perlu
dibentuk segera untuk membolehkan unsur-unsur positif kebudayaan Melayu dan
Islam ditampilkan sebagai teras dan diterapkan pada peringkat empiris kehidupan
orang Melayu. Strategi yang dicadangkan adalah sebagai berikut;

Mempunyai daya objektifikasi yang kuat supaya segala unsur positif


kebudayaan kita yang berteraskan Islam dapat melepaskan orang Melayu daripada
masalah split existence seperti yang dialami pada hari ini.

Memberi tumpuan yang kuat ke arah proses rekayasa nilai 1 bertujuan untuk
memperteguh iman, memantapkan etika dan akhlak.

Mengemukakan alternatif yang lengkap dengan langkah yang bersifat


'mencegah kemungkinan' (preventive) dan 'menjangka kemungkinan' (anticipative)
untuk menangani kesan perubahan, supaya alternatif itu berupaya menyuburkan
dinamika perubahan sehingga mampu mengembangkan bakat kemanusiaan untuk
mencapai kesempurnaan pembinaan bangsa bertamadun tinggi.

Menggerakkan proses pemasyarakatan atau sosialisasi nilai dan etika yang


selaras dengan tuntutan dan cabaran perubahan dan pembangunan agar bangsa
Melayu dapat menghadapi desakan, pengaruh dan cabaran ideologi dan budaya
konsumerisme yang berkembang selaras dengan proses liberalisai dan
pensejagatan ekonomi negara.

1) Reyakasi nilai adalah suatu teknik perbaikan yang menggunakan suatu pendekatan yang
sistematik dan terorganisir untuk mencari fungsi terbaik dengan menyeimhangkan antara
biaya dan performansi fungsi dari suatu sistem. Sumber:
http://sangpenyampai.blogspot.com/2010/04/reyakasa-nilai-sebuah-definisi.html

20
Menitikberatkan proses pemupukan budaya yang berteraskan sains dan
teknologi. Soal keserasian budaya Melayu dengan sains dan teknologi hendaklah
dikaji dengan mendalam. Peranan Islam sebagai teras nilai budaya Melayu dan
budaya kebangsaan hendaklah dikaji juga dengan mengambil kira sejauh manakah
nilai-nilai itu dapat dijadikan unsur teras yang bersifat "functional" dalam usaha untuk
meletakkan sains dan teknologi sebagai teras kebudayaan Melayu.

Strategi ini harus dapat membina kekuatan intelektual atau ilmu, watak dan
etos bangsa Melayu kerana kekuatan inilah yang kini menjadi syarat mutlak untuk
membolehkan sesuatu bangsa itu bersaing dan mempertahankan kebebasan atau
autonominya dalam dunia sejagat yang semakin kompetitif.

21
Isu dan Masalah Prospek Seni Budaya

1) Kebebasan Penggiat Seni dan Halangan Politik

Penggiat seni merupakan orang yang bertanggungjawab


memperjuangkan atau menyuarakan suara rakyat melalui persembahan-
persembahan seni. Mereka bukan sahaja berkarya, malah menjadi orang
tengah untuk menyampaikan mesej keadaan rakyat kepada pemimpin.
Kebebasan berkarya para penggiat seni pada ketika ini banyak disekat dan
dihalang oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan dimana ia menjadikan faktor
agama dan sensitiviti budaya sesuatu kaum sebagai dinding yang
memisahkan karya asli dengan karya yang direkacipta.

Ahli politik mampu menyekat kebebasan penggiat seni berkarya


kerana pada suatu masa ia dilihat boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti
seseorang. Mereka disalahertikan bahawa penggiat seni akan menyentuh
hal-hal yang berkaitan perkauman dan bakal menimbulkan masalah. Namun
begitu, tujuan utama penggiat seni tidak lebih adalah untuk menyampaikan
mesej melalui persembahan budaya yang dilihat mampu memberikan impak
yang besar ke atas keharmonian rakyat. Persembahan seni secara langsung
akan mampu dikembangkan melalui pembabitan bebas penggiat seni.

Justeru itu, penggiat seni seharusnya dibenarkan bergerak secara


bebas bagi memastikan semangat budaya tidak luput akibat halangan politik
berkepentingan individu.

22
2) Seni dan Golongan Muda

Seni budaya sering dikaitkan sebagai hiburan. Peredaran zaman yang


berlaku menyebabkan cara hidup masyarakat mula berubah. Ia seterusnya
mempengaruhi seni budaya dalam masyarakat kita. Seni budaya perlu dilihat
semula dan seharusnya berubah mengikut peredaran zaman. Elemen-elemen
baru dalam seni perlu dimasukkan supaya ia boleh dilihat lebih menarik.
Contohnya wayang kulit yang dahulunya dilakukan selepas musim menuai,
namun kini ia dilakukan pada bila-bila masa sebagai satu persembahan.

Pada masa kini, kemajuan teknologi dan pembangunan negara yang


pesat membawa perubahan terhadap pemikiran masyarakat terutamanya
dikalangan golongan muda. Minat golongan muda masa kini terhadap seni
budaya mungkin berbeza daripada minat golongan muda zaman dahulu.
Kemudahan teknologi masa kini banyak mempengaruhi kefahaman dan
tanggapan golongan muda terhadap seni dan budaya. Mereka beranggapan
seni dan budaya tidak mempunyai kesan kepada hidup mereka. Malahan,
mereka menjadikan teknologi sebagai budaya hidup mereka.

Tanggapan ini perlu dikikis dan diperbetulkan supaya asal-usul dan


sejarah budaya negara tidak dilupakan. Asal-usul dan sejarah adalah perkara
asas dalam proses pembentukan negara yang mempunyai masyarakat yang
berbilang bangsa.

23
3) Mewujudkan asas budaya

Asas sesuatu budaya yang teguh amat perlu diterapkan pada semua
penggiat seni yang terlibat supaya cabang seni tersebut dapat mereka
kembangkan dan terokai tanpa melupakan asas budaya tersebut. Perkara ini
amat penting kerana budaya sekarang telah diimplimentasi sebagai gaya
hidup masyarakat dan ia seharusnya berkembang dan berubah mengikut
perubahan zaman. Hal sebegini telahpun berlaku dimana golongan muda
telah berjaya mengubah seni budaya kepada seni yang lebih kontemporari
dan masalah ini perlu diambil serius agar budaya asal masyarakat di Malaysia
tidak musnah. Satu badan bebas hendaklah dibentuk bagi menyediakan asas
seni yang perlu diikuti oleh semua penggiat seni dan institusi-institusi budaya
agar ia boleh dijadikan sebagai garis panduan seni budaya Malaysia.

24
DASAR BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
NEGARA

Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa
seperti Malaysia ialah masalah menentukan bahasa apakah yang patut digunakan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini bukan
sahaja merupakan masalah ideologi yang berkait dengan soal nasionalisme,
perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah pragmatisme, yakni
masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Untuk menyelesaikan
masalah ini Malaysia memilih Bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di samping
mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi
sebagai bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa.

Pelaksanaan Dasar Bahasa

Pada mulanya dasar bahasa itu dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama
dalam tahun 60-an. Mereka khuatir dasar itu boleh memusnahkan bahasa, budaya
dan kepentingan pendidikan kaum-kaum bukan Melayu. Golongan elit berbahasa
Inggeris pula khuatir bahawa pentadbiran negara dan sistem pendidikan
kebangsaan yang dikendalikan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan
penggunaan bahasa Inggeris boleh memundurkan negara ini. Setelah kira-kira 40
tahun ternyata bahawa segala kekhuatiran itu tidak munasabah dan tidak beralasan.
Rata-rata penduduk Malaysia menerima dasar bahasa yang ada sekarang.

Bahasa-bahasa lain tidak termusnah kerana dasar bahasa itu membenarkan


bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk
tujuan rasmi kerajaan. Lihat kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain
dalam sektor swasta berbanding dengan kedudukan bahasa Melayu yang
merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dalam sektor tersebut.
Lihat juga kegunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas di institusi pengajian
tinggi swasta yang berjumlah lebih 280 buah banyaknya di dalam negeri ini.

25
Sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utamanya di semua institusi pendidikan tidak menjejaskan nasib
pendidikan kaum-kaum bukan bumiputera. Pelajar-pelajar bukan Melayu sudah
membuktikan bahawa dasar itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan melalui Bahasa
Melayu, baik di peringkat SPM dan STPM mahupun di peringkat universiti.

Isu dan Masalah Dasar Bahasa

Pemimpin-pemimpin negara dan juga golongan-golongan elit yang gemar


berbahasa Inggeris telah memberikan peranan yang berbeza bagi kedua-dua
bahasa ini. Acapkali ditegaskan bahawa bahasa Inggeris penting dalam mencapai
kemajuan manakala bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan
bahasa rasmi negara. Peranan yang berbeza ini sedikit sebanyak telah mengaburi
kemegahan dan peranan bahasa Melayu kerana rakyat juga kerajaan kini lebih
menumpukan kepada kemajuan. Tidak mustahil juga jika suatu hari nanti, bahasa
Melayu tidak akan diguna pakai lagi kerana bahasa Melayu tiada martabatnya dalam
era kemajuan ini.

Penggunaan bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai bahasa kemajuan ini


telahpun melolosi minda semua individu negara sehinggakan mereka yang ingin
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mementingkan institusi
pengajian yang hebat penggunaan bahasa Inggerisnya. Hal ini kerana, jika mereka
tidak menguasai bidang bahasa Inggeris ini akan menyukarkan mereka untuk
mendapat pekerjaan.

Sungguhpun begitu, jika keadaan seperti ini berlarutan, tidak mustahil suatu
hari nanti, peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan akan hapus dan
tidak lagi diguna pakai dalam kehidupan seharian. Maka pada ketika itu, dimanakah
duduk letaknya bahasa Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan sebagai
bahasa rasmi negara?

26
Masalah "Budaya Bahasa"

Sungguhpun bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa rasmi negara


dan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara, tetapi kesedaran
setiap individu terhadap nilai dan peranan bahasa ini dalam kehidupan seharian
mereka tidaklah seperti yang diharapkan sehinggakan kerajaan perlu melancarkan
kempen “Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita” beberapa tahun yang lepas.

Selain itu, terdapat juga masalah pencemaran bahasa dan salah guna
bahasa. Masalah ini bukan hanya terjadi dalam kalangan masyarakat malah juga di
media massa yang sepatutnya menjadi antara media untuk menyebarkan wadah
keagungan bahasa Melayu ini. Bahasa rojak yang kini kian merebak dalam kalangan
masyarakat seolah-olah menjadi satu trend kerana dengan bebasnya digunakan
dalam pendidikan dan begitu juga dalam mesyuarat kerajaan.

Pengaruh bahasa Inggeris di negara ini juga kian meningkat dari hari ke hari
memandangkan bahasa ini merupakan mata pelajaran wajib untuk dipelajari di
sekolah-sekolah. Kewujudan mata pelajaran ini menarik minat para pelajar untuk
lebih mendalami bahasa ini kerana tidak dipelajari di rumah. Manakala mata
pelajaran bahasa Melayu dianggap mata pelajaran remeh memandangkan bahasa
ini diguna pakai di rumah dalam kehidupan seharian para pelajar terutama pelajar
Melayu. Sungguhpun begitu, penggunaan bahasa ini di rumah hanyalah bahasa
pasar.

27
Cadangan Penambahbaikan Dasar Bahasa

Bagi memastikan bahasa Melayu yang sudah mantap ini kekal tarafnya
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pendidikan, bahasa perpaduan dan kemajuan
negara dan tidak jatuh ke takuk lama seperti zaman sebelum kemerdekaan dan juga
bagi mengelakkan berlakunya krisis dasar bahasa yang boleh menyebabkan
perpecahan dan menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia, berikut merupakan
beberapa cadangan.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa


rasmi negara hendaklah dilaksanakan dengan tegas dalam semua bidang.
Sememangnya bahasa Malaysia telahpun menjadi bahasa rasmi tetapi tiada
penegasan yang diambil oleh pihak terlibat, malah individu dan institusi yang
sepatutnya memartabatkan bahasa Malaysia juga tidak menitikberatkan
penggunaan bahasa ini.

Cadangan kedua ialah arahan atau seruan supaya bahasa Inggeris


digunakan untuk mengajarkan kursus-kursus sains dan teknologi tertentu di
universiti awam hendaklah ditarik balik. Cadangan ini bukanlah ingin menghapuskan
penggunaan bahasa Inggeris namun begitu tidak wajar jika bahasa Inggeris
dijadikan bahasa pengantar bagi sesetengah kursus di institut pengajian tinggi. Hal
ini kerana sekiranya bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar maka akan terjadi
masalah di mana wujudnya bahasa rojak yang merosakkan bahasa Malaysia. Jika
hal ini terjadi, di manakah peri pentingnya bahasa Malaysia di negara Malaysia ini
sendiri?

Seterusnya dicadangkan agar para pemimpin Melayu berhenti bercakap di


khalayak umum tentang pentingnya bahasa Inggeris untuk kemajuan negara ini.
Kesan psikologi, politik dan budayanya terhadap kedudukan Bahasa Malaysia amat
buruk. Sebaliknya mereka mesti mula menegaskan tentang pentingnya Bahasa
Melayu sebagai alat pembangunan negara dalam konteks Wawasan 2020. Jika
bukan Malaysia yang mengagungkan bahasa Malaysia, apakah akan ada negara
lain yang menyanjungi bahasa Malaysia ini?

28
Selain itu, tujuan belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mestilah
jelas. Peranan dan pentingnya bahasa kedua tidak boleh disamakan dengan
peranan dan pentingnya bahasa pertama sebagai alat pembangunan negara dan
pembentuk jati diri bangsa. Kerajaan juga hendaklah memupuk penggunaan Bahasa
Melayu di dalam sektor swasta.

29
PENUTUP

Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah bertungkus-lumus menyediakan


pelbagai dasar bagi menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia di bawah satu payung
iaitu Bangsa Malaysia. Namun begitu, kesedaran dari semua pihak amatlah
diperlukan supaya setiap dasar yang diwujudkan dapat dijayakan. Peranan media
massa tersangatlah penting memandangkan di zaman teknologi ini, manusia lebih
tertumpu kepada media massa sebagai bahan pengantara.

Selain itu, parti-parti politik juga seharusnya tidak bersikap perkauman kerana
kita menuju kearah satu bangsa yang memartabatkan satu budaya. Sekiranya setiap
parti politik masih bersikap perkauman, usaha dan seruan kerajaan tidak akan
menjadi kerana setiap orang lebih gemar mengikut seruan pegangan politik mereka.

Ahli-ahli masyarakat juga harus mempunyai kesedaran untuk terus berjuang


merapatkan ukhuwah antara ahli tanpa mengira kaum. Jawatankuasa penduduk
seharusnya menganjurkan aktiviti yang dapat membantu merapatkan ukhuwah
sesama penduduk yang berlainan kaum.

Setiap usaha yang dilakukan perlulah berterusan sehingga berjaya kerana


setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. Semoga perpaduan antara kaum
dapat dicapai seterusnya berjaya memartabatkan bangsa Malaysia dengan satu
budaya yang sama.

30

You might also like