You are on page 1of 43

Anemia semasa hamil

Dr Fadzilah bte Ishak


Pegawai Perubatan UD48
Klinik Ibu dan Anak
Klinik Kesihatan Port Dickson
Apa itu Anemia?
• Anemia merupakan keadaan di mana
berlakunya kekurangan hemoglobin
(Hb) di dalam sel darah merah.
• Hemoglobin merupakan pengangkut
oksigen dan zat makanan ke seluruh
badan.
• Oleh itu, apabila anda mengalami
anemia, tisu seluruh badan menjadi
hipoksia(kurang kandungan
oksigen) dan kurang tenaga.
• Sebagai seorang wanita
mengandung, adalah penting bagi
anda untuk mendapatkan ujian
darah bagi menentukan paras
hemoglobinnya semasa lawatan
pertama pemeriksaan kandungan
(lawatan antenatal).
• Walaupun anda tidak mengalami
masalah anemia pada lawatan
pertama, anda masih berpotensi
untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh
kehamilan tersebut.
• Terdapat banyak jenis anemia.
Jika anda merasakan bahawa
anda mengalami masalah ini,
berjumpalah doktor.
Kenapa berlakunya Anemia?

• Kurang pengambilan ferum dan asid


folik di dalam diet harian
• Mengalami kehilangan darah yang
berpunca dari pendarahan gastrousus,
buasir, ataupun darah haid yang terlalu
banyak.
• Proses pencernaan mungkin
mengalami sedikit perubahan semasa
hamil di mana ini akan menyebabkan
berlakunya anemia
• walaupun jumlah pengambilan
ferum dan juga asid folik
mencukupi. Ini kerana
sebahagian daripada ferum dan
juga asid folik itu diagihkan
kepada janin dalam kandungan.
• Talasemia - sejenis penyakit
darah keturunan yang banyak
berlaku di kawasan Asia,
Mediterranean dan juga Afrika.
Faktor - faktor risiko
Berikut adalah beberapa faktor
yang dapat meningkatkan risiko
untuk mendapat anemia :
• Wanita yang mengandung yang
tidak dapat makan dengan baik
kerana masalah loya atau
muntah.
• Wanita yang mengandung
kembar
• Sela masa kehamilan yang terlalu
rapat.
• Pemakanan yang tidak baik -
kekurangan pelbagai jenis
vitamin. Wanita yang tidak
mengambil ferum dengan cukup
adalah lebih mudah mendapat
anemia.
• Merokok dan meminum alkohol
berlebihan
• Sebarang ketidakaturan atau
masalah yang boleh
mengurangkan penyerapan zat
makanan
• Penggunaan ubat-ubat
antikonvulsi.
Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang paling biasa berlaku
adalah :
• Merasa letih, lemah anggota dan
sering pengsan.
• Kelihatan pucat
• Kesukaran bernafas/sesak nafas.
Gejala berikut juga boleh berlaku :
• Loya
• Mengalami debaran (palpitasi) -
dengupan jantung yang cepat
• Sakit kepala dan pening
• Kerengsaan dan juga keradangan
pada lidah
• Mudah lupa
Berikut merupakan gejala yang
jarang berlaku :
• Mengalami jaundis ataupun
kekuningan, terutama pada mata
dan kulit
• Sakit di bahagian perut atau
abdomen
Adakah anemia bahaya
kepada saya?
Anemia sangat bahaya kerana
boleh menyebabkan :
• Tumpah darah semasa dan
selepas bersalin
• Tekanan darah tinggi(eklampsia)
• Keguguran
• Kematian
Adakah anemia bahaya
kepada bayi saya?
Anemia sangat bahaya kerana
boleh menyebabkan:
• Kematian janin
• Kelahiran bayi tidak cukup bulan
• Kelahiran bayi kurang berat
badan
Bagaimana anemia
dikesan?

• Anemia dikesan melalui ujian


darah iaitu apabila paras
hemoglobin(Hb) dalam sel darah
merah kurang daripada 11g/dl
Seriuskah masalah
anemia saya?
Tahap keterukan anemia adalah
seperti berikut:
Paras Hb (g/dl) Tahap keterukan

< 6.9 Sangat teruk

6.9 < 8.0 Teruk

8.0 < 9.5 Sederhana

9.5 – 10.5 Ringan


Ujian-ujian
Untuk mendapatkan diagnosis,
pemeriksaan berikut perlu
dijalankan :
• Sejarah perubatan dan pemeriksaan
fizikal oleh doktor.
• Selain ujian paras hemoglobin, ujian
ferum, hematokrit dan juga paras asid
folik juga dibuat. Ini adalah penting
untuk mengesan sebarang
kekurangan ferum dan juga asid folik.
• Ujian Full Blood Picture(FBP) dan
Hb analysis dibuat untuk
mengesan penyakit Thalassemia.
2 Cara untuk mengatasi anemia
Pil Hematinik
CARA 1
Pil hematinik terdiri daripada 4 jenis
Pil iaitu:
• Pil zat besi(ferous fumarate)
• Pil asid folik
• Pil vit. B kompleks(B co)
• Pil vit. C
Pil hematinik sangat penting
kerana:
• Kandungan zat besi, B kompleks
dan asid folik diperlukan untuk
pembentukan sel darah merah.
• Pil vit. C membantu untuk
meningkatkan penyerapan zat
besi.
FAKTA

Pil hematinik membantu anda pulih dengan


cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia
tidak menyebabkan saiz bayi anda besar.
Berat lahir bayi yang normal adalah di
antara 2.5-4.0kg.
Mengapakah saya
perlu makan
kesemua 4 jenis pil
ini?
u
s
Kesemua 4 jenis pil diperlukan
untuk memulihkan masalah
anemia. Jika tidak lengkap,
rawatan tidak akan berkesan.
FAKTA

Makan pil hematinik bersama air


kosong atau jus buah-buahan untuk
penyerapan yang optimum.
Berapa banyak pil hematinik
yang perlu saya makan?

Patuhi arahan doktor kerana jumlah


sukatan pil bergantung kepada
tahap keterukan anemia.
FAKTA

Elakkan makan pil hematinik dengan


air kopi, teh, minuman berkola,
minuman bercoklat dan susu.
Minuman ini mengandungi bahan
yang menghalang penyerapan zat
besi.
Apa terjadi
jika saya
tidak patuh?
Jika tidak patuh

Paras hemoglobin di dalam sel


darah merah semakin berkurang

Keupayaan darah mengangkut


oksigen semakin menurun

KESAN

IBU BAYI
•Tumpah darah semasa •Kematian janin
dan selepas bersalin •Kelahiran bayi
•Tekanan darah tinggi tidak cukup bulan
(eklampsia) •Kelahiran bayi
•Keguguran kurang berat badan
•kematian
Adakah saya akan mengalami
kesan sampingan sekiranya
mengambil pil hematinik?

o Sesetengah ibu mengalami kesan


sampingan seperti sembelit, rasa
loya dan pening.
o Walaubagaimanapun, kesan
tersebut hanya sementara
sahaja.
Bagaimana saya boleh
mengatasi kesan sampingan?
• Jika sembelit
-minum lebih banyak air dan
makan lebih sayur-sayuran dan
buah-buahan.
• Jika loya
-makan pil bersama buah atau jus
buah.
• Jika pening
-berehat seketika selepas makan
pil.
Bilakah masa yang sesuai untuk
mengambil pil hematinik?

• Pil hematinik digalakkan diambil


pada waktu pagi bersama-sama jus
buah-buahan ataupun air kosong.
• Bagaimanapun pengambilannya
mengikut kesesuaian ibu.
• Pil hematinik juga boleh diambil
pada waktu malam.
CARA 2 Makan makanan kaya zat
besi
Apakah makanan yang kaya
dengan zat besi?
• Sumber makanan kaya zat besi yang
baik adalah dari sumber haiwan
seperti daging, hati, ayam, limpa,
kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.
• Sayur-sayuran hijau seperti pegaga,
pucuk paku, kangkung, bayam dan
kailan juga mengandungi zat besi.
Berapa banyakkah saya
perlu makan?

• Untuk mengatasi masalah


anemia, anda perlu makan
sekurang-kurangnya satu jenis
makanan dari sumber haiwan
yang kaya zat besi setiap hari.
Pilihan makanan yang kaya zat
besi adalah seperti berikut:
Sumber zat besi (saiz satu sajian)
• Daging- 2 keping saiz kotak
mancis
• Ayam- 1 ketul dada ayam
• Hati ayam- 1 ketul (2 lobus)
• Kerang- 20 biji
• Hati lembu- 1 ketul saiz kotak
mancis
• Ikan- 1 ekor ikan sederhana
• Ikan bilis- 5 sudu makan (tanpa
kepala)
FAKTA
Sekiranya anda vegetarian,anda perlu
mengambil makanan daripada kombinasi
beberapa jenis kekacang seperti kacang
hijau, kacang soya dan kacang dhal
bersama makanan atau minuman yang
tinggi kandungan vitamin C. di samping
meningkatkan lagi pengambilan sayur-
sayuran hijau, anda juga perlu makan pil
hematinik mengikut arahan doktor.
Tingkatkan penyerapan
zat besi dengan 2 cara:
1. Lebihkan makan makanan yang
membantu meningkatkan
penyerapan zat besi di dalam
hidangan anda seperti:
• Buah dan sayur yang kaya dengan
vitamin C seperti jambu batu, limau,
betik mangga dan sayuran hijau
seperti pegaga, sawi, kailan, pucuk
paku, bayam dan kangkung.
• Minum jus buah-buahan
• Makan bersama pencecah buah-
buahan seperti sambal mangga,
tomato atau limau kasturi
• Gunakan perencah daripada sumber
haiwan seperti ikan bilis, udang, isi
ayam dan isi daging.
2. Kurangkan makanan
mengandungi bahan penghalang
penyerapan zat besi seperti kopi,
the, minuman berkola dan
minuman bercoklat.
• Jika ingin mengambil makanan atau
minuman tersebut, pastikan diambil
sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas
waktu makan utama atau selepas
makan pil hematinik.
• Susu juga mengandungi bahan
penghalang penyerapan zat besi. Ibu
hamil perlu minum 2-3 gelas susu
sehari untuk mendapat cukup kalsium.
Jadi, minumlah susu segar atau susu
tepung di antara waktu makan utama
seperti semasa minum pagi, minum
petang dan minum malam.
Piramid makanan
Ibu hamil juga
perlu makan
makanan yang
seimbang
berdasarkan
PIRAMID
MAKANAN
Sekiranya anda berlebihan berat
badan, pilihlah makanan yang
kurang kandungan lemak seperti
daging tanpa lemak dan ayam
tanpa kulit. Kurangkan juga
pengambilan minyak dan lemak
seperti santan, marjerin dan
minyak sapi di dalam masakan.

You might also like