You are on page 1of 15

BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS

KUCHING)

Tokoh Usahawan Terkenal Malaysia


Jutawan Beras Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad (CEO Syarikat Faiza Sdn. Bhd)

1.0 LatarbelakangTokoh Usahawan

Kisah kejayaan usahawan kerap menarik untuk dibaca dan menjadi sumber inspirasi

untuk kita semua . Kisah yang ingin dipaparkan di sini bukan sesuatu yang baru

kerana pernah disiarkan dalam beberapa akhbar dan media tempatan. Malah ramai

yang telah menulis  tentang kisah kejayaan usahawan wanita ini yang juga adalah

salah seorang tokoh Maulidurasul Peringkat Kebangsaan 2010/1431H.  Mari kita

hayati sejenak info ringkas kisah usahawan beras Faiza Bawumi untuk dijadikan

motivasi kali ini.Kalau sudah minat, umur bukan menjadi penghalang untuk berjaya. Inilah

yang telah dibuktikan oleh pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza

Bawumi Sayed Ahmad.

Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” Itulah azam, pemilik

syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Wanita

kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketika

kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk

merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di

negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus

mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya

penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang

tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di

landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Berkecimpung dalam

bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya.

Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang

perniagaan.

Stefanie Freddy 192837 Page 1


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah

menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur.

“Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang

dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai,” katanya yang mampu

menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh

anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk

membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya

dibekalkan oleh kaum lain.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis

beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain

bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika

beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong

beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta

beras Siam. “Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi

beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan

jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. “Sehingga

kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun

saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus

buatan Islam dan halal,” katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur,

Kedah dan Terengganu.

Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang

dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan

darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah

meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang

Stefanie Freddy 192837 Page 2


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

positif. “Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak

eksklusif daripada Bernas,” tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai

terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan

rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos

cili dan kicap.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata,

dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada

orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status

halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun

lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk

bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan

diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu

mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal

cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi

tahun pertama.

1.1 Sejarah Penubuhan Syarikat Faiza Sdn.Bhd

Kejayaan syarikat sekarang ini tidak datang dengan mudah. Beliau bermula dengan

mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai

barangan dapur. Kemudiannya beliau beralih membuat rempah kari di bawah

jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit.

Menerusi syarikat FAIZA dimulakan pada tahun 1982, beliau menjalankan aktiviti

runcit sebagai perniagaan teras. Dari situ beliau mendapati pemborong beras

Stefanie Freddy 192837 Page 3


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Pada permulaan perjalanan syarikatnya,

Faiza mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau

terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama

ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.

Sekitar tahun 1992, Syarikat FAIZA secara rasminya diperbadankan menjadi

Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha (venture capital)

dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997. Pada permulaannya,

beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan

rumah, namun kerana tekad yang kuat, beliau nekad membungkus menggunakan

jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Meskipun saingan agak sengit perniagaan beliau mendapat sambutan. Trend

kesedaran masyarakat terhadap kandungan pemakanan juga menjadi pemangkin

kejayaan syarikat ini.  Pada awal tahun 90an, masyarakat mulai menjadi lebih peka

kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Pada ketika ini juga syarikat itu

telah mula diperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka,

India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan

berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetik, SFSB memperkenalkan

beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu

bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat

terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab

itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun

lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah

Stefanie Freddy 192837 Page 4


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-

anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.

Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang

menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan,

anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat

Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut,

beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara

orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras

yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.

Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk

merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di

negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut

bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut

terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu

Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di

sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak

kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak

menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah

mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya

sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala

cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut

suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah

menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat

Stefanie Freddy 192837 Page 5


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

“Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah

bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,”

katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras

pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam. Dalam tempoh

sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan

baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza

melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.

1.2 Visi dan Misi Syarikat Faiza

Menjadi pemimpin kepada pengilang rempah-rempah di Bumiputera tempatan dan

antarabangsa dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang sangat baik,

menekankan kepada pembangunan sumber yang tinggi dan manusia, yang

dihasilkan daripada kemajuan teknologi moden.

Misi syarikat

 Untuk memasarkan produk Faiza di seluruh negara di dunia.

 Untuk memenuhi kepuasan pelanggan dengan menyediakan pelbagai produk,

perkhidmatan dan ketersediaan produk.

 Untuk memperbesarkan pasaran kepada negara-negara lain dan membuat

pelbagai produk dengan nama jenama Faiza.

2.0 Sumbangan Tokoh Usahawan Kepada Masyarakat & Negara.

Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang

memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed

Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Stefanie Freddy 192837 Page 6


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim

dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal

"Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut,

berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu

golongan tersebut.

"Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal

membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi

menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai.

"Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri,

tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal

menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu

supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama

umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah

mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

"Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah,

kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia

banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir

yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang

merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964.

Stefanie Freddy 192837 Page 7


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

Faiza, 68, berkata selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu

"Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah", semua masyarakat Islam juga

perlu mengamalkan cara hidup dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan

bersikap sentiasa senang hati apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya

berperasaan iri hati serta berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain.

Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain

membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu

betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti

yang diamalkan bangsa lain.

"Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis

ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa

yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian

menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika

berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong kawan-

kawannya," katanya.

Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan

perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan

dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling

yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-

an.

Stefanie Freddy 192837 Page 8


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum

menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan

mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992.

Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap

masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam

menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda

Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan

tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang

paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing

Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk

rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

2.1 Anugerah yang pernah diperolehi oleh Tokoh Usahawan

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik

pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad

(Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's

Digest Super Brand.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk

melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua

Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu

Stefanie Freddy 192837 Page 9


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat

serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005,

Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan

anugerah khas Tokoh Guru 2009. Berikut adalah antara gambar-gambar yang

diambil dari laman web rasmi Syarikat Faiza Sdn. Bhd.

2.2 Tips Faiza untuk menjadi Usahawan Berjaya

Setiap bidang pekerjaan yang diceburi semestinya perlu ada cara-cara ataupun ‘tips’

sama ada mengekalkan atau mengukuhkan kedudukan sesuatu pekerjaan itu. Oleh

yang demikian, Puan Faiza turut berkongsikan beberapa tips kejayaan beliau dalam

bidang perniagaan beras seperti yang tertera di bawah:

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.

2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.

Stefanie Freddy 192837 Page 10


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk

mambantu ,masyaraka di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat

merasa rezeki yg diperolehi…Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling

tinggi membayar zakat di Malaysia.

4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waq’iah.

5. Mengangap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.

6. Jika pekerja buat salah, beri amaran tiga kali; tak berubah jugak…mintak letak

jawatan.

2.3 Keratan Akhbar

                                                       

BATU PAHAT, 26 Feb (Bernama) -- Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama

dengan mereka yang memerlukan, terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata

Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim

dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal

"Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut,

berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu

golongan tersebut. "Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan

susah dan ibu tunggal membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan

Faiza satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang

ramai. "Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri

sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal

menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu

supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama

Stefanie Freddy 192837 Page 11


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah

mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

"Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah,

kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia

banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir

yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang

merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964. Faiza, 68, berkata selaras dengan

tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa

Ummah", semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup dengan

berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan bersikap sentiasa senang hati apabila

melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta berhasad

dengi apabila melihat kejayaan orang lain.

Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain

membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu

betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti

yang diamalkan bangsa lain. "Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya

berfikir antara dua jenis ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu.

Mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu

sehinggalah peniaga itu kemudian menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik

kawannya jatuh ke bawah ketika berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan

Melayu pula akan menolong kawan-kawannya,"katanya.

Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan

Stefanie Freddy 192837 Page 12


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan

dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling

yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-

an. Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum

menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan

mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992. Ibu kepada tujuh

orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap masyarakat Islam

sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan

kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam

menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai

pemimpin. Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini

temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu

Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis

rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik

pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padi beras Nasional Berhad

(Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's

Digest Super Brand. Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap

meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan

sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa

Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat

Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat. Beliau juga

pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu

Stefanie Freddy 192837 Page 13


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas

Tokoh Guru 2009.-- BERNAMA 

Kesimpulan

Kejayaan juga tidak datang bergolek dan tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan

sebenarnya. Seperti pepatah melayu, tidak dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya.

Setelah melakukan usaha, seharusnya diiringi dengan berdoa dan bertawakal.

Stefanie Freddy 192837 Page 14


BPME 1013 ASAS KEUSAHAWAN PLK-UUM(KAMPUS
KUCHING)

RUJUKAN
Laman web

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_06.htm

http://www.intermarch.wordpress.com/2010/04/27/celoteh-dengan-puan-hajah-faiza/

http://www.ayzagursoy.wordpress.com/2007/10/17/50-kisah-usahawan-wanita-
malaysia/

Stefanie Freddy 192837 Page 15

You might also like