You are on page 1of 21

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan Kerja Kursus Sejarah tingkatan tiga yang bertemakan bagunan bersejarah di

Negara kita.

Terlebih dahulu , saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan saya yang tidak terhingga kepada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Abdul Rahman Talib, iaitu Puan Hajah Normah Bt Haji Abu Bakar yang

telah banyak memberi sokongan sepanjang saya menjalankan kajian. Ribuan terima kasih

diucapkan kepada En. Saravanan Murugan a/l Sri D Krishnan , guru sejarah saya kerana

telah banyak memberi maklumat dan panduan untuk menjalankan kajian ini .

Saya juga ingin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu

Encik Haji Abdul Halim bin Haji Mansor dan ibu saya iaitu Puan Hajah Ezizah binti Haji

Hashim kerana telah memberi bantuan dari segi kewangan mahupun dorongan kepada saya.

Mereka telah membawa saya pergi melawat kaawasan kajian. Mereka juga telah membantu

saya untuk mendapatkan sumber-sumber untuk hasil kajian saya.

Selain itu , saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun secara tidak langsung dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu

Nurul Murshidah binti Johari, Wan Amanina binti Wan Sulaiman, Nurul Zatil Athirah binti

1
Haji Karim dan Nor Athirah Binti Khamalruddin yang telah memberi galakkan dan

kerjasama kepada saya untuk melaksanakan kajian ini . Mereka telah menjadi motivasi

kepada saya . Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang

telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus saya ini.

OBJEktif KAJIAN
2
Melalui kajian ini,saya telah berkesempatan untuk memenuhi beberapa objektif kajian

antaranya termasuklah :

Mengetahui lebih mendalam tentang bagunan bersejarah di neagara kita iaitu

tentang Bagunan Muzium Sungai Lembing .Aspek-aspek yang dikaji merangkumi tentang

latar belakang, asal-usul bangunan, bahan binaan, reka bentuk, pengasas, tujuan pembinaan,

kos binaan, hiasan dalaman, tarikh pembinaan dan sebagainya yang tidak pernah diketahui

oleh pengunjung muzium tersebut. Oleh itu, saya dapat mengetahui tentang Muzium Sungai

Lembing dengan lebih lanjut.

Dengan menjalankan kajian ini, saya juga dapat menambah kemahiran mencari,

mengumpul, menganalisis dan merekodkan semua maklumat tentang Muzium Sungai

Lembing sama ada melalui internet, buku ilmiah, akhbar ataupun sumber lain seperti majalah

ataupun risalah yang disediakan oleh pihak muzium.

Di samping itu juga, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber

sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan

tatacara yang tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Selain itu, kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan

bersejarah di Negara kita. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang bersejarah di

Negara kita ini yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, seperti bangunan

Muzium Sungai Lembing.

3
KAEDAH KAJIAN

4
Bangunan bersejarah yang saya pilih untuk dikaji ialah bangunan Muzium Sungai Lembing,

Kuantan. Bagi memperolehi maklumat tentang sejarah Muzium Sungai Lembing ini, saya

telah menjalankan beberapa kaedah kajian, Antaranya ialah kaedah melayari internet, kaedah

rujukan dan kaedah lawatan dan pemerhatian. Melalui kaedah-kaedah ini, saya dapat

memperolehi maklumat dengan cepat.

1) Kaedah Melayari Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing/

Saya telah melayari internet untuk mendapatkan fakta-fakta mengenai sejarah

Muzium Sungai Lembing dengan lebih terperinci. Bahan-bahan ini telah saya cetak

untuk dijadikan bahan bukti.

2) Kaedah Rujukan

Saya telah menjalankan kaedah ini selama 3 hari. Saya membuat rujukan di

perpustakaan sekolah untuk mendapatkan sumber lain. Melalui kaedah ini, saya telah

mendapat sumber buku ilmiah, akhbar dan jurnal. Saya telah mengumpul, mentafsir

dan menganalisis maklumat yang diperolehi untuk dijadikan bahan bukti yang lain.

3) Kaedah Lawatan dan Pemerhatian

5
Saya telah melawati kawasan kajian bersama-sama keluarga saya. Melalui

pemerhatian saya disana saya telah mendapat pelbagai maklumat tentang Muzium

Sungai Lembing ini. Saya juga telah mengambil beberapa gambar semasa berada di

sana untuk dijadikan bahan bukti.

Hasil Kajian

6
(Gambar Bangunan Muzium Sungai Lembing)

Asal-usul :

Muzium Sungai Lembing dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk

menyebarkan maklumat serta mempamerkan bukti-bukti sejarah yang terdapat di sini dan di

Negeri Pahang secara amnya.

Menyinkap sejarah lalu, Sungai Lembing pernah menjadi sebuah bandar yang terkaya

dan pengeluar utama bijih timah di Pahang. Bandar ini diibaratkan El-Dorado Timur di

negari-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah letaknya sebuah “perkampungan”

Masyarakat Inggeris iaitu di Lembah Sungai Kenau. Sejarah perlombongan bijih timah di sini

dipercayai bermula dari Zaman pra-sejarah lagi dan ia pernah diusahakan secara intensif oleh

“Pahang Consolidated Company Limited” (PCCL) dari tahun 1906 sehinggalah ke zaman

kejatuhannya pada tahun 1986.

Pekan Sungai Lembing terletak lebih kurang 42 Kilometer dari bandar Kuantan dan

dihubungkan oleh system jalanraya yang baik. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan

7
disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenanan dengan lombong bijih timah bawah

tanah yang pernah suatu ketika dahulu diiktiraf sebagai antara lombong bawah tanah yang

terbesar di dunia.

Latar Belakang Sejarah:

Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai “pengkang” dikorek secara manual

atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli

kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan

secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Terowong terdalam adalah dilombong Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar

bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara

setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan terowong hampir 322

kilometer.

Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan

keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Kejadian tanah runtuh juga

dilaporkan sering berlaku.

Bandar Sungai Lembing pernah diibaratkan sebagai EL-Dorado Timur di Tanah

Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di

Lembah Sungai Enau. Kegiatan perlombongan telah diwujudkan sebuah Bandar sejak 100

8
tahun dahulu dan membuatkan bandar ini terkenal kerana lombong bijih bawah tanahnya

adalah antara yang terbesar di dunia.

Stuktur Binaan dan reka bentuk :

Bagunan Bersejarah Muzium Sungai Lembing adalah merupakan diantara

bangunan lama yang terdapat di pekan Sungai Lembing yang merupakan bangunan warisan

dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan Bersejarah Muzium Sungai

Lembing ini mula dibuka pada pengunjung pada tahun 2001. Walaubagaimana pun bangunan

ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap

Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun

nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu. Pada tahun 1906 hingga tahun 1986 perlombongan

bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).

Bangunan ini pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun pada tahun 1941 hingga tahun

1945.

Kedudukan lokasinya yang terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke sungai ke

Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus syarikat

lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat The Pahang Corporation

Consolidated Company Limited (PCCL), tahun 1906 – 1986. Rumah Kediaman pengurus ini

dahulunya dikenali sebagai European Bunglow atau singkatannya E8.1,iaitu membezakannya

dengan rumah pegawai kanan Inggeris yang lain.

9
Struktur binaannya mengikut gaya vernikular-kolonial dan mempunyai kronologi

sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap

diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, Ia diubahsuai dari semasa

ke semasa bermula dari zaman J.T Marriner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan

H.R.M Hodding pada tahun 1966.

Keistimewaan :

Namun demikian, Sungai Lembing mempunyai keunikan yang tersendiri terutama

dari segi persinggahan sejarah, kedudukan dan cirri fizikal sosioekonomi. Antaranya dapat

10
dilihat melalui reka bentuk atau struktur binaan rumah yang bercirikan gabungan seni bina

masyarakat Melayu tradisional Negeri Pahang dengan struktur binaan berat. Pelan struktur

pekannya dirancang untuk melambangkan sebuah kawasan pekan yang moden pada ketika

itu. Rumah-rumah pekerja lombong dibina secara berderetan manakala rumah banglo

pegawai-pegawai Inggeris sebanyak 40 buah pula didirikan di kawasan yang berbukit-bukit,

landskap dan panorama persekitaran begitu indah dan udaranya amat sesuai untuk rekreasi.

Lebih menarik lagi ialah kesan tinggalan kegiatan perlombogan bijih timah bawah

tanah yang terbesar di dunia dan keadaan dalam terowong-terowong bawah tanah yang

bertingkat-tingkat serta jarak antara setiap tingkat kira-kira 30 meter, merupakan tarikan

utama para pelancong untuk dating melawat ke Sungai Lembing. Namun demikian, kerja-

kerja pemuliharaan perlu terlebih dahulu dilakukan memandangkan usia terowong-terowong

yang melebihi 100 tahun amat usang dan berbahaya kepada para pengunjing.

Lokasi :

Bangunan Muzium Sungai Lembing terletak berdekatan degan Bandar Sungai

Lembing . Bangunan ini terletak di atas bukit, berdekatan dengan Sungai Lembing.

11
(Peta Sungai Lembing, Lokasi Muzium Sungai Lembing)

Pelan Bangunan :

Bangunan Muzium Sungai Lembing merupakan sebuah rumah banglo yang dibina

pada zaman dahulu. Bagunan yang unik ini mempunyai dua tingkat. Aras bawah adalah

12
tempat kaunter pertanyaaan. Di aras bawah juga terdapat fakta tentang pengenalan kepada

Sungai Lembing. Selain itu terdapat juga “Mining Diorama” dan sejarah “Pahang

Consolidated Company Limited” (PCCL) di aras bawah bangunan ini.

Terdapat sejarah perlombongan di Sungai Lembing di aras atas pula. Selain itu

terdapat juga pameran hasil galian di muzium ini. Memori perlombongan dan ekonomi

perlombongan serta peralatan dan pakaian perlombongan juga terdapat di muzium ini.

(Pelan Bangunan Muzium Sungai Lembing)

Memori Perlombongan :

13
Konsep bilik tidur pengurus besar di adaptasikan semasa era tahun 1960an. Ruang ini

dilengkapi dengan almari pakaian, penyangkut baju dan beberapa perabot lain yang

bersesuaian mengikut era tersebut.

Potret, bibliografi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan dan

kegemilangan Sungai Lembing dipamerkan di Muzium Sungai Lembing ini.

Ekonomi Perlombongan :

Sudut ini memaparkan ruang pentadbiran, perkakasan dan peralatan perlombongan.

Sebuah panel berkaitan Kedai Bebas Cukai melambangkan Kegemilangan dan pencapaian

ekonomi yang dikecapi di Sungai Lembing suatu masa dahulu.

Peralatan dan Pakaian Perlombongan :

Tiada pakaian khusus digunakan oleh pekerja-pekerja lombong Sungai Lembing ini.

Peralatan penting yang dibekalkan oleh pihak syarikat adalah topi, lampu kabaid dan lampu

berkuasa bateri.

RUMUSAN
14
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah berjaya

menyiapkan kerja khursus Sejarah ini dengan tepat dan cepat.Setelah mengetahui maklumat-

maklumat bangunan bersejarah muzium sungai lembing seperti asal-usul, latar belakang,

struktur binaan, reka bentuk dan keistimewaan bangunan itu, saya telah melahirkan rasa

bangga dan bersyukur kerana saya dilahirkan di sebuah Negara yang aman dan mempunyai

bangunan bersejarah yang amat unik dan istimewa.

Setelah menyiapkan kerja khusus ini juga, saya telah berjaya memupuk rasa sayang

akan tanah air. Selain itu saya juga telah berjaya memupuk rasa minat terhadap sejarah

bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia terutamanya berkaitan bangunan Muzium

Sungai Lembing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan

kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini

dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding

bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

Kita juga tidak boleh mengharapkan orang luar untuk mempopularkan permainan

tradisional kita.Akhir sekali,setelah menyiapkan folio sejarah ini,saya telah dapat

melahirkan unsur-unsur patriotisma dalam diri saya.

GAMBAR

15
(Gambar Bangunan Muzium Sungai Lembing)

(Gambar Bangunan Muzium Sungai Lembing)

16
(Gambar hasil galian yang dipamerkan di Muzium Sungai Lembing)

(Gambar Mesin yang dipamerkan di Muzium Sungai Lembing)

DOKUMEN

17
(Pelan Bangunan Muzium Sungai Lembing)

PETA

18
(Peta Pahang, Lokasi Sungai Lembing)

19
(Peta Sungai Lembing, Lokasi Muzium Sungai Lembing)

RUJUKAN

20
1. Buku Ilmiah

 Ainal Marhaton Abd Ghani, 2009, A Mine Of Tin Heritage. Kuala Lumpur :

Harian Metro.

 Dorothy Thatcher and Robert Cross, 1959, Pai Naa : The Story Of An

Englishwoman’s Survival In The Malayan Jungle. United Kingdom : The

White Lion.

 Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan, 2005, Perasmian Muzium

Sungai Lembing. Pahang : Jabatan Muzium Dan Antikuiti.

 Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan, 2009, Muzium Sungai

Lembing. Pahang : Jabatan Muzium Dan Antikuiti.

2. Buku Teks

 Masariah Mispari, 2004, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Prof.Datuk Ramlah Adam, 2004, Buku Teks Sejarah Tingkatan 1. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Menemu bual dengan guru yang berkaitan

 En. Saravanan Murugan a/l Sri D Krishnan

4. Laman Web

 http://en.wikipedia.org/wiki/Sungai_Lembing/

21

You might also like