You are on page 1of 11

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang
Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,
pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.
Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadah
tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis
dari badan dan pakaian.
B. Rumusan Masalah
Pembahasan tentang thaharah ini sangatlah luas, tapi dalam makalah ini
penulis hanya menjelaskan hal-hal sebagai berikut.
1. Apakah pengertian Thaharah ?
2. Apakah pengertian Wuduk ?
3. Apakah pengertian Tayammum ?
4. Apakah pengertian mandi wajib atau mandi junub ?
C. Tujuan Pembahasan
Dalam makalah yang berjudul “ Thaharah “ ini penulis bertujuan untuk
menjelaskan pengertian Thaharah, pengertian wuduk, pengertian tayammum.

BAB II
PEMBAHASAN

1
A. Thaharah ( bersuci )
1. Pengertian Thaharah (Bersuci )
Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,
pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.
Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadah
tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi dan membersihkan najis
dari badan dan pakaian.
2.Jenis-Jenis Bersuci
a. Menyucikan badan dari hadas kecil
Yaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau
bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau
menyentuh al-Quran.
b. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan
dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan
persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga
diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan
membaca al-Quran.
c. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi)
dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan
sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan
najis,baunya dan rasanya.
3. Cara-cara beristinja’
a. Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi
lagi sehingga bersih.
b. Alat dibuat istinja’ itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang
keluar.
c. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .

4. Jenis-Jenis Air
a. Ai Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )

2
Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga
digunakan untuk membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air sungai,air
hujan,air mata air,air laut dan sebagainya,
b. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )
Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Iaitu air yang telah berubah
salah satu sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan sebagainya.Termasuk juga
dalam golongan ini air yang kurang dari dua kolah iaitu air yang sudah digunakan
untuk berwuduk atau menghilangkan najis.
c. Air Mutannajis ( Air yang kotor)
Air yang najis iaitu air yang sudah berubah semua sifatnya samada
warna,rasa atau baunya dan bercampur dengan najis.
d. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)
Yaitu air yang makruh untuk digunakan iaitulah air yang terjemur pada
terik matahari dalam bekas selain bekas daripada emas atau perak.Air ini makruh
digunakan untuk badan tetapi boleh digunakan untuk membasuh pakaian.
5. Jenis – Jenis Najis
a. Najis Mughallazah (najis berat)
Yaitu najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang –
barang yang terkena najis ini ialah dengan menyamak iaitulah membasuh dengan
air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur dengan
tanah.
b. Najis mukhaffafah (najis ringan)
Yaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun
kebawahyang hanya minum susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah dengan
merenjis air di tempat terkena kencing itu.
c. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)
Yaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing
,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih jernih yang keluar dari
kemaluan ketika nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air putih jernih yang keluar
dari kemaluan sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan susu binatang
yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah basuh dengan air bersih hingga

3
hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh berulang-ulang kali
tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah dimaafkan.

4
B. Wuduk
1. Pengertian wuduk
Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah.Menurut syarak ertinya
membersihkan aggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.Bagi orang yang
hendak menunaikan solat wajiblah baginya berwuduk dahulu kerana berwuduk
adalah syarat sahnya solat.
2. Fardu Wuduk
Fardu Wuduk ada enam perkara
Pertama : Niat.
Yaitu berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca
lafaz adalah sunat.ucapan niat:
“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala”
Kedua : Membasuh muka
Yaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga
ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
Ketiga : Membasuh kedua tangan.
Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan
kemudian tangan kiri.
Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-
kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.
Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki
kemudian kaki kiri.
Keenam : Tertib yaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.
3. Syarat-Syarat Wuduk
a. Beragama ilslam
b. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah bisa membedakan antara yang
bersih dengan yang kotor.
c. Suci dari haid dan nifas
d. Dengan air yang suci lagi menyucikan
e. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota
wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.

5
f. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat
4. Sunat-Sunat Wuduk
a. Membaca Bismillah
b. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan
c. Berkumur-kumur
d. Memasukkan air kehidung
e. Menyapu seluruh kepala
f. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam
g. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali
h. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
i. Bersugi
j. Membaca doa selepas berwuduk
5.Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk
a. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti
kentut,kencing dsbnya.
b. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap
kedudukannya
c. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
d. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada
kemaluan sendiri atau orang lain

6
C. Tayammum
Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku dengan
beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi
wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana sebab-
sebab tertentu iaitu:
* Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air
* Tiada air atau ada air yang cukup untuk minum sahaja.
1. Syarat-syarat tayammum
a. Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,
b. Tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya.
c. Tanah suci dan berdebu
d. Menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja’ sebelum
bertayammum.
2. Rukun Tayammum
a. Berniat untuk bertayammum
“ Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan fardu solat”
b. Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.
c. Menyapu muka dengan tebu tadi.
d. Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian
menyapu dua tapak tangan sampai kesiku.
e. Tertib
3.Sunat Tayammum
a. Membaca Basmalah
b. Mengadap kiblat
c. Mendahului menyapu anggota kanan
d. Mengejakan dengan berturut-berturut
4. Perkara yang membatalkan Tayammum
a. Semua perkara yang membatalkan wuduk
b. Mendapatkan air sebelum memulakan solat(bagi orang yang tidak uzur)
c. Apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.
D. Mandi Wajib Atau Mandi Junub

7
Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas
yang besar setelah berlaku salah satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan
wajibnya mandi wajib seperti bersetubuh.
1. Sebab-sebab wajib mandi
a. Melakukan persetubuhan iaitu memasukkan kepala hasafah ke dalam
faraj meskipun tidak keluar air mani.
b. Keluar air mani walaupun tidak bersetubuh
c. Mati kecuali mati syahid
d. Suci daripada Haid.apabila seseorang perempuan telah suci daripada
haidnya maka wajiblah dia mandi dengan segera.
e. Suci dari darah nifas iaitu darah yang keluar sesudah melahirkan anak.
f. Wiladah iaitu melahirkan anak
2. Rukun Mandi Wajib
a. Niat iaitu dengan lafaz niatnya:
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
b. Menghilangkan semua najis daripada anggota badan.
c. Meratakan air ke seluruh badan
3. Sunat-sunat mandi wajib
a. Membaca bismillah.
b. Mencuci faraj dan dubur dengan air bersih
c. Kalau ada najis ditubuh badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.
d. Sunat berwuduk
e. Menjirus air kebadan dimulakan dari sebelah kanan.
4. Perkara yang dilarang bagi orang yang berhadas besar.
a. Mengerjakan solat,termasuk juga sujud syukur,sujud tilawah,membaca
khutbah jumaat.
b. Melakukan tawaf di Baitullah.
c. Menyentuh dan membaca al-Quran
d. Berhenti di dalam masjid atau berulang-alik di dalamnya.
e. Berpuasa dan sebagainya.1

1
http://laman-ilmu.blogspot.com/2007/05/thaharah-bersuci.html

8
BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,
pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat solat.
1. Jenis-Jenis Bersuci
 Mensucikan badan dari hadast kecil maupun hadast besar
 Istinja’
2. Jenis-jenis Air
 Air mutlak ( iar yang suci lagi mensucikan )
 Air musta’mal ( air yang telah di gunakan )
 Air mutannajis ( air yang kotor )
 Air Musyammas ( air yang berjemur pada matahari )
3. Jenis-jenis najis.
 Najis Mughallazah ( najis berat )
 Najis Mukhaffafah ( najis ringan )
 Najis mutawassitah ( Najis pertengahan )

Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah.Menurut syarak ertinya


membersihkan aggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.Bagi orang yang
hendak menunaikan solat wajiblah baginya berwuduk dahulu kerana berwuduk
adalah syarat sahnya solat.
1. Fardunya Wuduk
2. Syarat-syarat Wuduk
3. Sunat-sunat wuduk
4. Perkara yang membatalkan wuduk
Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku dengan
beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi
wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan air kerana sebab-
sebab tertentu iaitu:
1. Syarat-syarat tayammum
2. Rukun tayammum

9
3. Sunat tayammum
4. Perkara yang membatalkan tayammum
Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas
yang besar setelah berlaku salah satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan
wajibnya mandi wajib seperti bersetubuh.
1. Sebab-sebab wajib mandi
2. Rukun mandi wajib
3. Sunat-sunat mandi wajib
4. Perkara yang di larang bagi orang yang berhadast besar.
B. Saran.
Semoga makalah ini berguna dan bermanfaat bagi penulis khususnya pada
para pembaca pada umumnya.

10
DAFTAR PUSTAKA
http://laman-ilmu.blogspot.com/2007/05/thaharah-bersuci.html

11

You might also like