Professional Documents
Culture Documents
Limb deficiencies
Muscular dystrophy
Leukemia
MASALAH PENGLIHATAN
Kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah penglihatan
jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan
dan mengganggu pelajaran – penglihatan terbatas @ buta.
Kebiasaannya mempunyai tahap kecerdasan yang normal
seperti murid-murid lain – kadang kala mempunyai masalah
pendengaran dan perkembangan psikomotor yang agak
terhad.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan
mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan
penglihatan, sering menggosok mata tanpa sebab, mengadu
pening kepala dan loya, memegang buku terlalu jauh atau
dekat untuk mengimbangi penglihatan mereka.
MASALAH PENDENGARAN
Terdapat 2 kategori masalah pendengaran iaitu separa
pekak dan pekak.
Separa pekak- penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan
secara audio.
Pekak- menerima pendidikan menggunakan sensori lain
seperti penglihatan.
Simptom – kerap meminta orang mengulang apa yang
disebut, menghadapi kesukaran dan sering berlakunya
salah faham, pertuturan yang tidak lancar kerana masalah
sebutan yang lemah.
MASALAH PERTUTURAN
Boleh dikategorikan kepada 4 iaitu masalah sebutan,
masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa.
Masalah sebutan – kecenderungan meninggalkan suku
kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan.
Gagap – gangguan terhadap kelancaran percakapan,
mungkin mengulang, memberhenti seketika atau
mencelah dengan suku kata atau perkataan.
Masalah suara- kualiti suara seseorang – mungkin terlalu
lantang, lembut, garau, kasar, atau sengau.
Masalah bahasa – berkaitan dengan sistem saraf pusat
(aphasia) – menghadapi kesukaran mentafsir bahasa
dalam sesuatu perbualan, kesukaran menggunakan
perkataan yang sesuai semasa komunikasi.
MASALAH PEMBELAJARAN
Berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa
dan menyimpan maklumat.
Merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses
psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa,
sama ada lisan atau bertulis.
Boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur,
membaca, dll
Mungkin disebabkan oleh kecederaan otak, disleksia atau aphasia
Sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.
Masalah – pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, kematangan
sosio-ekonomi, kemahiran motor dan koordinasi, persepsi,
kognitif, metakognitif, kurang memberi perhatian dan
hiperaktiviti.
Masalah
pembelajaran Ciri-ciri
akademik
Membaca •Banyak kesilapan semasa membaca.
•Menterbalikkan perkataan, “b” dan “d”, “on” dan
“no”
•Sebutan yang tidak betul.
Menulis •Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil
yang janggal.
•Ejaan yang salah
•Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan.
•Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam
penulisan.
mengira •Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca
nombor.
•Kesukaran mengingati fakta Marematik
•Kesukaran dalam kiraan
•Menukar aturan nombor.
DISLEKSIA
Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa.
Membaca dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam
ejaan dan tulisan serta mencampur aduk perkataan
yang berbunyi sama.
Mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap
buku.
Masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada
beberapa anggota keluarga yang sama.
Kajian – berlaku 4 kali lebih kerap pada kanak-kanak
lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Attention Deficit / Hyperactivity
Disorder ADD/ADHD
Kanak-kanak tidak dapat mengekalkan perhatian &
mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan suatu
tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.
Bersikap impulsif, dan sering mengganggu perbualan,
aktiviti dan menyatakan sesuatu tanpa berfikir, bersikap
hiperaktif dan pergerakan fizikal yang keterlaluan.
Punca – kekurangan neurotransmitter yang spesifik iaitu
noreprinephrine dan dopamine dalam set litar otak
Rawatan – melibatkan peningkatan aras neurotransmitter.
Masalah tingkahlaku
Tingkahlaku masalah dalaman Tingkahlaku masalah luaran
Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar
Sedih, murung Menentang
Bersikap apatetik (tidak Agresif
mempedulikan)
Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)
Kecenderungan menyalahkan diri Tidak mempercayai, kecenderungan
sendiri, perasaan serba salah menyalahkan orang lain.
Perasaan rendah diri Destruktif
Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri
Keasyikan pemikiran tentang sesuatu Sukar mengawal diri
perkara
Cemburu
Faktor yang menyumbang :
Mewarisi sifat dan tingkah laku bermasalah.
Ketidakseimbangan biokimia dalam diri.
Masalah neurologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf
pusat.
Faktor behavioral – kegagalan mempelajari tingkah laku
menyesuaikan diri, membentuk tingkah laku kurang sesuai.
Faktor sosiologi – tindakan seperti melabel individu,
perubahan dalam sesebuah keluarga seperti penceraian dan
kehadiran ibu @ bapa tiri, tingkahlaku dipelajari daripada
ibu bapa, keluarga atau media.
SLOW LEARNER (LEMBAM)
Perkembangan kanak-kanak lembam ini agak lambat
sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum,
lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara
ataupun tindak balas menggenggam masih belum
hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.
Kanak-kanak lembam ini biasanya tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang
menggunakan kaedah biasa – tidak dapat memberi
tumpuan dan minat terhadap proses P&P
TERENCAT AKAL RINGAN
Satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkahlaku penyesuaian seperti komunikasi,
penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.
Ciri-ciri :
Kurang koordinasi motor
Sukar menumpukan perhatian
Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah
Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi
baru.
Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan
membuat kesimpulan.
Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya
memilih aktiviti secara bersendirian.
Juga mengalami masalah koordinasi mata dan tangan,
mempelajari kemahiran dan bahasa dengan perlahan.
Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa.
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan
boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai
kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional dan
kemahiran sosial untuk membantu menjadikan mereka
sebagai individu yang produktif.
SINDROM DOWN
Berpunca daripada masalah berlebihan kromosom
(kromosom 21) – berlaku pada setiap 800 kelahiran.
Menyebabkan terencat akal, masalah ingatan dan
pertuturan dan perkembangan motor yang lambat,
mempunyai IQ yang rendah.
Ciri-ciri :
Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.
Lidah yang tebal, kasar, pendek serta cenderung untuk terjelir.
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok.
Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
Selalunya mempunyai masalah kataraks mata, masalah
jantung, dan kecacatan usus.
Memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
Disebabkan keadaan fizikal muka mereka yang rata,
mereka cenderung mengalami masalah pernafasan dan
sukar untuk makan.
Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan
kurang upaya meneroka persekitaran.
Kanak-kanak Sindrow Down
AUTISME
Merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu
sukar untuk dipulihkan.
Menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak
boleh mengenali @ mentafsir air muka, gerak isyarat
atau nada suara yang berlainan.
Menunjukkan tabiat yang stereotaip, tidak suka
bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang
reaksi dalam apa jua situasi.
Lebih berminat kepada barang permainan daripada
berinteraksi atau berhubung dengan orang disekitarnya.
Kanak-kanak Autisme
PINTAR CERDAS
Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan
memerlukan sokongan yang lebih daripada sedia ada dalam
sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasi
sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.
Ciri-ciri :
Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat
berbanding rakan sebaya.
Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih berbanding
rakan sebaya.
Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.
Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.
Kemahiran bahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.
Kemampuan memberi pandangan atau idea yang asli.
Kebolehan untuk memimpin.
Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.