You are on page 1of 12

Rasulullah s.a.w.

mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu
pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada
segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti
berikut;

Doa:

"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim"

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi


2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar
daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita
akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.


2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini:

1.Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan
membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak
melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana
untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,
mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan
sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat
pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali.
Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan
dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti
gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan
yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka
berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat
beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali
itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan
atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita
boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang
dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha
melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah
yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu
kali sekali pun pasti kita akan mati.

2.Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan
kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi
terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit
yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan
sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan
makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar
mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan
dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman
yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

3.Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik
akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka
selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir
untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk
tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa
maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan
hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak
sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai
tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca
yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia
pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke
mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada
mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal
dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan.
Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa
yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan
mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

5.Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus
berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di
tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu
jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-
nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di
atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita
sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini,
akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke
rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke
dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini
tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya,
insya'Allah. 

Sumber: darussyifa
Subject: Ayat-Ayat Al-Quran Yg Baik Diamalkan    Thu 18 Sep 2008, 12:47 pm

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan 

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102 
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, 
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5 
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil 
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah 
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling
rumah
. Supaya Elak Suami Tak Kahwin Lain. 

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil 

2. Untuk Elak Suami/Isteri Dan Anak-anak Tidak Bergaduh. 

Surah Al Baqarah - Ayat 102

3. Supaya Anak-anak Pandai Dalam Pelajaran. 

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

4. Supaya Anak-anak Lembut Hati Dan Elak Panas Baran 

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,

Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


5. Supaya Anak-anak Tidak Malas Ke Sekolah. 

Surah Toha ayat 1-5

6. Ayat Pendinding Diri.

Ayat akhir Surah At Taubah

7. Supaya Anak-anak Yang Suka Keluar Malam. 

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

8. Untuk Jadi Pendinding Rumah (Pagar Rumah). 

Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air, dan semburkan keliling rumah.

* Baca Ayat-ayat dalam angka ganjil 3,5,7 kali. Kemudian Tiupkan di ubun anak-anak,
suami atau isteri. Tawakal kepada Allah SWT semuga permintaan kita dimakbul oleh Allah
SWT.
SATU MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH 

Langkah 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

1. SUBHANA'LLAH

2. ALHAMDULI'LLAH

3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH

4. ALLAHU AKBAR

5. ASTAGHFIRU'LLAH

6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD


WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2: 

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan.

1 minit untuk mengingat Allah 

* Langkah 1: 
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: 

* * SUBHANA'LLAH 
* * ALHAMDULI'LLAH 
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH 
* * ALLAHU AKBAR 
* * ASTAGHFIRU'LLAH 
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH 
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA
AALIHI 
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN 

* Langkah 2: 

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan 

baca ayat alfatihah sebanyak 7x,setiap selesai solat.Setiap kali baca,sampai "
ia kanak budu wa i' ya kanas ta in" 
( hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan ) 
berhenti sekejap,dan niat hajat dlm hati,sesudah itu teruskan bacaan. 

Untuk di buat penawar,bacakan pada sebekas air 7x selepas solat,buat minum dan
sapukan dimuka. Setiap kali air handak habis,tambahkan air. 
Kalau boleh,jangan habiskan,tinggallah walaupun sedikit air didalam bekas
tersebut. 

Surah Yusuf ayat 4


"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra
aituhum Lii Sajidin"
Bermaksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah
bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqayka 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah
pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

kemudian baca doa pelembut hati di


bawah

َ ‫اَللَّّ ُه َّم َليِّنْ ِليْ َق ْل َب ُه َل ِّي ْن‬ 


‫ت لِدَ ْاوُ دَ ْال َح ِد ْيد‬
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya
sebagaimana Kamu melembutkan Daud
(akan) besi"
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi
susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang
Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.

DOA NURUNNUBUWAH
Ertinya :

³Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang
terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan
doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari
pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan
sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan
pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata:
³Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain
hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan
Sulaiman telah mewarisi Daud a.s.Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki
singgahsana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan

hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan

jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup
dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : ³Yang haq
telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti
musnah´. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang
yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang
Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga
keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Khasiat Doa Nurunnubuwah :


Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadilat doa ini,
antaranya:
1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang
berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan
kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang
memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan
mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.
2.Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya-
Allah akan berhasil.
3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan
tercapai.
4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa
ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan
berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.
5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu
akan menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan
mengampuni segala dosanya.
7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada
anda.
8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam
rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.
9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala
musuh.
10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala
macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya-
Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut,
insya-Allah air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.
17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memeperelokkan wajah.
18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan
ampun untuk orang yang membacanya.
20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah s.a.w. bersabda: ³Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi,
bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan
para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.´
22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu
pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan
atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai,
baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua kas a akankas ihkan anda.
25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu
dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah
tidak jadi hujan.
27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar
musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih,
minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya-
Allah lekas sembuh.
31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini
pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan
doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah bersabda:´Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.´
34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur
pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran
anda diterima.

l ain-lain khasiat doa ini ialah:


(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-
duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s.
membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ´Wahai Rasulullah, aku telah di utus
oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah´.
Selanjutnya beliau bersabda :´Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di
baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah
ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa
memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap
selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan seger

Surah Thaha ayat 39;

Figure 1
Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu
membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku
telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau
dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
 

You might also like