You are on page 1of 8

MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


KOTA BHARU, KELANTAN

MODUL PROGRAM BIG FASA 4, 2010


SEKOLAH KEBANGSAAN GONG GARU PASIR
PUTEH,KELANTAN

PISMP SEM 4 PENDIDIKAN KHAS/


PENDIDIKAN JASMANI/ PENDIDIKAN SENI
VISUAL
MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Aktiviti : Ice Breaking


Tajuk : Broken Square
Masa : 30 minit (8.30-9.00)
Alatan : Kad- kad broken square, sampul surat

Objektif :1) Meningkatkan kepekaan tutee tentang kepentingan kesesuaian dan


keselarasan tanggapan dan tindakan untuk mencapai sesuatu matlamat.
2) Menimbulkan kesedaran tutee tentang keperluan kewujudan rakan yang
saling lengkap- melengkapi.

Langkah- langkah :
1) Setiap tutee diberi satu cebisan kad mengikut gambar yang telah ditetapkan oleh
fasilitator ; kambing, harimau, itik dan ayam.

2) Tutor menyampaikan arahan supaya tutee dapat mencari cebisan- cebisan kad yang
terdapat pada tutee lain untuk dicantumkan lalu membentuk gambar yang telah
ditetapkan.

3) Tutee diberikan masa selama kira- kira 30 minit untuk mencari cebisan kad yang lain.

4) Tutee- tutee yang dapat membentuk gambar yang lengkap akan menjadi satu
kumpulan.

5) Kemudian, tutee- tutee akan bergerak mencari fasi yang memegang gambar yang
sama.

Perbincangan :
1) Apakah perasaan anda?

2) Kenapa perlu mencari cebisan kad yang lain?

3) Membuat motto dan lagu kumpulan.

Selingan : Nyanyian lagu program.

Aktiviti : LDK 1
MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Tajuk : Saya Adalah Saya


Masa : 30 minit (9.00-9.30)
Alatan : Bola kecil

Objektif :1) Meningkatkan keyakinan diri semasa memberi ucapan. Tidak gemuruh.
2) Mengeratkan silaturrahim antara tutee.

Langkah- langkah :

1) Tutee berkumpul dalam kumpulan masing- masing.

2) Fasilitator akan menyediakan 1 biji bola kecil bagi setiap kumpulan.

3) Tutee yang memegang bola akan melunjurkan tangan kanan dan bola kecil diletakkan
di atas tapak tangan tanpa menjatuhkannya.

4) Mentee yang lain hendaklah bersedia menyediakan soalan untuk dijawab oleh si
pemegang bola kecil.

5) Aktiviti akan berulang kepada mentee yang lain.

Perbincangan : Perasaan peserta apabila berhadapan dengan situasi berkenaan iaitu terpaksa

menjawab pelbagai persoalan dengan ‘confident’


MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Aktiviti : LDK 2
Tajuk : Layan Tak layan
Masa : 1 jam (9.30-10.30)
Alatan : Kad- kad arahan

Objektif :1) Menguji ketahanan diri peserta


2) Memberi peluang berucap di khalayak ramai
3) Membina keyakinan diri dengan sikap positif yang boleh menerima
kritikan.

Langkah- langkah :

1) Fasilitator menyediakan empat kad arahan yang tercatat pernyataan berikut :


- Tepuk tangan
- Berbual dengan rakan
- Ketawa
- Sorakan Bhoo!!!
Fasilitator mengingatkan pelajar yang bercerita meneruskan cerita walau apapun yang
terjadi.
2) Ketua fasilitator memanggil seorang wakil daripada setiap kumpulan dan
mengasingkan mereka seterusnya meminta mereka bersedia supaya bercerita. Cerita
akan disediakan. (apa-apa tajuk yang sesuai).

3) Fasilitator mengingatkan ahli kelompok yang lain supaya member respon mengikut
catatan pada kad arahan yang ditunjukkan oleh fasi tanpa diketahui oleh rakan yang
bercerita.

4) Fasilitator memanggil ahli (pencerita) bergilir- gilir supaya bercerita selama 3 minit.

5) Peserta – peserta lain digalakkan member respon mengikut catatan ataupun kenyataan
pada kad arahan yang ditunjukkan oleh fasi.

6) Selepas sesi bercerita, fasi memberi peluang pencerita menyatakan perasaan mereka
apabila mendapat reaksi daripada ahli kumpulan.

Perbincangan :
1) Perasaan ataupun reaksi pelajar apabila dipedulikan ataupun dihargai.
2) Kepada perasaan ataupun reaksi peserta apabila tidak diberikan perhatian.
3) Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai atupun dipedulikan.
Selingan : Nyanyian Ulat bulu
MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Aktiviti : LDK 3
Tajuk : Si Buta Sayang
Masa : 30 minit (11.00-11.30)
Alatan : Kain penutup mata bagi setiap pelajar.

Objektif :1) Menyedari tentang faktor- faktor yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang
lain.

Langkah- langkah :
1) Fasi memilih seorang wakil kumpulan sebagai pemandu arah.

2) Mata ahli lain akan ditutup.

3) Ahli akan membuat barisan.

4) Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si buta
sambil berjalan. Si buta dekehendaki mematuhi apa- apa sahaja arahan rakannya.
Perbincangan :
1) Mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang dijalankan.

2) Perasaan mereka semasa menjadi si buta dan pemandu.

3) Reaksi- reaksi dalam aktiviti ini.


Selingan : Permainan
MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Aktiviti : LDK 4
Tajuk : Lukisan Duniawi
Masa : 30 minit (11.30-12.00)
Alatan : Kertas mahjung, marker pen.

Objektif :1) Berfikir secara optimistik.


2) Berfikir secara proaktif.
3) Memandang ke masa hadapan secara positif dan cemerlang.

Langkah- langkah :

1) Setiap kumpulan diberi satu manila kad.

2) Ahli- ahli diminta bersama- sama melukiskan apa yang mereka fikirkan pada masa
hadapan. Hasil lukisan perlulah dalam bentuk penceritaan.

3) Setiap kumpulan diberi 20 minit untuk menyelesaikan lukisan.

4) Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka.

Perbincangan :
1) Impian pelajar.

2) Strategi untuk kecapi.

3) Kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat.

Selingan : Lagu/ permainan


MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Aktiviti : LDK 5
Tajuk : Kapal Karam
Masa : 1 jam (12.00-1.00)
Alatan : Kertas kosong, lampiran 1

Objektif :1) tutee mempamerkan sikap yang tegas dalam mempertahankan keputusan.
2) tutee menunjukkan usaha untuk membuat keputusan yang terbaik.
3) tutee dapat meyakinkan dan mempengaruhi orang lain dengan
keputusannya.
4) tutee menunjukkan kemahiran memberi dan menerima pendapat/
keputusan serta berani menuntut hak tanpa kekerasan.

Langkah- langkah :

1) Fasilitator menyuruh tutee membahagikan kertas kepada empat bahagian.

Ibu Adik- beradik

Ayah Diri Sendiri

2) Fasi membaca situasi pada lampiran 1 (kapal karam) kepada tutee dan berbincang
menyelesaikan masalah berkenaan.

3) Kemudian, fasi akan menanyakan siapakah yang akan tutee selamatkan sekiranya
terjadi perkara sedemikian mengikut turutan :

- Siapakah orang pertama yang akan tutee tempatkan ke dalam sampan


penyelamat? Kemudian, fasi akan menyuruh tutee mengoyak bahagian
nama yang dipilih lalu diserahkan kepada fasi.

- Siapakah orang kedua yang akan tutee tempatkan ke dalam sampan


penyelamat? Kemudian, fasi menyuruh tutee mengoyak bahagian nama
yang dipilih lalu diserahkan kepada fasi.

- Siapakah orang ketiga yang akan tutee tempatkan ke dalam sampan


penyelamat? Kemudian, fasi menyuruh tutee mengoyak bahagian nama
yang dipilih lalu diserahkan kepada fasi.

Perbincangan : 1) Rasional terhadap keputusan yang dibuat.


2) Membuat keputusan dengan tepat.
Selingan : Tayangan video, lagu ibu, lagu 1234
MODUL PROGRAM BIG FASA 4 2010

Lampiran 1

KAPAL KARAM

Pada suatu hari, anda menaiki sebuah kapal peranginan yang cantik. Di dalam kapal
itu terdapat ibu, bapa, adik- beradik dan diri anda sendiri.

Di tengah perjalanan anda dikejutkan dengan satu gegaran yang kuat. Anda mendapat
tahu kapal itu telah terlanggar sebuah kubah ais yang sangat besar dan kapal itu akan karam.

Terdapat hanya sebuah sampan kecil yang boleh memuatkan tiga penumpang sahaja.
Kesemua penumpang merayu- rayu dan menangis supaya mereka diselamatkan. Semua
penumpang berjanji akan memberikan sesuatu yang amat bernilai jika mereka diselamatkan.

You might also like