You are on page 1of 36

OBJEKTIF

Kami pelajar JPA bahagian 2 telah diberi satu kerja khusus yang merangkumi semua topic yang kami
pelajari pada semester ini.

Kerja khusus ini diberi secara mengejut dan perlu disiapkan secepat mungkin. Mungkin
setiap pelajar mempunyai persepsi masing-masing yang berbeza. Namun, bagi kami, kerja khusus ini
diberikan mungkin untuk menguji tahap kepantasan kami dalam melakukan sesuatu tugasan. Selain
itu, ujian untuk JPA juga sudah semakin dekat, jadi kerja khusus ini adalah salah satu elemen yang
digunakan untuk pelajar mengulangkaji pelajaran.

Disamping itu, ilmu yang kami dapat daripada penghasilan kerja ini, kami boleh
aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Ianya juga
adalah pelengkap untuk silibus JPA pada semester ini. Tanpa kerja khusus ini, mungkin laluan untuk
kami skor A dalam subjek ini semakin susah kerana ianya termasuk juga dalam pemarkahan.

Akhirnya, kami harap ilmu-ilmu yang dilampirkan dalam buku ini dijadikan panduan kepada
anda semua.

1
Pengenalan jabatan pertahanan awam malaysia (JPAM)
VISI

 Menjadikan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebuah organisasi bertaraf dunia dalam
perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cemerlang berteraskan profesionalisme,
integriti dan teknologi terkini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju.

MISI

 Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan sumber manusia sektor awam;
 Menggubal dasar sumber manusia sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan
pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi,
insentif dan penghargaan;
 Merancang keperluan sumber manusia sektor awam yang berkualiti;
 Menentukan saiz dan struktur yang optimum; dan
 Menguruskan hubungan majikan dan pekerja untuk memastikan ianya sentiasa harmonis.

OBJEKTIF

 Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya
memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan
menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
o Cepat dalam semua tindakan;
o Tepat dalam membuat keputusan;
o Layanan mesra kepada pelanggan;
o Menepati masa yang dijanjikan;
o Telus dalam semua peringkat pengurusan;
o Adil dan saksama dalam pertimbangan;
o Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai
(reliability); dan

FUNGSI

 Perancangan
o Menentukan peranan sektor awam;
o Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
o Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
o Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
o Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan
o Membangunkan strategic alliances and networking.
o Pembangunan
o Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
o Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;

2
o Pembangunan laluan kerjaya;
o Membangunkan pelan perancangan penggantian; dan

TEKNIK EXTRIKASI DAN MENGELUARKAN MANGSA


Extrikasi ialah satu proses di mana mangsa terperangkap dihampiri, dirawati dan
dikeluarkan dengan selamat dari situasi yang bahaya. Antara situasi tersebut ialah seperti
kenderaan yang remuk, dari dalam timbunan bangunan yang runtuh, di dalam lif dan rumah
yang terbakar.

Teknik menghampiri, merawati dan mengeluarkan mangsa dari keadaan tersebut mestilah
dilatih dan dipraktikkan secara yang standard dan selaras supaya semua penyelamat boleh
menggunakan konsep extrikasi yang baik. Terdapat beberapa prinsip yang penting selain
daripada kemahiran terlatih. Antaranya ialah ‘commonscence’, ‘resourcefulness’, inovasi
dan keselamatan diri.

Teknik extrikasi ini memerlukan beberapa peralatan dan pakaian perlindung penyelamat
untuk prosedur extrikasi seperti topi keledar, perisai muka dan goggles. Selain itu, sarung
tangan dan pakaian yang tidak terbakar (Flame Resistant) juga diperlukan.

Terdapat beberapa agensi yang terlibat dalam prosedur extrikasi mangsa daripada
kenderaan remuk, runtuhan bangunan dan lain-lain. PDRM, SMART, Bomba dan
Penyelamat, Pertahanan Awam, Hospital dan lain-lain agensi adalah merupakan agensi yang
terlibat dalam prosedur tersebut.

Panduan Asas Prosedur Dalam kerja Extrikasi

Dalam kerja extrikasi, mengetahui tahap kemahiran, penggunaan peralatan dan skop
perkhidmatan yang dilatih merupakan perkara yang paling utama. Kita juga haruslah
mengenalpasti ‘hazard’ di tempat kejadian. Selain itu, mengawasi dan memperbaiki keadaan
yang berisiko ke tahap kemahiran yang terlatih sahaja juga merupakan perkara yang harus
diutamakan. Mangsa yang terlibat hanya digerakkan jika diperlukan setelah dirawati dan
distabilkan. Apabila memasuki situasi berbahaya, penyelamat haruslah melalui jalan yang
mudah dahulu dan mestilah dirancang dengan rapi. Sebelum mengeluarkan mangsa,
perawatan mangsa haruslah dilakukan terlebih dahulu. Namun begitu, ianya boleh
ditangguhkan jika keselamatan penyelamat atau mangsa terancam.

Langkah-langkah Extrikasi

Teknik extrikasi membabitkan beberapa langkah. Antara langkah tersebut adalah seperti
mengawasi keadaan tempat kejadian, menstabilkan keadaan di tempat kejadian serta
menghampiri dan mencari jalan masuk untuk mengeluarkan mangsa. Sesudah itu,
penyelamat memberi perawatan ke atas mangsa sebelum mengeluarkannya dengan
menggunakan prosedur mengeluarkan pesakit dari keadaan terperangkap iaitu

3
‘disentanglement’. Langkah yang terakhir adalah pengalihan mangsa dari kereta dan
menghantar mangsa ke hospital secepat mungkin.

Peralatan Yang Perlu Dibawa Oleh Penyelamat

Bagi melakukan extrikasi, para penyelamat haruslah membawa beberapa peralatan penting.
Antara peralatan yang perlu dibawa adalah seperti ‘airway’ ,’bag valve mask’, kain pembalut
luka, kain balutan segi tiga, alat sedutan mudah alih, bekalan oksigen, ‘pocket mask’, ‘splin’
dan selimut. Peralatan ini amat penting dalam memudahkan para penyelamat melakukan
proses extrikasi. Selain itu, peralatan bagi kenderaan ‘light rescue 911’ pula adalah bantal,
selimut, tisu, lampu suluh dan alat pemeriksa denyutan nadi dan tekanan darah.

Selain itu, peralatan bagi memindahkan mangsa juga perlu dalam proses extrikasi. Terdapat
pelbagai jenis peralatan untuk memindahkan mangsa. Antara yang sering digunakan adalah
seperti ‘fold stretcher’, ‘scoop stretcher’, ‘basket stretcher’, ‘extrication coller’ dan ‘soine
board’.

Manakala bagi peralatan kes pendarahan pula, para penyelamat menggunakan ‘sterile
gauze’, ‘multi-trauma dressing’, pita pelekat dan pin keselamatan. Peralatan untuk
‘immobilizing fractures’ juga sangat penting. Antara alatan tersebut adalah ‘splint’, ‘padded
board’, ‘air infated board’ dan ‘triangular bandage’.

Jenis-jenis pembalut yang sering digunakan dalam proses extrikasi adalah seperti ‘roller
bandage’, ‘crepe bandage’ dan ‘triangular bandage’.

Frac immobiliser Crepe bandage

Roller bandage Triangular bandage

4
CARA-CARA MENYELAMAT KECEMASAN
 Digunakan semasa berlaku bencana/peperangan yang melibatkan ramai mangs yang
tercedera.
 Terdapat beberapa cara menyelamat kecemasan digunakan untuk membawa mangsa
keluar dari tempat kejadian.

a) Cara yang sesuai bagi seorang penyelamat.


1. Pick a back (memikul uncang)
- Cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan mampu memegang

2. Human crutch (gaya memapah)


- Diaplikasikan untuk menyelamat mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan sendiri
akibat kecederaan atau kecacatan.

3. Fireman lift (dukungan bomba)


- Digunakan untuk mengalihkan mangsa yang cedera ke tempat yang lebih selamat.

4. Fireman crawl (merangkak bomba)

5
- Digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang cedera dari tempat yang sempit secara
merangkak.

5. Cara mengalihkan mangsa.


- Menyeret mangsa menggunakan blanket (mangsa dibaringkan diatas blanket).

- Menyeret mangsa menuruni tangga (mangsa diikat kedua-dua tangan dan diheret
perlahan-lahan menuruni tangga).

b) Cara yang sesuai bagi lebih dari seorang penyelamat.

1. Two man human crutch (gaya memapah dua orang).


- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa
yang sedar dan boleh memegang.

6
2. Two handed seat (duduk atas dua tangan).
- Cara yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang sedar dan tidak boleh berjalan.
- Dua tangan mengampu dibawah peha dan dua tangan menjadi penyandar untuk
mangsa.

3. Three handed seat (duduk atas tiga tangan)


- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa
yang sedar dan boleh memegang.
- Tiga tangan mengampu dibawah peha.

4. Four handed seat (duduk atas empat tangan).


- Cara yang menggunakan dua orang anggota penyelamat untuk memapah mangsa
yang sedar dan boleh memegang.
- Empat tangan mengampu mangsa.

7
5. Fore and aft (cara mengekor).
- Cara yang digunakan oleh dua orang anggota penyelamat untuk mengangkat mangsa
yang pengsan dan tidak boleh berjalan.

IKATAN DAN SIMPULAN TALI

Terdapat 3 jenis tali:

-fibre Asli : tali belati,manila hemp,sabut jut dan sebagainya.

-fibre tiruan : nylon dan terrylane (polyster)

-fibre dawai : wire rope

FIBRE ASLI :

8
Manila hamp : sejenis pokok tempatan di Manila

Sisal : sejenis pokok yang kekuatannya seperti Manila Hamp

Sabut : diperbuat daripada sabut kelapa – ringan,kurang kukuh dan mudah


terapung –digunakan oleh fire boat di laut.

Kapas : senang memanjang dan memendik –lembut dan mudah rosak (jika
bengkok)-disapu minyak khas yang kalis air untuk mengelakkan cepat rosak.

FIBRE TIRUAN :

Jenis yang biasa digunakan oleh pasukan penyelamat ialah:

Nylon
Polyster (terrylane)

Fibre tiruan biasanya lebih halus,lembut dan llebih kukuh dari fibre asli.

Tali yang biasa digunakan untuk aktiviti lasak seperti abseiling dikenali sebagai
tali kemmentle iaitu jenis:

Static
Dinamik

FIBRE DAWAI :

Tali dawai biasanya 9 kali lebih tahan dari tali belati. Biasanya digunakan di
tangga escape dan cakara putar.

SEBAB-SEBAB KEROSAKKAN TALI :

Geselan
Penggunaan takal yang tidak sesuai
Kerap dibengkokkan atau terlalu bengkok
Terluka,terguris,tetas
Terlalu lame atau reput

9
Terkena bahan kimia
Terdedah kepada keadaan cuaca
Basah/terendam terlalu lama
Dikenakan beban yang berlebihan
Disalah gunakan
Dikenakan beban secara mengejut(disentap)

PENJAGAAN TALI :

Sentiasa menguji tali pada masa-masa berikut:


- Masa baru dibeli
- Sebelum digunakan
- Selepas digunakan
- Ujian bulanan
- Selepas tali dibaiki

Simpul mati
 Untuk menahan tali daripada tercabut dari “BLOCK PULLY” atau
untuk kegunaan semantara mengikat hujung tali supaya tidak
terburai.

Simpul buku sila

10
 Untuk menyanbung dua tali yang sama saiz ,mudah di lucutkan
dan merupakan satu ikatan yang berguna untuk maksud
umum.sebagai contoh digunakan untuk megikat balutan .

Simpulan angka 8

 Sebagai penahan dan biasanya digunakan untuk mencegah


hujumg tali daripada menggelunsur jauh dari block.

Bunga geti tunggal


 Menyambung dua tali yang tidak sama saiz. mempunyai
kebaikan kerana tidak akan terlucut apabila basah atau licin.

Bunga geti berganda


 Menyambung dua tali yang sama besar tetapi kekuatannya tiga
kali lebih kukuh daripada bunga geti tunggal

11
Simpulan Tindih kasih
 Untuk mengelak menjurut atau menyakitkan mangsa sewaktu
menurun dan menaik mangsa.

Ikatan balak
 Ikatan sementara waktu untuk mengikat tali batang kayu atau
papan dan ikatan mudah dibuka.

Ikatan manuk
 Selalunya digunakan untuk mengikat usungan iaitu pada awal
dan akhir ikatan pengusung .ikatan ini kukuh dan mudah
dilucutkan .

Triple bowline

12
 Menurunkan atau menaikkan mangsa dan sebagai tali pandu
keselamatan kepada seseorang.

Simpul pengail
 Menyambung dua tali yang licin atau berajal .ikatan ini sangat
berkesan jika tali tersebut basah.

Kawad usungan

1. Teknik mengalih mangasa


2. Teknik menyelimut mangsa
3. Teknik mengikat mangsa di usungan
 Simpulan manuk
 Ikatan setengah belit
4. Mengankat mangsa ke dalam ambulans
 Mengankat dengan selimut
 Mengankat dengan mengunakan kain

13
 Webbing bands(5 angota)
5. Jenis jenis usungan
 Stretcher aluminium Furley
 Stretcher aluminium Utila
 Stretcher kanvas
 Stretcher troli
 Pengusung ortopedik
 Pengusung penyelamat
 Pengusung alih ganti
 Ususngan kerusi roda
6. Mengalih mangsa
 Kekal dan stabilkan cervical
 Kekal ABC
 Selesai penilaian pesakit
 Ambil langkah-langkah mangsa kritikal
 Stabil tulang belakng
 Angkat dan alih mangsa
7. Bahaya elektrik
 Wayar putus
 Pastikan tiada wayar putus berhampiran
 Jauhkan orang awam
 Had pergerakan traffic
 Dapatkan bantuan agensi berkaitan

Cara–cara anggota penyelamat membawa dari tempat bencana.

Banyak bangunan yang rosak dan runtuh apabila berlakunya bencana alam atau
peperangan. Ini menyebabkan ramai mangsa bencana terperangkap di tempat kejadian dan
menyukarkan kerja-kerja menyelamat .

Terdapat tiga cara untuk membawa mangsa dari tempat bencana

1. Mengangkat mangsa melalui tempat runtuhan


2. Mengangkat mangsa melalui kawasan yang sempit

14
3. Mengangkat mangsa melalui lubang runtuhan.

Cara ini digunakan untuk membawa mangsa keluar ke tempat yang lebih selamat.
Hal ini kerana kerja menyelamat adalah berisiko tinggi kerana keadaan sekeliling adalah
tidak selamat. Teknik membawa mangsa dari tempat kejadian secara melintang agar lebih
selamat dan memudahkan pergerakan anggota penyelamat.

Ada dua cara untuk mengangkat mangsa dari tempat kejadian.

1. Menggunakan 6 orang penyelamat


2. Menggunakan 4 orang penyelamat

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 6 orang anggota


Cara ini diaplikasikan untuk mengangkat mangsa yang berat pada jarak antara 10-15
m. Tiga orang anggota akan berada di setiap sisi usungan. Ketua akan sentiasa memberi
arahan angkat dan hulur ke arah mana mangsa hendak dipindahkan. Usungan dihulur
hingga disokong oleh 4 orang anggota dan 2 orang akan turun untuk menyambut usungan.
Cara ini diulang sehingga mangsa sampai ke tempat yang selamat. Kerjasama dan
persefahaman amat diperlukan. Tidak ada sebarang pergerakan anggota di atas runtuhan
semasa usungan dihulurkan.

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 4 orang anggota


Cara operasi adalah sama seperti mengangkat usungan dengan 6 orang anggota.
Teknik ini diaplikasikan untuk membawa mangsa yang lebih kecil. Semasa 2 orang anggota
bergerak mengambil kedudukan di bahagian kaki, 2 orang anggota akan menahan bebanan
usungan dengan meletakkan di atas peha. Setelah usungan dihulur, dua orang akan terus
bergerak ke bahagian kaki mangsa dan di ulang sehingga sampai ke tempat yang selamat.

Mengangkat usungan melalui melalui ruangan yang sempit.

15
Teknik ini diaplikasikan apabila ruangan runtuhan adalah terhad dari segi ketinggian
dan keluasan. Mangsa perlu diikat pada usungan terlebih dahulu kerana ianya akan dibawa
sama ada secara menegak, mengiring dan biasa kerana laluan dan ruangan yang berliku dan
bersudut tajam. Semasa bergerak keluar, kaki mangsa perlu didahulukan untuk
mengelakkan berlaku kecederaan di bahagian kepala. Pergerakan ini perlu berhati-hati dan
berwaspada agar penyelamat dan mangsa tidak menghadapi bahaya besar hingga sampai di
ruangan yang luas dan selamat

Mengangkat usungan melalui lubang runtuhan


Apabila runtuhan berlaku, lubang besar atau kecil akan terhasil. Terdapat beberapa
cara untuk melintasi lubang bagi membawa mangsa ke tempat yang selamat.

1. Lubang besar

Tangga panjang (35 kaki) perlu diletakkan melintasi lubang tersebut

2. Lubang yang lebih kecil

Menggunakan tangga pendek (14 kaki) atau papan untuk menutup lubang tersebut.

3. Lubang kecil

Menggunakan cara menyelamat mangsa dengan menggunakan 6 atau 4 orang


anggota

Penyelamat

MANUAL KESELAMATAN BAGI OPERATOR GERGAJI BERANTAI

Penggunaan gergaji rantai mungkin berbahaya. Hal ini kerana gergaji rantai


mempunyai banyak bilah pemotong tajam. Jika bilah pemotong ini terkena daging
anda, ianya akan memotong anda, meskipun jika rantai tidak bergerak.

Pada kelajuan penuh, kelajuan rantai dapat mencapai sehingga 45 mph (20 m / s).
Penting bagi anda untuk membaca, memahami sepenuhnya dan mengamati
tindakan keselamatan dan peringatan. Antaranya ialah membaca manual dan
petunjuk keselamatan berkala yang disediakan. Bahagian tentang reaktif kekuatan
juga haruslah diberi perhatian.

Reaktif kekuatan, termasuk bantingan boleh berbahaya. Penggunaan yang cuai dari


gergaji rantai boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Semua tindakan

16
pencegahan keselamatan yang umumnya digunakan ketika bekerja dengan kapak
atau gergaji tangan juga digunakan untuk operasi gergaji rantai. Namun begitu,
kerana gergaji rantai mempunyai kelajuan yang tinggi, daya pemotong yang cepat,
tindakan pencegahan khusus harus digunakan untuk mengurangkan
risiko kecederaan diri.

Selain itu, pastikan tiada orang lain dalam jarak 3 meter semasa penggunaan gergaji
rantai. Jangan biarkan gergaji rantai beroperasi tanpa pengawasan. Ianya juga
haruslah dimpan di tempat yang terkunci jauh dari kanak-kanak dan mengosongkan
tangki bahan bakar sebelum menyimpan lebih lama dari beberapa hari. Jangan
meminjamkan atau menyewakan gergaji rantai anda tanpa manual
keselamatan. Pastikan bahawa siapa sahaja yang menggunakan gergaji tersebut
membaca dan memahami maklumat yang dinyatakan di dalam manual sebelum
menggunakannya. 

OPERATOR

Keadaan Fizikal

Anda perlu berada dalam keadaan yang baik dari segi fizikal dan mental dan tidak
berada di bawah pengaruh ubat atau alkohol yang boleh menjejaskan
penglihatan, keseimbangan atau pemikiran.

Jangan gunakan gergaji apabila anda kepenatan. Ini kerana, jika anda kepenatan


semasa menggunakan gergaji rantai, ianya boleh menyebabkan anda kehilangan
kawalan.

Aspek pakaian

17
Untuk mengelakkan kecederaan yang serius, anda haruslah menggunakan pakaian
yang sesuai. Antaranya ialah memakai pakaian yang selesa, tidak memakai skaf
dan tidak menggunakan jaket yang berbutang.

Penggunaan sarung tangan juga penting semasa mengendalikan mesin gergaji


rantai. Ini untuk meningkatkan daya cengkaman tangan anda semasa menggunakan
mesin selain daripada untuk melindungi tangan anda.

Pelindung kaki juga sangat penting dalam menggunakan gergaji rantai. Anda
haruslah memakai but yang mempunyai tapak yang bergerigi bagi mendapatkan
daya cengkaman yang kukuh. Hal ini kerana permukaan kawasan untuk
menggunakan gergaji tidak semestinya stabil.

Untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap mata anda, semasa


mengendalikan mesin gergaji anda disarankan untuk memakai pelindung mata.
Penggunaan pelindung telinga dan muka juga sangat dititikberatkan kerana mesin
gergaji menghasilkan bunyi yang boleh menyebabkan kepekakkan sementara
terhadap pengendali.

Memindahkan gergaji rantai

Sebelum memindahkan gergaji, pastikan terlebih dahulu bahawa enjin telah


dimatikan. Memindahkan mesin gergaji yang masih beroperasi sangat merbahaya.

Memindah dengan tangan

Apabila membawa mesin gergaji menggunakan tangan, pastikan gergaji telah


dimatikan dan berada dalam kedudukan yang betul. Pegang di bahagian pemegang
hadapan dan letakkan ‘muffler’ berjauhan dari badan. Sarung rantai haruslah berada
di atas rantai dan bar panduan yang menghala ke arah belakang. Semasa
membawa gergaji rantai anda, bar tersebut harus berada di belakang anda.

18
Memindah dengan kenderaan

Ketika mengangkut ke dalam kenderaan, pastikan rantai dan bar talah ditutup
dengan sarung rantai. Dengan cermat, elakkan tumpahan bahan bakar dan
kerosakkan kepada gergaji.

Penyediaan untuk menggunakan gergaji

Lepaskan sarung rantai dan lakukan pemeriksaan untuk mengelakkan kecelakaan


dalam operasi. Untuk pemasangan, ikuti prosedur yang diterangkan dalam bab
‘pelarasan bar dan rantai’ yang terdapat dalam manual.

Bagi melancarkan penggunaan gergaji rantai, ujian pra ikatan haruslah dilakukan
terlebih dahuli. Antara ujian tersebut ialah ujian brek rantai, ujian pelinciran minyak
dan ujian suis pencucuh. Kemudian, letakkan gergaji rantai di atas tanah dan
pastikan tiada halangan pada sekeliling rantai.Laraskan ‘choke’, kunci ‘throttle’ dan
suis seperti dalam manual operator. Letakkan kaki kanan di pemegang belakang
dan tangan kiri di pemegang hadapan. Gunakan tangan kanan untuk menarik suis
penghidup.

19
SAINS KEBAKARAN DAN ALAT PEMADAM API

DEFINISI PEMBAKARAN:

Bermaksud sebagai satu proses kimia iaitu pengoksidaan bahan-bahan organik yang
mempunyai karbon,perkembangan haba dan cahaya.

ASAS KIMIA KEBAKARAN:

20
Bahan oksigen

Haba

Api bermula daripada tiga (3) faktor iaitu bahan,oksigen dan haba. Dalam teori kebakaran
dan berpandukan gambarajah ia dipanggil SEGITIGA API. Api akan terhasil apabila ketiga-
tiga unsur tersebut bertindak balas.

TIGA UNSUR UNTUK WUJUDKAN KEBAKARAN

1)OKSIGEN

Merupakan sejenis gas yang membantu proses pembakaran. Peratus kandungannya dalam
udara ialah 16% - 21%.

2)BAHAN API

Merupakan bahan bakar samada pepejal,cecair atau gas. Unsur ini membebaskan gas apabila
panas.

3)HABA

Sejenis tenaga yang diperlukan semasa proses pembakaran. Ia akan menaikkan suhu bahan
api pada takat suhu tertentu agar gas/wap mudah terbakar dapat dibebaskan keluar daripada
bahan api.

FAKTOR-FAKTOR ELEMEN

1) Bahan api-iaitu bahan yang boleh membantu pembakaran.

2) Udara- udara yang cukup untuk membantu pembakaran

3) Haba- yang mempunyai tahap pembakaran

21
CARA API MEREBAK

Api merebak melalui 4 cara iaitu;

1) Terus menerus
Tiap-tiap bahan pembakar (combustable material) akan terbakar apabila tersentuh
kepada api yang terdedah (naked fire). Kemudian api itu akan terus berjalan dengan
membakar ke semua bahagian-bahagian tersebut sehinggalah dimakan api.

2) Bahangan
Kemerebakan api dengan cara ini boleh dijelaskan seperti contoh berikut;

3) Pengaliran
Apa-apa bentuk bahan yang tidak terbakar seperti besi, tenbaga dan lain-lain,apabila
terdedah kepada api ia akan menjadi panas. Besi atau tembaga ini akan mengeluarkan
bahang yang panas dan jika terdapat bahan-bahan yang mudah terbakar ia akan
terbakar dengan sendirinya. Kemerebakan api dengan cara ini dinamakan
PENGALIRAN. Panas itu akan mengalir dari satu tempat ke satu tempat yang lain
melalui pengaliran.

4) Olak haba
Apabila kebakaran terjadi, api akan mengeluarkan asap-asap dan gas-gas yang panas
dan unsur ini akan mengalirkan atau naik ke atas kepada rumah-rumah dan bangunan
yang bertingkat-tingkat, asap ini akanmengalir masuk ke atas melalui lubang-lubang
tangga, lif atau apa-apa ruang yang boleh untuk ia masuk. Apabila sampai ke suatu
tempat dimana asap tersebut tidak dapat keluar kemana-mana dan asap akan
terkumpul. Apabila telah banyak,lama-kelamaan suhu akan menjadi panas dan lebih
tinggi. Ia akan terus terbakar apabila sampai ke tahap pembakaran.

KELAS-KELAS PEMADAM API DAN ALAT PEMADAM API

KELAS-KELAS API JENIS ALAT PEMADAM API


Kelas A (pepejal) Air (merah) & debu kering (biru)
Contoh: kayu,kertas,kain
Kelas B (cecair) Buih (krim), Debu kering
Contoh: minyak,cat,varnish,getah
Kelas C (gas dan wap) Debu kering, buih & Co2 gas
Contoh: butane,oxy-acetalane,LPG
Kelas D (logam) Co2 gas (hitam)
Contoh: potasium,sodium,magnesium

22
PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya ialah;

 Elektrik
 Elektrik statik
 Percikan
 Geseran
 Haba mekanikal
 Haba nuclear
 Petir
 Mampatan gas
 Tindakbalas kimia
 Nyalaan

SEBAB-SEBAB KEBAKARAN

Antara sebab berlaku kebakaran ialah;

 Faktor semulajadi –antara contohnya ialah Kepanasan cahaya matahari,gunung


berapi,petir dan sebagainya.
 Kemalangan - kebiasaanya kemalangan berlaku disebabkan oleh kelalaian, kecuaian
dan kesilapan manusia.
 Sengaja – biasanya akibat perbuatan khianat atau jahil. Ianya mungkin juga
disebabkan sengaja dibakar.

\CARA-CARA MEMADAM KEBAKARAN

Terdapat tiga (3) cara yang praktik yang digunakan untuk memadam dan melawan
kebakaran. Cara tersebut dikenali sebagai 3M iaitu;

 Melaparkan
 Menyejukkan
 Melemaskan

23
MELAPARKAN

I. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.


II. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
III. Memecahkan atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya ia mudah
dipadamkan.
IV. Menyekat bekalan bahan api yang boleh membantu kebakaran.

MENYEJUKKAN

Sifat air yang ekonomik dan sejuk dapat mempercepatkan pemindahan haba dan menurunkan
suhu kebakaran sehingga ke tahap yang rendah.

MELEMASKAN

Menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar
supaya tidak dapat membantu pembakaran.

TEKNIK PEMBACAAN PETA DAN KOMPAS

Pengenalan peta

Peta ialah gambaran sebahagian dari mukabumi yang dilukis mengikut ukuran dan
catatan di atas kertasnya. Tujuan membaca peta adalah untuk menguji kepandaian
membaca peta dari segi mengeluarkan segala maklumat di dalam peta, membandingkan
kawasan bumi di dalam peta dan tahu apa makna peta. Cara penggunaan peta diukur dari
segi Grid dan Grid Reference, arahan dan penggunaan Compas Perismatic serta ukuran
tepat kepada curam dan jarak-jarak. Antara kepentingan peta ialah untuk merancang,

24
member gambaran gerakan yang lepas, memberi laporan dan mencari arah. Peta perlulah
dijaga sebaik mungkin kerana bekalannya terhad dan koyak yang kecil pada peta akan
merebak. Salah satu cara penjagaan peta ialah jangan membuka terus peta di kawasan
lapang kerana kehadiran angin di kawasan lapang menyebabkan peta koyang dengan
mudah. Selain itu, peta hendaklah disimpan dengan bersih, jangan ditandakan dengan pen,
sebaiknya, gunakan pensel, simpan di tempat yang kering, simpan dengan betul dan
gunakan sarung peta plastik.

Teknik lipatan pada peta juga perlulah diambil serius, contohnya, elakkan peta selalu
dibuka atau ditutup, lipat bahagian yang perlu untuk rujukan sahaja, gunakan pensel halus
untuk cari bearing sahaja dan kurangkan terlalu banyak tanda pada peta. Dalam pemilihan
peta, pastikan perkara-perkara penting iaitu apakah skil yang digunakan, skil yang
bersangkut paut dan edisi peta yang terbaru sekali.

Antara Syit Awam pada peta ialah peta pekan dan bandar, peta jalan, peta
pelancongan, peta atlas dan peta kajibumi. Manakala Syit Tentera pula ialah peta artillery,
peta biasa, peta strategi, peta aeronautical dan peta photo.

Teknik pembacaan

Perkara pertama yang perlu diketahui ialah maklumat garisan marginal information
yang merangkumi tempat syitnya, skil, nota-nota pengeluaran, rajah tanda-tanda
Conventional, sistem reference, north point, grid line, true grid dan magnetic north.

Dalam skim warna pula, hitam untuk menunjukkan benda yang dibuat oleh manusia,
merah melambangkan keadaan tanah, hijau melambangkan tumbuhan, biru melambangkan
sungai, empangan dan paya, coklat melambangkan contour dan kuning mewakili sawah
padi.

Garisan tinggi dan rendah di dalam peta menandakan satu kawasan manakala titik
antara contour menandakan kecuraman dan kelandaian sesuatu kawasan. Garisan bentuk
pula menandakan bentuk muka bumi, garisan contour mewakili paras ketinggian sesuatu
kawasan di muka bumi. Selain itu, titik kawalan menandakan ketinggian sesuatu kawasan
dari aras laut.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, curam dan contour mempunyai kaitan antara satu
sama lain. Garisan contour yang sama jarak menunjukkan curam yang sama jarak, garisan
contour rapat-rapat menandakan curam yang tajam, garisan contour jarang-jarang
menandakan curam landai dan garisan jarang dibahagian bawah dan rapat dibahagian atas
menandakan curam cekung. Curam cembung pula diwakili oleh garisan rapat dibahagian
bawah dan jarang dibahagian atas. Permatang mewakili sebahagian tanah tinggi yang
menyambungkan bukit ke bukit atau gunung ke gunung. Antara bentuk muka bumi yang lain
ialah pelana, susur bukit, lembah, anak bukit, lembangan, puncak dan genting.

25
Di dalam peta terdapat reference grid dan north point yang digunakan untuk
kemudahan menggunakan bearing dan kompas, pandu arah lebih mudah, menggunakan
garisan-garisan grid, garisan bujur(longitude), selatan utara(garisan ketimuran) dan garisan
lintang(latitude).

PENGENALAN DAN PRINSIP UKUR KOMPAS

Dalam ukur kompas, cerapan dan pengukuran ke atas garisan ukur melibatkan bering dan
jarak. Bearing dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan
satu rujukan meridian tertentu. Bearing dibaca dengan kompas dan jarak diukur dengan
rantai ukur atau pita ukur. Garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitiga
sebagaimana ukur rantai. Siri garisan ukur yang berterusan akan membentuk satu litar yang
disebut sebagai terabas. Arah garisan ukur tersebut berpandukan kepada satu rujukan
meridian magnet atau utara magnet. Titik-titik di mana kompas dipasangkan untuk
mencerap bering disebut sebagai hentian ukur. Untuk membina terabas kompas, bering dan
jarak bagi garisan ukur dicerap bagi membolehkan arah dan panjang garisan ukur tersebut
diplot. Garisan asas dan semakan tidak diperlukan di dalam pembentukan terabas
sepertimana ukur rantai.

ISTILAH-ISTILAH DALAM UKUR KOMPAS

Bearing
Bearing adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan suatu
meridian yang ditetapkan samada meredian magnet atau meridian benar.

Meridian Benar
Meridian benar adalah lingkaran besar yang melalui kutub-kutub bumi.

Meridian Magnet
Meridian magnet terbentuk daripada lingkaran besar yang melalui kutub-kutub magnet
bumi.

Sudut Serong Magnet


Meridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan meridian benar. Sudut serong
magnet merupakan selisih di antara meridian benar dan meridian magnet. Sudut serong
terbentuk samada sudut serong magnetik timur atau sudut serong magnetic barat
bergantung kepada kedudukan di permukaan bumi. Sudut serong ini tidak seragam di atas
permukaan bumi seluruh dunia dan ianya adalah minimum di garisan khatulistiwa.

Tarikan Tempatan

26
Jarum kompas boleh dipengaruhi oleh objek-objek seperti logam atau medan magnet yang
disebabkan oleh arus elektrik. Ia boleh memberi kesan selisih pada bering kompas.
Pengaruh tarikan yang berlaku pada jarum kompas dikenali sebagai tarikan tempatan. Pada
kebiasaannya, kesan tarikan tempatan adalah lebih besar di dalam kawasan bandar
daripada kawasan desa.

Jenis-Jenis Utara
Terdapat tiga jenis utara dalam ilmu ukur. Ketiga-tiga jenis utara ini
ditunjukkan di atas peta topografi bersama-sama dengan nilai
sudut serong magnet dan sudut serong grid. Ia bertujuan untuk
memudahkan penukaran nilai-nilai bering.

Utara Benar
Utara benar menghala ke arah kutub utara bumi dari
sebarang titik di atas permukaan bumi. Ia merupakan
hala garisan bujur (longitud) yang ditunjukkan di atas
peta.

Utara Magnet
Utara magnet merupakan hala yang ditunjukkan oleh
jarum kompas dalam keadaan bebas.

Utara Grid
Utara grid merupakan hala yang ditunjukkan oleh garisan
grid pugak di atas peta.

Jenis-Jenis Bearing
Terdapat empat jenis bearing yang biasa digunakan. Bearing
bergantung kepada rujukan utara yang digunakan.

Bearing Benar
Ia adalah bearing yang dibentuk oleh garisan ukur dengan
utara benar. Ia dibaca dalam arah jam dengan julat diantara 00 hingga 3600.

Bearing Magnet
Bearing magnet adalah sudut yang dibuat oleh garisan
ukur dengan utara magnet. Ia diperolehi dari bacaan
kompas.

Bearing Grid
Bearing grid adalah dengan merujuk kepada utara pada
peta.

Bearing Bulatan Penuh


Bearing bulatan penuh adalah bering yang dibaca dalam
arah jam dan dirujuk pada suatu meridian rujukan atau
arah utara.

27
Bearing Sukuan
Bearing sukuan adalah bearing yang dibentuk oleh garisan
ukur dengan arah utara atau selatan. Setiap sukuan
merupakan satu suku bahagian bulatan penuh. Dalam
sistem bering sukuan, nilai julat adalah di antara 00
hingga 900. Setiap nilai bering disebut mengikut
kedudukan sukuan di mana ia dibaca.

PERALATAN
Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang ukur kompas, perkara yang
paling penting yang harus kita ketahui ialah peralatan yang digunakan. Di
antara peralatan dalam ukur kompas ialah :-
1) Alat kompas
2) Pita ukur
3) Pancang jajar
4) Piket
5) Kakitiga kompas (tripod)

KOMPONEN-KOMPONEN PADA KOMPAS

a. Kotak Kompas
Kotak kompas adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada
logam bukan magnetik dengan ukuran garis pusat dari 50mm
hingga 80mm. Di tengah-tengah tapak kotak ini dipasangkan
pangsi untuk meletakkan dial kompas.
b. Dial atau Gegelang Kompas
Jarum kompas diperbuat daripada besi magnet lebar dan
dilekat pada dial kompas. Dial kompas ini disenggat dari 00
hingga 3600 dalam arah jam. Senggatan darjah dibahagikan
kepada dua bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30’
terhampir. Angka nilai bering ditulis terbalik.
c. Prisma
Prisma mempunyai sisi yang cembung untuk dijadikan sebuah
kanta bagi memperbesarkan bacaan. Prisma memberikan
kejituan yang lebih tinggi.
d. Bilah Tenang
Bilah tenang dibentuk dari belahan yang membenarkan bacaan
kompas diambil melalui prisma pada masa yang sama ketika
menenang objek.

PENGAWASAN SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS


Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diberi perhatian ketika
menggunakan kompas.
a. Pastikan kompas yang dipasang siap di atas kakitiga berkeadaan
mendatar.
b. Jauhi atau elakkan gangguan magnet daripada peralatan logam

28
magnet seperti parang, anak kunci, binaan keluli seperti pagar, tiang
elektrik dan lain-lain.
c. Apabila membawa kompas, pastikan jarum magnet diangkat dari
pangsinya dengan tuil pengangkat dan lipat bilah tenang supaya rapat
dengan kaca penutup.
d. Elakkan kaca penutup daripada bergeser dengan apa-apa sekalipun
untuk mengelakkan kesan statik elektrik terhadap jarum kompas.

MELEPASKAN DAN MENYELAMATKAN DIRI DARI BANGUNAN


TERBAKAR:

Tips Keselamatan Daripada kebakaran


KAWAT PENGUNGSIAN ISI RUMAH

29
1. Rancangan Pelan Menyelamat Diri

Lukiskan pelan lantai rumah anda. Tunjukkan 2 laluan keluar selamat. Bincang dengan isi
keluarga Lakukan rancangan dan dan bincangkan seisi keluarga di luar rumah

2. Sentiasa Bersedia 

Tunjukkan semua isi rumah, bunyi alat penggera asap. Pastikan semua isi rumah mengetahui
nombor telefon kecemasan 994 ( Lakukan dari rumah jiran ). Tunjukkan semua isi rumah
cara membuka tingkap dan jeriji. Pastikan semua jalan keluar bebas daripada halangan

3. Pasang dan selenggarakan alat pengesan asap 

Pasang alat pengesan asap di rumah terutama dalam bilik tidur dan dapur . Selenggara dan uji
setiap bulan dengan membuat pembersihan. Gantikan bateri pada setiap tahun atau jika perlu.
Gantikan alat setiap 10 tahun

4. Kekerapan latihan 

Berlatihlah setiap dua kali setahun Rancangan Pelan Menyelamat Diri. Lakukan dengan
sebaik mungkin seperti kejadian sebenar.  Apabila terdengar loceng kecemasan, sila
bertindak . Ketahui laluan keluar yang selamat . Gunakan tangga untuk menyelmat diri. Jalan
keluar yang dikunci atau dihalang, mestilah dilaporklan kepada Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia . Sentiasa patuh kepada arahan pengungsian . Pihak pengurusan
bertanggungjawab menampal rajah laluan selamat di setiap tingkat bangunan.
Setrusnya,pastikan telefon bimbit sentiasa dibawa. Jika anda terperangkap, tutup semua
laluan kemasukan asap dengan kain basah dan beri isyarat kepada umum, lokasi anda . Anda
dinasihatkan tidak untuk naik ke bumbung bangunan ' kecuali ' perlu.

5. Tip-Tip menyelamatkan diri

Tutup semua pintu laluan, untuk melambatkan kemerebakan kebakaran dan asap Jika
terpaksa bergerak dalam asap pastikan kepala anda 2 kaki dari aras lantai. Sebelum anda
membuka pintu, rasa tombol atau daun pintu dengan belakang tangan, jika sejuk buka
perlahan-lahan tetapi jika panas, gunakan pintu lain.

Tip-tip untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku bebakaran di dalam bangunan :

Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia boleh berlaku di
rumah kita, di pejabat, di komplek membeli belah dan di mana-mana juga seperti kebakaran
hutan dan belukar, kebakaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang harus anda ikuti:

30
 Kejutkan semua orang yang berada di dalam premis anda dan aktifkan alat amaran
kebakaran yang paling hampir dengan anda seperti penggera pecahkaca untuk
mengejutkan orang di dalam bangunan tersebut dan bangunan yang berhampiran.

 Segera keluar dari bangunan yang terlibat dan berkumpul di satu kawasan yang
selamat seperti tempat di tempat berhimpun yang telah ditetapkan, parking kereta
awam atau di tepi jalan dalam jarak yang selamat iaitu diantara 1.5 ke 2 kali
ketinggian bangunan yang terlibat. Elakkan daripada berkumpul di laluan kerera
bomba.

 Hubungi talian kecemasan iaitu 999 dan pihak pengurus keselamatan bangunan
sekiranya anda mengetahuinya.

 Jangan membasir masa untuk membawa keluar barang-barang yang besar dan berat.
Ingat barang boleh di cari tetapi nyawa tidak dapat diganti.

Tutup pintu rintangan api atau pintu kompartmen di mana kebakaran berlaku. Ini
bertujuan untuk melengahkan api merebak dan memberi masa kepada anda untuk
menyelamatkan diri.

 Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan menyelamatkan diri dan tangga
kecemasan. Elakkan dari menggunakan lif kecuali bagi orang yang kurang upaya.

 Sekiranya anda sampai di laluan di mana terdapat pintu tertutup, sebelum anda
buka pintu tersebut, rasakan dengan belakang tangan anda pada bahagian atas
pintu, pemulas pintu (doorknob), dan ruang diantara pintu dan bingkai pintu untuk
memastikan tidak ada kebakaran disebalik pintu tersebut.

 Walaupun mungkin pintu itu sejuk, bukalah pintu tersebut dengan berhati-hati iaitu
dengan menyandarkan bahu anda pada pintu terebut dan buka dengan perlahan-
perlahan. Ini kerana sekiranya terdapat kebakaran di sebalik pintu tersebut, tekanan

31
hasil dari kepanasan kebakaran tersebut akan memberi daya tolakan yang cukup
kuat.

 Sekiranya laluan menyelamatkan diri telah dipenuhi oleh asap, berjalanlah dengan
membongkokkan diri sambil menutup mulut dan hidung anda dengan saputangan,
oksigen biasanya berada di bawah aras asap. Asap biasanya mengandungi gas yang
beracun yang boleh menyebabkan kematian.

 Ikutlah tanda arah ke tempat berhimpun yang telah ditentukan.

 Jangan cuba untuk memasuki kembali ke dalam bangunan setelah anda telah keluar
dari bangunan tersebut melainkan setelah ianya tentukan selamat oleh pihak yang
berkuasa. Sekiranya anda mengsyaki kemungkinan masih ada sesaorang yang anda
kenal di dalam bangunan tersebut, maklumkan kepada ahli bomba yang berada di
tempat kejadian.

MENGURUSKAN PUSAT BANTUAN DAN


MAKANAN KECEMASAN:
PUSAT BANTUAN KECEMASAN:

Pengurusan pusat Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan


penilaian tahap risiko, langkah pencegahan, persediaan dalam menangani
situasi bencana pada masa akan datang, tindakbalas kecemasan,
penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.

32
Menitikberatkan persediaan bencana dalam pembangunan komuniti boleh
mengurangkan impak terhadap bencana yang akan dialami terutamanya
kepada mereka yang tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa
bencana di samping purata sara hidup keluarga yang rendah.

Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana secara amnya adalah


seperti berikut:

 Operasi Mencari dan Menyelamat – mencari dan menyelamat


mangsa bencana
 Penilaian Tahap Keperluan – memastikan apa yang diperlukan,
berapa kuantitinya dan kepada siapa perlu diberikan
 Kesihatan – menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari
wabak penyakit, menyediakan air dan makanan yang bersih dan
selamat, pelupusan sampah dan pengebumian mangsa-mangsa
yang meninggal dunia.
 Keperluan Asas – mendapatkan dan mengagihkan makanan,
khemah dan pakaian
 Jantina – memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga
dan komuniti untuk mengenalpasti keperluan dan memastikan
pengagihan sumber yang lebih adil
 Sara Hidup dan Ekonomi – membantu mangsa dalam
membaikpulih kehidupan mereka
 Sokongan Emosi – Kaunseling dan menyatukan keluarga yang
terpisah semasa bencana
 Logistik – pengangkutan awam dan peralatan
 Kewangan – mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan
 Komunikasi – liputan media, maklumat kepada keluarga
mangsa dan pengumpulan dana atau bekalan
 Infrastruktur – membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan
telefon, sambungan paip-paip air dan sistem pelupusan sampah

Makanan kecemasan:

Simpan makanan dalam tin di dalam rumah, seperti makanan kering, segera dan
yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Anda juga boleh simpan jus di dalam
tin atau kotak serta snek makanan ringan.

Makanan lain yang boleh disimpan:


 Kekacang
 Ikan atau daging dalam tin

33
 Buah-buahan atau sayuran dalam tin
 Bijirin
 Oat
 Mentega kacang dan jem
 Sup dalam tin
 Rempah, garam dan gula 
 Biskut dan roti kering

Jangan lupa untuk menyimpan pinggan kertas, gelas dan peralatan plastik.
Pembuka tin (bukan-elektrik) diperlukan untuk membuka makanan dalam tin. Beg
sampah plastik dan tuala basah anti bakteria amat berguna untuk sentiasa bersih,
lebih-lebih lagi jika tiada akses untuk air.

Bencana Alam

Bencana alam adalah konsekuensi dari kombinasi aktivitas alami (suatu peristiwa
fisik, seperti letusan gunung, gempa bumi, tanah longsor) dan aktivitas manusia. Karena
ketidakberdayaan manusia, akibat kurang baiknya manajemen keadaan darurat, sehingga
menyebabkan kerugian dalam bidang keuangan dan struktural, bahkan sampai kematian.
Kerugian yang dihasilkan tergantung pada kemampuan untuk mencegah atau menghindari
bencana dan daya tahan mereka[1]. Pemahaman ini berhubungan dengan pernyataan: "bencana
muncul bila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakberdayaan". Dengan demikian, aktivitas
alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di daerah tanpa ketidakberdayaan
manusia, misalnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni. Konsekuensinya, pemakaian
istilah "alam" juga ditentang karena peristiwa tersebut bukan hanya bahaya atau malapetaka
tanpa keterlibatan manusia. Besarnya potensi kerugian juga tergantung pada bentuk
bahayanya sendiri, mulai dari kebakaran, yang mengancam bangunan individual, sampai
peristiwa tubrukan meteor besar yang berpotensi mengakhiri peradaban umat manusia.

Namun demikian pada daerah yang memiliki tingkat bahaya tinggi (hazard) serta
memiliki kerentanan/kerawanan (vulnerability) yang juga tinggi tidak akan memberi dampak
yang hebat/luas jika manusia yang berada disana memiliki ketahanan terhadap bencana
(disaster resilience). Konsep ketahanan bencana merupakan valuasi kemampuan sistem dan
infrastruktur-infrastruktur untuk mendeteksi, mencegah & menangani tantangan-tantangan

34
serius yang hadir. Dengan demikian meskipun daerah tersebut rawan bencana dengan jumlah
penduduk yang besar jika diimbangi dengan ketetahanan terhadap bencana yang cukup

Bencana alam di darat

1. Longsor salju

2. Pemanasan Global

3. Gempa bumi

4. Lahar

5. Gunung meletus

6. Kebakaran liar

Bencana alam di air


1. Banjir

2. Tsunami

Bencana alam terkait cuaca


1. Badai salju

2. Hujan es

3. Siklon tropis

4. Tornado

5. Kemarau

6. Gelombang panas

35
36

You might also like