You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Mengumumkan ketibaan Tuan pengetua SMK Simpang
Tn Hj Mohd Harithudin Bin Satari,

Guru –Guru yang diraikan

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin
Penolong Kanan Ting 6 &
En Ng Hung Meng
Pen Kanan Hal Ehwal MuridPara hadirin diminta untuk berdiri bagi
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.
Penolong kanan- penolong kanan,
Guru- guru cemerlang,
Guru-guru,
Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Bismillahirrahmanirrahim,
Yg Berusaha,
Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari (Pengetua SMK Simpang)

Yg Diraikan,
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru Cemerlang,
Seterusnya barisan Guru,
Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamua’laikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan.

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kita sama-sama meraikan Majlis Perpisahan sempena persaraan Guru-guru di SMK
Simpang,
Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin
Pen Kanan Ting 6 &
En Ng Hung Meng
Pen Kanan Hal Ehwal Murid SMK SImpang.

2.0 Bacaan Doa

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada _____________________

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Guru-guru Yang Diraikan
Pn Hjh Siti sarah Binti Jamaluddin & En Ng Hung Meng
sepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia pendidikan yang masing-masing
berakhir dengan memegang jawatan sebagai Pen. Kanan Ting 6 & Pen. Kanan Hal Ehwal
Murid di SMK Simpang.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Majlis diteruskan dengan menjemput yag diraikan

Pn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin, Pen. Kanan Tingkatan 6

Untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Pn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yg diraikan

En Ng Hung Meng, Pen Kanan Hem
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

En Ng Hung Meng,

Seterusnya,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput
Yg berusaha,
Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari, Pengetua SMK Simpang

Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Tn Hj Mohd Harithuddin Bin Satari.

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sebelum meneruskan lagi acara kita pada pagi ini, izinkan saya membacakan serba
sedikit biodata guru-guru yang diraikan pada hari ini sebagai tanda penghargaan dan
kenangan terindah buat kita semua.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Hjh Siti Sarah Bt
Jamaluddin dan En Ng Hung Meng.
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hjh Siti Sarah Bt
Jamaluddin dan En Ng Hung Meng untuk tampil ke hadapan pentas bagi menerima
cenderamata. Dipersilakan.
Penyampaian cenderamata dimulakan dengan wakil-wakil pelajar.

Dipersilakan wakil Majlis Ketua Tingkatan

Seterusnya majlis mempersilakan

...........................................................................................
Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada

..................................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan

...........................................................................................
Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada

...............................................................................................Seterusnya majlis
mempersilakan

...............................................................................................

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin,

En. Ng Hung Meng,

Begitulah serba sedikit rentetan kisah dua orang guru yang

telah banyak memberi sumbang bakti kepada SMK Simpang
sehingga ke hari ini. Jasa cikgu berdua akan senantiasa
terpahat di sanubari. InsyaALLAH.
Hadirin sekalian,
Begitulah tadi acara penyampaian cenderamata kepada guru-
guru yang diraikan.
Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil yang terlibat dan
terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hjh Siti Sara dan En Ng
Hung Meng.

Untuk pengetahuan para hadirin,

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin akan bersara wajib pada 20

Disember 2010, manakala bagi
En Ng Hung Meng akan bersara opsyen(pilihan) pada jan
2011.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Tn Pengetua SMK Simpang,
Tn Hj Mohd Harithuddin B Satari untuk menyampaikan sijil
penghargaan persaraan kepada Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin
yang bersara wajib. Dipersilakan.

Dijemput Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin utk menerima Sijil

persaraan ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Harithuddin B
Satari.
Hadirin yang dihormati, Utk pengetahuan para
Ucapan sudah, penyampaian cenderamata juga telah selesai. hadirin kek ini adalah
Kini tibalah masanya untuk majlis menjemput guru-guru yang sumbangan
diraikan, bersama-sama dengan Tuan Pengetua, serta guru- daripada.......................
guru penolong kanan untuk tampil ke hadapan bagi acara ......................................
memotong kek. ........................................
Terima kasih diucapkan.

Begitulah berakhirnya acara memotong kek sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan.
Anak haruan lima-lima,
Hadirin yg dihormati, Mati ditimpa punggur
berdaun;
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di Budimu tuan kami
pelabuhan terima
Umpama berkayuh telah sampai di muara Jadi kenangan bertahun-
Umpama berjalan telah sampai di destinasi tahun.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Akar keladi melilit kasih,
Kuning emas masaknya padi Selasih tumbuh di
Mawar merah dalam jambangan hujung taman;
Terima kasih daun keladi Kalungan budi
Budimu tuan jadi kenangan jambangan kasih,
Mesra kenangan
Budimu tuan jadi kenangan sepanjang zaman.
Jadi kenangan bertahun tahun
Kami di sini dilupa jangan
Salah dan silap harap diampun.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Sebelum bersurai,
Saya bg pihak warga SMK Simpang, ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin & En Ng Hung Meng kerana sudi
untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar cikgu berdua bertambah ceria
dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas ini.
insyaALLAH.

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada

semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan pada pagi ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan

andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like