You are on page 1of 2

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

PILIHAN RAYA UMUM


- diadakan kerana:-
1. satu cara menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan
tumpahan darah
2. satu ciri penting dalam sistem demokrasi berparlimen
- di Semenanjung Malaysia, pilihan raya diadakan 60 hari selepas pembubaran
Parlimen; di Sabah dan Sarawak ialah 90 hari.

PILIHAN RAYA KECIL


- diadakan kerana:-
1. seseorang atau beberapa orang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri didapati hilang kelayakan
2. seorang atau beberapa orang ahli Dewan Rakyat atau DUN meninggal dunia

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas
2. ahli-ahli politik parti pembangkang, parti kerajaan, mahupun calon bebas
3. bukan seorang muflis
4. tidak dikenakan penjara satu tahun ke atas atau denda RM2000 ke atas oleh mana-
mana mahkamah di Malaysia
5. mesti bertanding dan menang dalam pilihan raya kawasan Parlimen

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA


- menguruskan pilihan raya secara berkecuali dan adil
- mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan 3 orang ahli lain
- ahli-ahli:-
1. dilantik oleh YDPA dengan nasihat MRR
2. memegang jawatan sehingga 65 tahun
3. tidak boleh dipecat kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan
4. hanya boleh dipecat oleh YDPA atas sebab:
- muflis
- memegang jawatan berpendapatan
- menjadi ahli Parlimen/DUN
- badan lemah atau kelakuan kurang baik

KELAYAKAN AHLI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA


1. mendapat kepercayaan awam
2. tidak melebihi 65 tahun
3. bukan seorang muflis
4. tidak memegang apa-apa pekerjaan lain yang bergaji selain dari tugas ahli
suruhanjaya tetapi boleh memegang jawatan kebajikan sosial
5. bukan ahli Parlimen atau DUN
TUGAS-TUGAS SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
1. mengkaji hal-hal tentang mempersempadankan kawasan pilihan raya iaitu
sekurang-kurangnya sekali dalam 8-10 tahun dengan mendapat persetujuan
daripada 2/3 majoriti Parlimen/DUN
2. menerima rayuan-rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihan raya
3. memastikan calon-calon yang bertanding memenuhi kelayakan untuk menjadi
calon yang sah
4. menyelia pendaftaran pemilih iaitu:
- pengundi mestilah warganegara Malaysia yang genap usia 21 tahun
- pengundi bagi kawasan Parlimen dan DUN mestilah mendaftar dalam
daftar pemilih yang sama
- pengundi mesti bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya yang tertentu
5. menguruskan pengundian melalui pos bagi kakitangan perkhidmatan awam yang
berkhidmat untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, anggota tentera, pegawai kedutaan
yang berkhidmat dan pelajar yang belajar di luar negeri serta isteri mereka
6. memastikan pengundi yang sah sahaja layak membuang undi, yang tidak
sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara akan hilang kelayakan
membuang undi
7. menyemak daftar-daftar pengundi
8. menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan DUN
9. memastikan setiap calon yang bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan
kempennya dalam masa 31 hari.

PROSES PILIHAN RAYA


1. Semakan Pendaftaran Pengundi Yang Sedia Ada
2. Pendaftaran pengundi baru
3. Semakan semula pengundi
4. Pembubaran Parlimen
5. Penetapan tarikh pilihan raya umum (dalam tempoh 60 hari)
6. Hari penamaan calon (10 hari sebelum tarikh pilihan raya)
7. Hari mengundi (8am – 5pm)
8. Pengiraan undi (pada malam hari mengundi)
9. Pengumuman keputusan pilihan raya
10. Kerajaan dibentuk (PM dan Kabinet dibentuk)
11. Parlimen bersidang (dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran)

INGAT
Sebarang rayuan dan cabaran tentang keputusan pilihan raya akan dibicarakan di
Mahkamah Tinggi.

You might also like