P. 1
sawit

sawit

|Views: 87|Likes:
Published by Umi Darwish

More info:

Published by: Umi Darwish on Apr 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/09/2011

pdf

text

original

Cara-cara Menanam Kelapa Sawit

PENDAHULUAN Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya. PERLAKSANAAN KERJA Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi di kawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam di ladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman di ladang. Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima. Kekacang penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang). Penutup bumi adalah untuk: y y y Mengawal hakisan Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah: y y y Centrosema pubescens Pueraria phaseoloides Calopogonium mucunoides/caeruleum

1 Calopogonium caeruleum 0. Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:- Kekacang Kg/ha Centrocema pubescens 4. Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut: y y y y Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. . Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut: Umur Kekacang Semasa menanam (sepanjang jalurjalur) 2 bulan 6 bulan 8 bulan 12 bulan y Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha) 112 112 112 112 112 Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik. Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).6 y y Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.0 Pueraria phaseoloides 1. Jarak di antara jalur-jalur adalah 2 meter.

5 (28) 8. Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam. Di samping menambahkan hasil dari jualan ternakan. jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar.0 (30) y Jumlah Pokok Hektar (Ekar) 160 (65) 148 (60) 136 (55) y y y y y y y Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam. Tanaman selingan: Kacang tanah. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah: y y y Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.200g baja Fosfat di dalam lubang. air dan cahaya matahari. Taburkan 150g . ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai. Ternakan: Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan di ladang kelapa sawit. Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan. Mampatkan tanah di sekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.Penanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual di bawah: Jarak Meter (Kaki) 8. Buangkan/tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Lazimnya.7 (29) 9. . Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:y Lubang tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang telah disediakan. Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau. Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->