P. 1
Folio Georgrafi Kepentingan jaringan sistem pengangkutan

Folio Georgrafi Kepentingan jaringan sistem pengangkutan

|Views: 9,807|Likes:
Published by Hanie Amina

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Hanie Amina on Apr 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/20/2014

pdf

text

original

Kerja Khusus Georgrafi Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang Kali

Nama Calon :… Tingkatan :… No K/P :… Angka Giliran : Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan … Tajuk Kajian : Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang Kali Guru Penilaian : Puan / Encik Bi l 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 Jumlah Tahap Pencapaian : 50 Aspek Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian Markah Penuh 1 1 2 2 2 8 2 25 2 2 2 1 Markah Diperolehi

Tanda Tangan Guru :

SENARAI KANDUNGAN
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka Surat

PENGHARGAAN
Saya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan mengucapkan terima kasih kepada guru Georgrafi kelas saya iaitu Puan Sharijah Binti Seman. Beliau telah memberikan panduan dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas tentang tajuk kerja khusus ini dan cara melakukannya.

2

Terima kasih juga kepada Puan Hajah Siti Khalijijah Binti Haji Hassan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor kerana memberikan kebenaran dan sokongan untuk membuat kerja khusus ini. Ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan nasihat dan dorongan serta sokongan sepanjang masa saya melaksanakan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan saya yang telah bekerjasama mengumpul maklumat penting dalam kerja khusus ini.

PENDAHULUAN
Saya ( nama anda ) murid Tingkatan ( nama kelas ) di Sekolah Menengah Kebangsaan … . Saya dan rakan-rakan sekelas dimaklumkan oleh Puan Sharijah bahawa kerja ini wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan Dua bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk matapelajaran Georgrafi tingkatan dua. Hal ini dijalankan melalui tema Kajian Georgrafi Tempatan.

3

Pada tahun ini, kami diperlukan membuat kajian tentang Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan Di Batang Kali. Kami memilih stesen komuter di Batang Kali sebagai kawasan kajian kami. Kami memilih kawasan ini kerana saya dan rakan-rakan tinggal berhampiran di kawasan kajian. Puan Sharijah memberi tempoh masa satu bulan bagi melaksanakan hasil kajian kami. Laporan kerja khusus perlu dilaksanakan secara individu.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja khusus ini:

a)

Mengenal pasti sistem pengangkutan komuter memainkan peranan penting di kalangan penduduk di sekitar Batang Kali.

b)

Mengetaui masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan pengangkutan komuter kepada penduduk di sekitar Batang Kali.

4

c)

Dapat

menyenaraikan

langkah-langkah

untuk

mengatasi

masalah

pengangkutan komuter.

Melalui kajian ini, saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat mengenal pasti sistem pengangkutan komuter memainkan peranan yang penting di kalangan penduduk di sekitar Batang Kali. Saya juga dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan dapat menyenaraikan langkah-langkah mengatasi masalah pengangkutan komuter.

KAWASAN KAJIAN
Selepas membuat kajian saya mendapati bentuk muka bumi di Pekan Batang Kali adalah tanah pamah yang rata. Jadi, saya telah memilih kawasan ini kerana kawasan ini berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu Taman Tamu Hill Park. Pekan Batang Kali terletak di Mukim Batang Kali di negeri Selangor (lihat peta lakar 1). Kawasan ini disempadani oleh Mukim Rasa di bahagian utara dan barat laut dan Mukim Ulu Yam di bahagian selatan. Pekan Batang Kali terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor. Di Pekan Batang Kali ini terdapat lebih kurang 7 buah taman dan 5 buah kampung. Pekan Batang Kali juga terdapat 2 buah sekolah menengah dan 2 buah sekolah rendah. Contoh Sekolah Menengah

5

Kebanggsaan Syed Mashor jaraknya kira-kira 3 kilometer dan Sekolah Rendah Kebanggsaan Batang Kali jaraknya kira-kira 4 kilometer dari Taman Tamu Hill Park. Di Pekan Batang Kali ini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti Stesen Bas, Balai Polis, Kedai, Masjid dan pelbagai lagi. Keluasan bagi Pekan Batang Kali ini dianggarkan kira-kira 178,761 hektar manakala bagi keluasan Daerah Hulu Selangor pula dianggarkan kira-kira 185,047 hektar. Stesen komuter terletak di timur Pekan Batang Kali. Kedudukannya kira-kira 4 kilometer dari rumah saya. Tambang perjalanan dari rumah saya ke stesen komuter Batang Kali menggunakan bas awam ialah RM0.80 sen. Terdapat 10 stesen sebelum sampai ke KL Sentral. Tambang komuter dari Batang Kali hingga KL Sentral ialah RM 5.00 ringgit dan masa perjalanan hanya selama 30 minit sahaja, untuk sampai ke sana. Di stesen komuter Batang Kali ini juga mempunyai kemudahan seperti tandas dan surau. Pekan Batang Kali merupakan kawasan tanaman pokok getah dan kelapa sawit. Sebahagian bentuk muka bumi di Pekan Batang Kali adalah rata dan keadaan bentuk muka bumi sebegini membolehkan pemaju membangunkan kawasan ini kerana kos pembinaanya yang murah. Kawasan yang rata ini mempunyai potensi dijadikan kawasan petempatan, pembinaan jaringan pengangkutan yang lengkap dan sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan. Tidak lupa juga, di sini terdapat pelbagai kemudahan awam yang lengkap seperti kedai, dewan orang ramai, taman rekreasi dan sebagainya. Permukaan muka bumi juga memainkan peranan yang penting. Strukturnya yang rendah dan rata menjadi faktor kepada pembinaan jaringan jalan raya dibina di Pekan Batang Kali ini. Jaringan jalan raya di sini telah menghubungkan tempattempat seperti Ligamas (2km), Kuala Kubu Bharu (20km), Rawang (23km), Genting Highland (25km) dan juga Kuala Lumpur (51km). Dengan adanya sistem

6

pengangkutan komuter ini, maka penduduk di Pekan Batang Kali akan mudah berulang-alik dari tempat kerja serta ke destinasi yang ingin dituju seperti Bandaraya Kuala Lumpur.

KAEDAH KAJIAN
Berikut adalah kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian terhadap kawasan ini :

a)

Pemerhatian • Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi, kemudahan sosial yang ada, dan kemudahan yang yang terdapat di Taman Tamu Hill Park. • Kami juga memerhatikan ciri kawasan dan tempat sekitarnya dari segi kemajuan dan pembangunannya.

7

b)

Soal selidik • Sebelum memulakan temu bual, kami menyediakan boring selidik kepada 20 orang responden di Taman Tamu Hill Park untuk mendapat maklumat tenteng tempat tinggal, jenis pekerjaan, masalah yang dihadapi, dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Sila lihat contoh lampiran 1. • Kami juga berbincang dengan rakan dalam kumpulan tantang maklumat yang diperolehi.

c)

Temu bual

d)

Rujukan • Kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. • Kami mendapatkan maklumat melalui risalah, majalah, keratan akhbar serta melalui laman web.

8

DAPATAN KAJIAN
8.1 Jenis dan pola petempatan di Taman Tamu Hill Park

Daripada maklumat yang saya perolehi Taman Tamu Hill Park adalah kawasan di luar Bandar. Di sini terdapat tiga jaringan pengangkutan yang utama iaitu jalan raya, jalan komuter dan jalan kereta api. Jalan raya merupakan laluan utama bagi penduduk di Batang Kali. Jalan raya di Batang Kali menghubungkan dengan negerinegeri lain di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, kebanyakan penduduk di Taman Tamu Hill Park menggunakan jalan raya untuk ke mana-mana berbanding jaringan sistem pengangkutan yang lain. Jalan raya disini menghubungkan kawasan ini dengan tempat-tempat lain seperti Rawang, Ligamas, Kuala Kubu Bharu, Genting Highland dan Kuala Lumpur. Jumlah penduduk di taman ini juga hampir mencecah 6 ribu

9

penduduk dengan terdiri dari 3 bangsa. Bangsa Melayu 4 ribu, bangsa Cina 1 ribu, manakala bangsa India juga 1 ribu. Selain itu, jalan kereta api juga salah satu jaringan pengangkutan yang penting di Batang Kali. Mengikut hasil kajian saya, pengangkutan kereta api ini bukan sahaja membawa penumpang malah pengangkutan kereta api juga penting untuk mengangkut barangan hasil pertanian seperti getah, koko dan juga barangan pukal seperti kayu balak, papan dan pasir. Oleh itu, pengangkutan ini memainkan peranan penting bagi penduduk di sekitar Batang Kali dan juga dalam perkembangan ekonomi penduduk di sekitarnya

8.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Sistem Pengangkutan di Batang Kali

i) Bentuk muka bumi Permukaan bumi yang rendah dan rata di Batang Kali membolehkan pembinaan jaringan pengangkutan seperti jalan raya, jalan jalan komuter dan jalan kereta api dibina. Saya berasa bangga dapat tinggal di kawasan Batang Kali kerana terdapatnya kemudahan sistem pengangkutan.

ii) Kegiatan ekonomi Penduduk di Batang Kali banyak yang mengusahakan kegiatan perdagangan dengan mengusahakan kedai. Selain itu, terdapat juga penduduk yang terlibat dalam bidang pertanian. Oleh kerana kegiatan ekonomi yang semakin berkembang di Batang Kali, jaringan sistem pengangkutan di Batang Kali amat penting untuk membawa hasil pertanian dan lain-lain.

10

Saya berasa bangga dan bertuah kerana perkembangan kegiatan ekonomi di sini.

iii) Dasar kerajaan Dasar kerajaan negeri Selangor yang menggalakkan perkembangan

jarinagn sistem pengangkutan di kawasan pedalaman seperti Batang Kali membantu dalam membangunkan sistem pengangkutan di Batang Kali. Saya berasa bangga dengan dasar kerajaan negeri Selangor ini.

8.3

Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan

i) Ketersampaian Jaringan sistem pengangkutan di Batang Kali membolehkan pergerakan penduduk dan meningkatkan tahap ketersampaian penduduk di sini. Dengan adanya jaringan sistem pengangkutan ini, penduduk akan lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi yang dituju. Penduduk di Batang Kali patut berasa bangga dengan hal ini.

ii) Perkembangan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang semakin berkembang di Batang Kali terutama dalam bidang perdagangan dan pertanian, menggalakkan penggunaan jalan

11

kereta api terutamanya untuk membawa hasil pertanian dan perdagangan. Saya berasa bertuah kerana jaringan sistem pengangkutan menjadi begitu penting di Batang Kali.

8.4

Kesan-kesan Jaringan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar

Kesan Positif Jaringan sistem pengangkutan memberi banyak manfaat kepada kita. Dengan adanya jaringan pengangkutan, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas seterusnya menjimatkan masa. Kita juga dapat menjimatkan wang minyak jikalau kita menggunakan pengangkutan ini. Ini kerana duit tambangnya

jauh lebih murah dari duit minyak yang kita gunakan. Selain itu, pencemaran juga akan berkurangan dengan adanya jaringan pengangkutan. Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana negara kita mempunyai jaringan pengangkutan yang cukup efektif.

12

Kesan Negatif Perkembangan pengangkutan turut menyumbang kepada permasalahan alam sekitar. Pertambahan kenderaan persendirian di jalan raya akan meningkatkan kadar pencemaran udara. Perkembangan pengangkutan juga mengakibatkan pencemaran bunyi. Kenderaan yang bertambah akan menghasilkan bunyi bising terutama di kawasan bandar. Keadaan ini akan menganggu ketenteraman dan ketenagan emosi penduduk bandar. Pembinaan sistem kawasan. Kita

pengangkutan juga turut mengubah landskap fizikal sesuatu

haruslah berusaha menjaga negara Malaysia dari terjejas dengan pencemaran yang tidak sepatutnya berlaku.

8.5

Langkah-langkah Penyelesaian

(a) Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan megenai kepentingan menjaga alam sekitar haruslah dititik beratkan kepada generasi muda. Generasi muda haruslah diberi pendedahan megenai penjagaan alam sekitar dan akibatnya jika kita tidak menjaga alam sekitar. Kempen juga boleh dilaksanakan untuk menjayakan hal ini. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama menjaga alam sekitar demi kebaikan bersama.

(b) Petrol Tanpa Plumbum

13

Kempen menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum yang diperkenalkan oleh kerajaan negara Malaysia sejak tahun 80-an juga telah meningkatkan kualiti udara secara keseluruhannya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menyahut dan menyokong seruan kerajaan ini.

(c) Alat Catalytic Converter Masalah pencemaran udara dapat diatasi dengan memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta. Penggunaan alat ini telah berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksidadan nitrogen oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen. Rakyat Malaysia harus menggunakan kenderaan ini demi kebaikan negara tercinta, Malaysia.

(d) Pengurusan Trafik yang Lebih Efisien Usaha-usaha perlu dijalankan bagi menggalakkan pengangkutan awam terutama di waktu puncak. Hal ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar. selain itu, kualiti udara di sekitar bandar juga dapat ditingkatkan. Dengan cara ini, masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara juga dapat diselamatkan. Saya berasa bangga kerana rakyat Malaysia mulai sedar akan hal ini dan mula menggunakan pengangkutan awam daripada kenderaan sendiri.

14

15

8.6 Jadual Data dan Grafik
JADUAL PENGGUNAAN KERETA DI JALAN RAYA
16

JENIS PENGANGKUTAN KERETA MOTOSIKAL BAS LORI BASIKAL

BILANGAN 1964 535 42 182 72

GRAF PENGGUNAAN KERETA DI JALAN RAYA

17

JENIS PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BATANG KALI
2500 2000 BILANGAN 1500 1000 500 0 Kereta Motosikal Bas Lori Basikal JENIS PENGANGKUTAN

18

BORANG BANCIAN PENGGUNAAN KERETA DI JALAN RAYA

RUMUSAN
Saya mendapati bahawa stesen komuter di Batang Kali banyak memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitarnya. Ini memudahkan penduduk di Batang Kali pergi ke mana-mana dengan lebih mudah dan cepat tanpa sebarang kesesakan

19

lalu lintas walaupun mempunyai pengangkutan bas dan juga teksi.Komuter ini lebih ramai dinaiki oleh penumpang adalah untuk tujuan bersiar-siar. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang ada, masih tidak memenuhi keselesaan penumpang. Oleh itu, stesen komuter ini perlulah mengatasi masalah yang di hadapi oleh para penumpang dengan segera bagi memenuhi keselesaan mereka ketika hendak menaiki komuter. Saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan kerjasama daripada rakan-rakan saya. Selepas kajian ini, saya menyedari bahawa stesen komuter Batang Kali merupakan sebuah kawasan jaringan pengangkutan yang sangat memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Batang Kali. Melalui kajian ini, saya berasa bangga dan bersyukur kerana saya dapat mengenal pasti bahawa stesen komuter di Batang Kali banyak memberikan kemudahan kepada penduduk di sekitarnya. Ini memudahkan penduduk di Batang Kali pergi ke mana-mana dengan lebih mudah dan cepat tanpa sebarang kesesakan lalu lintas walaupun mempunyai pengangkutan bas dan juga teksi. Komuter ini lebih ramai dinaiki oleh penumpang adalah untuk tujuan bersiar-siar. Di samping itu, kemudahan-kemudahan yang ada, masih tidak memenuhi keselesaan penumpang. Oleh itu, stesen komuter ini perlulah mengatasi masalah yang di hadapi oleh para penumpang dengan segera bagi memenuhi keselesaan mereka ketika hendak menaiki komuter.

RUJUKAN
BUKU ILMIAH
• Buku Geografi tingkatan 2 Chong Mui Sen, Azizan bin Hj. Abu Samah, Percetakan Saufi, 2003. 20

ORANG SUMBER • • • Nama : En Amir Bin Hj Ahmed Umur : 45 Tahun Alamat : …

INTERNET • • www.ktmb.com.my/images/default/komuter/comfare0708.pdf en.wikipedia.org/wiki/Batang_Kali_Komuter_station

21

LAMPIRAN

22

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->