You are on page 1of 7

SYARAT DAN PERATURAN

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS


JABATAN PELAJARAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN 9/2011

1. Had Umur

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Lelaki & Perempuan yang masih belajar Lelaki & Perempuan yang masih belajar di
di sekolah rendah sekolah menengah.

2. Pengesahan penyertaan mestilah dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 29 April 2011
dan diserahkan melalui Unit Pendidikan Khas, JPNWP.

3. Terbuka kepada semua pelajar pendidikan khas.

4. Peserta mestilah berada 15 minit lebih awal sebelum acara pertandingan bermula.

5. Pakaian peserta lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan yang lengkap (bersamping
dan bersongkok ) manakala peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung dan bertudung
yang sempurna. ( perhiasan yang tidak keterlaluan).

6. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis, keputusan Jawatankuasa Bantahan


adalah muktamad.

7. Segala keputusan hakim adalah muktamad.

8. Acara dan syarat-syarat pertandingan:

ACARA KATEGORI SYARAT-SYARAT

Tilawah Al Quran BP (Ren) 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah


BP (Men) pembelajaran dan penglihatan.
BL (Ren)
BL (Men) 2. 1 lelaki dan 1 perempuan.

3. Masa bacaan bagi setiap peserta ialah 8 minit. Bacaan


yang melebihi 8 minit tidak diberi markah. Peserta
juga boleh membaca seberapa banyak ayat asalkan
tidak melebihi 8 minit.
4. BP dan BL Rendah – Pilih satu surah
a. Surah Al-‘Alaq
b. Surah Al-‘A’la
c. Surah Al-Baiyinah
d. Surah Al Baqarah (Ayat 1 – 10)
e. Surah Yassin (Ayat 1 – 10)

5. BP Menengah – Pilih satu surah


a. Surah Ali-Imran (Ayat 15 – 22)
b. Surah Al-Baqarah (Ayat 21 – 29)
c. Surah As-Sajjadah (Ayat 22 – 30)
d. Surah Yassin (Ayat 13 – 27)
e. Surah Mulk (Ayat 1 – 15)

6. BL Menengah – undi satu surah


a. Surah Al-Baqarah (Ayat 21-29)
b. Surah As-Sajjadah (Ayat 22-30)
c. Surah Yassin (Ayat 13 – 27)

7. Cara Penghakiman:
a. Tajwid - 40 markah
b. Suara - 15 markah
c. Fasahah - 20 markah
d. Lagu / Taranum - 25 markah

Jumlah = 100 markah

Hafazan Al Quran BP (Ren) 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah


BP (Men) pembelajaran dan penglihatan.
BL (Ren)
BL (Men) 2. 1 lelaki dan 1 perempuan.

3. Masa bacaan - setiap peserta dikehendaki menghafal


ayat-ayat lazi / surah yang ditentukan dalam jangka
masa 8 minit.

4. Bentuk bacaan - menghafaz mengikut bacaan Tadwir


sahaja.

5. Setiap peserta diwajibkan membaca surah Al Fatihah


pada soalan pertama.

6. BP Rendah – Pilih satu kelompok


KELOMPOK 1 KELOMPOK 2

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah An Nas 2. Surah Al Falaq
3. Surah Al Ma’un 3. Surah Al Lahab
4. Surah At Tin 4. Surah Al Qariah

KELOMPOK 3 KELOMPOK 4

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Al Ikhlas 2. Surah Al Nas
3. Surah An Nasr 3. Surah Al Kaafirun
4. Surah At Humazah 4. Surah Al Insyirah

KELOMPOK 5 KELOMPOK 6

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Al Falaq 2. Surah Al Ikhlas
3. Surah Al Kauthar 3. Surah Al Quraish
4. Surah At Takathaur 4. Surah Al Adiyat

KELOMPOK 7 KELOMPOK 8

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Al Nas 2. Surah Al Falaq
3. Surah Al Fil 3. Surah Al Ma’un
4. Surah At A’la 4. Surah Al Asr

7. BP Menengah dan BL Rendah - Pilih satu kelompok

KELOMPOK 1 KELOMPOK 2

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah An Ma’un 2. Surah Al Asr
3. Surah Al Kauthar 3. Surah Al Fil
4. Surah Al Dhuha 4. Surah Al Zalzalah

KELOMPOK 3 KELOMPOK 4

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Al Tin 2. Surah Al Qariah
3. Surah An A’laq 3. Surah Al Adiyat
4. Surah Al Insyirah 4. Surah Al Zalzalah
KELOMPOK 5 KELOMPOK 6

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Yassin 2. Surah Al Baqarah
( Ayat 1-21) ( Ayat 1 – 18 )

8. BL Menengah – Diundi salah satu kelompok

KELOMPOK 1 KELOMPOK 2

1. Surah Al Fatehah 1. Surah Al Fatehah


2. Surah Al Baqarah 2. Surah Yassin
(Ayat 1 – 30) ( Ayat 1 – 30 )
3. Surah Al Insan 3. Surah As Sajjadah

Bercerita Kisah Nabi BP (Ren) 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah
BP (Men) pembelajaran dan pendengaran.
BD (Ren)
BD (Men) 2. 1 lelaki dan 1 perempuan.

3. Masa bagi setiap peserta menyampaikan ceritanya


Ialah 8 minit. Masa yang melebihi 8 minit tidak diberi
markah. Markah diberi mulai dari permulaan
bercakap ( salam)

4. Pemilihan tajuk cerita – dibenarkan memilih satu


tajuk cerita sahaja iaitu:

a. Peristiwa Hijrah Rasullullah ke Madinah


b. Nabi Yusof dengan saudara-saudaranya.
c. Nabi Luth dan kaumnya
d. Kisah Nabi Adam dan Hawa
e. Kisah Nabi Ibrahim dengan Raja Namrud.

5. Cara Penyampaian:

a. Bercerita
b. Bersyair / bergurindam / nasyid
c. Bersajak / berpantun
d. Gabungan daripada cara-cara di atas
e. Penyampaian cerita dibenarkan menggunakan
prop/alatan.
6. Cara Penghakiman:

1. Isi : 40 markah
2. Penggunaan Bahasa Isyarat : 20 markah
& Komunikasi seluruh
3. Gaya penyampaian : 30 markah
4. Prop / alatan : 10 markah
____________
Jumlah 100 markah

Azan Subuh BP (Ren) 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah


BP (Men) pembelajaran dan penglihatan.
BL (Ren)
BL (Men) 2. Penyertaan 1 lelaki sahaja mewakili setiap kategori.

3. Masa bagi setiap peserta melaungkan azan subuh


ialah 8 minit. Masa laungan yang melebihi 8 minit
tidak diberi markah.

4. Hanya Azan Subuh yang dipertandingkan dan


Diambilkira.

5. Cara Penghakiman:

a. Alunan lagu : 40 markah


b. Kelancaran : 30 markah
c. Suara : 30 markah
___________
Jumlah 100 markah

Khat Jawi BP (Ren) 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah


BP (Men) pembelajaran dan pendengaran.
BD (Ren)
BD (Men) 2. 1 lelaki dan 1 perempuan.

3. Terbuka kepada semua pelajar yang bukan beragama


Islam

4. Masa pertandingan adalah 1 jam 30 minit.

5. Ejaan Jawi hendaklah mengikut kaedah ejaan yang


terbaru.

6. Membawa sendiri alat tulis yang sesuai.


7. Kertas disediakan oleh penganjur, kertas yang rosak
hanya dibenarkan pertukaran sekali sahaja.

8. Cara Pemarkahan:

a. Bentuk tulisan : 50 markah


( Bebas memilih salah satu jenis Khat seperti
Naskh, Thuluth, Rakaah Dewani dan lain-lain)

b. Teknik Tulisan : 20 markah


(Susunan khat baik , jelas dan munasabah
Tidak campur antara jenis khat)

c. Kebersihan : 20 markah
(Tulisan bersih , terang dan mudah dibaca , markah
akan ditolak sekiranya tulisan luntur , sukar dibaca
seperti dakwat kembang dan garisan pensil yang
tidak dipadam)

d. Hiasan : 10 markah
(Hiasan dalaman dan luaran yang sesuai dan
Menarik )

e. Keputusan hakim adalah muktamad.

Merumikan jawi BP 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah


BD pembelajaran dan pendengaran.

2. 1 lelaki dan 1 perempuan.

3. Terbuka kepada semua pelajar yang bukan beragama


Islam
Nasyid BP 1. Terbuka kepada sekolah rendah dan menengah
BL pembelajaran dan penglihatan.

2. Satu kumpulan mengandungi tidak kurang daripada 5


orang murid dan tidak melebihi 12 orang murid
termasuk pemain muzik. Setiap kumpulan boleh
dianggotai oleh satu jantina atau bercampur lelaki
atau perempuan.

3. Masa persembahan adalah 8 hingga 10 minit sahaja.


Markah akan ditolak jika kurang 8 minit atau melebihi
10 minit.

4. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan 2 buah


lagu iaitu :
a. Lagu pertama berentak padang pasir (Masri)
b. Lagu kedua nasyid kontemporari

5. Kedua-dua lagu hendaklah bertemakan “1 Malaysia


1 Ummah” yang mengandungi unsur-unsur :
i. Nilai-nilai murni
ii. Kemasyarakatan
iii Kekeluargaan.

You might also like