You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

DAN SAMBUTAN HARI RAYA 2010

1.Alu-aluan Pengacara

Basmallah dan Selawat

Yang Berusaha Tn Hj Isahak Manap GB SK LB Johnson

Yang Dihormati En Kamal Kamit YDP PIBG SK LB Johnson

Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, guru-guru KAP, tuan-tuan dan puan-puan,

Pelajar-pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikum wbt. Dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita, dapat berhimpun dalam majlis ilmu
iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan sekaligus juga Sambutan Hari Raya. Dalam suasana kita masih
menyambut Aidil Fitri kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan dalam majlis yang
penuh warna-warni ini dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir
dan batin.

2. Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, kami mempersilakan Ustaz Zailani b.Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

3. Persembahan Murid

Sebagai memeriahkan lagi majlis pada hari ini, berikut ialah kumpulan nasyid sekolah di bawah
bimbingan Ustazah Natapah bt. Haron untuk menyampaikan persembahan mereka. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu.


4. Majlis Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya,


petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan
ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat
membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami.
Wahai Tuhan sekalian alam.

Hadirin yang dihormati,

Majlis Khatam Al-Quran kali ini akan melibatkan _____________ orang pelajar yang akan membacakan
surah-surah lazim di bawah pimpinan Ustaz Zailani b. Mohd Nor. Marilah sama-sama kita menghayati
bacaan ayat-ayat suci ini. Jadi, untuk tidak membuanmg masa dipersilakan Ustaz Zailani b. Mohd Nor
dan kumpulan pelajar yang terlibat untuk mengambil tempat.

Dipersilakan.

- Demikianlah tadi bacaan-ayat-ayat suci Al-Quran dan doa Khatam Al-Quran yang telah
diperdengarkan oleh kumpulan _____________ orang pelajar di bawah bimbingan Ustaz Zailani
b. Mohd Nor.
- Semoga ayat-ayat suci Al-Quran akan terus dibaca dan menjadi amalan dan panduan dalam
kehidupan kita.Amin.

5. Ucapan Guru Besar

Hadirin sekalian,

Aturcara diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam majlis yang barkat ini. Dipersilakan.

Majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Guru Besar tadi.

6. Ucapan Perasmian

Seterusnya, sebagai pelengkap bicara, pihak majlis berbesar hati mempersilakan __________________

_____________________________________________________________________________________
bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan
Hari Raya 2010 peringkat SK LB Johnson. Diperdilakan.

- Terima kasih tidak terhingga kepada _______________________________________________


Atas kesudian beliau hadir dan menyempurnakan ucapan perasmian itu tadi.

7. Penyampaian Cenderahatii

- Bunga telur

- Saguhati peserta

8. Jamuan Hari Raya.

Sebelum majlis menutup tirainya, dipersilakan para tetamu serta hadirin sekalian untuk menikmati
jamuan Hari di kantin sekolah

9. Penutup dan Bersurai

. Sekian, Selamat Hari Raya wabillahi taufiq wal hidayah wassalam wbt.

You might also like