You are on page 1of 2

REFLEKSI

Dalam Bina Insan Guru Fasa I ini, saya dikehendaki untuk mengikuti satu

perkhemahan selama empat hari tiga malam iaitu dari 22 Februari hingga 25

Februari 2011. Saya bersama ahli kumpulan saya dikehendaki membuat laporan

tentang program ini. Setelah selesai menghadiri perkemahan ini, saya telah

memperoleh pelbagai faedah. Antaranya ialah dapat menguji ketahanan fizikal saya

melalui aktiviti-aktiviti yang lasak seperti kembara, berkayak, berenang dan

menyelam. Aktiviti seperti ini sangat sesuai kepada bakal guru kerana seorang guru

itu perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat untuk mendidik anak bangsa

tambahan pula kebanyakan guru yang baru perlu mengajar dalam pedalaman yang

sememangnya akan mempunyai bebanan kerja yang banyak.dan mencabar.

Selain itu, saya juga telah dapat input-input yang berguna hasil daripada LDK

yang dijalankan. Antaranya ialah Ia dapat menguatkan semangat dalam diri saya

untuk menjadi seorang guru yang berdisiplin. Bak kata Tuan Haji Ariffin bahawa

kerja adalah satu tanggungjawab, setiap kerja yang kita dapat adalah amanah. Oleh

itu, apa yang saya dapat pelajari disini ialah saya perlu mengamalkan etika kerja

yang saya terima tidak kira ketika masih pelajar atau sudah menjadi guru dan perlu

mengutamakan kualiti kerja tidak kira susah mana kerja tersebut.

Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat

sedikit kekurangan. Salah satunya ialah tentang tapak perkhemahan iaitu di

belakang maktab. Perkhemahan di belakang maktab ini menjadikan semangat

perkemahan itu tidak rasa sepenuhnya kerana suasana tapak perkemahan itu tidak

seperti perkemahan yang selalu dilakukan orang ramai dan ianya berdekatan

dengan taman perumahan guru. Di sebabkan hal tersebut, saya rasa perkhemahan
ini menjadi tidak begitu sukar kerana semua kemudahan sudah ada disekeliling

contohnya ada bekalan elektrik dan kawan-kawan saya yang tidak terlibat juga boleh

membantu kalau diminta pertolongan kerana jarak antara tapak perkhemahan

dengan asrama kami adalah sangat dekat.

Selain itu, dalam program ini saya mengalami beberapa kesulitan iaitu

tentang perkongsian khemah yang agak ramai iaitu satu khemah seramai lapan

orang. Saya menjadi sukar untuk tidur kerana terpaksa tidur berhimpit. Disebabkan

itu, saya menjadi agak mengantuk pada siang hari kerana kurang tidur lebih-lebih

lagi apabila duduk dan mendengar ceramah.

Oleh yang demikian, bagi saya program ini banyak memberi faedah dan

input-input yang sangat berguna. Segala penat lelah saya mengikuti perkhemahan

ini saya harapkan dapat memberi perubahan dan impak yang besar kepada diri

saya. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak

yang berusaha menjayakan program ini kerana telah banyak bersusah payah untuk

menjadikan program ini berjalan dengan lancar dan saya ingin meminta maaf

kepada mana-mana pihak jika ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang program

ini berjalan.

Sekian, wasalam.

MOHD AFWAN HANIF BIN MOHD SHUKRI

PISMP 1.02

You might also like