You are on page 1of 2

Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan kaedah rawatan alternatif kepada kelemahan penggunaan

bahan kimia untuk mengatasi serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. Bincangkan
penyataan. (2+2)

Pengenalan:
Bahan kimia telah lama digunakan untuk mengatasi masalah serangga atau makhluk perosak dalam sektor
pertanian. Kini, kaedah kawalan biologi kian meluas.

A. Kelebihan kawalan biologi


1. mengurangkan pencemaran alam
- Menggunakan pemangsa seperti burung hantu untuk mengawal tikus di sawah padi, ular di ladang sawit
- tidak menggunakan bahan kimia.
- tidak berlaku pencemaran air, tanah dan udara.

2. Kesihatan manusia lebih terjamin.


- bahan kimia tidak digunakan untuk mengawal serangga dan makhluk perosak tumbuhan dan pertanian
- sayur-sayuran dan buah-buahan bersih dan selamat dimakan.

3. Mengekalkan keseimbangan kitaran ekologi


- serangga dan makhluk pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan ekologi.
- habitat semulajadi serangga dan mikroorganisma tidak terjejas.
- serangga lain yang penting dalam pendebungaan tidak terganggu
- keseimbangan rantaian makanan tidak terjejas.

B. kesan negatif penggunaan bahan kimia.


1. menjejaskan kesihatan petani
- semburan mengandungi bahan kimia beracun
- semburan racun menjejaskan sistem pernafasan.
- Menyebabkan penyakit kanser paru-paru

2. keracunan makanan
-kandungan bahan kimia tidak mengikut sukatan
- sayur-sayuran dan buah-buahan tercemar dengan bahan kimia.
- berlakunya cirit-birit, muntah dan membawa maut.

3. Pencemaran air
- semburan mengandungi bahan beracun akan larut dalam air dalam tanah dan air larian permukaan
- menyebabkan air sungai tercemar

4. Serangga dan makhluk perosak imun


- kekerapan menggunakan racun pestisid akan menyebabkan serangga perosak akan imun.
- tidak memberi kesan dengan semburan
- dos semburan akan ditambah
- memberi kesan kepada manusia seperti keracunan dan menjejaskan kesihatan

Kesimpulan:
Penggunaan kaedah biologi seharusnya digalakkan kerana lebih menguntungkan dan menjamin
keseimbangan ekologi alam.

Disediakan oleh:
Pang Wei Na, Lim Jun Kee (6AS 2011)
Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan kaedah rawatan alternatif kepada kelemahan penggunaan
bahan kimia untuk mengatasi serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. Bincangkan
penyataan. (2+2)

Bahan kimia telah lama digunakan untuk mengatasi masalah serangga atau makhluk perosak dalam
sektor pertanian. Kini, kaedah kawalan biologi kian meluas. Hal ini disebabkan banyak terdapat kelebihan
kawalan biologi dan kesan negatif dalam penggunaan bahan kimia.

Salah satu kelebihan penggunaan kaedah kawalan biologi ialah pencemaran alam sekitar dapat
dikurangkan. Bahan kimia yang beracun tidak digunakan untuk mangatasi masalah serangga dan makhluk
perosak kerana bahan ini akan mengalir ke sungai dan tempat yang lain apabila hujan dan menyebabkan
pencemaran berlaku. Oleh itu, kawalan biologi yang menggunakan pemangsa seperti burung hantu untuk
mengawal tikus di sawah padi dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan tanah.

Selain itu, penggunaan kaedah kawalan biologi penting bagi mengekalkan keseimbangan kitaran
ekologi. Serangga dan makluk pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan ekologi. Habitat semula
jadi serangga dan mikroorganisma juga tidak terjejas. Serangga lain yang penting dalam pendebungaan
pula tidak terganggu. Keadaan ini membuktikan kaedah kawalan biologi tidak menjejaslam keseimbangan
rantaian makanan dan kitaran ekologi.

Penggunaan bahan kimia pula memberi kesan negatif kepada kesihatan petani. Semburan bahan
kimia sangat beracun kerana bahan kimia ini mengandungi DDT (diklorodifeniltrikloroetana) dan neon
nikotin yang akan menjejaskan sistem penafasan petani. Bahan kimia yang beracun ini akan memasuki
tubuh badan petani sekiranya petani tidak memakai topeng semasa menyembur bahan ini. Oleh itu,
penggunaan bahan kimia akan mengundang kepada kanser paru-paru.

Di samping itu, serangga dan makhluk perosak akan imun dengan semburan bahan kimia.
Kekerapan menggunakan racun pestisid akan menyebabkan serangga perosak akan imun dan tidak
memberi kesan dengan semburan tersebut. Dengan itu, dos semburan akan ditambah supaya semburan
tersebut berkesan. Hal ini akan memberi kesan kepada manusia seperti keracunan dan menjejaskan
kesihatan apabila tumbuh-tumbuhan ini dimakan.

Kesimpulannya, penggunaan kaedah biologi seharusnya digalakkan kerana kurang menjejas


kesihatan manusia dan keseimbangan ekosistem. Pada kata yang lain, penggunaan bahan kimia tidak harus
digunakan untuk menjamin kesejahteraan kita semua.

(300 patah perkataan)

Disediakan oleh:
Pang Wei Na, Lim Jun Kee (6AS 2011)

You might also like