You are on page 1of 35

Ciri-Ciri Keistimewaan Sistem

Masyarakat Islam
Nik Syakirah Nik Azis
Sistem Masyarakat Islam
• Islam agama yang menitikberatkan bukan sahaja
perkembangan individu tetapi kejayaan masyarakat
• Sistem yang membendung gejala sosial dan perkara
tercela bagi harmoni masyarakat
• Membezakan antara agama Islam dan agama lain
kerana menyeru umatnya menjaga hubungan
kemasyarakatan dengan umat Islam dan bukan Islam
serupa eg kaum Yahudi
• Boleh menjadi kaedah berdakwah
Ciri-Ciri Keistimewaan Islam
1. Memelihara nilai-nilai akhlak

• Masyrakat Islam mestilah mempunyai nilai-


nilai akhlak berasaskan ajaran Islam
• Undang-undang/ peraturan Islam bertujuan
memelihara akhlak umatnya
• Kebersihan masyarakat daripada perbuatan
terkutuk dan tercela dijamin
Contoh pemeliharaan nilai-nilai akhlak

• Rejam/ rotan 100 kali kepada mereka yang


melakukan zina setelah cukup syarat
• Potong tangan bagi pencuri
• Rotan 40 kali bagi peminum arak
Pemeliharaan dalam pergaulan
• Pergaulan seharian juga berasaskan nilai-nilai
akhlak; bersangka baik, saling mempercayai, hormat,
tidak menipu, menyesatkan, mengintai kesalahan
orang, mengumpat, mengadu domba, hasad dengki,
mana-mana yang membawa permusuhan
• Gejala-gejala kemungkaran tidak boleh berlaku
sewenang-wenangnya dan mencela orang-orang
yang berbahaya jika dibiarkan tanpa ubat nescaya
membinasakan badan
Hadis Rasulullah
• Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah s.a.w
bersabda : “Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu
meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan
membelinya tetapi untuk menipu orang lain dan memudaratkan
mereka, jangan kamu benci membenci, jangan kamu belakang
membelakangi, janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan
orang lain, dan jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang
lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya dan
tidak menghinanya. Takwa itu disini (sambil menunjukkan ke
dadanya sebanyak tiga kali). Seseorang itu sudah dianggap berdosa
jika dia menghina saudaranya seIslam. Tiap-tiap orang muslim itu di
atas saudaranya adalah haram : darahnya, hartanya dan maruahnya.

• [Hadis Riwayat Muslim]


• Mengenakan peraturan kepada wanita
1. Seorang wanita tidak dibenarkan bergaul
bebas dengan lelaki yang bukan suaminya/
bukan muhrimnya
- Mengelakkan fitnah dalam masyarakat
- Menggambarkan kesucian umatnya
2. Seorang wanita apabila keluar rumah hendaklah berpakaian
menutup aurat, surah an-Nur, ayat 31

- Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka


menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung
kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap
wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan.
3. Menanam rasa kasih sayang dalam anggota masyarakat dan hidup
dalam suasana itu
- Sabda Rasulullah: Perumpaan kaum muslimin itu dalam kasih
sayangnya laksana satu tubuh yang apabila menderita salah satu
anggota tubuhnya maka seluruh tubuh itu akan merasakan sakitnya
- Masyarakat Islam suatu keluarga harmonis diikat perasaan kasih
sayang
• 4. Sifat tolong menolong
- Lahir daripada kasih sayang
- Terhadap keluarga, jiran, teman, kawan dalam
perjalanan, tetamu, anak yatim, orang miskin dan
orang berhajat terhadap Islam
- Surah an-Nisa, ayat 39 :
Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan
berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-
kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin,
tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan
teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
• Menolong masyarakat tidak terbatas kepada
mereka yg berhajat pertolongan
• Luas kepada bidang amal kebajikan,
membasmi kemungkaran, kezaliman &
mengusir musuh
• Menghapuskan perasaan iri hati, permusuhan,
mendorong lahirnya sifat cinta & kasih
• Kesan masyarakat yang memelihara nilai-nilai
akhlak
KEDUDUKAN WANITA
DALAM ISLAM
islam memuliakan wanita
• Memuliakan wanita sebagai anak:
“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat
baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api
neraka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim )

• Memuliakan wanita sebagai isteri:


“Dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang baik.”
(An-Nisa`: 19)

• Memuliakan wanita sebagai ibu:


“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku
berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?”
tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian
siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,”
jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
MENENTUKAN KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM
YANG AKAN DIBINCANGKAN IALAH DARI SEGI:

1. AMALAN KEROHANIAN
2. EKONOMI
3. HAK SIVIL WANITA
4. PENDIDIKAN
5. UNDANG-UNDANG
6. HAK DALAM BERPOLITIK
1. HAK DALAM AMALAN KEROHANIAN

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim,


laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,
laki-laki dan perempuan yang benar,
laki-laki dan perempuan yang sabar,
laki-laki dan perempuan yang khusyuk,
laki-laki dan perempuan yang bersedekah,
laki-laki dan perempuan yang berpuasa,
laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”.
(Al-Ahzab: 35)
• Wanita dan lelaki mempunyai peranan yg sama dlm beribadat.
• Wanita mempunyai kelonggaran dalam beribadat iaitu uzur syari’
• Wanita dan lelaki akan diampunkan sekiranya memohan keampunan.
2.HAK DALAM EKONOMI

• Dlm islam,wanita yg mempunyai harta berhak menggunakan hartanya


mengikut kemahuannya.
• Wanita boleh bekerja selagi tidak bertentangan dgn syariah dan adab
berpakaian.
• Harta pendapatan wanita tidak diwajibkan utk keluarganya.
• Wanita mendapat mahar semasa berkahwin
• Pakaian, tempat tinggal dan keperluan yg lain ialah tanggungan suami
• Dlm harta pusaka wanita tetap mendapat hak meski sbg ibu, isteri ataupun
anak.
3a. HAK WANITA SEBAGAI ANAK.

“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa


apakah dia dibunuh”, Surah At Takwiir (81): 8 dan 9

“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu ia berbuat baik
kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang/penutup baginya dari
api neraka.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

• Islam melarang keras pembunuhan anak perempuan spt zaman jahiliah.

• Kedua dua anak lelaki mahupun perempuan perlu dididik dgn tarbiah dan kasih
sayang tanpa perbezaan.
3b. HAK WANITA SBG ISTERI.
• Tiada sesesiapa boleh memaksa seseorang wanita
berkahwin tanpa kerelaannya.
Dalam hadith Sahih Bukhari, yang menceritakan
"Seorang wanita dipaksa oleh ayahnya untuk
berkahwin tanpa kerelaan hatinya, dan wanita
tersebut bertemu Rasulullah dan Rasulullah telah
membatalkan perkahwinan tersebut”.

• “Dan bergaullah dengan mereka (para isteri)


dengan cara yang baik.” (An-Nisa`: 19)
• Isteri perlu dilayan dgn baik dari segi tutur kata dan perbuatan.
• Isteri mempunyai hak yg sama kecuali sebagai ketua keluarga yg
dipegang oleh suami kerana tanggungjawab tersebut begitu besar.
• Isteri sbg penasihat suami dlm menguruskan rumahtangga.
• Poligami dibolehkan agar tidak berlaku kecurangan suami di belakang
isteri.
• Poligami dibataskan kepada 4 orang isteri sahaja dengan syarat di suami
berlaku adil dari segi kebendaan, waktu malam, dan segala apa yg
berhubung dgn pergaulan suami isteri yg mungkin dituntut keadilan
kepadanya.
• Jika tidak bahagia dan bagi mengelakkan berlaku nusyuz terhadap
suami dibolehkan meminta cerai melalui khulu’ dan fasakh.
3c. HAK WANITA SEBAGAI IBU.

• Mengasuh, mendidik dan membesarkan anak.


• Paling berhak dibuat baik dan dihormati oleh anak.
• Ibu lebih berhak mendapat tuntutan hadanah
sekiranya bercerai dgn bapa anak tersebut sehingga
anak itu mumayiz selagi dia tidak berkahwin lain.
• Tetap mendapat nafkah anak daripada bekas suami
selepas bercerai.
• Bahawasanya seseorang perempuan telah datang
menemui Rasulullah saw dan bertanya: 'Ya Rasulullah,
bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya
tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak
merampas anak itu daripada aku'. Selepas
mendengar aduan itu Rasulullah saw
bersabda,'Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak
itu selagi engkau belum berkahwin lain'. 
(Riwayat Abu Daud)
4. HAK DALAM PENDIDIKAN

“Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang


menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan
segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling
Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan
kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya”
(Al Alaq:1-5)

• Islam amat menitikberatkan pendidikan dan mewajibkan


setiap muslim menuntut ilmu tanpa mengira jantina.

• Bayangkanlah 1400 tahun yang lalu, apabila wanita


dilayan dengan teruk, Islam menyuruh wanita untuk
menjadi wanita berbelajaran.
5. HAK DALAM UNDANG-UNDANG

• Undang-undang islam menjaga kehidupan lelaki dan perempuan

• Kedua-duanya boleh dihukum sekiranya melakukan kesalahan tanpa berat


sebelah.

• Tuduhan terhadap wanita juga memerlukan saksi. Contohnya tuduhan zina


terhadap wanita memerlukan 4 saksi.

• Dalam undang-undang nama, wanita dibenarkan mengekalkan nama


mereka selepas berkahwin berbanding sistem yg diamalkan di Barat.
6. HAK DALAM BERPOLITIK.

•Wanita digalakkan berkecimpung dalam politik.

”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang


menyeru kepada Islam, mengajak melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang
beruntung” [TMQ Ali Imran:104]

•Wanita juga boleh terlibat dalam membuat undang-undang

•Wanita juga boleh terlibat dalam peperangan dengan


menyediakan minuman dan makanan kepada askar-askar perang
jika sangat diperlukan dan hanya dengan kerelaan sendiri.
• Wanita juga berhak menasihati penguasa politik.

Semasa pemerintahan Khalifah Umar, seorang wanita menasihati Umar


berkaitan dasarnya yg melarang wanita meminta mahar yang tinggi dan
bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya.

Wanita tersebut berhujah dgn firman Allah s.w.t :


”Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain,
sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka
harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya
barang sedikitpun” [An Nisa:20]
Khalifah Umar pun terus menukar arahannya dengan mengatakan : ”Benar,
perkataaan wanita itu!”
INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB
MEMPERBAIKI MASYARAKAT.
KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

• Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama


Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah
karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya
bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya
hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu
menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada
di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari
sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-
keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat
petunjuk. Al-Imran: 103
AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR

• Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia,
menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik. (Ali imran: 110).

• Dari abi sa’id al khudry berkata “saya mendengar Rasulullah s.a.w


bersabda : Barangsiapa melihat kemungkaran di hadapannya maka ubahlah
dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya.
dan sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya dan yang
sedemikian itu selemah-lemahnya iman” (HR Imam Muslim).
• Amar ma’ruf bererti mengajak ke arah kebaikan yang diredai Allah s.w.t.

• Nahi munkar bererti mencegah perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

• Hukumnya wajib untuk setiap muslim melaksanakan amar ma’ruf nahi


munkar.

• Penganjuran amar ma’ruf nahi munkar ini menunjukkan setiap muslim itu
berhak memberi teguran, hikmah dan nasihat.

• Tugas dakwah tidak tertakluk hanya kepada ahli agama bahkan setiap
muslim tanpa mengira umur dan jantina.
Tolong menolong dlm membuat kebaikan dan tidak
sesekali membuat kejahatan.

• “Bertolong-tolonglah kamu dlm membuat kebajikan dan taqwa


dan janganlah kamu bertolong-tolongan dlm membuat dosa dan
permusuhan” (Al-Maidah: 3)

• “Janganlah kamu berbuat kejahatan di muka bumi sesudah ia


menjadi baik” (Al-A’rof: 56)
Sebab-sebab individu bertanggungjawab memperbaiki masyarakat.

• Membina Masyarakat Yang Baik.

• Dapat melaksanakan kewajipan dan kehidupan dengan selesa tanpa


kerisauan dan ketakutan.

• Kemungkaran yg berlaku dalam masyarakat mampu merebak ke seluruh


masyarakat yang akan menyebabkan keruntuhan.

• Individu muslim perlu berusaha untuk memperbaiki masyarakat.


• Individu terpengaruh dengan
masyarakatnya.
• Sabda Rasullullah s.a.w “Tidak ada dari anak-anak kecil, kecuali
dengan fitrahnya maka dua ibu bapanya yang menyebabkannya dia
menjadi Yahudi dan Nasrani”

• Ibu bapa sebagai masyarakat kecil untuk anak-anak yang mana


mempengaruhi peribadi mereka.

• Masyarakat mempunyai pengaruh besar terhadap pembentukan


individu.
• Menyelamatkan dari
bencana.

• Menjadi Sunatullah jika sesuatu


kemungkaran berlaku secara berleluasa dlm
sesuatu masyarakat, bencana diturunkan
sebagai balasan dan pengajaran.

• Allah menimpakan bencana ke seluruh


masyarakat termasuk individu yang baik
yang turut menanggungnya.

• Kurangnya individu yang berusaha untuk


memperbaiki masyarakatnya.
“ Dan peliharalah dirimu drpd siksaan yg
tiada khusus menimpa orang-orang zalim
shj di antara kamu. Dan ketahuilah bhw
Allah sangat keras siksanya” (Al-Anfal: 25)

• Tafsiran oleh: ibnu Abbas


Allah memerintahkan orang yang beriman agar membenci
kemungkaran yg ada dlm masyarakat, jikalau tidak akan
diturunkannya azab kpd mereka semua

• Tafsiran oleh: Ibnu Katsir


Allah megingatkan hambanya yg beriman tentang fitnah di mana
nantinya bencana akan menimpa akan menimpa semua akibat
drpd fitnah tersebut, bukanlah tertentu kpd orng yg bersalah shj
tetapi kpd orang yg tidak bersalah juga

You might also like