You are on page 1of 7

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dunia yang semakin maju ini memungkinkan semua perkara berlaku


termasuklah pencemaran. Pencemaran yang berlaku di dunia ini adalah hasil daripada
pertambahan populasi manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran?
Pencemaran berlaku apabila komposisi udara atau air berubah hasil daripada aktiviti-
aktiviti manusia dan proses alam sehingga menyebabkan kualiti air dan udara berkurang
dan tidak dapt lagi berfungsi dengan baik. Pencemaran juga berlaku apabila terdapat
makhluk hidup, zat, tenaga atau komponen-komponen lain di dalam air atau udara.
Pencemaran dikelaskan kepada tiga jenis pencemaran iaitu pencemaran air (water
pollutio), pencemaran udara (air pollution) dan pencemaran tanah ( soil pollution).

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila berlaku perubahan keadaan di suatu tempat


penampungan air seperti danau, sungai, laut dan air tanah akibat daripada aktiviti
manusia. Namun begitu, perubahan kualiti air yang disebabkan oleh fenomena alam
seperti gunung berapi tidak dianggap sebagai pencemaran. Pencemaran air akan
menyebabkan peningkatan kandungan nutrien yang mengarah kepada berlakunya
eutrofikasi. Eutrofikasi merupakan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh limbah
fosfat khususnya di dalam ekosistem air tawar. Hal ini berlaku kerana kandungan nutrien
di dalam ekosistem air melebihi tahap yang sepatutnya. Air dikatakan sebagai eutrofik
apabila kepekatan total phosporus (TP) di dalam air berada pada paras 35-100 µg/L.
Sebenarnya, eutrofikasi adalah satu proses semulajadi di mana danau mengalami
penuaan dan menjadi lebih produktif untuk pertumbuhan biomass. Ia memerlukan ribuan
tahu untuk berlakunya proses eutrofikasi ini. Namun begitu, aktiviti manusia yang tidak
terkawal ini telah menyebabkan proses ini berlaku dengan cepat.
Rajah 1 : Eutrofikasi

Eutrofikasi ini akan menyebabkan pertumbuhan alga berlaku dengan pesat.


Pertumbuhan alga ini akan merubah kualiti air seterusnya menyebabkan hidupan-
hidupan air yang lain tidak dapat berkembang dengan baik dan akan menjejaskan
keseimbangan ekosistem. Eutrofikasi ini dapat dikesan apabila warna air berubah
menjadi kehijauan, air yang keruh dan berbau busuk. Selain itu, pertumbuhaan alga
bloom juga akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan nilai konservasi, estetika,
rekreasional dan pariwisata hilang sehingga wang yang banyak diperlukan untuk
menampung biaya sosial dan ekonomi bagi mengatasi masalah ini.

Punca utama berlakunya proses eutrofikasi ini adalah fosforus. Gambar rajah 2
di bawah menunjukkan dari mana fosfat ini terhasil.

proses
semulajai
10%
sisa kumbahan industri
penternakan 7%
32%
detergen
11%

baja pertanian
sisa kumbahan 17%
manusia
23%

Rajah 2
Daripada gambar rajah di atas, kita dapat lihat bagaimana aktiviti manusia
mempengaruhi proses ini berlaku. Aktiviti manusia merupakan penyebab utama
masalah ini berlaku dan masalah ini juga dapat diatasi apabila aktiviti-aktiviti ini dapat
dikawal. Sebenarnya, hanya dengan kepekatan 10 part per billion (ppb/sepersatu miliar
bagian) fosforus sudah memadai untuk pertumbuhan alga.

Bagaimana masalah ini dapat diatasi? Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan
untuk mengatasi masalah ini seperti mengetatkan undang-undang untuk mengawal
kadar kelahiran. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan kadar pelepasan fosfat ke dalam
air. Selain itu, kerajaan juga perlu menggalakkan usahawan-usahawan untuk tidak lagi
menggunakan produk-produk yang mengandungi fosfat. Produk-produk makanan yang
dihasilkan juga tidak seharusnya mengandungi fosfat. Sektor pertanian dan juga
penternakan juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengatasi
masalah ini daripada terus berlaku dan menjadi semakin meruncing. Oleh sebab itu,
semua pihak perlulah sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah ini
dan kita perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah ini sehingga ke akar umbi.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat satu atau lebih kandungan fizik,
kimia dan biologi di atmosfera dalam jumlah yang akan membahayakan kesihatan
manusia, haiwan dan tumbuhan, mengganggu estetika dan keharmonian atau merosak
properti. Punca pencemaran udara dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
pencemar primer dan pencemar sekunder. Pencemar primer ialah bahan pencemar
yang terhadil secara langsung dari punca pencemaran udara. Karbon monoksida adalah
salah satu contoh pencemar primer. Pencemar sekunder pula ialah bahan pencemar
yang terbentuk hasil daripada reaksi pencemar-pencemar primer di atmosfera.

Aktiviti manusia

 Transportasi
 Pertanian
 Penternakan
 Industri/kilang
 Power plant
 Pembakaran (perapian, kompor, furnace, insinerator dengan berbagai jenis
bahan bakar)
 Gas buang kilang yang menghasilkan gas berbahaya seperti (CFC)

Punca semulajadi

 Gunung berapi
 Rawa-rawa
 Kebakaran hutan
 Nitrifikasi dan denitrifikasi biologi

Punca-punca lain

 Transportasi amonia
 Kebocoran tangki klor
 Timbulan gas metana dari lahan uruk/tempat pembuangan akhir sampah
 Uap pelarut organik

Jenis-jenis pencemar

 Karbon monoksida
 Oksida nitrogen
 Oksida sulfur
 CFC
 Hidrokarbon
 Ozon
 Volatile Organic Compounds
 Partikulat

Pencemaran udara ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Antara kesan yang paling umum ialah ISPA (infeksi saliran pernafasan akut) sepeti
asma, bronkitis dan gangguan pernafasan yang lain. Beberapa zat pencemar dikenali
sebagai toksik dan karsinogenik. Pencemaran ini juga akan meyebabkan pertumbuhan
terbantut. Tumbuhan-tumbuhan ini juga akan dihinggapi penyakit seperti klorosis,
nekrosis dan bintik hitam. Ia juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid yang akan
menyebabkan berlakunya perkara-perkara berikut :
 Mempengaruhi kualitas air permukaan
 Merusak tanaman
 Melarutkan logam-logam berat yang terdapat dalam tanah sehingga
mempengaruhi kualitas air tanah dan air permukaan
 Bersifat korosif sehingga merusak material dan bangunan
Pencemaran udara ini juga akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan
kerosakan lapisan ozon. Kesan rumah hijau (greenhouse effect) disebabkan oleh
kehadiran CO2, CFC, metan, ozon, dan N2O di lapisan troposfera yang menyerap
radiasi panas matahari yang dipantulkan oleh permukaan bumi. Akibatnya panas
terperangkap dalam lapisan troposfera dan menimbulkan fenomena pemanasan global.
Kesan pemanasan global ialah:

 Pencairan ais di kutub


 Perubahan iklim regional dan global
 Perubahan kitaran (siklus) hidup flora dan fauna

Lapisan ozon berada di stratosfer (ketinggian 20-35 km) adalah merupakan pelindung
alami bumi yang berfungsi penapis radiasi ultraviolet B dari matahari. Pembentukan dan
penguraian molekul-molekul ozon (O3) terjadi secara alami di stratosfer. Pelepasan
CFC yang mencapai stratosfer dan bersifat sangat stabil menyebabkan kadar
penguraian molekul-molekul ozon menjadi lebih cepat dari pembentukannya, sehingga
terbentuk lubang-lubang pada lapisan ozon. Kerosakan lapisan ozon menyebabkan
sinar UV-B matahari tida kdapat ditapis dan akan mengakibatkan kanser kulit serta
penyakit pada tanaman.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk
dan merubah persekitaran tanah semulajadi. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana
kebocoran air kumbahan atau bahan kimia industri atau kemudahan komersial;
penggunaan pestisid, kemasukan air permukaan tanah yang ttercemar ke dalam lapisan
sub-permukaan, kemalangan kenderaaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah;
air limbah dari tempat penimbunan sampah serta kumbahan/polusi industri yang
langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi terma/syarat (illegal dumping).

Pencemaran tanah ini akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan
manusia. Kromium yang terdapat di dalam pestisid dan herbisid merupakan bahan
karsinogenik untuk semua populasi. Ia sangat berbahaya pada kanak-kanak kerana
dapat menyebabkan kerosakan otak, serta kerosakan ginjal pada seluruh populasi.
Pendedahan kronis (terus-menerus) terhadap benzena pada kepekatan tertentu akan
meningkatkan kemungkinan terkena leukemia. Merkuri (air raksa) dan siklodiena
dikenalpasti dapat menyebabkan kerosakan ginjal, PCB dan siklodiena terkait pada
keracunan hati. Organofosfat dan karmabat akan menyebabkan ganguan pada saraf
otot. Berbagai pelarut yang mengandung klorin akan merangsang perubahan pada hati
dan ginjal serta penurunan sistem saraf pusat. Terdapat beberapa kesan terhadap
kesihatan yang ketara seperti sakit kepala, pusing, letih, iritasi mata dan ruam kulit untuk
terdedahan bahan kimia yang disebut di atas. Yang jelas, pada dos yang besar,
pencemaran tanah dapat menyebabkan kematian.

Pencemaran tanah juga akan menyebabkan perubahan metabolism dari


mikroorganism endemik dan antropoda yang hidup di lingkungan tanah tercemar. Hal ini
menyebabkan kemusnahan pelbagai spesies primer dari rantai makanan, yang dapat
memberi akibat yang besar terhadap pemangsa atau tingkatan lain dari rantai makanan
tersebut. Selain itu, sector pertanian juga akan mendapat kesan akibat daripada
pencemaran tanah ini. Hasil pertanian akan menurun dan pencemaran ini juga akan
menyumbang kepada berlakunya hakisan tanah. Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk
mengatasi masalah ini perlulah dilakukan untuk mengelakkan daripada masalah menjadi
semakin teruk.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui
remediasi dan bioremediasi. Remediasi adalah kegiatan untuk membersihkan
permukaan tanah yang tercemar. Terdapat dua jenis remediasi iaitu in-situ (atau on-site)
dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site bermaksud pembersihan di lokasi.
Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi),
dan bioremediasi. Pembersihan off-site pula meliputi penggalian tanah yang tercemar
dan kemudian dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di daerah aman, tanah tersebut
dibersihkan dari zat pencemar. Caranya ialahtanah tersebut disimpan di bak/tanki yang
kedap, kemudian zat pembersih dipompakan ke bak/tangki tersebut. Seterusnya zat
pencemar dipompakan keluar dari bak yang kemudian diolah dengan instalasi pengolah
air limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.

Bioremediasi adalah proses membersihkan tanah yang tercemar dengan


menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah
atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak
beracun (karbon dioksida dan air). Rajah 3 menunjukkan proses bioremediasi.
Rajah 3 : Kitaran aktiviti bioremidiasi

Here is how it works:

A: The waste material is examined and certain bacteria are isolated based on their
efficiency at digesting and converting the waste.

B: The bacteria then go through a series of tests for performance and safety.

C: Biostim®'s bacteria are next placed back in the waste environment in high
concentrations.

D: The Biostim® bacteria grow and thrive and in the process digest and convert the
waste into carbon dioxide and water.

E: The bacteria die-off naturally.

You might also like