You are on page 1of 18

1

SOALAN DEFINISI KONSEP

1) Dasar Awam

Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku yang tertentu
dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan dan badan
perundangan. Ianya juga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh individu dan
kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan negara bagi mencapai
matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan negara. Contohnya
masalah social, masalah ekonomi, masalah pertanian dan lain-lain. Malahan,
pembentukan dasar awam tidak hanya akan ditentukan oleh pihak kerajaan malahan
pihak swasta turut mempengaruhi dalam penggubalan dasar atau pun polisi.

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan pengertian. Menurut
Robert Eyestone (1971:18), dasar awam ialah hubungan di antara unit-unit kerajaan
dengan persekitarannya. Namun, definisi ini agak luas yang menyebabkan pembaca
kurang faham maksudnya. Thomas R. Dye (1978 : 1) pula menyatakan bahawa dasar
awam sebagai apa-apa sahaja pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak.
Ahmad Atory Hussain (1990 : 1) pula menyatakan dasar awam ialah program atau
projek yang dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Menurut Prof. Richard Rose (1969) pula, beliau menjelaskan dasar awam merupakan
satu siri aktiviti atau kegiatan yang berpanjangan sama ada sedikit atau banyak yang
melibatkan keputusan yang konkrit walaupun kesannya berbeza berbanding keputusan
yang diambil. Takrifan daripada beliau lebih jelas dan bermakna kerana dasar awam
dianggap sebagai satu bentuk atau siri tindakan yang berterusan.

Daripada beberapa definisi dasar awam yang telah dikemukakan, dapatlah


disimpulkan bahawa dasar awam merupakan suatu tindakan yang berorientasikan
matlamat dan tujuan.

2) Pendekatan Logik-Positif
2

Pendekatan logik-positif ini yang sering kali dikenali dan dikaitkan dengan
pendekatan kelakuan atau pendekatan saintifik yang menganjurkan penggunaan teori
deduktif , model pengujian hipotesis, data mentah, kaedah perbandingan dan analisis
statistik mendalam (rigorous). Saintifik dalam konteks ini mempunyai banyak
makna. Pertama ia bermaksud penjelasan penggunaan konsep utama dalam
analisispolisi, sebagai contoh konsep seperti pelaksanaan polisi didefinasikan dengan
lebih teliti berbanding dengan masa lepas. Sebelum ini, pelaksanaan telah
didefinasikan sebagai dikotomi ‘ya’ atau ‘tidak’ berbanding dengan proses merangka
garis panduan, memperuntukkan data, memantau prestasi dan menyemak semula
statut. Kedua ia bermakna melakukan pencarian daripada satu teori kelakuan polisi
yang eksplisit dan menguji teori ini dengan hipotesis. Ketiga ia bermaksud
penggunaan data iaitu hard data, membina pengukuran yang baik dalam sesetengah
fenomena dan secara idealnya menguji sesetengah penerangan yang melangkaui
masa. Pendekatan ini bermula dengan ‘revolusi kelakuan’ dalam sains sosial selepas
perang dunia kedua. Ia telah berkekalan selama lebih 50 tahun dan menjadi
pendekatan epistemologikal yang dominan dalam bidang sains politik. Pendekatan
saintifik ni dikatakan dibuat bukanlah tanpa kritikan. Namun begitu mereka
mendebatkan bahawa ia menganggap proses polisi sebagai satu ‘projek nasional’ .
Sebetulnya proses polisi lebih kompleks daripada perspektif ini, dan ia tidak
bersandarkan dirinya kepada analisis . Kritikan ini telah mengambil bentuk suatu
nyah-pembinaan (deconstructution postpositivst) dalam kaedah kelakuan tradisional
dan menghujah bahawa pendekatan penyertaan dalam analisis polisi awam sebagai
gantinya .

3) Pendekatan Penyertaan
3

Pendekatan penyertaan berkait dengan pendemokrasian penyertaan awam dalam


pembentukan polisi. Pendekatan ini digunakan untuk menilai peranan pelbagai
pelaku atau aktor dalam pembuatan polisi. Pendekatan ini juga terlibat dalam sidang
dengar secara terbuka untuk semua pihak daripada pihak berkuasa hinggalah rakyat
biasa, ia bertujuan supaya maklumat dikumpulkan agar pihak pembuat keputusan
boleh membuat cadangan dan keputusan yang lebih baik. Ini penting sebagai
petunjuk dalam penetapan agenda, formulasi politik dan pelaksanaan polisi
berbanding peringkat lain dalam proses tersebut.

4) Dasar Substantif dan Prosedural


4

Dasar substantif merupakan dasar yang melihat kepada apa yang bakal dilaksanakan
oleh kerajaan seperti pembinaan taman permainan, pemberian subsidi kepada nelayan,
pencegahan wabak penyakit dan sebagainya. Dasar ini akan memberikan kebaikan dan
keburukan secara langsung serta faedah dan kos kepada rakyat.

Dasar prosedural merupakan dasar peraturan dan ianya pula sebaliknya berbanding
dasar substantif. Ia berkaitan cara-cara yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau
sesiapa yang terbabit dalam pelaksanaan melakukan atau melaksanakan sesuatu
perkara dan juga berkaitan tindakan yang boleh diambil. Hal ini menjelaskan bahawa
dasar prosedural melibatkan penyediaan undang-undang bagi mencegah perkara-
perkara yang bercanggah dengan undang-undang, menentukan proses dan teknik yang
boleh digunakan di dalam program pembuat dasar, penubuhan agensi pentadbiran dan
juga menyediakan bidang tugas Presiden atau Perdana Menteri, kehakiman dan lain-
lain yang berada di bawah kawalan operasinya.

Dasar prosedural penting dalam menilai kesan-kesan atau akibat substantif kerana
ianya melibatkan bagaimana sesuatu perkara telah dilaksanakan atau siapa yang
terlibat di dalam pelaksanaannya. Ianya mungkin boleh membantu dalam menentukan
apa yang benar-benar telah dilaksanakan atau dihasilkan. Keadaan ini akan
mengakibatkan banyak usaha akan dilakukan menggunakan isu prosedural sekiranya
bertujuan untuk menangguhkan atau mengelakkan penerimaan keputusan dasar
substantif.

5) Dasar Simbolik dan Material


5

Dasar simbolik merupakan salah satu dasar yang bertujuan memberikan perangsang
kepada masyarakat dengan cara yang simbolik. Apabila disebut simbol, ianya merujuk
kepada lambang tertentu dalam sesebuah negara. Contohnya di Malaysia terdapat
beberapa simbol seperti bunga raya, jalur gemilang dan juga lagu Negaraku. Jika
lambang atau simbol kebanggan negara dihina pastinya akan menimbulkan kemarahan
kepada rakyatnya dan juga pemimpin. Sebagai contoh, sekiranya lagu Negaraku
diubahsuai menjadi tidak senonoh ia akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada
lambang negara dan akan dikenakan tindakan. Malahan sekiranya ianya melibatkan
antara dua negara pastinya ia akan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua
negara.

Di samping itu, dasar simbolik juga boleh dikaitkan dengan semangat


nasionalisme dan politik di kalangan rakyat negara itu. Sebagai contoh, Rukun Negara
digubal untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang bangsa
berasaskan cara hidup demokratik bagi membentuk masyarakat yang aman makmur
dan hidup secara adil dan saksama.

6) Model Deskriptif
6

Model ini adalah untuk menerangkan dan untuk meramal punca-punca serta kesan
pilihan dasar. Contoh model terbaik yang menggunakan model deskriptif ialah
Laporan Coleman yang mana dengan pelbagai penerangan tentang pencapaian pelajar
yang telah dinilai di antara satu sama lain. Daripada laporan itu, ianya menjelaskan
bahawa faktor latar belakang keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi
pencapaian pelajar berbanding dengan faktor-faktor lain seperti kualiti fakulti atau
jumlah sumber-sumber yang ada di sekolah. Faktor-faktor yang diperolehi yang
dikenalpasti akan ditentukan sebagai satu faktor yang dominan. Hal ini boleh
disimpulkan bahawa model deskriptif sangat banyak digunakan dalam kajian
mengenai dasar awam.

7) Model Normatif
7

Model ini merupakan satu alternatif kepada model deskriptif yang mana ianya tidak
hanya menerangkan atau meramalkan tetapi juga menyediakan peraturan-peraturan
dan memperakukan bagi mengoptimumkan pencapaian beberapa nilai. Sebagai contoh
kita berminat dalam memastikan cara terbaik untuk mencegah kebuluran di dunia, kita
menilai beberapa dasar-dasar pilihan seperti bantuan makanan, bantuan kewangan,
rancangan kawal-kelahiran, pendidikan dalam usaha atau bentuk sumbangan mereka
bagi meringankan kebuluran. Hasil yang ditemui bahawa bantuan adalah mencegah
atau mengurangkan kebuluran. Bantuan makanan akan menyumbangkan pertumbuhan
populasi, di mana ia meningkatkan jumlah mereka yang akan mengalami kebuluran.
Sebaliknya, program pendidikan dan teknologi mengawal kelahiran adalah lebih
berkesan dalam mengurangkan bilangan mangsa kebuluran. Oleh sebab itu, ada model
yang menerangdan meramal seperti cadangan mengenai cara mengoptimunkan nilai
seperti dalam kes seperti membasmi kebuluran di negara sedang membangun.

8) Teori Institusionalisme
8

Teori institusionalisme merupakan satu teori yang mana ia merupakan satu kegiatan
institusi-institusi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses perancangan,
pembuatan, pelaksanaan, penguatkuasaan dan juga penilaian. Institusi-institusi (semua
agensi kerajaan) mempunyai kuasa yang sah bagi melaksanakan dasar yang telah
diluluskan oleh pihak kerajaan . Jika sesuatu dasar belum dilaksanakan lagi dan boleh
dikuatkuasakan oleh institusi-institusi kerajaan, ia tidak boleh dianggap sebagai satu
dasar. Melalui institusi tertentu seperti yang dinyatakan, kerajaan berupaya
menyalurkan agar dasar yang telah dilaksanakan sampai kepada semua lapisan
masyarakat

9) Teori Elit
9

Elit menurut Harold D. Lasswell et al. (1952:13) adalah merangkumi golongan


pemegang kuasa dalam sistem dan badan politik iaitu kerajaan bagi sesebuah negara.
Dalam teori ini arahan diterima daripada pihak atasan dan mengalir ke bawah. Dari
segi aliran kuasa, semakin tinggi kedudukan di dalam hierarki, semakin tinggi
kuasanya.

Terdapat beberapa unsur penting dalam teori elit antaranya ialah kuasa, jumlah
yang berkuasa, mobiliti golongan bukan elit, golongan elit berkongsi pendapat, nilai
elit di dalam dasar awam dan juga darjah apati yang mana ia meliputi keaktifan dan
keghairahan dalam mempengaruhi rakyat. Dari segi kuasa, masyarakat di dalam
negara di bahagikan kepada masyarakat yang berkuasa dan dikuasai. Dari segi jumlah
yang berkuasa pula adalah hanya minoriti yang memerintah dan majoriti yang
diperintah. Dari segi mobiliti golongan bukan elit, mereka bergerak secara perlahan
dan berterusan untuk memelihara kemantapan dan mengelakkan revolusi. Golongan
elit berkongsi pendapat dari segi nilai-nilai asas dalam sistem sosial. Nilai elit di dalam
dasar awam bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai elit itu sendiri tetapi bukannya
merupakan permintaan daripada rakyat kerana rakyat tidak mempengaruhi elit politik
tetapi elit yang mempengaruhi rakyat.

Teori elit akan menyebabkan beberapa kesan kepada analisis dasar awam.
Antaranya adalah dasar awam hanya melambangkan kehendak golongan elit bukannya
kehendak orang ramai. Malahan dasar awam hanya boleh dibuat pengubahsuaian atau
pindaan tetapi amat jarang diganti. Selain itu, dasar awam yang dibuat bukan
tanggungjawab rakyat tetapi tanggungjawab golongan elit walaupun pada asasnya
untuk manfaat rakyat. Di dalam sistem politik apabila semakin tinggi sikap apati dan
pasif rakyat, semakin tinggi monopoli dan manipulasi golongan elit kepada rakyat.
Dasar awam juga tidak ditentukan oleh rakyat tetapi ditentukan oleh golongan elit.
Malahan peranan rakyat hanyalah ketika pilihanraya bagi menentukan siapa yang akan
memerintah. Kesan lain adalah suara orang ramai akan mempengaruhi kestabilan dan
kelangsungan sistem golongan elit ini.

10) Dasar Perindustrian Negara


10

Dasar Perindustrian Negara merupakan salah satu daripada usaha pembangunan


kerajaan dalam memajukan ekonomi negara. Melalui dasar perindustrian negara,
kerajaan mahu mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor
pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Sekaligus mampu
untuk memacu ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara maju yang lain.
Antara objektif yang terdapat di dalam Dasar Perindustrian Negara ialah menjadikan
sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi
keseluruhannya, menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara,
meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan sebagai asas
bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana,


membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak
mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan
projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat
memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

11) Islam Hadhari


11

Perkataan ‘hadhari’ membawa maksud yang bertamadun. Oleh itu, Islam hadhari
nolehlah dikatakan menekankan aspek ketamadunan di dalam Islam. Di dalam bahasa
Inggeris ianya disebut ‘Civilizational Islam’ dan dalam bahasa Arab ia disebut ‘Al-
Islam al-Hadhari’.

Oleh itu, takrifan Islam Hadhari yang lengkap ialah suatu pendekatan pembangunan
manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada
perspektif tamadun Islam. Malahan Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam
yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi
cabaran hidup di alaf baru. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih
lengkap dan menyeluruh. Malahan ianya tidak menolak bahawa aspek ritual penting
dalam pembinaan tamadun.

Antara objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat
yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap dalam menanggani cabaran
semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

12) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


12

Bidang Keberhasilan Utama Negara dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi
mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan
objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenalpasti
sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA). Terdapat enam NKRA yang
telah diputuskan kabinet iaitu mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri),
membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri),
mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia),
mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah (Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), mempertingkatkan
infrastruktur asas luar bandar (Kementerian Luar Bandar dan Wilayah) dan
memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan). Demi
mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin,
pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di
samping itu, segala input dan maklum balas dari peringkat akar umbi, sektor swasta
dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

13) Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA)


13

Merupakan salah satu program di bawah ETP ( Economic TranformationProgramme) ,


Bidang Ekonomi Utama Nasional ini menfokuskan kepada 12 bidangekonomi utama
negara. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk
menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas
NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan
Kewangan; Pelancongan; Perkhidmatan Perniagaan; Elektronik dan Elektrikal;
Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; PenjagaanKesihatan; Kandungan
Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater KualaLumpur / Klang Valley
Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA.

NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan,


pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan mendapat perhatian khusus Perdana
Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan
untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA. Program-
program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan
yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA
membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain. Pelantikan sektor-
sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-
sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna.
Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan diguna pakai untuk sokongan lain yang
disediakan oleh kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan
usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan perubahan
regulatori. NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan
mempunyai mekanisme laluanpantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau
sebarang penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan
bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan
menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara
yang bakal dijana oleh sektor-sektor ini dalam memacu pembangunan ekonomi
negara.

14) Program Transformasi Kerajaan (PTK / GTP)


14

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan dan diterajui oleh Perdana Menteri,
Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009. Objektif GTP adalah untuk
mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan
dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan
memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama
dengan taraf kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah
mencapai Wawasan 2020 yang mana untuk Malaysia mencapai status negara maju
sepenuhnya.

PTK akan dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa pertama dari 2010 hingga 2012, fasa
kedua dari tahun 2012 hingga 2015 dan fasa ketiga dari tahun 2015 hingga 2020.
Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya
adalah untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian
pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah,
mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan juga mempertingkatkan
pengangkutan awam bandar.

15) Program Transformasi Ekonomi (PTE / ETP)

Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang


Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131
Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA) iaitu merangkumi minyak, gas dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan
kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektronik dan elektrik, pemborongan
dan peruncitan, pendidikan, penjagaan kesihatan, kandungan dan infrastruktur komunikasi,
pertanian dan greater Kuala Lumpur.

16) Indeks Petunjuk Prestasi (KPI)


15

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) merupakan suatu sistem pengukuran yang mudah,
berkesan dan membantu sesebuah organisasi dalam menjelaskan dan mengawal tahap
kemajuan suatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras
dengan misi dan visi sesebuah organisasi. KPI sudah banyak diamalkan oleh syarikat
korporat dalam menilai tahap prestasi dan pencapaian mereka.

Penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan kepada 3


perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju organisasi, organisasi dapat memberikan
tumpuan kepada bidang utama dan juga menilai semula prestasi yang telah disasarkan.
Dengan adanya KPI, setiap kakitangan kerajaan akan lebih bersungguh-sungguh dan
berdedikasi bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Malahan KPI dikenakan ke
atas semua kakitangan kerajaan di semua peringkat.

17) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM10: 2011-2015)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri


ke enam pada10 Jun 2010. Ianya mengandungi aspirasi Program Transformasi
Kerajaan dan juga Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,
keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini telah dirancang untuk tempoh lima
tahun akan datang.

RMK10 telah menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara
berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 iaitu meningkatkan nilai tambah
dalam ekonomi negara, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta
memupuk minda kelas pertama, menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang
berterusan, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup, dan mengukuhkan
keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

18) Dasar “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” Kerajaan Negeri


Terengganu
16

Dasar Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ialah satu dasar pentadbiran yang
dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Dasar ini bertujuan untuk memberikan
penumpuan kepada rakyat yang dianggap sebagai penggerak utama kerajaan. Melalui
dasar ini kerajaan negeri Terengganu mahu menjadikan pentadbiran awam negeri yang
cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini selaras dengan
matlamat ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ untuk menjadikan sebuah
negeri maju pada tahun 2020. Di samping itu, perkhidmatan negeri akan terus menjadi
sebahagian daripada jentera yang mendokong slogan merakyatkan pentadbiran dan
pembangunan.

19) Dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor / MES” Kerajaan Negeri Selangor

Merupakan dasar yang dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor pada
tahun 2008. Melalui dasar MES kerajaan negeri Selangor melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti dan membangunkan pelbagai sumber supaya rakyat Selangor
tanpa mengira kaum , agama mahupun fahaman politik dapat sama-sama menikmati
hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negari Selangor. Terdapat 8
program di bawah MES iaitu tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas,
Pusat Khidmat Krisis Sehenti ( OSCC), Bekalan Air Percuma Bagi 20m, Hadiah Anak
Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Program Peningkatan
Hasil Bahan Mineral dan Galian.

20) Dasar “Cekap, Akauntabiliti dan Telus / CAT” Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Dasar Cekap, Akaunbiliti dan Telus ( CAT) merupakan satu dasar pentadbiran yang
dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ia bertujuan bagi memberikan perkhidmatan
yang cekap, akauntabiliti dan telus kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik,
agama, bangsa dan kaum.
RUJUKAN

Malike Ibrahim. 2008. Dasar Awam Di Malaysia: Suatu Pengenalan. IBS BUKU
17

Jabatan Penerangan. Definisi Islam Hadhari. http://pmr.penerangan.gov.my/index. php?


option=com_content&view=article&id=86:definisi-islam-hadhari-&catid=265:islam-
hadhar.

Jabatan Penerangan. Indeks Petunjuk Prestasi. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?


option=com_content&view=article&id=5112:petunjuk-petunjuk-prestasi-utama-atau-key-
performance-indicators-kpi-&catid=16:isu-nasional

Jabatan Penerangan. Dasar Perindustrian Negara. http://pmr.penerangan.gov.my/index.


php?option=com_content&view=article&id=246:dasar-perindustrian-
negara&catid=88:dasar-dasar-negara

Jabatan Penerangan. Enam Bidang Keberhasilan Negara. http://pmr.penerangan.


gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4808:pointers-6-bidang-
keberhasilan-utama-negara-nkra&catid=444:bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-.

Rancangan Malaysia Ke-10. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia


_Kesepuluh

Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=


Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm.

Jabatan Hal Ehwal Khas. MEB, NKEA Lonjak Ekonomi Negara. http://www.jasa.gov.
my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/3-economy/300-meb-nkea-lonjak-ekonomi-
negara.html.

Jabatan Penerangan. Program Transformasi Kerajaan. http://pmr.penerangan.gov.


my/index.php?option=com_content&view=article&id=6815:program-transformasi-
kerajaan-ptk&catid=444:bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-
Unit Perancang Ekonomi. Program Transformasi Kerajaan (GTP).
http://www.epu.gov.my/gtp.
18

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Program Transformasi Ekonomi:


Hala Tuju Untuk Malaysia. http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view
=article&id=2129%3Aprogram-transformasi-ekonomi-hala-tuju-untuk-
malaysia&catid=188&lang=bm

Erti Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran. http://satuganukita.blogspot.com/


2009/01/erti-merakyatkan-pembangunan-dan.html

Ucapan Bajet 2011 Negeri Terengganu Oleh Yab Menteri Besar. Tema: Merakyatkan
Pentadbiran Dan Pembangunan. http://perbendaharaan.terengganu.gov.my/pdf/Ucapan%
20Bajet%202011%20Final.pdf.

Portal Merakyatkan Ekonomi Selangor. http://mes.selangor.gov.my/


mes/lang/malay/main.php.

You might also like