You are on page 1of 2

TAJUK : STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK

MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

LATAR BELAKANG:

1. Kertas Kerja Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid


Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Pusat Bil. 4/2006 pada 23 Jun 2006 dan diluluskan.

2. Kertas Maklumat Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk


Murid Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada 23 Januari 2007 dan
diluluskan.

STATUS TERKINI:

1. Draf Buku Panduan Guru Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan


Untuk Murid Sekolah Malaysia telah siap.

2. Uji rintis Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid


Sekolah Malaysia telah dilaksanakan pada 2006 di seluruh Jabatan
Pelajaran Negeri mengikut sekolah yang terpilih seramai lebih kurang
12,000 murid telah diuji.

3. Norma Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid


Sekolah Malaysia mengikut uji rintis telah dibina.

PENGISIAN UJIAN SEGAK

1. Pengiraan Indeks Jisim Badan

2. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 minit - untuk mengukur dayatahan


kardiovaskular. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90 (mengikut protokol
daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh
Golding L. A., 2000).

3. Ujian Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan – untuk
mengukur dayatahan dan kekuatan otot tangan. Kebolehpercayaan ujian
ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986)

4. Ujian Ringkuk Tubi Separa – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan


otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol
daripada Nieman, 1999)

1
5. Ujian Jangkauan Melunjur – untuk mengukur kelenturan
Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada
AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth
edition oleh Golding L. A., 2000).

PERANCANGAN 2007

1. Norma ujian akan disemak dan diperbaiki. Ujian akan dilakukan di


semua JPN pada bulan Mac mengikut sekolah terpilih.

2. Ujian kecergasan di dua buah Sekolah Sukan Negara akan


dilaksanakan pada bulan Mac atas permintaan YB Menteri Pelajaran.

3. Buku Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia akan dikawal mutu dan dicetak.

4. Pengiktirafan SEGAK daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis


Kecergasan Malaysia akan diperoleh. Perbincangan telah dibuat dan
pengiktirafan diterima secara lisan.

5. Surat Pekeliling Iktisas SEGAK akan disediakan.

6. Taklimat kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Kursus kepada Guru Jurulatih Utama pada bulan Julai dan Ogos.

PERANCANGAN 2008

1. Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan SEGAK diedarkan ke sekolah.

2. Pembelian alatan ujian Segak daripada peruntukan ‘one-off’ PPK.

3. Kursus pendedahan SEGAK kepada guru.

4. Pengumpulan data melalui sistem maklumat murid.

Disediakan oleh:
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bidang Kesenian dan Kesihatan
Jan 2008

You might also like