You are on page 1of 4

Memartabatkan displin di sekolah

Definisi Disiplin

Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya
boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308)

Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah
peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal
tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna


kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak
orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1)

(a) Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini

Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi


yang unik, seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan
disiplin seperti merokok, gengsterism, buli, dadah dan sebagainya.

Merokok

Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari
bertambah parah. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Setiap hari lebih
kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. 30 % daripada remaja
lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun. Bilangan remaja perempuan merokok juga
makin bertambah

BULI DAN GENGSTERISM

Menurut kamus Dewan, buli merupakan perbuatan mendera, mempermainkan


seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. (DBP, 2002 :
186) Membuli ialah perbuatan mempermain-mainkan seseorang, biasanya orang yang
lebih lemah dari pembuli dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang yang
berkenaan.

Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. Berbeza


dengan gengsterism, aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang
tertentu dan setiap individu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Hubungan
antara individu hanyalah sekadar hubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan.

Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama, sejak tahun 1990-
an lagi. Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. Apapun persoalannya, isu ini
sangat penting dan semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar, malah
mula menapak di sekolah-sekolah luar bandar. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah
meliputi salah laku dan jenayah yang melibatkan pergaduhan, buli, peras ugut, mencuri,
membunuh, merogol dan pelbagi salah laku yang lain lagi.
(b) Pelan Tindakan Memartabatkan displin di sekolah

Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan
Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini
mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang
terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan
disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 :
Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu:

a. penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan


tatatertib,
b. pelaksanaan proses tatatertib
c. mengenakan hukuman tatatertib.

1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah

Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam


pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak
semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami
situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu
bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang
ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh
mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan “ …. Guru-guru sepatutnya
mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi peluang
kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi. Murid-murid
perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-
benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli” ( Pendidik, 2006; 60)

Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan


gejala-gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-
risalah kandungan rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan
lagu-lagu kempen anti buli, anti dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan multimedia
seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan memberi
kefahaman dan keinsafan kepada pelajar. Gootman, M.E bersetuju bahawa disiplin yang
berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan.
(Abdullah Sani, 2006; 105)

2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral

Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi


yang paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat
dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan
wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara
masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari.
Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan
tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan
haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah dan
sebagainya, Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang
mempunyai kekuatan jiwa, dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W.
Pembentukan akhlak mulia penting kerana akhlak terbentuk dalam jiwa dan
dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan
sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat
bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui
latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158)

Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail,


di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program
tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr
diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan.
Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam.
Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru-guru agama secara bergilir, dalam
perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu
dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar.

3. Bimbingan dan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif
dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai
pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja
untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak
bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia
kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang
bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah
remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan
penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan
masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya
mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

8. Hukuman dan Dendaan

Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin


ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam
pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak
berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan
supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah ditetapkan
sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang
berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang
pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret
ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun
keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 ( Cedera
parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 (
Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain
benda yang merbahaya) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan
cedera parah), dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan
jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya). (Mohd Ismail
Othman, 2006;83)

5. Pemuafakatan Komuniti

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri
daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai,
Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa
Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin
pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak
sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan
sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka juga boleh
memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-gejala negetif
tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai-
pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada
pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk

penutup

Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang
mudah. Ia memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja
masa kini yang dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Namun harapan
masih ada, asalkan kita komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan
aspirasi dan wawasan negara.

You might also like