You are on page 1of 8

HUTAN PAYA BAKAU

Ekosistem Hutan Bakau


Ekosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di kawasan tropika dan subtropika yang
didominasikan oleh tumbuhan yang beradaptasi khas.

Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang muara sungai besar yang tanahnya berselut, dan di kawasan
persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang surut)

Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi dengan situasi air dan tanah yang
bergaram (bersaliniti).
Pengenalan
Bumi adalah sebuah planet yang amat unik dalam cakerawala ini, bukan sahaja dari segi hidupannya
bahkan cara hidupan itu berinteraksi dengan alam sekitarnya. Walaupun keadaan persekitarannya yang
melampau, masih ada hidupan yang mampu beradaptasi dengan persekitarannya dari gurun yang panas
hinggalah ke kutub yang terlampau sejuknya. Begitu jugalah hutan paya bakau yang hidup di keadaan
berlumpur dan berair masin.

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian
daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan
30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling
kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja
yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor
(24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu
ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia .

Lokasi

Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung dari tiupan angin.

Keluasan di Malaysia

Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;

57 % di Sabah
26 % di Sarawak
17% di Semenanjung Malaysia.
Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang
merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.

Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu
secara mapan.

Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu
dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun .

Hutan Bakau Simpan Matang

Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang
mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang,
kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

•Tanah di kawasan ini juga adalah anaerobik dan kadang-kala berasid, terdiri daripada tanah selut, selut
berpasir atau kadang-kala berpasir.
•Saliniti air boleh berubah daripada tawar kepada masin tetapi kebiasaannya adalah payau (hasil
percampuran air tawar dan air masin)

Hutan Bakau Malaysia

Sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di Perak, Selangor, Johor dan Kedah
Dijumpai di beberapa tempat di pantai timur Semenanjung Malaysia

Sepanjang pantai timur Sabah


Pantai utara dan barat daya Sarawak

Keluasan Hutan Bakau Malaysia

Hutan paya bakau di Malaysia adalah seluas 646,000 hektar.


366,000 hektar terdapat di Sabah
174,000 hektar di Sarawak.
106,000 hektar di Semenanjung Malaysia

Hutan Bakau Utama Terengganu


Hutan Simpan Kekal
- Hutan Simpan Sungai Pimpin, Dungun (62 ha.)
- Hutan Simpan Kuala Kemaman, Kemaman (938 ha.)

Kampung Raja
Lagun Setiu
Kampung Benting Lintang
Kampung Kuala Bharu
Batu Rakit
Sungai Terengganu
Sungai Kuala Ibai
Sungai Merang
Sungai Dungun
Sungai Paka
Sungai Kerteh
Sungai Kijal

Tumbuhan Utama Hutan Bakau


•Pada kebiasaannya, terdapat 4 spesis yang utama iaitu:
•Rhizophora (Pokok Bakau Kurap & Bakau Minyak)
•Avicennia (Pokok Api-api)
•Bruguiera (Pokok Berus / Tumu / Lenggadai)
•Sonneratia (Pokok Perepat / Berembang / Gedabu)

Hutan-hutan ini terdapat secara eksklusif di pesisiran pantai dan sungai yang bertanah serta masin yang
mengalami perubahan pasang surut air laut dan selalunya boleh dibezakan dengan jelas dari hutan paya
gambut yang mana biasanya ia bersempadan. Kira-kira 4% dari semua hutan di negara ini adalah bakau.
Jenis hutan ini seterusnya dibahagikan lagi kepada :
Jenis-jenis hutan bakau

Bakau
Nyireh Bunga
Linggadai
Nipah
Nipah Dungun
Pedada Nibong
Hutan Bakau asal

Hutan bakau ini hampir keseluruhannya dipenuhi oleh satu jenis spesis saja - bakau minyak (Rhizophora
apiculata). Ia merupakan hampir 50% dari jumlah hutan bakau di Daerah Temburong. Spesis ke-dua,
bakau kurap (Rhizophora macronata) juga ada tapi sekali sekala saja, terutamanya di sepanjang pinggir
kuala-kuala dan caruk-caruk sungai.

Hutan Nyireh Bunga

Nyireh bunga (Xylocarpus granatum) boleh terdapat hidup bersama-sama dengan bakau minyak, atau di
dalam hutan-hutan yang sama yang lebih besar terutama sekali di atas tanah yang jarang ditenggelami
air. Timbunan-timbunan tanah udang galah besar selalunya ditutupi oleh pohon paku-pakis (Acrostichum
aureum) dengan banyak sekali. Dirian hutan-hutan yang hampir keseluruhannya nyireh bunga boleh
ditemui di Selirong dan Hutan Simpan Labu.

Hutan Linggadai
Linggadai (Bruguiera gymnorrhiza) ialah satu-satunya spesis dari genus yang terpenting di dalam hutan-
hutan bakau di Temburong. Di Sarawak, banyak atau dirian hutan yang tidak bercampur-campur tiga
spesis lain (B. caryophylloides, B. parviflora dan B. sexangula) boleh ditemui, tapi di Brunei spesis-spesis
ini sama ada tidak wujud atau jarang-jarang berlaku. Hutan linggadai yang tidak bercampur-campur boleh
dijumpai dalam kelompok-kelompok kecil di Hutan Simpan Labu, terutama sekali di sepanjang saliran Sg.
Sipuyut.

Hutan Nipah

Tumpuan-tumpuan asli palma di tebing-tebing sungai dan zon-zon riparian di kawasan-kawasan pantai.
Ini dapat ditemui di sepanjang tanah-tanah rendah di sungai-sungai Pendaruan, Temburong dan Labu,
dan di sepanjang tebing-tebing hiliran sungai-sungai Tutong dan Belait.

Hutan Nipah-Dungun

Hutan nipah bersama dungun (Heritiera globosa) yang bertingkat-tingkat, yang boleh mencapai ukuran
yang begitu besar. Ini terjadi pada had tertinggi yang dapat dicapai oleh perubahan kemasinan air,
khususnya di sepanjang Sungai-Sungai Temburong dan Labu. Menuju ke arah had-had sungai yang
lebih bawah pembahagiannya, buta buta (Excoecaria agallocha), linggadai dan beberapa bakau mungkin
wujud.

Hutan Pedada

Sejumlah kecil tumbuh-tumbuhan yang rumpun, pedada (Sonneratia caseolaris) terdapat pada tanah
yang baru termendap di sepanjang pinggir Sungai Temburong dan Labu. Spesis ini adalah lebih terkenal
di Kuala Labu Temburong.

Hutan Nibong
Palma nibong (Oncosperma tigillarium) yang panjang lagi berduri ialah spesis bakau yang di
pertengahan, terdapat dalam kawasan setempat yang kecil kepada ukuran yang sederhana
berkelompok-kelompok di bahagian perbatasan arah darat hutan bakau terutama sekali di sungai
setempat yang lebih tinggi.
Habitat bakau

Buaya Muara.
Ketam Rebab
Ketam Lumpur
Ikan Belacak
Udang Kara
Ular Bakau
Lotong Kelabu
Memerang Licin
Berok
Kelawar.
Hidupan hutan bakau

Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari
makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang
dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya ;
Siput
Tiram Teritip

Burung

•Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies
burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah
plankton , tumbuh- tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-
ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang
disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu

Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah

Burung Bangau (Burung Bangau Kecil dan Burung Bangau Putih Besar)
Burung Pucung (Burung Pucung Keladi dan Burung Pucung Seriap)
Burung Botak Upeh
Burung Helang Merah
Burung Helang Siput
Burung Pacat Bakau
Burung Murai Bakau
Burung Sambar Biru Bakau
Burung Pekaka Sungai

Kepentingan Hutan Bakau

Kepentingan Ekologi
Kaya dengan kepelbagaian biologi
- Menjadi habitat kepada banyak tumbuhan & haiwan endemik dan terancam
- Menjadi tempat persinggahan,pemakanan dan pembiakan bagi banyak burung air dan burung
penghijrah.
-menjadi kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran untuk banyak spesies akuatik terutamanya
udang dan ikan
* Memusnahkan satu atau lebih spesies akan menyebabkan kerosakan kepada seluruh ekosistem

Kepentingan Ekonomi

Membekalkan kawasan pemakanan, pembiakan dan tumbesaran yang baik kepada banyak spesies
udang dan ikan komersil.
Memberikan sumber makanan, cth: ketam, ikan dan udang
Memberikan pulangan yang tinggi kepada negara melalui hasil perikanan
Membekalkan bekalan kayu yang boleh ditebang secara mapan
Menjadi habitat kepada banyak pokok dan haiwan yang jarang terdapat di tempat lain yang boleh
menarik pelancong dan menjana ekonomi.

Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :


Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai
yang kencang.
Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut
taufan.
Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian
yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung
residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah,
Perlis dan Perak

Fungsi Fizikal Hutan Bakau

Pelindung persisiran pantai sebagai penampan ombak semulajadi, arus pasang surut dan ribut
Penghalang kemasukan air masin ke kawasan daratan
Perangkap sampah, nutrien, mendakan dan bahan toksin
Penyimpan karbon dioksida
Kepentingan umum Hutan Paya Bakau
Kehidupan manusia amatlah berkait secara langsung mahupun tidak dengan hutan paya bakau ini, dari
hutan itu sendiri hinggalah kepada peranan peranan hutan itu menstabilkan geofizikal sesuatu kawasan.
Nilainya tidak kurang dari hutan jenis hutan tropika lain. Lagipun kepentingan hutan ini bukannya hanya
kepada nilai hutan itu sendiri tetapi kerana kedudukannya strategik di perbatasan antara lautan dan
daratan. Berikut disenaraikan hubungan kepentingan antara hutan paya bakau dengan manusia:-

Hutan paya bakau adalah sempadan antara daratan dan lautan. Semua persisiran pantai menghadapi
bahaya hakisan akibat tindakan ombak dan arus pasang surut. Vegetasi hutan paya bakau dapat
menstabilkan persisiran pantai, tebingan sungai dan estuaries dengan memberi perlindungan dari arus
pasang surut, ombak dan ribut. Dipercayai kekerapan Bangladesh dilanda banjir adalah akibat
kehilangan kawasan paya bakau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Hutan paya bakau bukan sahaja melindungi daripada hakisan tanah tetapi mengumpulkan semula tanah
yang terhakis dari laut. Ianya berlaku apabila ombak menolak tanah/lumpur dari laut ke daratan dan
hutan paya bakau dengan sistem akarnya yang unik dapat menggumpul tanah berkenaan. Ini merupakan
fenomena yang unik, kerana kecenderungan laut untuk menengelami daratan

Hutan paya bakau merupakan tempat yang sesuai bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam,
udang dan, kerang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar
sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan ini ianya bukan sahaja memberi kesan tidak langsung
tetapi juga kesan langsung ke atas ekonomi sesebuah negara akibat kehilangan pendapatan dari industri
perikanan.

Dikebanyakan negara di Asia Tenggara dan Pasifik, hutan paya bakau dikomersilkan dengan
mengeluarkan kayu untuk pembinaan, kayu api dan arang. Pengalaman menunjukkan bahawa jika aktiviti
ini diurus dengan sempurna, ianya dapat menghasilkan barangan tanpa merosakkan hutan ini dengan
teruk dan sementara itu ianya boleh mengekalkan sebagai nursery bagi hidupan laut.
Disesetengah tempat terutamanya India, pengambilan tanin dari pokok bakau masih lagi dijalankan.
Tanin ini digunakan dalam industri kulit.
Walaubagaimanapun, keunikan kawasan hutan ini menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies
burung yang berhijrah dari hemisfera selatan ke utara dan sebaliknya akibat dari peredaran musim. Ianya
boleh dieksploitasikan untuk pelancungan tanpa mengorbankan hutan itu sendiri dari tuntutan komersial.
Tidak dapat digambarkan bertapa pentingnya kawasan ini kepada manusia samada secara langsung
mahupun tidak. Jika kawasan ini dimusnahkan tunggu shajalah akibatnya.

Kegunaan Hutan Bakau

Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan
persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta
ringgit setahun.
Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.
Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai
rasuk, alang, pelancar dan tiang)
.Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan
Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api
Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan
pelekat plastik.
Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh
penduduk setempat
Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya).
Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta
penganyaman bakul dan tikar.

UBAT-UBATAN DARI HUTAN BAKAU

Kulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya digunakan untuk merawat mata
Asap pembakaran kulit kayu pokok Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit kusta
Buah Pong-pong digunakan sebagai racun tikus.

Ekstrak kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam malaria

Masalah hutan bakau

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :
penukaran tanah
penebangan hutan
penebusgunaan
pencemaran.

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

akuakultur
ternakan ikan dalam sangkar
kolam ternakan udang dan ikan air masin
Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.
Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau
taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa
tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan
sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam

Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia
juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi,
kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak
berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.

Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah
menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang
istimewa.
Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang
dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk
mendapatkan oksigen.
Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau
dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.
Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan
anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah
percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus
mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih
lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan
tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke
tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

Ancaman Terhadap Hutan Bakau

Penebangan hutan bakau secara terlarang


Penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanian
Penukaran kawasan hutan bakau kepada kolam akuakultur
Penukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pembangunan bandar dan industri
Penggunaan peralatan perikanan yang merosakkan
Pencemaran (minyak, bahan buangan)
Pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan bakau

Mahu membantu memulihara hutan bakau?

Akar pokok bakau yang unik ini dapat membantu ianya tumbuh dengan baik di kawasan berlumpur dan
arus pasang surut.

You might also like