KAJIAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat. Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas.

Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya. Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.

2.0

DEFINISI PELAJAR BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada

bahasa tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang didengarinya. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi kemahirannya. Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor pengaruh yang diperoleh oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan, perkembangan kognitif, daya diskriminasi (pengamatan), pengalaman, persekitaran, emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990). Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Pakar dalam bidang ini berpendapat kanak-kanak bermasalah bahasa ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan di fahami dengan mudah untuk berkomunikasi. Ada pendapat menyatakan komunikasi, bahasa dan pertuturan adalah dalam konteks yang sama tetapi pengkaji bahasa berpendapat terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga itu. Menurut Owen (1990), komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan berkongsi idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat tersebut diterima dan saling memahami. Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui tanda isyarat, gerakan badan, eye contact dan ekspresi.

Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanak- kanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring. Masalah komunikasi mungkin timbul daripada masalah pertuturan. masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali. kandungan bahasa dan fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi.1 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain.0 2. Komunikasi normal biasanya bergantung pada pertuturan dan bahasa. Kesan masalah bahasa dan komunikasi adalah seperti berikut: . Mengikut Charles Van Riper (1905-1994). Manakala masalah bahasa ditakrifkan mengikut The American Speech and Hearing Association (1993). Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran. Walau bagaimanapun. seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan. malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala seperti terencat akal ataupun autisme. dilakukan diagnosis ke atasnya dan diberi tindakan. atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. pertuturan dan bahasa. Hal ini mungkin melibatkan bentuk bahasa. Masalah komunikasi. merupakan masalah dalam kefahaman dan penggunaan sistem simbol bahasa (seperti lisan. penulisan dan lain-lain). Berdasarkan definisi tersebut. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk.2. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan.

Hal ini mendatangkan kesukaran dalam penyesuaian hubungan sosial. sumbing. Satu lagi adalah pertuturan yang belum matang seperti percakapan anak-anak contohnya pertuturan µtertinggal¶ huruf ataupun perkataan. kurang upaya dan sebagainya secara tidak langsung. tertinggal dan tambahan kepada bunyi-bunyi itu. masalah pendengaran dan . 2. Antara masalah komunikasi ialah gangguan percakapan. Contohnya Razali disebut µLajali¶. Gangguan cara bercakap adalah lencongan yang melibatkan gentian. Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak ini memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang yang mendengar. mengganggu kanak-kanak belajar dan menyekat percampurannya dengan kawan-kawan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga menghadapi kesukaran memahami istilah dan perkataan apabila bertutur atau kesukaran menggabungkan perkataan untuk melafazkan pemikiran. Masalah cara bercakap adalah paling ketara dalam kesemua masalah komunikasi di dalam kelas. Oleh itu. Masalah komunikasi melibatkan emosi seperti rasa malu.2 Masalah pertuturan. Ada kalanya kanak-kanak yang mengalami gangguan pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti cerebral palsy. ataupun cara kanakkanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan.Kelemahan sewaktu berkomunikasi berkait rapat dengan kelemahan murid menggunakan bahasa lisan dengan jelas dan berkesan. Cara percakapan mereka hanya difahami oleh kumpulan berkenaan yang tertentu sahaja. Bertutur ialah proses komunikasi yang amat berguna dan kesannya adalah pada pembelajaran. Gentian yang sering dan gemar dilakukan oleh murid-murid adalah seperti bunyi µr¶ diganti dengan µI¶ dan µz¶ dengan µj¶. hal ini juga sukar dimengerti kalau kita tidak pernah bercampur gaul dengan mereka yang berkenaan. Tambahan pula sekiranya mereka bertutur terlalu gopoh akan menjadikan percakapan itu lebih sukar untuk kita fahami.

terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi adalah terhad. kanak-kanak ini menghadapi masalah bahasa iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Hasil daripada kajian. . Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil. mereka berasa kecewa dan menunjukkan tingkah laku yang agresif. Antara ciri-ciri bagi kecacatan ini ialah masalah artikulasi/fonologi. kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain. sengau dan gagap. Kanak-kanak ini diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat. suara kasar. Kebanyakan perkembangan lambat berkait dengan peluang yang terhad untuk belajar. perbualan dan pemahaman. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur. Masalah dalam aspek bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu: i) Perkembangan lambat.3 Masalah bahasa. dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini tidak mampu menyatakan keperluan.dyspraxia. tiada bunyi yang keluar apabila bercakap. manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Apabila ia merasa sukar untuk orang lain memahaminya. 2. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbangkan kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat.

Justeru. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa dapat di kesan daripada perbualan. Oleh itu.ii) Kecacatan berbahasa. Mereka menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun member jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yang diberikan. Kanak-kanak ini dikenal pasti berdasarkan kemahiran yang dipelajari. guru perlulah memahami keadaan kanak-kanak ini. pelahiran auditori (bertutur). . penerimaan visual (membaca) dan pelahiran visual (menulis). Misalnya. Selain itu.Kanakkanak dalam kategori bermasalah bahasa dan komunikasi tidak dapat memahami penerangan seterusnya dapat menimbulkan masalah tingkah laku. ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. penerima auditori (mendengar). beliau akan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi. Guru yang efektif ialah insan yang sedar terdapat kemahiran dan kelebihan yang tidak nampak secara luaran dalam diri kanakkanak ini. Hal yang demikian adalah seiring dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh ahli patologis bahawa kemahiran berbahasa berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu iaitu peringkat bahasa dalaman. sukar mengingat nama-nama benda dan sering terganggu percakapan hingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut. kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga sering kali menggunakan tatabahasa yang tidak tepat.

Hal demikian disebabkan terdapat perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21).1 PUNCA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID YANG TERLIBAT. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. b) Faktor neurologi Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf. . kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga menyebabkan terjejasnya sistem neurologi. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya. c) Faktor perinatal (semasa kelahiran) Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran.4.0 4. Memandang kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Namun. pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities) ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia). Punca masalah bahasa / pertuturan Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. kita boleh mengkategorikan punca adalah seperti berikut seperti berikut : a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko masalah ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki. terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa.

Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk sokongan ini. f) Faktor persekitaran / sosial Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal persekolahan anak. maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak. Selain itu. . Faktor ini juga boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal. mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar berkenaan. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah laku serta pencapaian akademik anak.d) Kehilangan pendengaran Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual. kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran(contoh: infeksi otitis media yang kronik). emosi dan kognitif. iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun). e) Kerencatan kognitif / mental Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ). pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa. Penglibatan ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka.

Dengan demikian. kanak-kanak bermasalah bahasa ini diuji daripada aspek tingkah laku dan kesukaran di dalam penggunaan lima komponen bahasa iaitu aspek fonologi. kanak-kanak ini mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul.4.semantik dan pragmatik. Bunyi-bunyi vokal dan konsonan juga sukar untuk dibezakan dan kebolehan untuk memahami bacaan bibir bergantung pada tahap penguasaan bahasa dan pengetahuan tentang konteks bahasa. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak cerebral palsy. morfologi.2. Hal ini berdasarkan masalah yang mereka hadapi iaitu masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Daripada kajian yang telah dijalankan. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah tidak dapat menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai. Kadang-kadang mereka bercakap dengan nada yang terlalu tinggi dan tidak sesuai . Oleh sebab itu.2 Punca-punca masalah komunikasi. sintaksis. Kanak-kanak ini juga mengalami masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. 4.1 Fonologi Kajian mendapati bahawa 70 % daripada kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata-kata. Namun cara ini boleh menimbulkan masalah untuk membezakan bunyi yang hampir sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah bahasa juga menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan. masalah auditori atau sistem saraf mulut yang tidak normal. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah artikulasi. bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak ini tidak konsisten kerana beberapa faktor yang mempengaruhi seperti kepelbagaian kaedah dan penilaian yang menghasilkan keputusan yang berbeza-beza serta keadaan tertekan kanak-kanak semasa situasi ujian dijalankan. kognitif. bukan mudah untuk membuat sesuatu rumusan dalam masalah ini. Secara umumnya. Masalah ini dialami oleh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran. Mereka juga mengalami masalah penerimaan input auditori dan visual yang menyebabkan timbul masalah kesukaran memahami dan mempelajari pertuturan.

Sebagai contohnya. Di samping itu. Kefahaman mereka menggunakan kefahaman tatabahasa lebih kepada ayat yang kompleks. Contohnya kanak-kanak Autisme. Kanak-kanak masih tidak tahu membezakan tatabahasa yang digunakan dan menganggap ianya sama. Selain itu. 4. Keadaan ini pada dasarnya adalah disebabkan oleh perbendaharaan kata yang terkumpul pada kanak-kanak tersebut amat kurang.dengan konteks ayat. kanak-kanak mula mempelajari tatabahasa.3 Sintaksis Pada tahun persekolahan. mereka juga . Mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata. Kanak-kanak bermasalah bahasa ini juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.2. Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa antara lain turut bermasalah untuk membuat ujaran terhadap ayat-ayat kompleks. Mereka juga menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana kadar penambahan purata panjang ujarannya amat lemah (Men Of Utterance-MLU). menerangkan sesuatu atau menggulung ayat. Tafsiran makna ayat juga berdasarkan turutan perkataan kerana kebiasaan menggunakan peraturan ayat ringkas (subjek-aksi-objek).2 Morfologi Berdasarkan kajian ini juga kanak-kanak bermasalah bahasa kebanyakannya tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam pertuturan mereka. 4. Mereka sering terkeliru dengan ayat-ayat pasif. mereka tidak dapat menulis dengan baik berbanding dengan pertuturan.2. makanan akan jadi µmakan¶ sahaja dan minuman akan jadi µminum¶ sahaja. Mereka sering keliru dengan penggunaan bahasa kerana hanya memikirkan logik ayat sahaja. Hal yang demikian kerana mereka tidak dapat membezakan ciriciri prosodi. mereka juga mengalami kelewatan di dalam memulakan kombinasi perkataan. ³Adam diikuti oleh kanak-kanak´ tetapi kanak-kanak menggambarkan ³Adam mengikuti dan berada di belakang kanak-kanak´. Dari aspek penulisan pula. Contohnya. Kanak-kanak ini kurang menggunakan imbuhan akhiran dan bertindak menggugurkannya di dalam penggunaan ayat. Mereka juga menghadapi masalah untuk memberi penjelasan.

Mereka lebih mudah mempelajari konsep-konsep yang berkait seperti saiz dan ruang. Mereka akan lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan. Penggunaan bahasa juga terlalu berstruktur dan berbentuk streotaip menyebabkan kurangnya variasi bahasa.4 Semantik Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut kategori. walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa boleh memberi kefahaman kepada mereka yang bercakap dengannya. ruang dan masa. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah bahasa akan mengalami kesukaran dalam pertuturan dan perbualan. Mengikut kajian yang dilakukan. namun untuk menjawab atau memperkatakan tentang sesuatu tajuk yang lebih rumit. serta penggunaan sesuatu konsep yang abstrak seperti peribahasa. Mereka jarang-jarang sekali ingin bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut. 4. Mereka juga sukar memahami perkataan yang mengandungi pelbagai makna.masih tidak tahu membezakan penggunaan perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Mereka juga mengalami masalah untuk menggunakan perkataan yang telah dipelajari akibat kelemahan memahami makna perkataan secara umum. masalah kekurangan perbendaharaan kata juga turut mengundang masalah untuk mempelajari perkataan baru secara tidak formal. Contoh. Kanak-kanak masalah bahasa akan dapat menguasai kemahiran ini apabila mereka masuk ke alam dewasa. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif. kuantiti. ³Kek ini manis´ dengan ³Perempuan itu manis dipandang´. Di dalam situasi harian mereka terlalu bergantung pada konteks dan penggunaan perkataan yang telah diketahui sahaja . antonim. mereka lebih suka mendiamkan diri (Abbeduto 1991).2. Masalah ini akan semakin serius dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. menggunakan perkataan yang berhubung seperti sinonim. namun begitu mereka selalunya gagal dalam memberikan maklumat yang dikehendaki.

masalah ini tidaklah begitu rumit berbanding dengan masalah lain kerana kanak-kanak biasa juga turut mengalami masalah ini dalam perbualan mereka (Martin & Miller. seseorang akan bercakap dan seorang lagi akan mendengar dan kemudiannya baru menjawab mengikut giliran tanpa menyampuk di tengah-tengah perbualan. Osterman dan Schmelkin(1999) masih tidak dapat menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah. Coots (1998). Grossman. status anak. sikap dan persepsi ibu bapa terhadap sekolah adalah penyumbang utama bagi ibu bapa dalam melibatkan diri mereka di .2. Walaupun ibu bapa sedar mereka perlu melibatkan diri dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. kajian mereka merumuskan sumber keluarga.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT. Namun begitu. 1996). Bagi kanak-kanak bermasalah bahasa mereka menghadapi masalah di dalam menentukan giliran di dalam perbualan mereka.5 Pragmatik Dalam perbualan yang normal. Menurut beliau lagi menyatakan bahawa status kanak-kanak. 6. kepercayaan dan status ekonomi.menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahami bahasa yang digunakan di dalam buku teks atau buku akademik. Masalah ini kebanyakannya dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menyorot pada kajian lepas. sikap dan persepsi ibu bapa kepada sekolah adalah faktor utama menentukan penglibatan mereka di sekolah. Walau bagaimanapun. 4. kepercayaan dan sosioekonomi.menyatakan penglibatan ibu bapa dalam persekolahan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah perlu kerana golongan ibu bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Perlakuan ini adalah dipercayai hasil daripada hubungan ibu bapa dan anak seperti dalam perlakuan si ibu menyuapkan makan kepada si anak. tempat dan peraturan. namun masih ramai yang tidak memenuhi tanggungjawab itu. Guru khas hanya bertugas secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa. Manakala ibu bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam persekolahan.

Di sekolah ibu bapa membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan masalah pelajaran anak. keperluan fisiologi seperti makanan. Walau bagaimanapun. mereka lebih terlibat dalam hal keagamaan dan kebajikan diri sendiri dan komuniti.sekolah seterusnya mereka mendapati ibu bapa mempunyai sikap positif dalam aktivitiaktiviti yang dilakukan di sekolah. penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. ibu bapa yang tua sedar sumbangan. Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di rumah. Di rumah ibu bapa dapat mengawasi kerja rumah anak yang diberi oleh guru. Semakin tinggi umur seseorang ibu ataupun bapa. Dalam hal ini. b) Bilangan anak Bilangan anak yang ramai menghalang ibu bapa memberi tumpuan sama rata kepada anak. semakin kurang penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran. Banyak kajian yang . membuat keputusan. Semakin ramai bilangan anak. pengetahuan dan kemahiran mereka tidak lagi dihargai. Walau bagaimanapun bapa yang mempunyai anak yang tidak ramai lebih bertanggungjawab dalam persekolahan anaknya. c) Pendapatan Menurut teori keperluan Maslow. Oleh itu. bapa didapati lebih komited kepada kerja berbanding persekolahan anak. semakin banyak ibu ataupun bapa itu memikirkan pembelajaran anaknya dan semakin rapat hubungannya dengan kegiatan anak. Hal ini disebabkan mereka memikir pembahagian masa yang lebih dalam hal mencari sumber rezeki untuk anak-anak yang ramai. Penglibatan ibu bapa tidak bermakna sekiranya tidak mendapat sokongan terutama dari segi kewangan dan kebendaan. menghadiri mesyuarat. Antara faktor penglibatan ibu bapa yang dikenal pasti ialah: a) Umur Umur mempengaruhi penglibatan ibu bapa baik di rumah ataupun di sekolah. meneliti rancangan dan memeriksa rekod anaknya yang disimpan di sekolah. pakaian dan tempat kediaman perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu itu dapat memenuhi keperluan-keperluan lain seperti melibatkan diri secara aktif di sekolah dan sebagainya.

Ibu bapa yang terikat dengan masa kerja didapati lebih sukar menghadiri sebarang aktiviti persekolahan anak.dijalankan mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan pada peranan ibu bapa dalam persekolahan anak. peruntukan masa untuk berbincang dengan disedari. Bapa berperanan memberi rangsangan dan menyediakan persekitaran yang sihat bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. e) Pendidikan bapa Pendidikan yang tinggi mendorong bapa menjawat jawatan yang lebih baik. status pekerjaan ibu bapa didapati mempunyai kaitan dengan tahap penglibatan mereka di sekolah. bahasa dan matematik. Hal ini menunjukkan faktor ekonomi keluarga mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan ibu bapa di sekolah. Justeru. pengkonsepsian. pihak sekolah berkaitan masalah pelajaran anak adalah terbatas. f) Anak Masalah pembelajaran adalah gangguan minimum pada sistem saraf deria ataupun saraf otak yang mengganggu prestasi normal individu dalam pembelajaran. pembacaan. khususnya pada aspek penanggapan. d) Jenis pekerjaan Menurut Lareau (1986). Pengabaian tanggungjawab ini berlaku secara tidak .

Pengukuran yang dijalankan berupaya mengesan perkembangan. Bagi menentukan pendidikan rendah mencapai hasrat yang dimaksudkan. hasrat menghasilkan individu yang berkembang secara menyeluruh. penilaian yang dikendalikan oleh guru dalam bilik darjah adalah amat sesuai sebab meliputi penilaian ke atas semua aspek. Guru khas perlu menggunakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti punca masalah dan kesukaran dalam pembelajaran. Oleh yang demikian. Selain itu. menghayati matlamat serta perlaksanaan pengukuran dalam darjah sebaik mungkin dalam pelajaran dan pembelajaran.7.0 PENILAIAN. Guru khas hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak yang didapati bermasalah di dalam kelas. kebolehan. kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh. rohani. Pengukuran dirancang dan dikendalikan oleh guru khas. Melalui penilaian. Penekenan ke atas penilaian yang berasaskan sekolah dapat membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap maksimum. . jasmani dan emosi tercapai. Hal ini mampu memberi peluang kepada guru memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid secara serta merta supaya kelemahan itu tidak terhimpun. adalah penting guru memahami konsep. bersepadu dan seimbang daripada aspek intelek. Guru dapat mengesan perkembangan murid dari satu masa ke semasa. Hasil pengukuran digunakan sebagai tindakan susulan bagi memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pembelajaran murid. guru juga perlu menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan sesuai dengan sesuatu mata pelajaran Pengukuran yang dijalankan dapat menjana maklumat yang lebih tepat dan menyeluruh tentang murid. Hasil analisis membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Pembelajaran di kelas khas adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Instrumen pengukuran dibina dan ditadbir oleh guru khas. Pengukuran lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat.

Sedangkan dalam Perisytiharan PBB menegaskan tentang keperluan untuk membantu golongan kurang upaya untuk ³ mengembangkan kebolehan mereka dalam pelbagai aktiviti´ dan mempromosikan ³integrasi dalam kehidupan biasa sebaik yang boleh´. jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang agar mereka tidak akan ketinggalan seiring peredaran zaman. Namun. Berdasarkan keperluan dan masalah yang dikemukakan tadi dapat kita lihat di manakah letaknya keadilan dalam pendidikan terhadap individu OKU? Sedangkan setiap insan tidak kiralah ditakdirkan cacat bagaimanapun perlulah diberikan peluang dan ruang untuk mendapat pendidikan. Berdasarkan pemerhatian. Hal ini adalah tidak selaras dengan Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tentang Hak-hak Orang Kurang Upaya (OKU). sumbing.8. dan ibu bapa saya dapati bahawa terdapat pelbagai isu yang dihadapi oleh pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. isu-isu ini perlulah di lihat sebagai cabaran buat kita semua kerana usaha membantu murid-murid ini tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. masalah pendengaran dan dyspraxia mestilah perlu . Untuk menjalankan kajian ini saya telah beberapa kali melawat kelas yang berkenaan. pengalaman.0 ISU-ISU MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI. temu bual dengan pelajar. Kajian ringkas yang saya lakukan adalah kajian terhadap Program Pendidikan Khas. Guru Besar. guru. i) Peraturan Pendidikan Khas 1997 Menurut Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 hanya boleh diperkenalkan kepada individu yang dikategorikan sebagai ³boleh didik´. Berikut merupakan antara isu-isu pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi. Sebagai contoh kes ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah berbahasa dan komunikasi namun pada masa yang sama kanak-kanak ini mempunyai kecacatan lain seperti celebral palsy. Hal demikian bermaksud pendidikan kepada kanak-kanak khas bukanlah hanya terhad kepada individu yang ³boleh dididik´ sahaja. Sesukar mana laluannya. Isu-isu yang berbangkit ini perlulah dicari jalan penyelesaiannya dan dibincangkan secara terbuka dengan semua pihak tanpa meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak.

Bagaimana pula nasib golongan ini yang tinggal di pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar? Sudah tiba masanya isu ini perlulah diperjuangkan dan diberikan perhatian. istilah ³boleh didik´ perlu dimansuhkan daripada Seksyen 3(1) Peraturan Pendidikan Khas 1997 kerana akta ini menafikan hak kanak-kanak kepada pendidikan. Justeru. Contohnya. Oleh itu. Hai ini merupakan beban kewangan yang besar. Bagi keluarga yang kurang mampu atau berpendapatan rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah. . Isu ini adalah menjadi masalah kepada ibu bapa kerana mereka ingin menghantar anak mereka ke sekolah untuk didik tetapi impian ini ada kalanya terhalang. semasa proses intervensi awal kanak-kanak yang terlibat perlulah diletakkan dalam kelompok kecil supaya guru dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka.juga diberi pendidikan. Tambahan pula. Khidmat ini perlulah dimulakan lebih awal terutama di peringkat pra sekolah kerana proses terapi pertuturan dan pendengaran adalah lebih berkesan. Semakin cepat masalah dikenal pasti dan berusaha untuk sesi rawatan maka lebih berpeluang untuk baik seterusnya pulih daripada masalah ini. Ibu bapa sering kali terpaksa mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak swasta. ii) Terapi Pertuturan. Kementerian Pelajaran Malaysia dicadangkan untuk menyediakan khidmat ahli terapi pertuturan yang pakar dan berkemahiran dan Audiologis di sekolah. Selain itu. Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah bahasa dan komunikasi ini perlulah dimulakan sejak peringkat umur tujuh tahun. Kekurangan pakar terapi pertuturan juga merupakan satu masalah kepada kanakkanak bermasalah bahasa dan komunikasi. harapan untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian bagi anak bermasalah ini adalah amat tipis. Guru yang terlibat dalam program ini perlu menerima latihan yang konsisten dan komprehensif daripada pakar program intervensi awal.

Oleh hal demikian Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menambahkan bilangan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas untuk ditempatkan di sekolah khas. Bukan semua guru boleh menjadi guru pendidikan khas. bersifat penyayang dan sebagainya. ibarat bunga kembang tak jadi. pengetahuan yang luas. Selain itu. Sesetengah sekolah swasta terpaksa mengupah pakar dari luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan latihan dalam bidang pendidikan khas kepada guru yang mengajar di sekolah atau pusat pendidikan mereka. jiwa yang kental. Bak kata Usman Awang. Hanya insan yang mempunyai naluri semula jadi dan minat mendalam sahaja akan boleh meneroka dunia pendidikan khas yang mempunyai pelbagai persoalan dan seribu satu macam cabaran. Selain itu pihak NGO juga memerlukan pengiktirafan dan akreditasi daripada kerajaan terhadap usaha dan latihan pekerjaan yang mereka sertai sebagai galakan untuk mereka terus berkhidmat dalam bidang pendidikan khas ini. semangat yang tidak pernah luntur. . Kajian dapatan menunjukkan bahawa dua sebab umum yang dikenal pasti ialah beban kerja dalam pendidikan khas adalah berat di mana seorang guru terpaksa menjaga ramai pelajar. Justeru. Institut Pendidikan Guru Malaysia juga perlulah menghasilkan guru pendidikan khas terlatih yang cekap. kesabaran yang tinggi. Apabila menyoroti isu pengeluaran produk guru pendidikan khas yang terlatih ini kita perlulah mempertimbangkan unsur minat yang mendalam guru tersebut dalam bidang ini. Guru dalam bidang ini perlulah mempunyai kegigihan yang luar biasa. pemilihan yang tepat perlulah di buat untuk memilih guru terlatih dalam bidang pendidikan khas ini. berguru kepalang ajar. Kekurangan ini bertambah rumit di sekolah kerajaan memandangkan guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas pula mempunyai kadar perpindahan yang agak tinggi. Manakala sebab yang kedua pula adalah terdapat guru terlatih ditukarkan ke sekolah yang tidak mempunyai program pendidikan khas.iii) Tenaga Pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pendidikan khas juga merupakan masalah yang ketara bagi sekolah khas kerajaan dan swasta.

Oleh hal yang demikian. Perbezaan keperluan ini perlulah diberikan status yang sesuai. sukar mencari perkataan yang tepat serta sering kali gagal mengikuti arahan yang diberikan. Bagi murid-murid yang berhadapan dengan masalah bahasa mereka akan kurang menyumbang idea atau melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun. Mereka juga sukar organisasi idea-idea serta lambat untuk memahami sesuatu perkara yang kompleks. Perjuangan mereka perlulah diberikan sokongan sepenuhnya oleh semua pihak. bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan. Adaptasi bagi pendidikan hendaklah diberi berdasarkan perbezaan-perbezaan yang ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum. kreatif dan inovatif untuk melakukan pengubahsuaian berdasarkan kemampuan. Mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik. pendekatan integrasi dilaksanakan.iv) Kesesuaian kurikulum dan keberkesanannya dalam mencapai objektif pengajaran. kanak-kanak ini juga sukar diskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan. . Pendekatan ini bermaksud kanak-kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka. mereka akan menzahirkan tingkah laku yang bermasalah seandainya kita tidak cuba memahami kehendak dan keperluan situasinya. keperluan dan keupayaan bagi meningkatkan pencapaian setiap murid yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Hasil daripada temu bual dan perbincangan itu. saya dapati bahawa kurikulum yang sedia ada tidak dapat digunakan oleh semua pelajar. Kini. Oleh itu. kemahiran dan persekitaran. murid berkeperluan khas perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Dengan kurikulum yang disediakan apakah mampu mencapai objektif program ini? Isu ini telah saya kemukakan kepada guru yang mengajar murid bermasalah bahasa dan komunikasi. Di samping itu. guru pendidikan khas perlulah seorang guru yang rajin. tekun.

Oleh itu. untuk murid bermasalah bahasa dan komunikasi. v) Persekitaran. gerak badan dan mimik muka perlulah diajar oleh guru. Penggunaan komunikasi secara menyeluruh dan penggabungjalinan pelbagai aspek seperti lisan. Hal ini disebabkan bahasa tidak dapat berkembang secara positif dan penggunaan kosa kata adalah terhad. Ibu bapa juga tidak boleh mengkritik anak-anak sekiranya mereka bercakap tidak lancar mahupun gagap kerana ini boleh menjadikan anak-anak berasa tertekan dan tidak mahu membetulkan kesilapan mereka. Oleh itu. Seperti yang kita sedia maklum. Misalnya. aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa lisan perlulah diubahsuai. Dapatan kajian juga mendapati bahawa isu persekitaran juga memainkan peranan penting terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. Jangan memandangkan ke arah .kanak-kanak sering lupa apa yang diperkatakan dan sekiranya kita sebagai orang dewasa memaksa mereka mengingati semula akan menimbulkan perasaan rendah diri dalam diri sekali gus menyebabkan anak-anak tergagap ketika bercakap. Sebaliknya ibu bapa perlulah membiarkan anak bercakap dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. corak perkembangan tipikal murid dan strategi pengajaran berasaskan pengetahuan dan perkembangan bolehlah diaplikasikan. Dalam keadaan ini bunyi bising yang boleh mengganggu seperti televisyen dan radio dihindarkan. isyarat. Persoalan yang timbul adalah seberapa jauh manakah persekitaran mampu mempengaruhi kanakkanak golongan ini? Persekitaran yang negetif pastinya akan lebih memudaratkan dan tidak dapat membantu perkembangan mereka. Di samping itu. Melalui hasil perbincangan dengan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi saya dapati bahawa aspek persekitaran sememangnya dapat mempengaruhi kanak-kanak ini. waktu makan bersama juga boleh dimanfaatkan untuk melatih kelancaran ketika anak bercakap. Selain itu. ibu bapa tidak boleh menyuruh anak-anak mengulangi kata-kata yang baru diucapkan. ibu bapa perlulah mencipta persekitaran yang dapat membantu seperti tidak terlalu memaksa anak bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Pelajar bermasalah bahasa dan komunikasi yang mempunyai ibu bapa prihatin dan memahami adalah sangat bertuah namun masih terdapat banyak lagi ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap masalah anak mereka. Usaha menjana suasana pembelajaran yang kondusif. kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu. mereka tidak mungkin dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi anak itu. Hal ini terbukti apabila mereka tidak memberi kerjasama berjumpa guru walaupun diminta datang berbincang tentang pelajaran anak mereka yang menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Persekitaran yang menyeronokkan ini sudah pasti menyenangkan dan memudah proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa golongan ini tidak berminat untuk mengambil tahu tahap perkembangan bahasa anak mereka serta menganggap anak mereka susah untuk berjaya dan lemah dalam pelajaran. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Kajian mendapati seseorang akan lebih yakin bercakap dalam keadaan yang tenang dan selesa berbanding bercakap dalam keadaan yang bising dan tertekan. Susun atur meja. Mereka juga mungkin sibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka di bawah jagaan pembantu rumah atau penjaga.lain dan jangan sesekali menunjukkan kekecewaan di hadapannya kerana boleh menjejaskan emosi anak-anak. masyarakat dan persekitaran sekolah yang membina. mereka juga memerlukan persekitaran sosial. Selain persekitaran keluarga yang baik. Justeru. Suasana persekitaran di rumah juga mampu membantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. hubungan positif antara guru dan murid adalah . satu persekitaran yang menyenangkan perlulah dicipta kerana ia boleh mengubah perasaan anak-anak. Bagi ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah didapati mereka kurang peka terhadap langkah-langkah yang boleh membantu anak-anak mereka. Persekitaran dan suasana bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan bilangan pelajar juga dapat membantu murid bermasalah bahasa belajar dengan selesa.

kanak-kanak mempelajari bahasa yang normal melalui perkembangan pragmatik. Intervensi yang sesuai serta peranan yang dimainkan oleh ibu bapa kan membolehkan kanak-kanak memperbaiki bahasa mereka seterusnya dapat menguasai bahasa dengan sempurna. Golongan profesional perlu ada cara baru untuk membantu pelajar dengan menggunakan kaedah lisan dan penulisan bahasa yang lebih menarik. 9.0 RUMUSAN Sebagai kesimpulannya. Bahasa dan komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita. fonologi. Oleh yang demikian.penting. tidak kira sama ada menggunakan pertuturan . Kesemuanya digunakan oleh setiap individu mengikut keperluan masingmasing. Kecacatan yang dialami oleh mereka tidak akan sama dengan seseorang kanak-kanak yang lain. Setiap hari kita pasti akan bercakap atau bertutur untuk menyatakan keinginan kita. Alklington(1991) mencadangkan perkembangan rangka kerja baru yang mengiktiraf potensi belajar semua kanak-kanak. kita mestilah mengenal pasti apakah masalah bahasa yang dialami. Setiap kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan pelajaran yang sama dengan setanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Pelbagai cara dan langkah-langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah bahasa kanak-kanak. Justeru. Kesukaran dalam mempelajari bahasa adalah amat dirasai bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas. . Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. mengetahui langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil serta membuat pengukuran dan penilaian terhadap kanak-kanak tersebut. bahasa yang bermakna dan menggunakan bahasa untuk komunikasi yang lebih realistik. morfologi dan sintaksis. bahasa isyarat mahupun gerak tubuh. semantik. usaha pelbagai pihak perlulah gigih dan berterusan. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif.

Sebaliknya. guru. ibu bapa. kelebihan dan kesempurnaan dari aspek lain hendaklah dipertingkatkan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal.Keperluan dan kepentingan memperoleh dan mempelajari bahasa dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas adalah sama pentingnya dengan kanak-kanak normal. Golongan ini tidak boleh diabaikan hanya kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. . Selain itu. pihak kerajaan dan swasta serta masyarakat keseluruhannya haruslah memberikan kerjasama dan turut menyumbang untuk memastikan kanak-kanak istimewa dapat hidup dengan sempurna sama seperti insan normal yang sebaya dengan mereka. keluarga.

Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Pemerolehan Bahasa Pertama Dan Kedua. Kuala Lumpur : Professional Publishing Sdn.html . Unprinted. http://www.com/forum/thread-13. Teaching With Love and Logic. PTS Mat Daud Yusof. (2007). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. PhD thesis. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Jamila K.my/jpkhas/index.pendidikankhas.A Mohamed.moe. Bhd.gov. University of Warwick. Bagaimana kanak-kanak cacat menguasai bahasa. Supiah Saad (2003).asiacommunityservice. (1990). D. Jabatan Pendidikan Khas. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah.my/2231/1/5_7.html http://www.blogspot. (2005).php?option=com_content&view=article&id=41:sem inar http://eprints. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. University of Exerter. Jurnal Dewan Bahasa. K.pdf http://www. Menjadi Guru Pendidikan Khas. (2006). dan Funk. Zamri Mahamod. Razhiyah. Jabatan Pendidikan Khas. Haniz Ibrahim (1998). J. Unprinted. 34 (3): 156-165. Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. Bhd.org/NECIC/CD/Plenary%20Session%204/PS%204A %20-%20Haniz%20Ibrahim. Perancangan Strategik : Pendidikan Khas 2020. The Love and logic Press: USA. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003).utm.A. (1995).pdf http://ceritarasahati2. (1995).BIBLIOGRAFI Fay. PhD thesis. Inclusive Education in Malaysia: Teachers¶ Attitude to Change.com/2009/05/1maksud-pendekatan-kiosk-dan-bila. Bhd.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.