You are on page 1of 9

5 Teras Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Matematik merupakan satu subjek yang sangat penting kepada kita. Ini kerana,
melalui matematik kita mampu untuk mempelajari yang betul dalam pengiraan.
Matematik juga perlu kerana terdapat pelbagai perkara yang sebenarnya menggunakan
matematik sebagai aplikasi dalam kehidupan seharian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, terdapat 5 teras utama yang


perlu kita ketahui iaitu matematik sebagai penyelesaian masalah, penaakulan dan
pembuktian dalam matematik, matematik sebagai alat komunikasi, matematik sebagai
penghubung dan matematik sebagai perwakilan.

Teras yang pertama iaitu matematik sebagai penyelesaian masalah merujuk


kepada penerangan mengenai bagaimana kita menggambarkan matematik itu.
Lazimnya, apabila kita menyebut tentang matematik, kita menganggap matematik
sebagai alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, apabila
diutarakan soalan matematik, kita akan membayangkan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Tentunya, setiap orang akan mempuyai bayangan yang berbeza
tentang cara untuk menyelesaikan masalah matematik itu.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik ini


dapat berjalan dengan lancar, teras yang pertama ini sewajarnya diwujudkan di dalam
kurikulum sekolah. Dalam buku “How to Solve It” yang dikarang oleh George Polya
(1945) ada menyatakan mengenai model peyelesaian masalah yang boleh digunakan
oleh para pelajar dalam menyelesaikan semua masalah matematik. Model ini sangat
mudah digunakan kerana ianya adalah ringkas dan senang difahami.
Berikut adalah gambar rajah model Polya:

Rajah 1: Model Polya

Antara strategi penyelesaian masalah lain yang boleh guru ajarkan kepada murid
adalah, melihat semula, jadual, gambar rajah, memudahkan, mencari pattern kepada
soalan. Hal ini akan menjadikan murid lebih faham dan mampu untuk menggunakan
pelbagai strategi dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain itu juga, hal ini akan
membantu murid untuk menjadi lebih positif terhadap perkara-perkara yang melibatkan
penyelesaian masalah dalam matematik.

Seperti yang tercatat di dalam standard penyelesaian masalah NCTM,


menyelesaikan masalah matematik ini akan membina pengetahuan matematik yang
baru dalam diri pelajar. Pemilihan permasalahan yang sesuai akan membantu pelajar
untuk menggunakan konsep dan prosedur yang telah dipelajari sebagai panduan untuk
mereka menyelesaikan masalah tesebut. Sebagai contoh, prosedur untuk
menyelesaikan permasalahan dalam persamaan akan menjadi lebih berguna sekiranya
diaplikasikan di dalam dunia sebenar.

Selain itu juga, apabila murid mula memperkembangkan strategi-strategi


penyelesaian masalah, mereka akan mula menghubungkaitkan perkara lama dengan
yang baru. Ini akan membolehkan minda mereka berfikir secara kreatif dan inovatif.
Sebenarnya, kemahiran penyelesaian masalah matematik ini perlu diajar di sekolah
rendah dan menengah. Jadi, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran
penyelesaian masalah ini akan memberi banyak manfaat kepada pelajar.

Seterusnya, teras kedua dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah


mengenai penaakulan dan pembuktian. Teras yang kedua ini sepatutnya tidak diajar di
sekolah menengah sahaja, malahan hal ini sepatutnya telah didedahkan di peringkat
sekolah rendah lagi. Ini kerana, penaakulan dan pembuktian ini juga sebenarnya akan
digunakan pada kehidupan sebenar nanti. Penaakulan dan pembuktian ini seharusnya
dimasukkan ke dalam kurikulum matematik.

Di sekolah rendah, pelajar bolehlah didedahkan dengan asas penaakulan dan


pembuktian sahaja, namun apabila mereka berada di sekolah menengah, perkara yang
lebih kompleks perlulah diajar. Contohnya, mereka telah pandai untuk menggunakan
pelbagai aplikasi lain dalam penaakulan dan pembuktian ini ketika di sekolah
menengah. Menurut NCTM, terdapat 4 standard utama yang sangat penting dalam
penaakulan matematik ini. Ia adalah mengecam penaakulan sebagai perkara penting
dalam matematik, membuat dan menyiasat masalah matematik, memperkembangkan
penaakulan dan bukti dalam permasalahan dan memilih dan menggunakan pelbagai
cara penaakulan.

Selain itu juga, terdapat juga proses berulang dalam menyelesaikan masalah
penaakulan ini. Gambar rajah di bawah menunjukkan proses-proses tersebut:

Mencari dan Mencari formula


mengenalpasti masalah
Rajah 2: Proses berulang penyelesaian masalah

Contoh soalan:

Perkara yang perlu disiasat: Segi empat sama yang bertindan.


Rajah 3: Contoh soalan penaakulan

Dua segi empat sama 6cmx6cm adalah bertindan seperti yang ditunjukkan di atas.
Bucu segi empat kedua berada di pusat segi empat pertama. (seperti yang ditunjukkan)

Soalan:

1. Apakah kemungkinan nilai kawasan berlorek? Berikan penjelasan mengenai


jawapan anda.

Rajah di atas menunjukkan contoh soalan yang boleh digunakan untuk menguji
penaakulan dalam matematik seperti menyelidik, meneka, memberi alasan yang kukuh
(sama ada dengan bukti secara formal atau tidak) dan juga penaakulan ruang atau
penaakulan induktif. Penaakulan ruang ini yang digunakan untuk memanipulasikan
objek dengan jelas sangat perlu diajar di sekolah menengah.

Penaakulan induktif atau anggapan umum ini seringkali disalah gunakan oleh
pelajar sewaktu meneka sesuatu menjadi benar. Ini kerana penaakulan induktif dibuat
daripada contoh-contoh yang ada dalam soalan. Jadi, kesilapan yang ada pada contoh
tersebut akan menjadikan jawapan yang diberikan murid juga adalah salah. Di dalam
kelas guru sepatutnya memberi tunjuk ajar yang betul serta memberitahu pelajar
mengenai kekuatan penaakulan induktif ini. Dalam pelbagai software geometri
sebagainya, pengguna akan menyiasat mengenai pelbagai kumpulan objek yang akan
membawa murid kebada kemahiran melukis pula. Namun, seringkali berlaku kesilapan
dengan penggunaan teknologi, jadi adalah menjadi tugas seorang guru untuk mengajar
pelajar supaya mereka dapat membezakan antara penaakulan induktif dam deduktif.

Jadi, jelaslah bahawa guru seharusnya menggalakkan penemuan-penemuan


baru dalam konsep penaakulan dan pembuktian ini supaya mereka dapat memahami
konsep penaakulan.

Seterusnya, teras yang ketiga dalam pengajaran dan pembelajaran matematik


adalah matematik sebagai komunikasi. Ini kerana, dalam matematik, penggunaan
simbol dan perkataan ini akan membawa maksud kepada apa yang akan disampaikan.
Melalui komunikasi, idea matematik dapat menjadi satu objek yang boleh diuji
kerelevanannya dalam aplikasi, diperbincangkan dan dibuat perubahan supaya idea
tersebut boleh diterima munurut logik dan sebab-sebabnya.

Proses komunikasi membantu membina idea-idea matematik dan seterusnya


dikongsi bersama oleh ahli komuniti yang turut serta dalam proses tersebut (NCTM
2000). Pelajar akan menyatakan hasil dapatan mereka setelah menyelesaikan
sebarang permasalahan matemati secara lisan atau bertulis. Inilah yang dikatakan
matematik sebagai satu komunikasi. Kemudian, apabila orang lain mendengar
penerangan rakan mereka mengenai penjelasan yang diberikan, maka orang-orang
tersebut akan membuat penilaian secara kritikal mengenai idea tersebut.

Dalam membincangkan mengenai idea dan konsep matematik ini, interaksi


antara semua orang, sama ada guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar akan
meningkatkan pemahaman mereka. Semasa mereka diminta untuk berfikir memberikan
respon, berbincang, memberi penjelasan, menulis, membaca dan bertanyakan
persoalan mengenai matematik, mereka akan memperolehi dua kelebihan tersirat iaitu
mereka berkomunikasi untuk belajar matematik serta mereka belajar berkomunikasi
secara matematik (NCTM 2000).

Komunikasi dalam matematik ini sama juga seperti dalam subjek bahasa iaitu
mencakupi aspek pembacaan, lisan dan penulisan. Kajian telah menunjukkan bahawa
penggunaan pembacaan, lisan atau perbincangan serta penulisan akan meningkatkan
pemahaman pelajar dalam pembelajaran matematik (Siegel & Judith 1998). Hal ini juga
mencakupi cara guru memberi penerangan dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlulah mahir dalam memberitahu pelajar mengenai bahasa
matematik dan mesti mengenal segala kosa kata matematik serta kefahaman terhadap
definisi dan kesesuaian penggunaannya.

Terdapat empat prinsip utama komunikasi yang telah ditetapkan oleh NCTM
mengenai kebolehan yang sepatutnya ada pada pelajar bermula dari prasekolah
sehingga ke sekolah menengah. Prinsip-prinsip tersebut adalah mengorientasi dan
menguatkan pemikiran matematik mereka menerusi komunikasi, menyampaikan idea
dan hasil pemikiran matematik dalam struktur yang koheran dan jelas pada guru, rakan
sekelas dan orang lain, menganalisis dan menilai pemikiran dan strategi matematik
yang digunakan oleh orang lain dan yang terakhir adalah penggunaan bahasa
matematik untuk menyampaikan idea matematik dengan lebih jelas. Prinsip-prinsip
yang dinyatakan ini adalah menjadi keperluan untuk pelajar-pelajar supaya konsep
komunikasi ini dapat mereka gunakan dalam matematik.

Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi ini sememangnya merupakan
bahagian yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar boleh
menyampaikan idea mereka, mengembangkan pemikiran serta memahami konsep dan
idea matematik. Kaedah penulisan juga boleh digunakan bagi memberi penjelasan,
sebab musaba dan menganalisis suatu permasalahan matematik.

Kemudian, teras yang ke empat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik


pula adalah berkaitan dengan matematik sebagai satu penghubung. Penyelidik
pendidikan ada menyatakan bahawa kefahaman matematik adalah dibina berdasarkan
pengetahuan sedia. Maksudnya, kita belajar matematik berdasarkan perhubungan
antara idea-idea baru dengan idea-idea yang sedia ada dalam minda. Merujuk pada
NCTM, terdapat 3 jenis perhubungan yang membina pengetahuan matematik iaitu
perhubungan antara pelbagai konsep dan idea dalam matematik, perhubungan antara
pelbagai benda yang berkaitan dengan matematik dan perhubungan matematik dan
konteks-konteks lain sama ada dalam akademik mahupun dunia luar.

Selain itu juga, menurut NCTM terdap 3 standard utama perhubungan dalam
matematik bermula dari prasekolah hingga sekolah menengah. Yang pertama adalah
mengenal dan menggunakan perhubungan antara semua idea matematik. Kemudian,
mereka perlulah menggunakan konsep-konsep ini dengan menghubungkaitkan dengan
matematik. Seterusnya adalah memahami bagaimana idea-idea dalam matematik
saling berhubung-kait dan yang terakhir adalah mengenal dan menggunakan konsep
matematik dalam konteks lain. Perkara ini adalah sama dengan menggunakan
matematik dalam bidang-bidang lain.

Pelajar yang mampu menghubung kaitkan pelbagai konsep matematik adalah


mereka yang memahami matematik dengan mendalam. Hubungan-hubungan seperti
itu akan menjadikan pelajar tersebut sangat mahir dalam penyelesaian masalah
matematik. Jadi, di sini dapatlah dijelaskan bahawa perhubungan dalam matematik ini
akan menjadikan pelajar lebih memahami perkara-perkara baru yang berkaitan dengan
matematik. Selain itu juga, mereka akan belajar sesuatu yang lebih bermakna.

Akhir sekali, penggunaan teknologi dalam matematik juga menjadi teras dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana, penggunaan teknologi akan
membantu murid untuk belajar matematik. Contohnya, penggunaan komputer,
kalkulator, software, internet dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan
menjadikan murid celik ilmu.

Selain itu juga, penggunaan teknologi juga dapat meningkatkan kemahiran murid
untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Ia juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang lain selain matematik. Jika teknologi tidak
digunakan, kita akan ketinggalan kereana banyak negara yang telah maju dalam
penggunaan teknologi dalam matematik ini.
Kepentingan lain yang dapat dilihat adalah negara dapat melahirkan pakar-pakar
teknologi dalam matematik. Jadi, wajarlah teknologi dalam matematik ini diterapkan
sejak sekolah rendah lagi. Guru seharusnya bijak memainkan peranan supaya murid
dapat belajar dengan lebih baik lagi. Di sini, saya ingin nyatakan bahawa pihak kerajaan
sepatutnya menyediakan lebih peluang dan sumber teknologi untuk pelajar. Ini adalah
untuk memberi kefahaman yang menyeluruh dalam matematik dengan adanya
teknologi sebagai bantuan.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa setiap teras dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik ini banyak memberi manfaat kepada pelajar. Ianya juga dapat
membantu pelajar supaya mereka dapat memahami matematik secara menyeluruh
serta dapat menggunakannya dalam kehidupan harian.

You might also like