You are on page 1of 6

Lampiran 1

Contoh bahasa Iban

 makan=makai

 sana=din

 sini=kitok

 kalau=enti

 boleh=ulih

 saya=aku

 kamu=nuan

 nanti=lagik

 kejar=ngagai

 tak nak=enggai

 tidur=tinduk

 jalan=jalai

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban
Lampiran 2

Jenis Tarian ngajat


Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu  Ngajat Lesong, Ngajat
Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu
dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).

Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut


kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga
meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat berbunuh
Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan
satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang
mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh  ketika mereka mengadakan
aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang
memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat
pribumi itu sendiri. Gerak  tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat
serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

Tarian Ngajat Lesong


 merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan
ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya
memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan
kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai
di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. 

Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )


Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang.
Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu
majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.

Ngajat Kuta
Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan
perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah
persembahan kebudayaan dan sebagainya.

Ngajat Pua Kumbu


Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian
ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.
Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari
sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

Gagung ( Baju Burung)


Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.
Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan
sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah
yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai
topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang
dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya
Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan  ke bawah,
penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang
perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=6645:tarian-ngajat-identiti-istimewa-
masyarakat-iban-&catid=395:artikel
http://www.google.com.my/images?q=Tarian%20Ngajat&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-

Lampiran 3

Busana Sarawak

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang
mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian
membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan
diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi
pemakainya.

Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali
pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu
kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan
marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan
sugu tinggi.
Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat
dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari
kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua.
Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang
dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu
tinggi.

http://www.tourism.gov.my/my/events/festivals.asp
Lampiran 4

Sagu

Gambar biji sagu yang telah diproses

Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok
sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN.

Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar,
tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi
kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum
peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.

Pokok sagu mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula
tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.

Pokok sagu mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks dan
kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga
jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan
kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di
mana selepas ini pokok rumbia akan mati.

Gambar emping yang


diperbuat daripada Sagu butir kecil yang Sagu butir kecil yang Sagu butir besar yang
sagu. dijual kering di pasar. dijual kering di pasar. dijual basah di pasar.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Makanan_ruji

You might also like