Kreativiti Seni dalam Pendidikan

Oleh Nor Anuwar Bin Hamat anuakrai@ipkb.edu.my. Jabatan Kajian Sosial Pengenalan Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bukanlah bertujuan untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis atau pereka semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk melahirkan masyarakat berbudya khususnya mempunyai imaginatif, kreatif, berdaya reka, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetik. Dalam kontek pendidikan bersepadu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk membolehkan pelajar menyedari, memahami dan menghargai peranan seni sebagai satu keperluan dalam urusan hidup, hubungan dengan kejadian alam, kaitan dengan perkembangan sains dan teknologi, aplikasinya dalam industri pembuatan dan rekaan, sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi negara, peluangnya dalam kerjaya serta kesannya terhadap budaya kebangsaan, bidang komunikasi, reakrasi, alam persekitaran dan kehidupan sehari-harian. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain. Matlamat Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain. Pengenalan Kepada Warna, Irama Dan Pergerakan Warna, irama dan ruang merupakan unsur yang terdapat dalam persekitaran kehidupan harian kanak-kanak. Melalui unsur-unsur ini pelajar akan lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka digalakkan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu dengan bimbingan guru. Warna merupakan satu unsur seni yang terdapat dalam mata pelajaran PSV. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya, warna daun, wana pelangi, warna bangunan dan sebgainya. Warna memberikan kesan kepada menusia melalui personaliti, psikologi dan budaya. Warna panas seperti warna merah meggambarkan emosi marah, semangat berani dan juga keceriaan. Warna sejuk seperti warna hijau memberikan kesan emosi yang segar dan nyaman. Ia juga mengambarkan emosi sedih dan sayu. Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan. Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti seperti menari dan melompat sambil

Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai . bentuk. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan. ruang. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Menurut Haward Gardner (1983).mengikut irama muzik. Rajah 1: Seni Dalam Pendidikan Seni (Warna) Seni Dalam Pendidik an Muzik (Irama) Pergerakan (Ruang) Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Kenneth M Langsing (1973) dalam bukunya Art. Kebolehan guru memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul dapat memenuhi keperluan komunikasi pelajar. rupa dan yang berkaitan dengannya. Hubungan seni. kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial’ dengan lebih tepat. Guru wajar memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Artists and Art Education menyatakan aktiviti pendidikan seni boleh menjadi satu cabang komunikasi. muzik dan pergerakan adalah sebagaimana rajah di bawah. garisan. Gambar 1 : Murid-murid sedang membuat catatan Ruang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua objek.

dan mewujudkan persekitaran yang menginspirasikan. Teori ini menyokong pelaksanaan peroses pengajaran dan pembelajaran kreatif berkonsepkan Seni dalam pendidikan. memasukkan elemenelemen irama dan menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan pembalajaran. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran tradisional yang berpusatkan guru. kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara aktif. mengeksprimen. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Ia juga mengajar murid menangani sumber imaginasi. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Oleh itu. Rajah 2 : Pelaksanaan Seni dalam pendidikan di sekolah (Kanak-Kanak Memperoleh Pengalaman) Membina konsep Persepsi Pemahaman Penemuan Pelaksanaan seni dalam pendidikan di Sekolah Proses Proses Hasil Kemahiran Pengetahuan Haward Gardner dalam Teori Keceedasan Manusia (1983). bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran.sudut yang mereka lihat. Pelajar perlu diberi peluang mencuba idea. dan mengolah objek atau bahan. Pelaksanaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah merentasi semua mata pelajaran. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. . Guru perlu menggalakan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka. melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif. Kecerdasan lain kurang dirangsang. kreativiti. Aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Mereka akan mengunakan beberapa jenis kecerdasan secara bergabung. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok melakukan aktiviti yang dijalankan. sentuh. Manusia belajar melalui berbagai cara untuk mencapai kecemerlangan. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme. menggunakan teknik atau pendekatan baharu. Tiga unsur utama iaitu warna. Kebanyakan pengajaran memberi penekanan kepada kecerdasan linguistik dan logik matematik sahaja. pemikiran serta emosi secara proaktif. dengar. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka. Guru perlu tahu menggunakan warna dengan baik. menyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai pelbagai gaya belajar. Guru mata pelajaran perlu kreatif dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. mengesyorkan bahawa terdapat sekurangkurangnya tujuh jenis kecerdasan. irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif.

Mereka akan rasa seronok menjalani aktiviti hasil kreativiti mereka sendiri. irama dan pergerakan. Pelajar digalakan mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan semasa mengadakan persembahan. Murid-murid bebas menggunakan kreativiti mereka memilih dan mencampur warna untuk mendapat hasil yang menarik. pelajar boleh melukis rupa bentuk binatang tersebut. iaitu haiwan peliharaan dan haiwan liar. membuat catatan mengenai ciri-ciri binatang yang diperhatikan. bunyi tapak kasut. Setiap kumpulan boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada. bunyi haiwan dan sebagainya. bunyi batang penyapu yang dilagakan. saiz dan sebagainya. Mereka boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk memghasilkan bentuk persembahan yang sesuai dan menarik. Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menari dan menyanyi lagu yang berkaitan dengan haiwan yang mereka kaji. Mereka boleh menggunakan maklumat hasil daripada pemerhatian yang dilakukan. Guru boleh membawa pelajar melawat Taman Sains di sekolah untuk melihat sendiri jenis-jenis haiwan yang dipelihara. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri semasa melakukan pembentangan di kelas. mereka boleh membentangkan hasil kajiannya. Guru boleh memberikan bimbingan kepada pelajar yangbermasalah.Gambar 2 : Kanak-kanak sedang melakukan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan menghubungkitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna. bertepuk dan juga menghasilkan bunyi dengan mulut. Mereka juga boleh meniru pergerakan haiwan. Demikian juga. Gambar 3: Murid-murid sedang mewarna. Apabila pelajar selesai menjalankan kajian. warna. Mereka boleh menggunakan alatan yang ada di sekitar mereka. Mereka juga boleh meneroka bunyi-bunyian yang akan dihasilkan dengan menggunakan kertas. sama ada dari segi bentuk tubuh badan. . Cara ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Setiap Kumpulan boleh mencipta sendiri irama yang akan mengiringi persembahan mereka. Contohnya pengajaran mata pelajaran Sains di bawah tajuk haiwan. Pelajar boleh memerhati. Pelajar juga dapat menggunakan daya ingatan dan imaginasi mereka dalam menghasilkan lukisan. Pembentangan boleh dilakukan dalam kumpulan. plastik yang dironyokkan. Pelajar diberi peluang untuk melukis dan mewarna haiwan pilih mereka.

Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka. catatan. pereka dan sebagainya (Nickerson. membangunkan harga diri. Gambar 4 : Kanak-kanak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah Kreativiti Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Goldberg (2001) menyatakan bahawa paling asas untuk memberikan perhatian terhadap Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah ialah berkaitan isi kandungan pelajaran dengan proses kreativiti. pelajar boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak. memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar. Gambar 5 : Murid-murid manjalankan aktiviti dalam kumpulan . pengurus. 2003) . persoalan yang timbul ialah bagaimana untuk menjadi kreatif ? Persoalan ini bukan sekadar dalam kalangan pelajar. di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian. mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Sekiranya ruang tidak mencukupi. pemerhatian. Beliau menyatakan Pendidikan Seni Visual mempunyai perkaitan dengan budaya pembelajaran. Namun begitu. Secara keseluruhannya. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya (Csikszentmihalyi. penerokaan dan sebagainya.Dari segi penggunaan ruang pula. mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan. dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan bangsa. pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. 2003) dan ia dianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart. Mereka boleh memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. 2003). Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. kebebasan bersuara. malah juga pentadbir.

iii. bidang mengambar. penyelidikan. dan mengalami suasana pembelajaran yang seronok. meluahkan perasaan dan kreativiti. Kaedah konstruktif merupakan proses kreatif yang menekankan kepada pembaikan dan membina idea yang telah ada dan diperbaharui. reka cipta model kereta nasional pada tahun 2020. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Kaedah proses kreatif projektif adalah merupakan pendekatan meramal. Dalam pendidikan seni kanak-kanak akan didedahkan tentang cara membuat bentuk dan mencari idea reka cipta baharu. Di sekolah. Guru boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian. catatan. i. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ketika menghasilkan kolaj. keratan kertas majalah. membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya.. Pelajar dapat mencuba. Misalnya. di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Namun begitu. Dengan cara ini. cebisan kertas kotak. pelajar bebas meneroka. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah. Kaedah imaginatif dapat menanam pemikiran kreatif dan futuristik dalam minda kanak-kanak. dari kotak fikiran ke bentuk visual. pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimana diinfini. Misalnya. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif. . membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. ii. pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Pendekatan lateral ialah kaedah penghasilan kreatif yang dipopularkan oleh Edward de Bono yang menghasilkan idea luar biasa. iv. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. serpihan kulit kayu dan sebagainya. Kini pelajar bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Ainon dan Abdullah (1996). Kaedah imaginatif merupakan kaedah yang paling banyak dilakukan dalam Pendidikan Seni. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan. menyatakan bahawa terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yang digunakan untuk menjana idea kreatif. pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. helaian daun kering. Ketika menghasilkan karya catan misalnya. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. membuat bentuk dan rekaan memberikan kebebasan kepada pelajar menerokai proses menerbitkan idea baharu. Imaginatif dapat dikesan melalui aktiviti menggambar seperti menggambarkan makhluk asing. rakaman serta ujikaji. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. gambaran mimpi dan sebagainya. Proses memindahkan idea.

Kesimpulan Seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Ruang kosong yang terdapat di bahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkan guru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. mengetuk meja dan sebagainya. . pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Irama boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran. Berkenaan seni dalam pendidikan. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Contohnya pengajaran penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu yang bertemakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Irama biasanya dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan juga tarian. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi. Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Pelajar boleh menghasilkan alat muzik dengan menggunakan botol mineral yang disi dengan batu kecil. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pelajar digalakkan menghasilkan sendiri irama dan pergerakan. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama dan juga mengikut lirik sesebuah lagu. Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. berkeyakinan dan berdaya maju. alat audio dan juga dihasilkan sendiri oleh guru dan pelajar melalui tepukan. Oleh sebab itu. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif. lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. hentakan kaki. Susunan perabut termasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran. berkawad seperti anggota tentera dan sebagainya sangat sesuai diringi dengan irama muzik.Gambar 6: Guru sedang memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan Penggunaan irama dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Ini akan membangkitkan semangat patriotisme dalam diri mereka. irama digunakan untuk menbangkitkan mod situasi tertentu. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Aktiviti seperti nyanyian Lagu Kemerdekaan. Irama beleh dihasilkan dengan menggunakan alat muzik. Pelajar juga berpeluang mencipta aktiviti dan pergerakan sendiri. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Biasanya kanak-kanak boleh memberikan reaksi secara spontan apabila dirangsang oleh sesuatu irama muzik. Pelajar lebih aktif melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Kreativiti akan dapat ditingkatkan apabila mereka menghasilkan irama dan pergerakan melalui alat yang digunakan. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Pelajar boleh mencipta pergerakan yang sesuai dengan irama yang dimainkan.

(Eds.). T. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. “Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity” In Sternberg.Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai 3. Cambridge : University Press. 5. Rupa dan Jiwa. R. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf .Rujukan Csikszentmihalyi. Syed Ahmad Jamal. R. Teori dan Praktis. 1. 1989. Handbook of Craetivity. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. disanjung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. J. 2003. “The concept of creativity: Prospects and Paradigms” In Sternberg. 2003. I. Mohd Azhar Abd Hamid. R.Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau . 2004. Sternberg. Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.. . Cambridge: University Press. Seni dan Seniman.Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal 2. & Lubart. Keinginan untuk bergerak.J. . Zakaria Ali. Kreativiti : Konsep.). Handbook of Creativity. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat . 1992. Keinginan untuk bersaing .Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. dihargai dan dihormati oleh orang lain 4. M.Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima. (Eds. J.

seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. . 1986 : 12). seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera.Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Keinginan untuk pencapaian kreatif. 6. Hauser dalam tulisannya. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan. . Justeru itu mereka dapat meneroka.Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. seni fotografi atau seni mempertahankan diri. 9. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi. berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). seni teater. menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. 7. HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN Pengenalan Secara umumnya. Keinginan untuk kefahaman. .Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. . Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin. Keinginan untuk meneroka . persepsi.Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif 8.

Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka. di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu. berjalan. Sebagai contoh. bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. samada seperti terbang. bentuk. kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Herman (1991). A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti. Dalam melakukan aktiviti tersebut. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. tekstura dan irama. sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran. Menurut Russel (1968). matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati.imaginasi dan konsepsi mereka. makan atau sebagainya. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid. sensitif terhadap pergerakan. Ini disebabkan pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat murid. menyatakan . Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya. bunyi. melompat. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. . Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Howard Gardner (1953). semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama iaitu lagu ‘burung’. kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif. Antara kebaikan atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan Seni Dalam Pendidikan ialah :A. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka.

emosi. sahsiah dan sosial murid-murid. Hasil daripada persekitaran pembelajaran yang baik. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang. seni muzik dan seni pergerakan. sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal. berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil. Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan. Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. John Dewey (1919). Rajah 1: Model Wholistik Perkembangan Kanak-kanak Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan emosi. Dengan adanya proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri mereka seperti rajah 1 di bawah. menyatakan . seni muzik dan seni pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan.pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah. Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah. proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri yang utuh. pengembangan kreativiti. emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni. pengajaran dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan intelek. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual.A. Peluang inilah yang digunakan oleh muridmurid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah. A. ii Membantu perkembangan intelek. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang pengajarannya. B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran . psikomotor dan kematangan murid. guru juga akan dapat meningkat profesionalisma dalam kerjaya mereka.

Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan. Antara perkaraperkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran ini antaranya adalah:i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid. objektif pengajaran. emosi dan intelek murid-murid. pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan. isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid. psikomotor dan afektif mereka. guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran Matematik. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan. dua ekor telah dilarikan kucing. menyatakan cara pergerakan haiwan. Contohnya. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?’ Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran Pendidikan Seni Visual. B. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka.mengajuk bunyi haiwan.dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri. Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik. mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. “Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan. Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan . Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh. guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan.

Pendekatan Bertema Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. ii Peranan Murid Selain guru. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:. bahan dan peralatan yang mencukupi B. Bahan bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. C. murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya. Dalam pemilihan dan . Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka. Dengan itu guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Guru perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar. ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Selain itu guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Peranan guru di sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka.peredaran udara dan cahaya yang sesuai . televisyen. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara semasa pembelajaran berjalan.mereka. Di mana guru membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. internet dan sebagainya. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka. Guru haruslah memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.kelengkapan perabot. radio. iv) Pengurusan Kelas . Ianya merangkumi koleksi bahan. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer. aktiviti. isi pelajaran serta teknik penyampaian. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan.kelas atau bilik yang selesa . Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal atau tidak formal. iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid.

Tema yang digunakan ialah tema persekitaran. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. kesihatan manusia. Pendidikan Muzik. Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 4 Tema : Pengangkutan Persekitaran : Persekitaran Teknologi Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain seperti Sains. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya isu-isu semasa. Tema-tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:A Tema persekitaran B Tema Masyarakat C Tema Komunikasi Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. membaca.perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan . haiwan dan tumbuhan .sejarah teknologi pengangkutan. menulis.bentuk-bentuk pengangkutan . Pendidikan Seni Visual.kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar. menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).kepentingan pengangkutan kepada manusia . Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur. ♣ sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang♣ dipilih. Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. .pergerakan kenderaan . Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :. Antara perkara tersebut ialah:tema yang dipilih hendaklah♣ berasaskan kemahiran. C. asas matematik.penentuan tema banyak perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai♣ pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid tema♣ yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. berfikir.

Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif. Sains. (b) Penyerapan Dalam konteks KBSR. imej. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah (a) Penggabungjalinan Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Pendidikan Muzik. Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. C. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep integrasi. murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar. Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik. kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada keharmonian negara. jasmani dan emosi. Ia juga boleh mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. bunyi serta meluahkan perasaan mereka secara bebas. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan.pembangunan kepada manusia . Penyerapan pengajaran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.ii Pengintegrasian Matapelajaran Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. bertutur. rohani. Bagi tema “Pengangkutan” yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita . mengira. membaca dan menulis secara mekanis. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan. Seni Pergerakan. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan.

iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran? Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin.membaca petikan yang disediakan . murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka.serta beberapa penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan saiz kenderaan (Matematik). dan menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian Tempatan) Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar kepada murid-murid ialah kemahiran: Lisan .menjawab soalan C. Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang (b) menunggang motosikal (c) mengayuh perahu Seni Visual : (a) membuat model kenderaan (b) mewarna gambar Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan (b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. menyatakan kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains). Semasa melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial. Maka dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan mereka. Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.menulis maklumat . imbangan berat badan dan daya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. rohani dan nilai-nilai murni. fizikal. masa. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa aktiviti.mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia Tulisan . Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan .menyoal untuk mendapatkan maklumat .bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan Bacaan . Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual.

carta gambar . Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan individu secara seimbang. C. Mencari maklumat 2 Bahan bukan elektronik .interaktif dalam proses pembelajaran meraka.kereta. jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan. motosikal dan basikal Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis. Ia juga penting sebagai media komunikasi. Bahan juga boleh dikategorikan sebagai media pendidikan. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam ingatan mereka. harmonis dan bersepadu. tayangan klip video.surat khabar lama Mencari maklumat tentang pengangkutan Aktiviti pengayaan Aktiviti melukis dan mewarna gambar 3 Bahan maujud .komputer. bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai murni.teka silangkata . Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini ialah:Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 Bahan elektronik .lembaran kerja . Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan. Secara umum. Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran . Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Kesemua alat dan bahan. prop. Internet Penerangan semasa set induksi. imej visual. sumber pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

(2001). Peluang ini akan dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Kuala Lumpur. Strategi. HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. (2006). Kementerian Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Maklumatmaklumat pengajaran disampaikan melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Omar Zakaria. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Salmah Ayob. Bhd. Salmah Ayob. Bhd. Internet juga digunakan sebagai pendedahan dunia IT kepada murid. (1996). Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. 1) 2) 3) 4) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air. Contohnya. Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. Pengurusan Bilik Darjah.Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan komputer dan LCD. Tujuannya ialah supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan visual. Di samping itu ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif muridmurid. Rujukan: Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Guru membimbing murid meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Bhd. udara dan darat) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan menerangkan bunyi kenderaan menerangkan bentuk-bentuk kenderaan Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan jelas. Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. .

Bhd. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Mohd Jamal Ismail.Zulkifli Yaakop. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful