You are on page 1of 6

PELAN TINDAKAN KO-KURIKULUM

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN YUK KUNG


96600 JULAU

1. PENGENALAN

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang terlibat secara langsung terhadap
kemajuan pendidikan khasnya dan bidang ko-kurikulum amnya, maka sudah tentu SJK
Yuk Kung, Julau wajar mempunyai perancangan dan ala tuju untuk memperbaiki serta
mempertingkatkan pencapaian dalam bidang ko-kurikulum sekolah setanding dengan
mana-mana sekolah di daerah dan bahagian. Pelan tindakan merupakan satu program
sekolah khusus untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang
kokurikulum, agar menepati keperluan dan tuntutan Falsafah Pendidikan.

2. MATLAMAT

Matlamat ko-kurikulum sekolah adalah seperti yang tercatat dalam Laporan


Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1973 yang menyatakan
bahawa gerak kerja ko-kurikulum adalah bertujuan untuk menyemai, memupuk dan
menanam semangat dan perasaan kekitaan di antara murid-murid berbagai keturunan
yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Ia bukan sahaja
bertujuan untuk melatih mereka supaya bersikap bertanggungjawab bahkan boleh
melatih mereka supaya lebih berdisiplin, berdikari, berketerampilan dan berkemahiran
dalam sesuatu lapangan sukan yang mereka sertai sejajar dengan cita-cita dan hasrat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga telah memberi
penekanan kepada kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Oleh yang
demikian, pelan tindakan merupakan satu langkah baru kecemerlangan dalam bidang
sukan di mana murid-murid luar bandar mampu bersaing dengan murid-murid lain di
bandar. Ia juga bertujuan untuk melahirkan insan yang mempunyai perkembangan yang
menyeluruh, seimbang dan harmoni dari segi JERI berdasarkan Falsafah Pendidikan
Negara.

3. OBJEKTIF

Objektif-objektif sekolah mengadakan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum adalah seperti


berikut:
a. mengambil bahagian dalam setiap pertandingan
b. menggalakkan murid memberi khidmat kepada masyarakat setempat
c. meningkatan penguasaan dan pencapaian akademik murid
d. memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid bercampur-gaul dan
mendapat pengalaman
e. memupuk nilai-nilai dan sikap yang positif di kalangan murid-murid seperti
hormat-menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab dan bertoleransi
f. memperbaiki kesihatan murid
g. mendedahkan aspek-aspek kebudayaan kepada murid
h. menyediakan murd-murid menghadapi kerjaya masa hadapan
i. mencungkil serta mengasah bakat murid-murid
j. membantu mendapat kerjaya yang sesuai
k. beriadah
l. bersikap sosial dan bersemangat bekerjasama
m. kecergasan jasmani dan kesihatan mental
4. RASIONAL

Dalam merealisasikan program peningkatan prestasi ko-kurikulum, aktiviti-aktiviti


peningkatan dan pengurusan ko-kurikulum perlu diberi penekanan dan keutamaannya.
Semua aktiviti yang dirancang hendaklah mengambil kira kehendak dan keutamaan
yang diperlukan oleh jabatan. Semua pihak yang terlibat dalam program ini hendaklah
melibatkan diri secara berpasukan dan sentiasa menunjukkan sikap yang prduktif dan
kreatif demi mencapai objektifnya.

5. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang diperlukan untuk menjayakan program ini adalah pihak
pentadbir sekolah di peringkat jabatan dan sekolah, guru sukan, guru-guru penasihat,
kakitangan sokongan dan semua murid.

6. BENTUK ORGANISASI

Untuk memastikan segala aktiviti ko-kurikulum berjalan dengan lancar dan licin serta
berjaya mencapai objektifnya, maka carta organisasi perlu diwujudkan untuk pentadbiran
dan pengurusan yang lebih sistematik. Tanggungjawab bagi mentadbirkan organisasi ini
hendaklah di bawah seorang pegawai yang berwibawa. Kegagalan melantik seseorang
yang layak, berminat serta berkebolehan akan mengakibatan program ini mencapai
kegagalan dan hasilnya tidak memuaskan. Pentadbir harus berkewajipan menyelia dan
mengelolakan segala aktiviti ko-kurikulum sa mempunyai silaturahim yang erat dengan
semua kakitangan sekolah dan semua murid. (Sila lihat Lampiran A)

7. PERSEDIAAN YANG PERLU DIJALANKAN OLEH PIHAK SEKOLAH

a. Penubuhan Ahli Jawatankuasa Ko-Kurikulum Peringkat Sekolah


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Ko-Kurikulum mesti diadakan dalam bulan pertama
sesi persekolahan dimulakan. Dalam mesyuarat tersebut, perkara-perkara yang
dibincangkan antaranya ialah pengagihan tugas ko-kurikulum dan menyediakan
perancangan tahunan.

b. Perancangan Tahunan
Jadual perjumpaan setiap aktiviti ko-kurikulum harus ditetapkan oleh semua ahli.
Dengan adanya jadual ini, maka semua aktiviti ko-kurikulum dapat berfungsi dengan
sempurna tanpa berlaku pertembungan. Takwim kegiatan ko-kurikulum sepanjang
tahun juga harus disediakan serta dipamerkan supaya semua aktiviti ko-kurikulum yang
dirancang dapat diseliakan dan dipantau.

c. Perlaksanan
Dalam pelaksanaan program ko-kurikulum di peringkat sekolah, pihak pentadbir
harus mengambilkira cara-cara perlaksanaan dirancang dan diatur. Guru berkenaan
harus menyediakan alatan yang sesuai untuk aktiviti ko-kurikulum yang hendak
diadakan. Pastikan alatan itu boleh digunakan dan tapak permainan pun sesuai dan
selamat. Alatan yang telah uzur dan yang masih boleh digunakan perlu diperbaiki.
Segala alatan yang telah rosak dan kekurangan harus dipesan mengikut peruntukan
PJK melalui Jabatan Pendidikan Daerah. Selain pesanan dibuat, pastikan jumlah
peruntukan kewangan yang diagihkan dengan Jabatan Pendidikan Daerah. Untuk
melicinkan dan menjayakan program ini, maka rekod kedatangan guru penasihat dan
murid harus diambil pada setiap perjumpaan.
d. Laporan
Setiap aktiviti ko-kurikulum harus ada laporan pada akhir bulan. Ini adalah untuk
mengesan segala kelemahan dan kekuatan sesuatu aktiviti itu. Setelah mengenalpasti
kelemahan, pihak pentadbir akan cuba mengatasi kelemahan itu. Sekiranya masih
bermasalah ia akan dibawa ke pengetahuan pihak atasan.

8. STRATEGI-STRATEGI KO-KURIKULUM

a. Penetapan Dan Perlaksanaan Aktiviti


Semasa mesyuarat pertama, semua guru harus menetapkan tarikh-tarikh aktiviti patut
dijalankan sepanjang tahun. Penetapan ini harus dirancang dengan sebaik-baiknya
agar ia tidak bertentangan masa dengan perancangan ko-kurikulum dari Jabatan
Pendidikan Daerah.

b. Jadual Kegiatan Ko-Kurikulum


Jadual kegiatan ko-kurikulum harus sesuai dengan keadaan setempat. Aktiviti-aktiviti
seperti Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan dan Unit Beruniform diadakan pada hari
yang berlainan untuk memberi peluang kepada setiap murid menyertai kesemua aktiviti.
Masa perjumpaan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum harus sesuai dan ini akan membolehkan
murid mempunyai masa yang cukup untuk kembali ke sekolah pada sebelah petang.

c. Aktiviti Tahunan
Setiap guru penasihat harus menyediakan sekurang-kurangnya satu aktiviti
sepanjang tahun. Ini merupakan satu aktiviti kelab seperti pertandingan sesama ahli
kelab atau antara rumah. Aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan akan direkodkan oleh
setiausaha kelab tersebut dalam bentuk laporan dengan bantuan guru penasihat. Notis-
notis mengenai pertandingan tersebut harus dipamerkan untuk tontonan semua supaya
yang terlibat akan bersedia tepat pada waktunya.

d. Mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa Ko-Kurikulum harus diadiakan sekurang-kurangnya tiga
kali setahun. Tujuan mesyuarat adalah untuk mengesan segala kelemahan dan
masalah yang timbul dan mencari penyelesaian. Selain itu, ianya untuk menerima
laporan dan setiap kegiatan mengenai perkembangan kelabnya atau mengenai projek
tahunannya. Sekiranya ada kelab tertentu yang ada projek yang memerlukan tenaga
yang lebih, maka melalui mesyuarat inilah semua kesulitan dapat diselesaikan.

e. Penyertaan
Semua murid Tahap II harus melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum dan murid
Tahap I hanya digalakkan sahaja. Setiap murid akan melibatkan diri dalam sekurang-
kurangnya 2 aktiviti ko-kurikulum iaitu dari hari Isnin hingga hari Khamis. Penyertaan
semua guru adalah wajib termasuk kakitangan sokongan bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum bertindak sebagai penyelia.

f. Pengecualian
Pengecualian untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum hanya diberi kepada murid-murid
yang mengalami masalah gangguan kesihatan yang serius seperti lemah jantung, asma,
sakit buah pinggang, dan murid yang ada surat pengakuan doctor yang mengesahkan
mereka tidak boleh menyertai aktiviti ko-kurikulum. Akan tetapi mereka boleh
melibatkan diri dalam aktiviti kelab.
g. Keselamatan Murid
Harus diingatkan bahawa keselamatan murid dalam menjalankan segala aktiviti ko-
kurikulum mesti diberi keutamaan. Untuk menyertai aktiviti kejohanan olahraga sama
ada pada peringkat sekolah, zon, daerah, atau pun bahagian, pihak sekolah harus
memohon kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga. Borang-borang perlepasan ibu
bapa atau penjaga harus diedarkan kepada murid-murid lebih awal.

h. Kriteria Untuk Memilih Aktiviti Ko-Kurikulum


Aktiviti ko-kurikulum yang ditawarkan di sekolah terdiri daripada pelbagai jenis yang
dapat memenuhi minat dan keperluan murid. Jenis kegiatan ko-kurikulum yang diminati
oleh pelajar antaranya ialah:
- sudah menjadi tradisi
- yang ada hubung kait dengan persekitaran murid
- memberi kepuasan atau memberi erti
- memberi peluang bergaul dengan rakan sebaya
- mencabar
- lain daripada yang lain (eksklusif)
- memberi khidmat kepada sekolah atau kawasan
- diadakan di luar bilik darjah (lawatan)
- memberi peluang bebas bergerak dan bergembira
- memberikan peluang bergerak bebas dan bergembira
- membolehkan mereka menunjukkan bakat semulajadi
- menampakkan hasil dan ganjaran mereka

i. Pemilihan Jenis Aktiviti


Sekolah menawarkan tiga jenis aktiviti iaitu Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan dan
Unit Beruniform. Jadi semua murid Tahap II diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti ini.

Untuk aktiviti Hari Sukan Sekolah (jika ada), acara-acara yang akan dipertandingkan
adalah seperti berikut:
- 100 M Lelaki/Perempuan
- 200 M Lelaki/Perempuan
- 4 X 100 M Lelaki/Perempuan
- 4 X 200 M Lelaki/Perempuan
- Lontar Peluru Lelaki/Perempuan
- Lompat Tinggi Lelaki/Perempuan
- Lompat Jauh Lelaki/Perempuan

j. Kemudahan Fizikal
Kemudahan-kemudahan di sekolah adalah sangat terhad. Walaubagaimanapun kita
akan menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada dengan baiknya. Di samping itu,
segala rancangan ko-kurikulum hendaklah diatur mengikut kemudahan yang sedia ada
supaya tidak berlakunya pertembungan penggunaannya.

k. Kewangan
Sekolah berhubung dengan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah untuk
mendapatkan bantuan kewangan.

l. Pentadbiran Kakitangan Dalam Pengelolaan Hari Sukan


Pembabitan semua guru dan staf sekolah adalah perlu dalam mengelola dan
mentadbirkan Hari Sukan Sekolah. Penglibatan murid-murid harus ada seperti
Pengakap. Dengan sokongan semua pihak baik di peringkat sekolah mahupun di
jabatan, pengelolaan Hari Sukan akan berjaya.
m. Alatan
Senarai alatan sukan hendaklah disediakan mengikut jenis/bilangan dan diedarkan
kepada semua guru penasihat. Penggunaan alatan sukan dalam stor sukan mesti ada
rekod keluar/ masuknya. Ini membolehkan alatan sukan dalam stor mencukupi dan
selamat digunakan.

n. Anggaran Perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan perlu disediakan terlebih dahulu untuk seteiap jenis kegiatan
kokurikulum. Ia boleh meliputi
- alatan baru yang diperlu
- persediaan kemudahan (mengecat/membuat garis dll)
- perbelanjaan pengelolaan

o. Penyeliaan Aktiviti Ko-Kurikulum


Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum bertanggungjawab terhadap
program ko-kurikulum sekolah. Oleh itu, penyeliaan oleh mereka berdua terhadap
alatan, keselamatan, tatatertib, dan disiplin murid hendaklah diberi keutamaan.

p. Pakaian
Pakaian yang sesuai harus digunakan oleh setiap guru dan murid ketika
menjalankan aktiviti ko-kurikulum. Contohnya, semasa sukan, guru perempuan harus
menggunakan pakaian sukan seperti seluar track, baju track, dan kasut sukan. Begitu
juga dengan guru lelaki dan murid juga tidak dikecualikan daripada memakai pakaian
yang sesuai tetapi tidak dipaksa.

q. Organisasi Semasa Hari Sukan


Semasa had sukan sekolah, pentadbir harus melantik seorang setiausaha sukan
yang mana dia adalah nadi kepada segala kejayaan sukan tersebut. Pembahagian
guru-guru rumah sukan harus dilantikdan mereka akan menjadi pengurus dan jurulatih
pasukan rumah masing-masing. Murid-murid harus dibahagikan kepada rumah-rumah
sukan dan pembahagian tersebut harus dipamerkan di papan kenyataan sukan sekolah
untuk makluman semua.

r. Galakan
Murid-murid yang mencapai kejayaan dalam sukan harus diberi galakan berbentuk
hadiah dan sijil. Ini akan menarik minat lebih ramai murid melibatkan diri dalam aktiviti
yang dikelolakan nanti. Selain galakan yang disebutkan tadi, piala pusingan,
pengumuman semasa perhimpunan sekolah, jamuan, buku cerita, buku tulis dan
lawatan juga boleh diberikan.
9. MASALAH-MASALAH PENGENDALIAN KOKURIKULUM

a. Kemudahan untuk aktiviti sukan adalah sangat terhad di mana hanya terdapat satu
gelanggang bola keranjang. Jadi mempelbagaikan jenis permainan agak terhad.

b. Sistem pendidikan yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan dan pencapaian


akademik menyebabkan sumber-sumber sekolah (masa, tenaga dan kewangan)
ditumpukan ke arah program akademik sekolah.

c. Ramai murid tidak menghadiri kegiatan kokurikulum kerana mereka beranggapan


kegiatan ini tidak menarik dan tidak penting. Lagipun sesetengah ibu bapa juga
beranggapan sedemikian.

d. Ramai murid memberi alasan bahawa rumah mereka jauh dan tiada kenderaan untuk
menghantar atau mengambil mereka kalau mereka menghadirkan diri untuk aktiviti
kokurikulum di sebelah petang.
e. Kawasan sekolah adalah sangat sempit dan ini menjadi masalah untuk pembinaan
banyak lagi gelanggang permainan.

f. Beban guru di luar Bandar agak berat kerana bilangan guru sedikit berbanding dengan
bilangan kelas yang diajar. Faktor ini telah menyebabkan guru memberi kurang
tumpuan kepada kegiatan kokurikulum ditambahkan lagi dengan guru terpaksa
mengadakan kelas bimbingan dan kelas tambahan pada waktu petang, hujung minggu
dan kadangkala pada masa cuti sekolah.

g. Gerak kerja Unit Beruniform dijalankan tetapi ada sebilangan ahli tiada pakaian seragam
yang sempurna. Ibu bapa tidak mampu membeli set pakaian yang agak mahal.

h. Masyarakat setempat kurang memberi perangsang serta galakan terhadap kegiatan


kokurikulum. Mereka lebih pentingkan pencapaian akademik daripada pencapaian
kokurikulum.

10. STRATEGI-STRATEGI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

a. Ibu bapa juaga harus diberi kesedaran tentang kepentingan kokurikulum melalui
ceramah, sesi dialog dan dedahkan mereka ahli-ahli sukan yang berjaya dalam hidup.

b. Untuk mengatasi masalah kewangan, pihak sekolah bolehlah memohon bantuan


daripada wakil rakyat tempatan untuk menghulurkan sedikit derma. Selain itu, pihak
sekolah boleh mengadakan majlis makan dan jogathon.

c. Murid-murid yang selalu ponteng semasa aktiviti kokurikulum dijalankan harus diberi
hukuman yang setimpal dengannya oleh guru penasihat. Jika kesalahn itu berulang lagi,
maka ia harus dirujuk kepada pihak pentadbir.

d. Para guru harus sedar tentang betapa pentingnya kegiatan kokurikulum dala kehidupan
seharian dan masa depan mereka. Ianya sama penting dengan aspek akademik.

You might also like