You are on page 1of 7

Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

PELAJARAN 10 : RABBANIYYAH

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling
tepat

1
Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang
terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan
hadis

Pengertian di atas merujuk kepada


A Uluhiyyah
B Rububiyyah
C Syumuliyyah
D Rabbaniyyah

2 Selain daripada peraturan hidup, Rabbaniyyah meliputi


i cara
Ii hukum
Iii konsep
iv prinsip

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

3 • Islam agama wahyu bukan ciptaan manusia


• Seluruh makhluk merupakan hak milik Allah s.w.t.
• Allah s.w.t. yang menyediakan peraturan hidup

Pernyataan di atas merujuk kepada


A dasar syariat Islam
B bentuk Syumuliyyah
C ciri-ciri agama Islam
D prinsip-prinsip Rabbaniyyah

4 Prinsip-prinsip Rabbaniyyah ialah


i Islam menjamin hak asasi manusia
ii Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t.
iii Islam dan seluruh makhluk adalah hak milik Allah s.w.t.
iv Islam menekankan keseimbangan hidup di dunia dan di akhirat

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv

1 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

D i dan iv

5 Agama yang diredai Allah s.w.t. ialah


A Islam
B Majusi
C Nasrani
D Buddha

6 Berikut adalah cara memiliki sifat Rabbaniyyah, kecuali


A berakhlak mulia dan terpuji
B berjihad dengan harta dan nyawa
C bekerja bersungguh-sungguh untuk kesenangan hidup
D mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya

7 Berikut merupakan kitab-kitab suci Allah s.w.t. yang diturunkan kepada para nabi,
kecuali
A Injil
B Zabur
C Taurat
D Tsamud

8 Rabbaniyyah bermaksud
A kesaksian
B ketuhanan
C penciptaan
D pembuktian

9 Manakah antara pernyataan berikut membuktikan Islam agama langit?.


i Mempunyai kitab suci
ii Disampaikan oleh utusan Allah s.w.t.
iii Kelahiran agama Islam tertentu waktunya
iv Prinsip-prinsipnya boleh dipinda mengikut zaman

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

10 Agama budaya ialah


A ajaran yang dibawa melalui rasul
B ajaran yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t.
C kepercayaan berasaskan bimbingan wahyu
D ajaran yang berasaskan cita-cita, pengalaman dan penghayatan
pengasasnya tanpa bimbingan wahyu

11 Berikut adalah amalan syirik, kecuali


A menyembah api
B menyembah berhala
C menyembah matahari
D menyembah Allah s.w.t.

2 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 12 hingga 16

Lengkapkan pernyataan berikut.

12 __________________ ialah segala konsep, prinsip, nilai dan 1


peraturan yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t.

13 ____________________ ialah pemberi peraturan hidup kepada 1


seluruh makhluk di dunia ini.

14 Konsep ____________________ atau tauhid, memimpin akal manusia 1


mengenal dan mentaati-Nya.

15 ___________________ dan nahi mungkar merupakan nilai baik yang 1


dianjurkan oleh Allah untuk mengawal keselamatan manusia di
dunia dan di akhirat.

16 _________________ ialah berusaha bersungguh-sungguh dengan 1


mengorbankan harta benda, nyawa, masa dan tenaga.

Soalan 17 hingga 20

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan

17 Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan 1


peraturan yang terdapat dalam Islam
bersumberkan wahyu Allah s.w.t.

1
18 Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain pada zat, sifat dan perbuatan.

1
19 Sarwajagat atau meliputi seluruh alam

20 Terpelihara daripada melakukan dosa kecil 1


dan dosa besar

3 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

Soalan 21 hingga 26

Untuk Tandakan ( 9 ) pada pernyataan yang BETUL.


kegunaan Tandakan ( ° ) pada pernyataan yang SALAH.
Pemeriksa

21 Rabbaniyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak


1
bahawa Allah s.w.t. ialah pemilik dan pentadbir alam.

22 Rabbaniyyah ialah segala peraturan yang terdapat dalam al-


1
Quran bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis.

1 23 Islam adalah agama yang diwahyukan Allah.

1 24 Agama langit merupakan agama ciptaan manusia.

Al-Quran tidak mampu ditandingi oleh akal manusia yang


1 25
bijaksana.

1 26 Perkara-perkara ghaib mampu dikaji secara saintifik.

Soalan 27 dan 28

Lengkapkan carta di bawah

Pandangan Hidup Islam

Syumuliyyah X Y

Thabat Waqi’iyyah

27 X : _______________________________

28 Y : _______________________________

4 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

Soalan 29 dan 30

Lengkapkan carta di bawah

JENIS-JENIS AGAMA

X Y

Contoh : Islam Contoh : Buddha

29 X : _______________________________

30 Y : _______________________________

KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Nyatakan pengertian Rabbaniyyah?.

2 Jelaskan tiga prinsip Rabbaniyyah?.

3 Terangkan dua ciri Islam sebagai agama samawi.

4 Jelaskan perbezaan antara agama langit dan agama budaya

5 Nyatakan dua kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain.

6 Huraikan tiga cara memiliki sifat Rabbaniyyah dalam kehidupan seharian

7 Islam agama yang bersih daripada kecacatan dan kekurangan.


Jelaskan hujah bagi membuktikan kebenaran pernyataan di atas.

8 Islam dan seluruh makhluk adalah kepunyaan Allah s.w.t.


Jelaskan cara merealisasikan prinsip tersebut dalam kehidupan manusia.

9 Nyatakan ciri- ciri agama budaya.

5 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

JAWAPAN

PELAJARAN 10 : RABBANIYYAH

KERTAS 1
BAHAGIAN A
1 D 7 D
2 D 8 B
3 D 9 A
4 B 10 D
5 A 11 D
6 C

BAHAGIAN B
12 Rabbaniyyah
13 Allah s.w.t.
14 Allahu Ahad
15 Amar Maaruf
16 Jihad
17 Rabbaniyyah
18 Syirik
19 Universal
20 Maksum

21 ° 24 °
22 9 25 9
23 9 26 °

27 Rabbaniyyah / Alamiyyah 29 Samawi / langit


28 Alamiyyah / Rabbaniyyah 30 Budaya

KERTAS 2

1 Rabbaniyyah ialah segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang
terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis.

2 Prinsip Rabbaniyyah
• Islam adalah agama yang diwahyukan Allah
• Islam dan seluruh makhluk merupakan hak Allah
• Allah sebagai pemberi peraturan hidup
• Islam bersih daripada sebarang kekurangan

3 Ciri Islam sebagai agama samawi.


• Kelahiran agama langit tertentu waktunya
• Ajarannya bersifat kekal dan lengkap
• Prinsip agama langit bersifat mutlak dan universal
• Agama langit disampaikan oleh utusan Allah s.w.t.

6 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral


Tingkatan 4: Bab 2 : Pandangan Hidup Islam

4 Perbezaan antara agama langit dengan agama budaya


Agama langit Agama budaya
• Bersumberkan wahyu Allah s.w.t. • Bersumberkan pemikiran manusia
• Memiliki kitab-kitab suci Allah s.w.t. • Memiliki kitab ciptaan sendiri
• Ajarannya kekal hingga akhir • Berubah-ubah berdasarkan situasi
zaman dan masa
• Kebenarannya bersifat mutlak • Kebenarannya diragui

5 Kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain.


• Dijamin / dipelihara Allah kandungannya sehingga ke hari akhirat.
• Bahasanya tidak mampu ditandingi oleh manusia atau jin.
• Sesuai diamalkan pada semua tempat, masa dan keadaan.
• Mampu menyelesaikan masalah manusia.

6 Cara memiliki sifat Rabbaniyyah dalam kehidupan seharian


• Mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
• Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar
Islam
• Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji
• Beriman dan yakin dengan segala rukun iman

7 Hujah membuktikan Islam agama yang bersih daripada kecacatan dan


kekurangan
• Islam agama yang dicipta oleh Allah s.w.t.
• Sarjana Barat mengakui kebenaran dan kesempurnaan Islam.
• Ajaran Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t.

8 Cara merealisasikan prinsip Islam dan seluruh makhluk adalah kepunyaan Allah
s.w.t.
• Taat segala perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangan-Nya
• Memakmurkan alam mengikut syarak.
• Menginsafi diri sebagai hamba yang lemah.

9 Ciri-ciri agama budaya


• Boleh dipinda dan diubah
• Konsep ketuhannya tidak jelas
• Bercanggah dengan fitrah kejadian manusia
• Ajarannya tidak lengkap/ bersifat sementara

7 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

You might also like