You are on page 1of 2

REFLEKSI KEM BINA INSAN GURU

Oleh: Aminah Syuhada binti Abdul Latif (1 PISMP TESL)

Saya sangat teruja untuk mengikuti program Bina Insan Guru yang telah
dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, tetapi pada masa yang sama saya juga
risau sekiranya saya tidak dapat menjalani aktiviti yang telah disediakan dengan
baik.

Aktiviti pada hari pertama, iaitu “water confident” telah mendedahkan


kami kepada situasi sebenar ketika berada di dalam air. Ada di antara kami yang
takut untuk masuk ke dalam air malah ada juga yang tidak tahu berenang. Dengan
adanya aktiviti water confident ini, sedikit sebanyak kami dapat mengatasi fobia atau
ketakutan berada di dalam air. Pada masa yang sama, nilai keprihatinan dan
kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan kami di mana peserta saling membantu
untuk mengatasi ketakutan terhadap air.

Aktiviti seterusnya pada pagi hari kedua juga adalah aktiviti yang paling
dinanti-nantikan oleh saya, iaitu berkayak. Aktiviti ini sangat menguji daya ketahanan
dan kecergasa fizikal saya kerana saya sedar saya mempunyai saiz badan yang
agak besar. Secara tidak langsung, sekali lagi nilai kerjasama dan semangat
berpasukan dapat dipupuk melalui aktiviti berkayak ini. Rakan sekayak hendakalah
saling bersepakat dan bekerjasama untuk mengendalikan dan menggerakkan kayak
dengan betul. Setiap peserta juga telah memberikan kerjasamayang padu
sepanjang proses mengeluarkan kayak untuk digunakan dan menyimpan semula
kayak di tempatnya.

Aktiviti pada hari ketiga pula, iaitu merentas paya bakau juga tidak kurang
seronoknya. Walaupun ia adalah kali kedua saya memasuki hutan paya bakau,
namun ia masih merupakan pengalaman yang menarik dan tidak akan saya
lupakan. Semasa memasuki hutan paya bakau itu, disebabkan kasut yang dipakai
saya telah beberapa kali tersekat dan bergelumang di dalam hutan paya bakau.
Dengan bantuan rakan-rakan, saya berjaya meredah hutan itu dengan selamat.
Sepanjang mengikuti kembara paya bakau ini, sedikit sebanyak saya telah
mempelajari dan mengenali hidupan-hidupan flora dan fauna yang terdapat di dalam
hutan paya bakau itu. Pada masa yang sama, saya juga telah menyedari bahawa,
setiap hidupan di dalam sesuatu ekosistem mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Begitu juga dengan suasana di sekolah yang bakal kami masuki kelak.

Akhir sekali, aktiviti malam kebudayaan pada malam terakhir juga adalah
sangat menarik dan menyeronokkan. Walaupun hanya masa yang singkat telah
diberikan kepada kami untuk menyediakan persembahan untuk malam kebudayaan
itu, namun para peserta masih mampu menghasilkan persembahan yang menarik
dan menghiburkan. Aktiviti ini memerlukan kami untuk berfikir secara kreatif dan
kreatif dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti dan bermakan sesuai
dengan profesian perguruan yang kami ceburi. Pada masa yang sama, bakat-bakat
terpendam seperti kebolehan berlakon, menyanyi dan berpuisi dapat dicungkil
melalui aktiviti ini.

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah
disediakan oleh pihak HEP kepada kami. Setiap aktiviti mempunyai kekuatan dan
telah memberi pelajaran kepada kami dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang
mengikuti program Bina Insan Guru ini, banyak perkara dan pengalaman baru yang
saya dan rakan-rakan lain telah perolehi dan alami bersama-sama.

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah
disediakan oleh pihak HEP kepada kami. Setiap aktiviti mempunyai kekuatan dan
telah memberi pelajaran kepada kami dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang
mengikuti program Bina Insan Guru ini, banyak perkara dan pengalaman baru yang
saya dan rakan-rakan lain telah perolehi dan alami bersama-sama. Terima kasih
kepada pihak Hep kerana sudi menganjurkan aktiviti yang bermanfaat seperti ini.
Saya percaya pengalaman ini adalah sangat bernilai dan berguna pada kami pada
masa hadapan. Kenangan BIG Siri 112 akan terus terpahat di dalam hati saya
sampai bila-bila.

You might also like