You are on page 1of 11

(i) Anatomi dan Fisiologi.

Anatomi adalah kajian tentang struktur tubuh badan dan hubungan antara
bahagian-bahagian badan tersebut, kedudukan geografi bahagian tubuh badan
dan pengamatan tentang kegunaan setiap struktur dan system tisunya.

Fisiologi pula adalah kajian mengenai fungsi tubuh manusia dalam


keadaan normal. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan mengenai semua
makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Fisiologi juga berkait
rapat dengan tugas ahli sitologi yang mempelajari struktur sel dan ahli biokimia
yang berterusan dengan perubahan kimia dan kegiatan sel serta menyelidik
proses jasad hidup yang lebih kompleks.

Sistem rangka terdiri daripada tulang, ligamen, tendon dan rawan. Tulang
dibentuk daripada kalsium dan fosforus untuk membentuk struktur badan
manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadikan tulang keras. Ligamen
pula merupakan tisu berfiber kenyal yang berwarna putih atau kuning pucat dan
menghubungkan tulang dengan tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat, Ligamen
berfungsi mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta
membolehkan pergerakan pada sendi.

Tendon adalah merupakan tisu berfiber tidak kenyal , berwarna putih,


tidak boleh melentur dan sangat kuat. Ia merupakan jalur tisu kuat yang
melekatkan otot pada tulang dan juga pada otot yang lain. Ia melekatkan bisep
pada tulang radius dan melekatkan otot trisep pada tulang ulna. Apabila otot
berkontraksi, tendon yang terdapat pada hujung otot akan menarik tulang. Hal
ini menyebabkan pergerakan pada tulang-tulang yang membentuk sendi.
Rawan atau kartilej pula adalah tisu yang lembut tetapi kuat, elastik dan tiada
saluran darah. Kartilej menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi dan
berperanan melindungi tulang-tulang daripada haus semasa berlaku geseran
antara sendi. Ia juga merupakan rangka penyokong dalam peringkat embrio
untuk menyerap hentakan. Kartilej terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz
disamping bertindak meningkatkan stabiliti pada sendi.
Terdapat 206 tulang dalam sistem rangka. Ianya termasuklah tengkorak
yang terdiri daripada 8 kranium dan 14 muka, vetebrata yang terdiri daripada 7
leher, 12 toraks, 5 lumbar dan 9 koksil serta rusuk yang terdiri daripada 7 rusuk
sebenar dan 5 rusuk palsu. Struktur sistem rangka ini menyokong dan
melindungi tisu-tisu lembut. Tulang juga terdiri daripada sel-sel dalam matrik
interselular dipanggil osteoid iaitu 1/3 bahan organik dan 2/3 bahan tak organik.

Antara fungsi sistem rangka adalah melindungi struktur-struktur dalaman


badan. Contohnya otak dilindungi oleh tengkorak, jantung dan paru-paru
dilindungi oleh tulang rusuk. Sistem rangka juga menyokong badan iaitu
membenarkan pergerakan normal hanya pada kawasan tertentu sahaja khasnya
sendi terutamanya sendi sinovium. Sistem rangka juga menghasilkan sel darah
merah dan menyimpan bahan mineral seperti kalsium serta berfungsi dalam
perlekatan otot untuk pergerakan.

Tulang pula dikelaskan kepada tulang panjang, tulang pendek, tulang


leper dan tulang tak sama bentuk. Tulang panjang mempunyai shaf (diaphysis)
atau badan yang panjang dan berbentuk selinder berongga. Ukuran panjangnya
lebih berbanding ukuran lebarnya. Semasa tumbesaran, setiap hujung adalah
terpisah dari shaf oleh rawan epifisis (epiphyseal cartilage). Tumbesaran tulang
akan berhenti apabila matang dan epifisis akan bercantum dengan shaf. Tulang-
tulang panjang ini merupakan tuas yang berkesan dalam memudahkan
pergerakan. Kebanyakannya adalah tulang-tulang mampat seperti Humerus,
radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges.

Tulang pendek pula mempunyai ukuran panjang, lebar dan tebal yang
hampir sama. Fungsinya adalah untuk mengurangkan konkasyen. Contoh
tulang pendek ialah seperti tulang karpus dan tarsus. Tulang sesamoid yang
terdapat dalam kapsul sendi atau tendon boleh juga dianggap sebagai tulang
pendek. Tulang sesamoid dapat mengurangkan atau menghilangkan geseran
atau menukar arah tendon.
Tulang leper pula ialah tulang-tulang yang berbentuk pipih dan
melengkung.Tulang leper menyediakan kawasan untuk perlekatan bagi otot-otot
dan melindungi organ-organ lembut yang ditutupinya. Ianya membesar dalam
dua arah. Contoh tulang leper ialah rusuk, ileum, sternum, scapula dan cranium.
Tulang tak sama bentuk pula mempunyai bentuk yang ganjil seperti tulang
vertebrata dan tulang bahagian tengkorak. Tulang ini tiada pasangan dan
terletak di bahagian tengah.Tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat
perlekatan otot-otot.

Sistem otot pula terdiri daripada tiga jenis iaitu otot rangka, otot kardiak
dan licin. Otot rangka dikenali sebagai otot terkawal/terjalur. Ianya membaluti
sistem rangka tubuh dan berfungsi untuk menggerakkan rangka. Tindakannya di
bawah kawalan sistem saraf dan gerakan dapat dikawal oleh kemahuan sendiri.
Otot kardiak merupakan otot jantung yang bergerak sekata dan bertindak tanpa
rangsangan saraf otonomi. Fungsinya adalah mengepam darah ke seluruh
badan. Otot licin pula merupaka otot perut. Ianya terdapat pada dinding saluran
pencernaan, dinding saluran darah dan kelopak mata. Ia tidak berjalur dan
gerakkannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan sendiri.

Antara ciri-ciri sistem otot adalah kebolehujaan. Ianya bermaksud


kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan
yang diterima. Ini membolehkan otot untuk mengucup.Ciri kedua adalah
kebolehkuncupan. Maksudnya adalah otot berupaya untuk menguncup atau
memendek apabila menerima rangsangan. Daya akan terhasil apabila otot
menguncup. Inilah yang membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain. Ciri
ketiga adalah kebolehpanjangan iaitu keupayaan otot untuk meregang atau
memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup dan boleh
memanjang melebihi panjang asal apabila otot rileks.Ciri terakhir adalah
kebolehanjalan iaitu otot berupaya untuk kembali ke panjang asal selepas
meregang atau menguncup.
Sistem otot berfungsi untuk menghasilkan pergerakan. Penguncupan otot
rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang. Sistem
otot juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut
perubahan yang berlaku di sekeliling. Ianya juga membolehkan manusia
melakukan pelbagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka.
Sistem otot juga berfungsi mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan
menundukkan kepala apabila menulis. Selain menarik tulang-tulang untuk
menghasilkan pergerakan, sistem otot juga menstabilkan sendi-sendi rangka
terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi seperti lakuan dalam
sukan memanah. Selain itu, sistem otot juga menghasilkan haba. Sel-sel badan
menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot.Haba penting bagi
mengekalkan suhu badan.

Jadual : Nama otot utama, lokasi dan perlekatan otot.

Nama otot Lokasi otot Lekatan Lekatan Bistal


Proksimal
1. Leher Leher Sternum Mastoid di
Sternocleidomastoid klavikel Tulang
temporal
2. Belakang tubuh. -Belakang leher -Tulang -Klavikel,
- Trapezius dan bahagian osipital, serviks scapula
- Latissimus dorsi atas belakang dan semua -Hujung
badan toraks proksimal
-Belakang -Bahagian
bawah bawah
belakang badan vertebra, iliak

3. Bahu -Bahagian atas -Klavikel, -Bahagian


- deltoid bahu skapula Lengan
humerus
4. Lengan -Anterior lengan - Skapula - Proksimal
-Bisep bralii atas - Skapula dan radius
-Trisep brakii -Posterior proksimal -Olekranon
humerus humerus proses di ulna
5. Depan tubuh -Bahagian atas -Klavikel, -Proksimal
-Pektoralis major dada sternum, tulang humerus
-Rektus abdominis -Bahagian rusuk -Sternum dan
-Eksternal oblik tengah -pubis tulang rusuk ke
-Eksternal abdomen -Tulang rusuk 5 hingga ke 7.
interkostal -Dinding, lateral ke 8 -Illiak
abdomen -Bahagian -Bahagian atas
-Superfisial bawah tulang tulang rusuk.
antara tulang rusuk.
rusuk.
-Punggung -Sakrum, illium -Proksimal
6. Pinggul femur
- Gluteal
maksimus
7. Paha -Anterior paha -Spina illium -Proksimal tibia
-Sartorius -Superfisial, -Bahagian atas -Patela
-Kuadriseps Anterior paha pelvic -Patela
-Rektus femoris -Lateral paha -Bahagian atas -Patela
-Vastus lateralis -Medial paha femur -Patela
-Vastus medialis -Intermedial -Medial femur -Lateral fibula
-Vastus paha -Anterior dan - Medial tibia
Intermedius -Posterior paha lateral femur -Medial tibia
-Hamstring -Posterior paha -Bahagian atas -Posterior
- Bisep femoris -Posterior paha femur kalkanus
-Semitendinosus -Bahagian atas
-Semi femur
membranosus -Bahagian atas
femur
-Lateral dan
medial femur
8. Kaki -Betis -Distal femur -Kalkanus
dan fibula
-Gastroknemius
-Soleus

Terdapat tiga jenis penguncupan otot. Pertama ialah Penguncupan


isometric(penguncupan statik). Penguncupan jenis ini menghasilkan daya tetapi
tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.
Penguncupan kedua adalah Penguncupan isotonik. Bentuk penguncupan ini
berlaku apabila fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya untuk
mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonic boleh berlaku secara
konsentrik atau esentrik. Penguncupan ke tiga adalah Penguncupan isokinetik.
Fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang
berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan
jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

Halaju penguncupan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jenis fiber


deskripsi dan deskripsi.Terdapat dua jenis fiber diskripsi iaitu sentak cepat dan
sentak lambat. Sentak cepat bermaksud keupayaan anaerobik yang tinggi. Ia
digunakan dalam acara pecutan eksplosif (acara berintensiti tinggi, berjangka
masa pendek). Sentak lambat pula bermaksud keupayaan aerobik yang tinggi.
Ia digunakan dalam acara-acara bersifat daya tahan (jangka masa yang lama).

Analisis Pergerakan
Kami telah merancang untuk menganalisis pergerakan dalam acara melontar
peluru. Peluru harus dilontar daripada bahu dalam satu bulatan berukuran pusat
2.13 meter dan mesti mendarat dalam sektor 40 darjah.

Fleksibiliti adalah keupayaan otot, sendi, tendon dan ligament dalam


melakukan pergerakan dengan licin. Hasil sesuatu pergerakan ditentukan oleh
panjang otot-otot, ligament, tendon dan struktur sendi. Bahu dan keseluruhan
tangan adalah bahagian badan yang utama digunakan dalam pergerakan lontar
peluru.

Peluru mesti dilepaskan dengan sebelah tangan daripada atas bahu.


Sebelum membaling, peluru hendaklah dipegang di telapak tangan. Siku
dibengkokkan dan peluru terletak di atas bahu. Otot-otot dan tulang yang terlibat
ketika ini adalah otot dan tulang di tapak tangan, di bahu dan di lengan. Otot
deltoid di atas bahu akan mengendur ketika peluru di tapak tangan dan akan
meregang ketika peluru dibaling. Otot ini terlebih dahulu akan bergerak ketika
pembaling mengangkat tangan ke arah luar dan ke sisi badan.

Beberapa kumpulan otot yang terletak di bahagian depan dan belakang


lengan bawah dan di bahagian tapak tangan dan jari menjalankan pergerakan di
sendi pergelangan lengan di situ. Otot bisep dan brakialis di hadapan lengan
atas akan membengkok sendi siku manakala otot trisep yang terletak di
belakang lengan atas akan menjulur sendi siku. Pergerakan otot ini berlaku
semasa pembaling mengbengkokkan siku ketika memegang peluru berhampiran
leher.

Tulang-tulang yang menyokong dan membuat pergerakan adalah tulang


humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus dan falaks seperti di gambarajah
.Sendi-sendi yang terlibat ketika pemain membuat balingan lontar peluru adalah
sendi mangkuk iaitu yang menyambung bahu dan selangka, sendi engsel yang
berfungsi di sendi siku, sendi pelana yang terletak di tapak tangan dan jari dan
sendi kondil iaitu sendi pergelangan tangan.
Pektoralis major adalah otot besar di hadapan dada. Otot ini bergerak
semasa pembaling membengkok lengan atas ke hadapan dada. Pektoralis
minor pula adalah pasangan pektoralis major yang terletak di bawahnya. Ia
bergerak menarik bahu ke bawah. Serratus anterior terletak di sebelah rusuk
kea rah tulang belikat. Ia berfungsi menarik bahu ke hadapan semasa
pembaling melontar peluru.Latisimus dorsi adalah otot dari bahagian atas tulang
pangkal lengan. Ia berfungsi menurunkan lengan ke sisi selepas diangkat,
memutar atau memusing lengan atas ke dalam.

Otot Ilipsoas berfungsi membengkokkan sendi peha serta memutar peha ke


sisi dalamnya. Otot kuadratus lumborum berfungsi membengkok badan ke
sebelah sisi. Kuadrisep ekstensor berfungsi melunjur sendi lutut setelah lutut
dibengkokkan. Sartorius pula membengkokkan sendi lutut lalu mengangkat dan
memutar peha ke dalam. Hamstring pula berfungsi membengkokkan sendi lutut
serta melunjurkan sendi peha.

Otot-otot yang bergerak pada bahagian batang kaki semasa aktiviti melontar
peluru adalah Tibialis anterior yang berfungsi membengkok sendi pergelangan
kaki ke atas. Ekstensor digitorium longus berfungsi membengkokkan jari-jari
kaki ke atas. Gastroemius dan soleus berfungsi membengkokkan sendi dan
tapak kaki ke bawah.

Demikianlah analisis pergerakan otot, sendi dan tulang semasa melakukan


aktiviti melontar peluru.
Borang Kolaborasi Kerja Kursus

NAMA PELAJAR : 1. Salmiah binti Abdul Razak

2. Rashidah binti Yaakub

NO. MATRIK : 1. 06297

2. 06294

KUMPULAN : PGSR (NOV 2008)PRASEKOLAH SEMESTER 5

PENSYARAH PEMBIMBING : 1. Encik Rosli bin Hamid

2. Tan Bon Chee

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN

Refleksi
Rashidah binti Yaakub.

Alhamdulillah, dalam kesibukan dengan urusan di sekolah dan


menguruskan rumahtangga dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini.
Sepanjang menyiapkannya dapat juga saya menimba ilmu pengetahuan
mengenai tubuh badan manusia terutamanya dari segi tulang dan otot. Jika
sebelum ini kefahaman saya agak kabur , ianya bertambah jelas apabila saya
menyiapkan tugasan ini.

Setelah menyelesaikan tugasan ini, saya berpendapat bentuk badan


termasuk bentuk anggota badan dipengaruhi oleh pergerakan otot-ototnya.
Apabila otot selalu digerak-gerakkan ia akan menjadi lebih padat dan pejal.
Kekuatan otot juga dipengaruhi oleh keaktifannya. Sebab itulah tangan kanan
kebanyakkan orang lebih kuat berbanding tangan kirinya.

Tulang juga memainkan peranan yang sangat penting kepada tubuh


badan. Tanpa tulang yang kuat tubuh badan tidak akan berupaya untuk berdiri
tegak dan segak. Oleh itu kita harus menjaga kekuatan dan keselamatan tulang
agar tidak menghadapi masalah seperti patah tulang, tulang rapuh dan
sebagainya.

Sesuatu pergerakan yang dilakukan memberi kesan pada otot-otot


tertentu. Otot-otot mengendur dan menguncup setiap kali anggota badan
bergerak. Itulah sebabnya senaman sangat penting supaya otot-otot dapat
bergerak dan kesihatan tubuh badan dapat dikekalkan.

Pengenalan.

Lontar peluru adalah salah satu aktiviti sukan yang mendapat sambutan
sebagai acara padang di kejohanan sukan olahraga. Amerika Syarikat
menganggap lontar peluru adalah acara sukan yang sangat menarik. Acara ini
telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek dan diterima dan
dipertandingkan di Sukan Olimpik moden pada tahun 1896.

Mengikut sejarah,aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula


pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan
pertama yang mencipta acara melontar peluru, berdasarkan pertandingan yang
mereka laksanakan.

Pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru, Parry O’Brien dari Amerika
Syarikat telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya kekal digunakan
hingga ke hari ini. Acara lontar peluru banyak melibatkan pergerakan otot, sendi
serta tulang bahagian tangan . Kekuatan otot tangan akan menentukan jarak
lontaran.

Acara lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam mana-mana
kejohanan sukan olahraga. Atlet lelaki dan wanita boleh mengambil bahagian
dalam acara ini. Lontar peluru merupakan acara yang paling mudah dilakukan
berbanding tiga acara lontar yang lain iaitu lontar lembing, melempar cakera dan
melontar tukul besi.

Pelontar peluru harus mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya
lontaran yang baik. Bagi mendapat lontaran yang baik, latihan bersistem dan
pengawasan dari jurulatih diperlukan.

You might also like