You are on page 1of 20

PENGENALAN TH

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji' (LUTH) Malaysia yang peranan
asalnya menguruskan perjalanan jemaahhaji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun. Bangunan
pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur,Malaysia. Tabung Haji
merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari
Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan
tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

Latar belakang TH
P

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap
ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad
mengerjakan haji, umat [[Islam]] terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka
berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan
wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan
perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri
sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga
secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam
pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit
tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji
ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963.
Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja [[Ungku Aziz|Yang Mulia Profesor Di Raja
Ungku Aziz]] bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam
tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang
beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau
ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji
1969 dengan tujuan untuk :

 Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi


perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
 Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian
yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
 Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang
menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi
perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam
urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-
pendeposit atas wang simpanan mereka.
Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk
menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan
alternatif kepada umat Islam [Malaysia] untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan
mengikut lunas-lunas Islam.

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan
perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan
daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi
skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta
Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga
Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak
dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Jenama &Logo Tabung Haji ( TH )

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH untuk turut
sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah dikuatkuasakan akta baru
dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan
secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah melancarkan logo korporatnya yang baru yang
lebih bersifat semasa dan terkini dengan ciri-ciri tersendiri.

Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak statik malah sentiasa
positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi dan cita-citanya. la sentiasa selari dan
seiring dengan perkembangan-perkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian
kegiatan pelaburan dan perisian teknologi.

Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam bahasa Arab.

Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji. Bentuk segi
empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan sembahyang seluruh
umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus menyeru dan menggalakkan orang di
Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi tujuan haji dan umrah.
Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini pada bahagian
kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab, 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju
kejayaan).

Maklumat Warna Logo TH

 Hitam Menunjukkan warna ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswa


 Hijau Menunjukkan warna korporat TH
 Putih Melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam segala aktiviti TH

Visi & Misi TH

Visi

Tunggak kejayaan ekonomi ummah ; pengurusan haji terbilang

Misi

Dalam mencapai visi TH, KAMI beriltizam:-

 Memperkasakan ekonomi ummah


 Sentiasa giat mencari pelaburan strategik global dan lokal bagi pertumbuhan berterusan
 Menggembleng dan memperkaya modal pendeposit
 Memberikan perkhidmatan cemerlang yang berterusan
 Memudahkan dan menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur
 Memberikan pulangan yang kompetitif, halal dan toyyiban.

Struktur Organisasi TH
Struktur Organisasi
Lembaga Pengarah

Jemaah Lembaga Pengarah diberi kuasa dibawah Seksyen 4 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535)
untuk mentadbir kumpulan wang dan segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji. Jemaah
Lembaga Pengarah ini juga merumus dasar yang berkaitan dengannya dan perkara-perkara lain yang
boleh dilakukan dibawah Akta ini.Penubuhan Jemaah Lembaga Pengarah adalah menepati ketetapan
keanggotaan Lembaga seperti yang dinyatakan di Bahagian II Seksyen 6 Akta 535. Berikut adalah
senarai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang disenaraikan dalam Penyata Kewangan Tabung
Haji.

PENGERUSI

Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor

Pengerusi TH

AHLI

Dato' Paduka Ismee Ismail

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Dato' Zainol bin Othman

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri

Datuk Dr. Abdul Samad bin Alias

Pengerusi, Malaysia Venture Capital Management Bhd.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Husin

Rektor, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

Dato' Paduka Badruddin bin Amiruldin

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Tan Sri Dato' Hashim bin Meon

Datuk Mohamad bin Aziz

Dato' Abdul Azeez bin Abdul Rahim

Dato' Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Wakil Perbendaharaan

Panel Pelaburan
Menurut Seksyen 11 (1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Jemaah Lembaga Pengarah telah
diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang dikenali
sebagai Panel Pelaburan.Panel Pelaburan ini bertanggungjawab menasihati Jemaah Lembaga
Pengarah dan Pengurusan Tabung Haji ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan
Tabung Haji dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburannya serta memperolehi pulangan yang
kompetitif.

Keahlian Panel Pelaburan Tabung Haji yang terkini.

Dari kiri Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Datin Paduka Zahridah
Ismail, Datuk Azizan Abdul Rahman, Puan Nor Shamsiah Yunus, Dato' Mohzani Datuk Dr. Abdul
Wahab, Encik Abdul Kadir Md Kassim, Tuan Syed Elias Alhabshi

PENGERUSI

Datuk Azizan bin Abdul Rahman

Pengerusi, Eastern & Oriental Berhad

AHLI-AHLI

Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar

Presiden Dan CEO, Maybank Berhad

Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman

Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara

Datin Paduka Zahridah binti Ismail

Pemegang Amanah, Yayasan Budi Penyayang Malaysia

Dato' Mohzani bin Abdul Wahab


Bekas Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Encik Abdul Kadir bin Md Kassim

Rakan Kongsi, Kadir Andri & Partners

Tuan Syed Elias Alhabshi

Bekas Pengarah Eksekutif Kumpulan, Realmild (M) Sdn Bhd

Majlis Penasihat Haji

Penubuhan Majlis Penasihat Haji adalah mengikut Seksyen 11, Akta Tabung Haji (Akta 535). Majlis ini
bertanggungjawab untuk menasihati Menteri Pentadbir berkenaan kebajikan jemaah haji dan
perkara-perkara yang dirujuk padanya berhubung dengan isu-isu urusan haji. Majlis ini juga berfungsi
memberi maklum balas kepada pengurusan Tabung Haji berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh jemaah
haji disamping memberi cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji.

PENGERUSI

Tan Sri Dato' Dr. Haji Mohd. Yusof Haji Mohd Noor

PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Dato' Paduka Ismee Ismail

WAKIL KEMENTERIAN KESIHATAN

Dato' Seri Dr. Haji Mohd. Nasir Mohd Ashraf

WAKIL KEMENTERIAN LUAR NEGERI

TYT Ambassador Ibrahim Abdullah

WAKIL NEGERI
PERLIS

Dato' Seri Shahidan Kassim

KEDAH

Prof. Dato' Wira Dr. Haji Othman Haji Ishak

PULAU PINANG

Dato' Seri Haji Abd. Rashid Abdullah

PERAK

Dato' Haji Mohd Zaim Haji Abu Hassan

SELANGOR

Dato' Haji Abdul Rahman Haji Palil

NEGERI SEMBILAN

Encik Selamat Paigo

MELAKA

Tuan Haji Wahab Haji Ab Latip

JOHOR

Datuk Haji Gapar Gurrohu

PAHANG

Ustaz Ahmad Jaafar

TERENGGANU

Tuan Haji Wan Mohd Wan Hassan

SABAH

Encik Moktar Yassin Ajam

SARAWAK

Dato' Wan Abdul Wahab Wan Sanusi

LANTIKAN MENTERI
Dato' Haji Abdul Rahman Mohd

SETIAUSAHA KETUA JABATAN HAJI

Dato' Dr. Haji Azmi Haji Ahmad

Haji Mohd. Salleh Abd Mubin


Perkhidmatan Simpanan/Tabungan TH

Strategi Perkhidmatan
(Kaunter Mesra):-
1. Pembukaan Pejabat-pejabat Mini di kawasan yang tertentu
2. Konsep kaunter yang terbuka dan mesra
3. Penggunaan alat panggilan  digital
4.
4.
4.
4.
4.
4.
4.
4.
4.
4. Kakitangan  yang  terlatih   untuk melayani  kehendak pelanggan.

Waktu Perkhidmatan Pelanggan


Waktu perkhidmatan di kaunter-kaunter Tabung Haji, berikut adalah jadual perkhidmatan kami:
HARI WAKTU URUSNIAGA BARU
1. Waktu urusniaga Kaunter Lantai 2, Cawangan Tun Razak, Kuala Lumpur
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 12:15 tengahari
02:30 petang hingga 04:15 petang
2. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka
dan Johor
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 12:15 tengah hari
02:30 petang hingga 04:15 petang
3. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ahad hingga Rabu 08:30 pagi hingga 04:15 petang
Khamis 08:30 pagi hingga 04:00 petang
4. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri-negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 11:30 pagi
02:00 petang hingga 04:30 petang
5. Waktu Urusniaga Kaunter Pejabat di Negeri Sarawak
Isnin hingga Khamis 08:30 pagi hingga 04:30 petang
Jumaat 08:30 pagi hingga 11:45 pagi
02:15 petang hingga 04:30 petang

Kelebihan Pendeposit Tabung Haji


1. Syiar Islam; melaksanakan sistem kewangan Islam
2. Zakat; zakat perniagaan yang dibayar bagi pihak pendeposit
3. Halal; simpanan dilabur menepati tuntutan syarak,
4. Bonus; memberikan bonus yang kompetitif kepada pendeposit
5. pengecualian cukai; bonus dikecualikan daripada cukai pendapatan
6. Dijamin; Simpanan dijamin oleh kerajaan dan
7. Kekerapan pengeluaran; pengeluaran wang tanpa had.
Semua simpanan boleh dibuat dengan membuka akaun di mana-mana Pejabat TH (simpanan
permulaan cuma sebanyak RM2.00 bagi dewasa dan kanak-kanak).
Pendeposit boleh menambah simpanan melalui kemudahan berikut :
◊ Pejabat-pejabat Tabung Haji  cawangan
◊ Majlis penerangan / kempen / meja Tabung Haji
◊ Skim Pelaburan Ahli KWSP di dalam Tabung Haji
◊ Penghantaran Draf Bank / Cek / Wang Pos / Kiriman Wang secara pos ke mana-mana Pejabat
Tabung
Haji.
◊ Melalui mana-mana Agen Kutipan Simpanan Tabung Haji yang diberikuasa, iaitu

* CIMB Bank * Maybank * Bank Islam Malaysia Berhad


 

* RHB Bank * AmBank Berhad * Public Bank Berhad


     

* POS Malaysia Bank Muamalat * EON Bank


     

Bank Simpanan Nasional  Bank Rakyat Asian Finance Bank


     
Nota: * adalah ejen kutipan simpanan TH  secara Perbankan Internet.

◊ Potongan Gaji Diri dan Keluarga


Kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji  untuk  pendeposit membuat  simpanan  bagi  diri 
dan  keluarga secara  bulanan melalui potongan gaji.

Kelebihan Skim
- Simpanan boleh dibuat setiap bulan tanpa perlu datang ke Pejabat Tabung Haji
- Anak-anak boleh menjadi pendeposit Tabung Haji sejak ianya dilahirkan dan mempunyai
simpanan dari potongan gaji ibu bapanya
- Dapat menanam sikap berjimat cermat dan minat menabung dikalangan kanak-kanak dan
merancang keperluan mereka dimasa hadapan
- Bagi yang ada keinginan untuk menunaikan Fardhu Haji , simpanan bulanan secara tetap
akan membantu merealisasikan impian mereka.

◊ Perkhidmatan ATM / CDM


Pendeposit Tabung Haji boleh melakukan transaksi akaun Tabung Haji di Mesin Juruwang Automatik
(ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di semua rangkaian Bank Islam dan Bank Rakyat.
Perkhidmatan Pelaburan TH

Selain daripada itu, objektif penubuhan Tabung Haji juga adalah untuk memberi peluang
kepada Umat Islam di Malaysia, melalui simpanan mereka, menceburi bidang pelaburan dan
perniagaan negara.

Strategi Perkhidmatan
1. Tabung Haji telah menyertai bidang-bidang pelaburan yang berpotensi dan meyakinkan yang
merangkumi pelaburan saham jangka pendek dan jangka panjang dalam sektor-sektor
ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, peladangan serta pemilikan hartanah.
2. Tabung Haji sentiasa mengamalkan dasar pelaburan yang berhati-hati dan berhemat. Setiap
aktiviti yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang terlibat akan sentiasa diawasi bagi
memastikan ia halal dan menguntungkan dan berdaya maju.
3. Tabung Haji juga melabur secara aktif dalam instrumen-instrumen pelaburan kewangan Islam
seperti bon, nota korporat, sijil pelaburan kerajaan, akaun bank mudhaarabah dan "bill of
acceptances".
4. Pelaburan Tabung Haji dalam anak-anak syarikat membolehkan ia terlibat secara langsung
dalam sektor-sektor yang berpotensi dan berdaya maju. Pada masa ini, tumpuan pelaburan
diberikan kepada sektor-sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan,
perkhidmatan dan pengeluaran produk-produk halal. Lima anak syarikat milik penuh Tabung
Haji yang beroperasi dalam sektor-sektor tersebut ialah:
·         TH  Plantations Berhad
          (Sektor perladangan)
·         TH  Properties Sdn Bhd
          (Sektor pembangunan hartanah)
·         TH  Technologies Sdn Bhd
          (Sektor pembinaan)
·         TH  Travel & Services Sdn Bhd
          (Sektor perkhidmatan, haji, umrah dan pelancongan)
·         TH  Global Services Sdn Bhd
          (Sektor mengedar dan mengeluarkan produk makanan dan minuman halal)
Perkhidmatan Menunaikan Haji TH

1. Carta Aliran Pengurusan Haji Malaysia

2. WANG NAIK HAJI (WNH)


Wang Naik Haji ialah jumlah minimum perbelanjaan haji yang diperlukan bagi seseorang dewasa atau
kanak-kanak untuk menunaikan fardu haji. Ia meliputi bayaran-bayaran berikut :
 Pasport haji dan bayaran perkhidmatan pendaftaran.
 Tambang kapal terbang serta cukai lapangan terbang.
 Sewa bangunan penginapan di Makkah dan Madinah.
 Perkhidmatan Pihak-Pihak Berkuasa Haji Arab Saudi.
 Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina.
 Tambang bas dari Jeddah ke Madinah/ Makkah/ Arafah/ Muzdalifah/ Mina/ Makkah, dan balik
ke Jeddah.
 Makan tengahari dan malam di Mekah dan Madinah.
            UMUR                                    NEGERI
   SEMENANJUNG            
SABAH SARAWAK
     MALAYSIA
Dewasa RM 9,980.00 RM 10,110.00 RM 10,065.00
(15 tahun ke atas)  
15 tahun ke bawah RM 9,011.00 RM  9,141.00 RM  9,096.00
Kadar Bayaran Haji 1430H

Disamping tanggungjawab sosial, TH menanggung perbelanjaan dari aspek lain-lain perkhidmatan


yang diberi seperti berikut:- 
 Gelang Pengenalan Haji (GPH).
 Buku-buku dan risalah panduan haji.
 Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji.
 Kursus-kursus haji.
 Makan waktu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAAIA), Jeddah.
 Perlindungan takaful.
 Air zam-zam 5 liter.

3. PEMERIKSAAN KESIHATAN
Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih, dalam bulan Sya'aban untuk
menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti meningitis. Berkuasa wajib haji ialah berkuasa dari
sudut kesihatan telah lulus pemeriksaan kesihatan.

4. BIMBINGAN HAJI
Objektif Bimbingan Haji
i.  Meningkat pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah.
ii. Untuk meningkat kesedaran dan tentang situasi sebenar di Tanah Suci.
iii. Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa dan memahami fungsi mereka selepas kembali dari
    haji.

Strategi Perkhidmatan Bimbingan Haji

1. Tugas Penasihat Ibadat Haji (Pakar Rujuk Semasa Di Tanah Suci)


i.   Membantu menyelesaikan masalah ibadat yang dirujukkan oleh Tabung Haji.
ii.  Memberi nasihat dan panduan kepada Guru Agama.
iii. Memastikan nasihat dan panduan yang diberikan adalah menepati kehendak syarak.
iv. Menyelia dan menasihat perjalanan program bimbingan ibadat.
v.  Menyampaikan ceramah dan forum ibadat kepada jemaah haji.
vi. Menyelesaikan permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.
2. Muzakarah Haji & Resolusi Muzakarah 2004 – 2009

Merupakan program tahunan yang melibatkan Pengkursus Ibadat Haji seluruh Negara. Kertas kerja
muzakarah disedia dan dibentangkan oleh Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji - JAKIM). Kertas kerja
dan resolusi muzakarah haji dijadikan panduan dalam ceramah haji.

3. Tugas Guru Agama di Tanah Suci


i.  Menyusun jadual ceramah bimbingan ibadat dan melaksanakannya.
ii. Menyusun dan melaksana program ibadat.
iii. Melaksanakan aktiviti Ziarah Silaturahim.
iv. Memberi nasihat permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.
v. Menyediakan laporan program ibadat jemaah haji.
vi. Menyediakan laporan permasalahan ibadat jemaah haji.

4. Kursus Haji & Modul


    Menyelaraskan kursus haji TH di seluruh negeri.
i.     Kursus Haji Bersiri
ii.    Kursus Haji Intensif
iii.   Kursus Haji Khas
iv.   Kursus Haji Perdana

5. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui media cetak dan elektronik:


i.  Siaran penyiaran televisyen dan radio iaitu melalui RTM, IKIM, dan ASTRO.
ii. Akhbar tempatan.

6. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui penerbitan:


i.    Buku Panduan Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (Diberi semasa pendafaran haji d ikaunter TH).
ii.   Buku Panduan Doa dan Solat Sunat di Tanah Suci (Diberi semasa Kursus Haji 
     Intensif / Perdana).
iii.  Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).
iv.  Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).
v.  Risalah Perjalanan Haji (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).
vi. Senarai semak Ibadat Haji dan Umrah (Diberi semasa Kursus Haji Intensif / Perdana).
5.PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI
Semua bakal haji adalah diwajibkan untuk melaui proses pemeriksaan kesihatan sebagaimana
ketetapan  oleh pihak berkuasa Arab Saudi.Melaluinya status kesihatan bakal haji dapat disaring,
rawatan awal dapat diberikan dan rekod rawatan diperolehi dan dicatatkan di  dalam Buku Rekod
Rawatan Jemaah Haji. Ini akan memudahkan sekiranya bakal haji tersebut memerlukan rawatan
ketika berada di Tanah Suci nanti.
 

6. PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN KESIHATAN DI TANAH SUCI


1. Perkhidmatan Kebajikan
 Madinah
◊ Sambutan di Al-Hijrah / lapangan terbang / zon
◊ Pengurusan jemaah haji di Zon
◊ Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
◊ Penyelarasan urusan ziarah
◊ Bimbingan haji/ziarah
◊ Pengeluaran wang di ibu pejabat dan zon
◊ Kaunseling
◊ Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/barang hilang
◊ Pakar rujuk ibadat haji
◊ Urusan makan/minum
◊ Urusan keberangkatan ke Makkah
◊ Urusan keberangkatan pulang ke Malaysia

 Makkah
◊ Sambutan jemaah haji di maktab
◊ Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
◊ Bimbingan haji
◊ Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban
◊ Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina
◊ Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab
◊ Kaunseling
◊ Pendaftaran kematian
◊ Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang
◊ Pakar rujuk ibadat haji
◊ Pengesahan/pertukaran penerbangan
◊ Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan perkhidmatan bus
    shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit
Arafah/Mina
◊ Sambutan ketibaan jemaah haji
◊ Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah
◊ Rondaan ke khemah
◊ Aduan/pertanyaan/jemaah sesat
◊ Bimbingan dan pakar rujuk
◊ Pendaftaran kematian
◊ Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah

2. Rawatan Di Tanah Suci


Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci  
◊ Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara) supaya
menghantar anda ke klinik Maktab / Zon yang berhampiran untuk menerima rawatan awal.
◊ Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan anda tidak
boleh berjalan).
◊ Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat kediaman anda.
◊ Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH / Klinik Malaysia yang
berhampiran.  

Waktu Klinik

           7.00 pagi hingga 12.00 tengahari


           5.00 petang hingga 10.00 malam
RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM

Hospital Arab Di Tanah Suci


 Rombongan Perubatan di Tanah Suci saling bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kesihatan
Arab Saudi dalam urusan kes penyakit berjangkit dan rawatan  pesakit yang dirujuk ke
Hospital Arab.
 Jika terdapat jemaah haji tenat yang memerlukan bantuan alat khas, pesakit akan dirujuk ke
Hospital Arab di Makkah, Madinah atau Jeddah (jika keadaan memerlukan).
 Pesakit yang berada di Hospital Arab akan dilawat oleh Pegawai Perhubungan Hospital dan
Doktor.
 Rombongan Perubatan Malaysia untuk mengetahui perkembangan pesakit. Mereka yang telah
pulih akan dibawa pulang ke Maktab/Zon masing-masing.
7.TABUNG WARGA TUA

Pembiayaan Tabung Warga Tua (TWT)


Lembaga Tabung Haji telah menubuhkan Tabung  Pembiayaan  Haji  Warga  Tua   atau   ringkasnya
Tabung warga  Tua  (TWT).
Tujuan :  Membiayai  sebahagian  dari   jumlah   kos perbelanjaan haji   yang ditanggung oleh
seseorang individu yang berupaya dari segi kesihatan tetapi kurang mampu dari segi kewangan.
Punca dana  aktiviti   TWT   ini  adalah   melalui   sumbangan   derma pada  kadar  minimum  RM
10 seorang oleh pendeposit  yang  mempunyai  simpanan   RM10,000  ke  atas  dan   juga  
sumbangan syarikat - syarikat korporat atau institusi-institusi serta individu.

You might also like