You are on page 1of 23

1.

0 Pengenalan

Sejak bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu secara rasminya pada tahun
1874, orang Melayu terus terpinggir dalam segala aspek kehidupan terutamanya dalam
politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Jadi dalam arus kemunduran ini, bangkitlah
golongan anak muda yang dikenali sebagai “Kaum Muda yang bangkit untuk membela nasib
bangsanya dan menyebarkan dakwah Islamiah di Tanah Melayu. Gerakan awal ke arah
pengislaman orang Melayu yang dipelopori Kaum Muda ini sering dinamakan sebagai
“Gerakan Islah” atau Gerakan Islah Islamiah”. Kebangkitan semula Islam di kalangan
masyarakat Melayu adalah berkait rapat dengan kebangkitan dakwah dalam rangka
menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Kebangkitan Islam yang dicetuskan oleh gerakan
Islah dan dakwah di Timur Tengah adalah jelas menunjukkan perubahan kepada gerakan
Islah dan dakwah di Alam Melayu.

Jadi akibat kesedaran inilah menyebabkan ramai di kalangan belia-belia Melayu


pada awal tahun 1920, berhijrah ke Mesir untuk mendalami ilmu agama dengan belajar di
pusat pengajian tinggi yang terulung pada masa itu iaitu Universiti al-Azhar. Malah pada
masa yang sama mereka mula terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang berlaku di
sana. Hal ini memberi kesan terhadap pelajar tersebut yang akhirnya apabila pulang ke
Tanah Melayu untuk memulakan Gerakan Islah. Gerakan Islah yang dipelopori oleh
beberapa orang tokoh telah berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan Barat dan berusaha untuk memodenkan bangsa Melayu.Walaupun Gerakan
Islah Islamiah atau Pan-Isamisme tidak berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan
daripada keseluruhan umat Islam serta kesedaran politik yang amat terbatas di kalangan
orang Melayu, namun setidak-tidaknya ia telah berjaya mencetuskan kesedaran awal di
kalangan orang Melayu tentang kepentingan membela nasib dan hak orang Melayu agar
bangkit daripada lena seterusnya berjuang menentang penajajahan British yang digelar oleh
Za’ba sebagai ‘Al-Maseh Al-Dajal”.

2.0 Definisi Gerakan Islah

Penggunaan istilah gerakan islah, gerakan dakwah atau gerakan Islam adalah merujuk
kepada organisasi Islam yang diasaskan oleh para muslih atau mujaddid yang bertujuan
untuk menyedarkan masyarakat Islam supaya kembali memahami dan menghayati sumber
murni Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Bagi menerangkan definisi Gerakan Islah ini boleh
dilihat melalui dua sudut iaitu sudut bahasa dan sudut istilah. Dari segi sudut bahasa,

1
gerakan Islam adalah merujuk kepada dua istilah iaitu Islamic Movement (Bahasa Inggeris)
dan Al-Harakah Al-Islamiyyah (Bahasa Arab)

Manakala dari sudut istilah perkataan harakah dalam bahasa Arab bererti gerakan. Ia
juga membawa makna bergerak, bertindak, beraksi dan hidup. Harakah berlawanan dengan
pengertian jumud yang bermaksud beku, lesu, mati atau hidup segan mati tak mahu. Sifat-
sifat tersebut dicela oleh Islam dan bercanggah dengan fitrah kejadian manusia. Sementara
itu, istilah islah pula membawa maksud perbaikan iaitu “ menjadikan sesuatu itu baik, betul,
munasabah dengan kedudukan yang wajar , tersusun dengan baik, solih, bertaqwa, sihat,
berkembang maju, berguna, bermanfaat, sesuai, munasabah, layak, meletakkan sesuatu
mengikut apa yang selayaknya, pengembalian kepada wajar, membuat pembaharuan yang
diperlukan dan seterusnya1.

Jadi secara keseluruhannya, gerakan Islah atau Harakah Islamiyyah boleh


dimaksudkan sebagai sebuah gerakan Islam yang mendukung cita-cita Islam seperti
pembentukan peribadi, menegakkan pemerintahan, menyatukan barisan dan
mengembalikan kedudukan pemerintah (khalifah) dengan mempunyai rancangan dan
rangka kerja yang lengkap. Oleh itu, misi utama bagi gerakan Islah atau dakwah sama ada
di Timur Tengah dan Alam Melayu adalah untuk menyeru seluruh umat Islam supaya
kembali menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan dalam kehidupan.

2.1 Sejarah Gerakan Islah di Tanah Melayu

Pada awal abad ke-12H/18M muncul satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan
islah yang bertujuan untuk memerangi gejala bidaah dan khurafat di samping menyeru umat
islam agar kembali menghayati Islam berteraskan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Islah
membawa maksud pembaikan daripada kerosakan. Penggunaan istilah gerakan islah adalah
merujuk kepada organisasi Islam yang diasaskan oleh para muslih atau mujaddid yang
bertujuaan untuk menyedarkan masyarakat Islam supaya kembali memahami dan
menghayati sumber murni Islam iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah junjungan umat
Islam sebagai sistem hidup mereka.

Seruan islah oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhamad Abduh
melahirkan satu organisasi atau gerakan perjuangan yang dikenali sebagai Gerakan Islah.
Gerakan ini telah berkembang secara menyeluruh di dunia Islam terutamanya pada awal
abad ke-20, dan diikuti dengan kelahiran gerakan dakwah seperti al-Ikhwan al-Muslimun

1
Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya, “Fiqh Ad-Dakwah: Mengislah Ummah Awlawiyyat
Gerakan Islam” , dlm. http://www.abim.org.my/minda_madani/modules ,bertarikh : 28 Feb 2011.

2
(1928) sebagai sebuah organisasi yang tersusun. Gerakan Islah telah berkembang pesat di
dunia Islam terutamanya pada tahun 1970-an sebagai pemangkin kepada kebangkitan umat
Islam di Timur Tengah dan Alam Melayu.

Fahaman Islah di rantau Melayu mula dicetuskan oleh para ulama Melayu-Indonesia
yang telah mendapat pendidikan langsung daripada mubaligh Timur Tengah. Mereka
mengambil pendekatan tarekat pada permulaannya dalam mendidik masyarakat. Seterusnya
, ulama di rantau ini Berjaya membentuk organisasi berupa jaringan mantap yang berpusat
di makkah dan Madinah. Para ulama telah memainkan peranan penting dalam menentukan
agar gagasan pembaharuan Islam dapat segera diterjemahkan di Nusantara. Pembaharuan
yang dicetuskan oleh ulama Islam adalah bermula sejak separuh kedua abad ke-17 lagi dan
bukannya abad ke-19 atau ke-20. Kajian Azyumardi mendapati bahawa abad ke-17 dan ke-
18 merupakan salah satu masa yang paling dinamik dalam sejarah social-intelektual umat
Islam di rantau ini. Pendirian tersebut bertentangan dengan pandangan yang menganggap
masa tersebut sebagai masa gelap dalam sejarah umat Islam di rantau ini.2

Terdapat dua pandangan yang bercanggah berkaitan penyebaran Islam di Tanah


Melayu iaitu oleh para orientalis barat dan Hamka serta Abdullah Abbas Nasution. Snock
Hurgronje, Marsden, De Barros dan Crawford menyatakan bahawa Islam telah sampai ke
Alam Melayu antara abad ke-12 dan ke-15 Masihi yang dibawa oleh para pedagang Parsi
dan India tetapi sebaliknya Hamka dan Abdullah Abbas Nasution telah menyangkal
pandangan tersebut yang mana menegaskan bahawa Islam telah sampai ke Alam Melayu
sejak abad pertama Hijrah iaitu sejak zaman Nabi Muhammad kemudian berkembang
secara beransur-ansur di beberapa bahagian kepulauan Melayu pada zaman Khulafa’ ar-
Rasyidin seterusnya pada zaman Umawiyah (41-132H) Islam dikembangkan oleh para
pedagang Arab secara tersusun sehingga terbinanya masyarakat Islam. Secara yang lebih
jelas menurut pandangan kedua di atas, kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu pertama, tahap persinggahan (sebelum Masihi 441M);
kedua, tahap pertapakan (661-1258) dan ketiganya, tahap penyebaran secara meluas
(selepas 1258).3

2
Azyumardi Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad Ke-17 dan Ke-18, Penerbit
Mizan, Bandung, 1994, hlm. 15.
3
Abdul Wahhab Kaya, Muslim Maliziya Baina al-Madi Wa al-Hadir, hlm. 32-34.

3
2.2 Perkembangan Gerakan Islah di Tanah Melayu

Pada tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti al-Azhar
yang bertempat di Mesir terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Mesir merupakan pusat orang Melayu mendapat
sumber ilmu agama. Kemajuan yang telah dicapai oleh Mesir dan perkembangan politik
pada waktu itu telah menarik perhatian belia Melayu. Malah perkembangan ekonomi Tanah
Melayu dan kemudahan pengangkutan mendorong belia Melayu melanjutkan pengajian ke
Mesir. Setelah menamatkan pengajian di Mesir, mereka kembali ke Tanah Melayu dan
memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai “Kaum Muda”. Gerakan
Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak di Pantai Barat
dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang Berjaya diresapi oleh idea-idea Kaum
Muda ini.

Kemunculan Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu
adalah berpunca daripada kepincangan sosio-ekonomi masyarakat Melayu itu sendiri.
Kesedaran untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu wujud setelah melihat bangsa
Melayu yang jauh ketinggalan dari arus kemajuan ekonomi jika dibandingkan dengan kaum
pendatang asing khusunya Cina dan India. Situasi ini telah membuka minda orang-orang
Melayu agar lebih bersikap optimistik dalam kehidupan. Bangsa Melayu tidak seharusnya
terpinggir di bumi sendiri. Oleh itu, orang-orang Melayu harus bangkit dan melengkapkan diri
dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mereka mampu untuk
mencapai kemajuan standing dengan kaum-kaum lain.

Empat orang tokoh gerakan ini yang terkenal ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed
Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abas bin Mohammad Taha dan Sheikh Mohammad Salim Al-
Kalali. Para tokoh ini telah menerima inspirasi dari gerakan pemulihan Islam dan gerakan
pan-Islamisme yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin Al-
Afghani yang tersebar luas dalam majalah Al-Manar di Kaherah pada akhir abad ke-19 dan
awal abad ke-20. Setelah tamat pengajian dari Universiti Al-Azhar di Mesir, mereka kembali
ke Tanah Melayu pada tahun 1904 dan berkhidmat dengan Jabatan Agama di Negeri-negeri
Melayu. Di Tanah Melayu, mereka mula menyampaikan ajaran Sheikh Muhammad Abduh
dan konsep pan-Islamisme melalui akhbar Al-Imam yang mula diterbitkan pada 22 Julai
1906 di Singapura. Lantaran itu, perjuangan yang diperjuangkan oleh Kaum Muda dianggap
unik kerana ia tidak melibatkan parti-parti politik mahupun melalui penubuhan persatuan
bahkan hanya melalui penerbitan akhbar dan majalah. Al-Imam merupakan sebuah akhbar
bulanan yang diterbitkan oleh Kaum Muda di Singapura. Akhbar ini merupakan sumbangan
penting dalam pemulihan agama Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.

4
Matlamat utama kaum muda adalah untuk memajukan orang-orang Melayu dan
menyeru agar kembali ke ajaran agama yang sebenar berlandaskan al-Quran dan al-Hadis.
Di samping itu, Kaum Muda juga menyeru agar orang Melayu menggunakan akal bagi
mencari kebenaran dalam mengamalkan kepercayaan agama kerana kemunduran ekonomi
hanya boleh dibaiki dengan ajaran Islam yang betul. Antara pembaharuan yang ingin
dilaksanakan oleh Kaum Muda ialah:

I. Orang Melayu terutamanya raja dan pembesar Melayu harus menubuhkan persatuan
bagi memajukan pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi. Di samping itu, raja
dan pembesar-pembesar Melayu perlu memelihara kepentingan orang Melayu.
II. Menganjurkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal berdasarkan hukum yang
sebenar. Sistem pendidikan moden hendaklah di ajar merangkumi mata pelajaran
bahasa Arab, Inggeris, Sains dan Matematik. Pelajar juga digalakan melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
III. Menggalakkan penggunaan perkhidmatan bank-bank simpanan dan syarikat-syarikat
kerjasama bagi mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.
IV. Menganjurkan kebebasan yang lebih kepada kaum wanita dalam bidang pendidikan
moden serta menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti masyarakat.
V. Mengingatkan orang Melayu tentang bahayanya mengikut dengan membuta tuli
setiap ajaran ulama kampung atau guru agama. Malah digesa meggunakan akal bagi
mencari sesuatu kebenaran mengikut al-Quran dan al-Hadis yang menjadi asas
hukum Islam.
VI. Membebaskan masyarakat Melayu daripada belenggu penjajahan. Pendapat ini
disuarakan oleh al-Imam yang meminta supaya :
“Segala bangsa-bangsa umat Islam di Timur yang mengambil ibadat dan cemburu
yang bersungguh-sungguh pada melepaskan dirinya dari perhambaan yang amat
hina...”.

Sungguh pun kelahiran Gerakan Islah yang dibawa oleh Kaum Muda jelas membawa
pembaharuan dalam pemikiran agama dan politik masyarakat Melayu tetapi mereka terlibat
dengan isu kontroversi menentang Kaum Tua terutamanya sikapnya yang menolak
pegangan mazhab. Sikap Kaum Muda itu telah mencetuskan perdebatan dengan Kaum Tua
yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat Melayu. Kadangkala persilisihan
faham yang wujud di antara mereka berubah kepada tuduh menuduh dan kata mengata
yang jauh menyimpang dari tujuan asal mereka untuk mengembang dakwah kepada
masyarakat Melayu di Tanah Melayu ini.

5
Disebabkan gerakan Islah mengambil pendekatan yang agak radikal menetang
Kaum Tua yang telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam lagi,
keadaaan ini menyebabkan mereka gagal menjadikan gerakan itu sebagai pegangan
masyarakat Melayu ketika itu. Gerakan Islah juga kurang berjaya menyerapkan fahaman
Islah kepada masyarakat dan raja-raja Melayu ketika itu. Walhal para ulama tradisional
sebelum mereka telah berjaya menyerapkan fahaman mazhab Syafii melalui karya-karya
yang ditulis samada saduran atau asli untuk menjadi bahan bacaan mazhab bagi panduan
masyarakat awam dalam bidang akidah, ibadah, muamalat dan jenayah.

2.4 Al-Imam Dan Pemikiran Islah

Fahaman Islah yang berlaku di Alam Melayu sebenarnya dapat dibahagikan kepada
dua aliran iaitu aliran dari Timur Tengah dan aliran dari India. Namun demikian, ternyata
fahaman pembaharuan dari Timur Tengah lebih besar pengaruhnya kerana telah
dikembangkan dengan gigihnya oleh para lulusan dari Mesir dan Makkah sekitar awal kurun
ke-20. Selain itu, media massa berorientasikan pembaharuan yang berupa akhbar dan
majalah diterbitkan di luar negara atau di dalam negara turut memainkan peranan yang
penting dalam penyebaran Islah di Tanah Melayu4. Para pelajar Melayu menggunakan
akhbar sebagai media untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu sejak mereka
menuntut di Kaherah lagi. Terdapat sebilangan tokoh Islah moden seperti Zaaba yang
terpengaruh dengan bahan-bahan penulisan dalam bahsa Inggeris seperti Islamic Review
(Britain) dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Islamic Review diterbitkan oleh
Kamaluddin Khajawa yang berasal dari India dan beraliran mazhab Hanafi.5

Al-Imam adalah bermaksud pemimpin. Jadi al-Imam merupakan majalah bulanan


yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 oleh para pelajar Melayu, hasil pengaruh
penulisan dari Timur Tengah. Kebanyakan artikel yang dimuatkan adalah merupakan hasil
terjemahan dan adaptasi dari majalah al-Manar. Pengaruh al-Imam bukan sahaja
merangkumi persoalan agama semata-mata malah mencakupi bidang politik dan sosial.
Buktinya dapat dilihat daripada skop perbincangannya yang mengandungi bidang pendidikan
politik seperti nasionalisme, pan-Islamisme, teguran terhadap politik tradisional, anti
kolonialisme dan imperialisme serta perjuangan kemerdekaan6. Namun demikian hayat al-
Imam tidak panjang kerana dihentikan pada tahun 1908. Hayatnya adalah selama dua tahun

4
Siddiq Fadil, Gerakan Islam di Malaysia, hlm. 10.
5
Abdul Halim El-Muhammady, Pengaruh Madhhab Syafii dan Masalah Kaum Muda di Malaysia, Persatuan
Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi UKM, 1982, hlm. 36-39.
6
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 12.

6
lima bulan (dari 27 Julai 1906 hingga 25 Disember 1908), namun demikian, ia telah banyak
memberi sumbangan dalam kebangkitan awal gerakan Islah di Tanah Melayu.

Kelahiran al-Imam jelas membawa pembaharuan dalam pemikiran agama dan politik
masyarakat Melayu dengan lahirnya gerakan Islah. Akhbar al-Imam ini mempunyai
sumbangan yang sangat besar dalam pemulihan agama Islam di seluruh Tanah Melayu,
Singapura dan Indonesia. Menurut sejarahwan Islam iaitu Encik Abdul Aziz bin Mat Toh,
berpendapat bahawa al-Imam mengutarakan masalah sosio-ekonomi dan politik. Aspek-
aspek sosial yang dititikberatkan ialah merangkumi pendidikan orang Melayu, kemajuan
madrasah, emansipasai wanita dan perpaduan orang-orang Melayu. Dari aspek politik, al-
Imam menyindir penjajah Inggeris, raja-raja Melayu dan pembesar Melayu. Mereka
diingatkan supaya memelihara kepentingan orang-orang Melayu.

Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang disentuh dalam al-Imam antaranya ialah :

a) Al-Imam menyentuh soal kezaliman para penguasa dan ketua-ketua agama yang
menaikkan cukai ke atas rakyat dengan sewenang-wenangnya. Implikasinya rakyat
jelata mewarisi kepapaan, kehinaan dan ketakutan, malah sampai ke tahap syirik
khafi (tersembunyi).
b) Manakala dalam konteks perjuangan kemerdekaan tanah air, al-Imam telah
memaparkan kejahatan penjajahan Barat yang menjajah negara Timur sebagai
sejahat-jahat siasah di muka bumi ini. Penjajahan mereka dianggap sebagai
perhambaan yang amat hina. Oleh itu, al-Imam menyeru supaya umat Timur
berjuang melepaskan diri daripada perhambaan.
c) Dalam tajuk ‘Kebangkitan Semula Timur’ al-Imam mengambil pandangan Mustafa
Kamal Basya yang mengambil contoh kejayaan negara Jepun sebagai contoh
kemampuan bangsa Timur dan kemunculannya berkemungkinan memperkuatkan
semula daulat Uthmaniyah dan Timur pada zaman itu. Beliau menegaskan bahawa
apabila Jepun maju maka bangsa sebelah Timur akan maju.
d) Dalam konteks kelemahan orang Melayu, al-Imam tidak menyalahkan Islam sebagai
penghalang kepada kemajuan tetapi sebaliknya kecuaian para ulamak membasmi
kemungkaran menyebabkan masyarakat Islam dilanda kejahilan. Orang Melayu juga
dipersalahkan kerana kehidupan mereka yang masih dibelenggu oleh khurafat dan
bidaah yang menyebabkan mereka gagal mengatasi cabaran semasa bagi
mewujudkan masyarakat Islam yang berdaya saing. Dalam analisa tentang punca
terpinggirnya masyarakat Melayu ke kawasan pendalaman yang dilakukan oleh
penjajah, al-Imam menegaskan ia berpunca dari sifat malas bekerja, berilmu dan
beramal sebagaimana yang dituntut oleh syariah Islam.

7
Namun, fahaman pembaharuan al-Imam yang mereka anuti itu masih disaluti oleh ciri
modenisme Barat. Hal ini dapat dibuktikan berhubung dengan kebebasan wanita ditafsirkan
menurut perspektif kemodenan ala Barat seperti karya Faridah Hanum. Selain itu, gerakan
ini lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Kaum Muda yang terlibat dengan isu
pertembungan pemikiran dengan Kaum Tua, terutamanya sikap mereka yang menolak
pegangan mazhab7. Sikap Kaum Muda yang radikal itu telah mencetuskan kehebatan
perang pena dan perdebatan antara mereka dengan Kaum Tua yang telah kuat mengakar
pengaruh mereka di kalangan masyarakat Melayu.

Namun, disebabkan gerakan islah mengambil pendekatan radikal menentang Kaum Tua
yang sedia mengakar dalam masyarakat Melayu sejak kedatangan Islam lagi, keadaan ini
menyebabkan mereka gagal menjadikan gerakan itu sebagai pegangan masyarakat.
Gerakan Islah juga kurang berjaya menyerapkan fahaman islah kepada masyarakat dan
raja-raja Melayu ketika itu. Sedangkan ulama tradisional telah berjaya menyerapkan
kefahaman mazhab Syafii melalui karya-karya yang ditulis sama ada saduran atau asli untuk
menjadi bahan bacaan mazhab bagi panduan masyarakat awam dalam bidang akidah,
ibadat, muamalat, munakarah dan jenayah. Mereka juga berjaya menjadikan mazhab
Syafi’iy sebagai mazhab rasmi negeri-negeri Melayu kecuali Perlis yang terpengaruh dengan
aliran gerakan islah.

3.0 Polemik Pemikiran Kaum Tua Dan Kaum Muda

3.1 Definisi Kaum Tua Dan Kaum Muda

Kaum Tua

Secara umumnya, kaum tua boleh didefinisikan sebagai ulama-ulama tradisional


yang berpegang teguh kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama. Sesuai
dengan pengertian konservatif, ulama-ulama ini sebagaimana biasanya cuma melihat
sejarah atau masa lampau sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus
dipertahankan. Di dalam banyak perkara, mereka lebih suka mengekalkan status quo
sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam masyarakat. Justeru itu, pendukung
kaum tua ini dilihat sering kali bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan.

Golongan tradisionalis ini sering kali menganggap bahawa kemunduran umat Islam
adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu serta
memutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syaitan

7
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 163.

8
dari barat. Menurut Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan memberikan pengertian kaum tua sebagai
“… ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan
aliran-aliran pemikiran Islam yang sudah pun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu
tempatan…”. Oleh itu, mereka lebih selesa untuk mengurungkan Islam dalam satu benteng
tanpa jendela dan pintu keluar, tanpa ruangan terbuka ke arah langit, serta mempertahankan
seluruh tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang
tulen atau campuran dari pelbagai pengaruh yang lain.

Kaum Muda

Sebenarnya Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional
(ulama-ulama Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau
Sumatra dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh sebab ulama-ulama ini dikatakan cuba
membawa sesuatu ciri yang baru di dalam ajaran agama. Kaum Muda yang dinamakan juga
‘salafi’, ‘tajdid’, ‘sunah’ atau dicop juga sebagai ‘wahabi’ yang menginginkan seluruh
masyarakat lebih selamat dan hampir kepada al-Quran dan as-Sunah, iaitu dengan cara
membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sahih
tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat
baik dengan mengembalikan fungsi akal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan
ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang
diletakkan oleh Rasulullah SAW.

3.2 Sejarah Kaum Tua Dan Kaum Muda

Sejarah Kaum Tua

Permulaan kedatangan pengaruh Asia barat terhadap alam Melayu boleh dikatakan
bermula dengan kepulangan mahasiswa Melayu dari Makah. Hasil dari kesinambungan
tersebut maka lahirlah institusi pondok yang memberikan sumbangan terbesar dalam
mempamerkan imej dan pengaruh Asia barat di bumi Melayu. Antara pondok-pondok yang
cukup terkenal ialah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di Pattani. Pondok-
pondok tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan tempatan, malahan juga penuntut dari luar
negeri terutamanya dari kepulauan Nusantara seperti Sri Lanka, Burma, Kemboja, Vietnam,
Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Manakala ulama-ulama Pattani yang terkenal dan
banyak menulis kitab agama dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Arab ialah seperti
Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin

9
al-Fatoni. Mereka bukan sahaja mengajar di rantau ini malahan berkesempatan mengajar di
Masjid al-Haram, Makah.

Sistem dan kaedah yang diterapkan di dalam institusi ini ada persamaan dengan
sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kaedah pembelajaran di Masjid al-Haram.
Perkara ini terus berkembang hingga sampai ke tanah Melayu seperti Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan
baru sebaik sahaja idea pembaharuan (islah) dari Asia barat terutamanya Masir mulai
meluas di kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Setelah itu, lahirlah sistem madrasah
yang lebih sistematik dan lebih formal dari sistem pondok.

Jika ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah mencatatkan
bahawa bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum abad ke-12 Masihi lagi. Hal
ini dibuktikan dengan penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan.
Manakala dari sudut mazhab, jelas bahawa umat Islam di Kelantan sejak dahulu lagi
berpegang teguh kepada mazhab Syafi’e, bacaan al-Quran menurut riwayat Hafiz dan bunyi
sebutan yang tidak ada beza dengan sebutan lidah Arab. Oleh yang demikian, dapatlah
dibuat satu kesimpulan bahawa umat Islam di Kelantan telah terlebih dahulu menerima aliran
pemikiran Kaum Tua sebelum berlakunya polemik dengan Kaum Muda.

Jadi terdapat beberapa ulama yang kuat berpegang teguh dengan aliran kaum tua
ketika perkembangan pendidikan Islam di Kelantan iaitu Haji Noh Penambang, Haji Yaakub
Legor (1892-1971), Haji Mahmud/ Zuhdi, Osman Jalauddin al-Kelantani (1880-1952).
Kemudian timbulnya juga ulama-ulama kaum tua yang lain iaitu Fathullah Suhaimi, Syeikh
Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Saiyid
Alwi bin Thahir al-Haddad dan Syeikh Abdullah Fahmi. Kaum Tua telah menerbitkan akhbar
‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’ bagi menentang idea pembaharuan yang cuba ditonjolkan
oleh Kaum Muda.

Sejarah Kaum Muda

Menurut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad
ke-17 dan 18 Masihi iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703-
1787). Namun sebenarnya aliran reformasi ini bermula ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah
(1263-1328) yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai “the first and greatest
Muslim reformer”. Perkembangan aliran reformis di peringkat dunia adalah diwarnai dengan
kemunculan beberapa orang tokoh yang dianggap sinonim dengan gerakan ini iaitu
Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan

10
Rasyid Redha (1865M-1935M). Jadi pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi
beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan
awal abad ke 208.

Dalam konteks Tanah Melayu, sebenarnya gerakan Kaum Muda ini bermula dari
Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan adalah lokasi
terakhir yang berjaya diresapi oleh idea-idea Kaum Muda. Antara tokoh-tokoh yang
disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956),
Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil
dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam
(1906-1908) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsip perjuangannya.
Selain itu, terdapat juga tokoh lain iaitu Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za’ba
sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran Kaum Muda.

Perjuangan mereka ini diteruskan dan hasilnya tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di
Gunung Semanggol pada tahun 1934 oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang
merupakan mahasiswa lepasan Asia barat. Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari
perubahan pendidikan yang diperjuangkan oleh golongan kaum muda, malah telah menjadi
paksi kepada gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang
penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kestuan Melayu Muda (KMM). Penubuhan Hizbul
Muslimin pada tahun 1948 turut memberikan ancaman dan kesan terhadap penjajah ketika
itu dan disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan
ini secara dasarnya adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu dari genggaman penjajah
dan menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka.

3.3 Isu Pertembungan Kaum Tua dan Kaum Muda

Serangan pemikiran Barat terhadap negara-negara Islam pada awal abad kedua
puluh telah menimbulkan pertarungan pemikiran antara golongan tradisional dengan
golongan moden di kebanyakan negara-negara Islam yang baru merdeka ketika itu.
Pemikiran kaum muda yang membawa aliran gerakan Islah dari Timur Tengah ternyata
membawa mereka aliran faham pemikiran moden Barat.

Aliran pemikiran Islah adalah berpunca daripada pemikiran Syeikh Muhammad


Abduh dengan pemikiran dan tulisannya dikatakan jelas menayangkan cita-cita dan selera

8
Abdul Halim El-Muhammady, Pengaruh Madhhab Shafii dan Masalah Kaum Muda di Malaysia, Persatuan
Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi UKM, 1982, hlm. 42.

11
Barat. Manakala di Tanah Melayu, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934M) amat kuat
terpengaruh dengan karya Muhamad ‘Abduh dan Qasim Amin yang memperjuangkan hak
wanita atau emansipasi wanita dan ini dapat dikesan melalui hasil karyanya iaitu Hikayat
Faridah Hanum dan bukunya, Alam Perempuan9. Kaum Muda begitu cenderung terhadap
penolakan tasawuf secara menyeluruh meskipun pada dasarnya hal itu dilakukan dalam
rangka pembanterasan terhadap penyelewengan dan kekarutan dalam tasawuf. Pendekatan
radikal mereka di Hijaz dan gerakan islah oleh Afghani ‘Abduh di Mesir.

Sebaliknya, Kaum Tua atau golongan ulama tradisional pula mengambil sikap
tertutup terhadap pemikiran Barat. Mereka begitu kuat mempertahankan pemikiran tarekat
dalam menghadapi cabaran penjajah dan sejarah anti-British membuktikan bahawa
pengaruh terekat digeruni oleh penjajah dan merupakan sumber kekuatan bagi umat Islam 10.
Sikap uzlah (pengasingan) ulama terhadap pengaruh pemikiran Barat secara berterusan itu
ternyata tidak begitu tepat kerana pengaruh Barat tetap mempengaruhi dan menguasai
masyarakat Islam dalam bentuk yang berlainan. Sikap uzlah mungkin sesuai ketika
berlakunya penjajahan demi untuk menyelamatkan keislaman masyarakat Melayu.
Pendekatan menyaring pemikiran Barat melalui kaca mata Islam amat diperlukan ketika itu
untuk menghindarkan kejumudan dalam kemajuan masyarakat Melayu.

Pertentangan antara dua golongan tersebut telah mengakibatkan perpecahan di


kalangan ulama dan masyarakat Melayu di samping itu melambatkan perjuangan umat
Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dan pemikiran Barat. Kaum Tua
berpusat di pondok-pondok manakala Kaum Muda berpusat di madrasah-madrasah.
Kemunculan institusi madrasah yang diperkenalkan oleh Kaum Muda itu sebenarnya telah
menjadi salah satu faktor kemerosotan institusi pondok di Malaysia. Tambahan, sistem
pondok itu sendiri ternyata kurang cergas dalam memperkembangkan cara berfikir dan
berhujah mengenai isu-isu semasa dan masalah umum yang dihadapi oleh orang Melayu.

Kejayaan utama gerakan Islah ialah memberi nafas baru kepada Islam dengan
mengasaskan madrasah-madrasah agama dengan lebih sistematik dan tersusun. Terdapat
sekolah-sekolah Arab moden telah berkembang pada awal abad ke-20 akibat daripada
gerakan Islah di Timur Tengah dan pengaruhnya di kalangan masyarakat Melayu. Di antara
madrasah yang terawal ialah Madrasah al-Iqbal di Singapura, Madrasah al-Masyhur al-
Isamiyyah di Pulau Pinang, Ma’had al-Ihya’asy-Syarif di Semenggol Perak. Penubuhan
madrasah-madrasah berkenaan adalah merupakan langkah bijak untuk berhadapan dengan
pengaruh Barat. Hasil daripada keluaran madrasah tersebut telah lahir pemimpin agama
seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari, Haji Abbas Muhamad Taha
9
Talib Samat, Syed Syeikh Al-Hadi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm. 94.
10
Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti-Penjajah Di Malaysia (1511-1950), hlm. 139-140.

12
yang meneruskan perjuangan gerakan islah setelah pulang dari Makkah dan Universiti Al-
Azhar, Mesir.

Pertentangan antara Kaum Tua dan Kaum Muda menjadi agak reda apabila wujud
keadaan survival bagi mempertahankan kepentingan hak dan kedaulatan umat Melayu.
Sebenarnya, penjajahan Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang
membawa implikasi pencabulan hak dan kedaulatan bangsa dan raja-raja Melayu.
Cadangan Malayan Union dikemukakan pada 10 Oktober 1945 oleh parlimen British di
London. Sir Harlod Mac Michael telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
persetujuan semua Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada
British. Melalui perjanjian tersebut, Pulau Pinang, Melaka dan sembilan buah negeri-negeri
Melayu yang lainnya disatukan di bawah Malayan Union.

Pada 29 dan 30 Mac 1946 satu persidangan khas anjuran Kongres Melayu Se-
Malaya diadakan di Kuala Lumpur. Jadi buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme
Melayu, orang Melayu lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu
menentang rancangan Malayan Union. Kongres tersebut telah berjaya menggabungkan 41
pertubuhan Melayu pada masa itu dan telah mendapat kata sepakat daripada semua
bahawa tidak menerima cadangan penubuhan Malayan Union. Gagasan ini telah
menimbulkan reaksi penentangan berbagai-bagai-bagai golongan, wadah dan aliran umat
Melayu. Penentangan ini menenggelamkan isu khilafiah yang menjadi ketegangan antara
Kaum Tua dengan Kaum Muda, malah golongan yang memperjuangkan Islam juga tidak
ketinggalan menyertai penentangan ini11.

4.0 Pemikiran Gerakan Islah Dalam Politik Melayu

Pemikiran Islah dalam politik Melayu telah tersebar selepas perang dunia ke 2.
Selepas perang dunia tamat telah muncul satu kumpulan politik yang dikenali sebagai Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober
1945. Namun begitu sebelum PKMM ditubuhkan telah terdapat sebuah persatuan iaitu
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaacob pada tahun
1937. Sejarah politik tanah air telah menyatakan bahawa PKMM merupakan sebuah parti
politik yang berhaluan kiri kerana sifat perjuangan parti ini yang merupakan sebuah parti
yang anti kepada penjajahan. Selama penubuhan PKMM, parti ini telah berjaya menubuhkan

11
Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah Di Timur Tengah dan Di Malaysia, Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor, UITM, 2006, hlm. 42.

13
beberapa parti yang lain bagi menyokong ideologinya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API),
Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan juga Barisan Tani Se Malaya (BATAS)12.

Selepas perang dunia, terdapat sebuah parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu
bertujuan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Parti politik tersebut ialah Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan telah
ditubuhkan pada 11 Mei 194613. Hasil daripada penubuhan UMNO ini dan dengan semangat
kebangsaan yang tinggi telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.
UMNO juga telah bekerjasama dengan PKMM untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Namun
keadaan ini telah mendatangkan kerisauan pihak British kerana ideologi yang dibawa oleh
PKMM. Keadaan ini telah menyebabkan British membuat perancangan untuk memutuskan
kerjasama antara UMNO dan PKMM dan akhirnya rancangan British telah berjaya. Setelah
itu UMNO telah bekerjasama dengan British dan PKMM pula telah berjuang secara
bersendirian.

Selepas perang dunia kedua juga, Gerakan Islah telah berjaya menubuhkan MATA
pada tahun 1947. Pada 17 Mac 1948 pula, PKMM telah berjaya menubuhkan Hizbul
Muslimin. Hizbul Muslimin ini ditubuhkan bertujuan untuk mencari golongan ulama untuk
dijadikan pengikut dan mereka merupakan pertubuhan yang bergerak dibawah PKMM.
Mereka mempunyai dasar yang tertentu iaitu membebaskan bangsa Melayu dan Tanah
Melayu daripada penjajah, membentuk negara Islam sejagat, dan yang terakhir ialah untuk
membentuk Tanah Melayu sebagai sebuah negara Darul Islam. Keadaan ini telah jelas
menunjukkan bahawa dasar mereka bertentangan dengan dasar British di Tanah Melayu.
Keadaan ini telah menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan oleh British selepas beberapa
bulan penubuhannya.

Namun begitu, Hizbul Muslimin juga mempunyai konflik dengan UMNO kerana
mereka tidak menyokong UMNO pada waktu itu yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.
Keadaan ini telah menyebabkan Dato’ Onn menyelar pertubuhan ini sebagai berbahaya.
Keadaan ini telah jelas menunjukkan bahawa jurang antara pejuang-pejuang kemerdekaan
Melayu adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh
pendidikan yang mereka terima adalah tidak sama iaitu ada yang daripada negara barat dan
ada yang daripada negara Timur Tengah. Para pemimpin gerakan islah kebanyakannya
menerima pendidikan daripada Timur Tengah manakala para pendukung gerakan nasionalis

12
Zainal Abidin Abdul Wahid, MALAYSIA Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,
1996, hlm. 298.
13
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur,
2002, hlm. 334.

14
iaitu UMNO menerima pendidikan daripada negara barat. Keadaan ini menunjukkan bahawa
corak pimpinan mereka adalah sangar berbeza.

Selain itu, pengaruh gerakan islah boleh dikatakan semakin berkembang kerana
terdapat ulama dalam UMNO yang bertindak keluar parti kerana tidak bersefahaman dengan
UMNO mengenai badan ulama parti itu. Rentetan daripada peristiwa tersebut telah
menyebabkan tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya (PAS) pada 25 November 1951 di
Butterworth. Dengan tertubuhnya parti PAS ini telah menunjukkan bahawa pimpinan ulama
semakin diterima oleh masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu. Pada awal penubuhannya,
PAS telah mendukung faham kesempurnaan Islam sebagai ad-din wa ad-dawlah-agama dan
pemerintahan14.

PAS merupakan sebuah parti politik yang membawa perjuangan Islam iaitu yang
berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah Nabi. Parti ini telah mendukung kaedah
pimpinan yang berteraskan kepada salafiah dengan bermodel generasi awal Islam. Parti Pas
mendapat sokongan daripada golongan ulama tradisional dan juga masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan mempunyai ideologi yang sama seperti
mereka. Mereka juga mendapat sokongan daripada masyarakat pondok untuk membantu
menyebarkan ajaran mereka selain daripada golongan ulama dan juga guru-guru agama.
Namun begitu, walaupun PAS telah diasaskan oleh gerakan islah namun pengaruh
daripada Kaum Muda sudah terhakis kerana Kaum Tua telah mengambil alih pergerakan
politik yang berteraskan agama Islam.

4.1 Kesan Kemunculan Gerakan Islah

Kemunculan Gerakan Islah telah memberikan pelbagai implikasi kepada rakyat dan
juga kepada Tanah Melayu khususnya. Hal demikian ini kerana perjuangan yang dibawa
oleh Gerakan Islah adalah bersifat radikal dan mudah diterima oleh rakyat Tanah Melayu
khususnya orang Melayu. Sebagai contohnya Gerakan Islah telah mencetuskan semangat
kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Semangat kebangsaan ini telah dibawa oleh
golongan pelajar Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di
negara Mesir. Kebanyakan golongan pelajar ini telah terpengaruh dengan idea pemulihan
Islam ketika berada di sana dan mereka telah memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke
Tanah Melayu.

Selain itu juga, gerakan islah juga telah mengugat kedudukan British di Tanah
Melayu. Hal demikian ini kerana Gerakan Islah telah menentang dasar yang dibawa oleh
14
Bacthiar Djamily, Kenapa PAS Boleh Jadi Pas, Derma Refleswaty, Petaling Jaya, 1976, hlm. 76.

15
penjajah British secara terbuka. Keadaan ini secara tidak langsung telah mempupuk
semangat anti British dalam kalangan orang Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan British
berasa terancam dengan kedatangan gerakan islah ini dan telah mengambil tindakan yang
drastik bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, British telah
mengharamkan Hizbul Muslimin kerana perjuangan parti ini bertentangan dengan ideologi
yang dibawa oleh British.

Selain itu juga, gerakan islah juga telah melahirkan beberapa tokoh islamiah yang
sangat penting di Tanah Melayu iaitu Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmi,
Syeikh Mohd Tahir Jalaludin, Syeikh Mohd Salim al-Kalali, dan Haji Abbas Mohd Taha.
Kesemua tokoh Islam ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam
memperjuangkan gerakan islah di Tanah Melayu. Selain itu, kesan daripada gerakan islah
juga ialah dengan penubuhan madrasah. Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam
yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, ilmu hisab
dan juga bahasa Inggeris. Selain itu, madrasah ini juga memberi peluang kepada kaum
wanita untuk mendapatkan pendidikan. Walaupun mendapat tentangan daripada British,
namun ianya tidak sepenuhnya dapat menghalang gerakan islah dalam kalangan
masyarakat Melayu. Antara contoh madrasah yang ditubuhkan ialah Madrasah al-Iqbal al-
Islamiyah, Singapura, Madrasah Idrisiah Kuala Kansar, dan Madrasah al-Ihya as-Syariff
Gunung Semanggol, Perak15.

Selain itu, antara kesan lain kemunculan gerakan islah ialah, penerbitan majalah dan
juga akhbar. Tujuan gerakan islah menerbitkan majalah dan akhbar sendiri adalah bertujuan
untuk menyebarkan ideologi mereka. Dengan cara ini, ianya diharapkan dapat
menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah dan cepat. Selain itu, melalui akhbar
dan majalah juga mereka dapat mengutuk pemerintahan British dan menyeru rakyat Tanah
Melayu pada waktu itu untuk menyokong ideologi mereka. Antara contoh akhbar dan
majalah yang popular ialah Al-Imam, Neracha, Saudara, dan Al-Ikhwan.

Kemunculan gerakan islah juga telah menyebabkan telah tertubuhnya beberapa


organisasi parti politik. Kebanyakan parti politik ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk
memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Akan tetapi mereka membawa ideologi politik
mereka masing-masing. Kebanyakan parti politik yang dibawa oleh gerakan islah
mempunyai persamaan kerana mereka membawa ajaran Islam sebagai teras perjuangan
mereka. Sebagai contoh beberapa parti politik ialah Hizbul Muslimin, PAS, dan juga Majlis
Tertinggi Agama.

15
Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah Di Timur Tengah dan Di Malaysia, Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor, UITM, 2006, hlm. 40.

16
5.0 Tokoh- Tokoh Pelopor Gerakan Islah

5.1 Tokoh Kaum Muda

Sheikh Muhammad Tahir Jalauddin

Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad atau dikenali dengan


gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari  merupakan tokoh bidang
Falak Syari yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau tanah Melayu
ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan alim
ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan. Beliau dilahirkan pada
hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit
Tinggi, Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya seorang ulama dikenali sebagai Sheikh
Muhammad datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad
Jalaluddin. Beliau yatim ketika kecil lagi dan dibesarkan oleh keluarga pihak ibunya dan
apabila berumur hampir 12 tahun, telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami
ilmu-ilmu agama Islam. Beliau berada di Makkah selama lebih 12 tahun. Di antara bidang-
bidang yang telah beliau perolehi dan perdalami ialah ilmu-ilmu al Qur'an, Hadith, Tauhid,
Fiqah, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Bayan, Ma'ani, Badi', 'Arudh, Mantiq, Tafsir, Hisab Handasah
dan Falak.

Beliau menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, kemudiannya di lantik


sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun semasa zaman pemerintahan
Sultan Idris. Walau bagaimanapun, fatwa-fatwa Sheikh Tahir tidak diterima oleh ulama
golongan 'Kaum Tua'. Beliau berkhidmat dengan negeri Johor Darul Takzim pada tahun
1335 H. (1914 M.), sebagai Pendidik dan Nazir sekolah-sekolah agama Johor selama 4
tahun; dan sekali lagi selama 3 tahun (1346-49 H/ 1925-28 M.). Dalam lingkungan masa
yang sama, beliau sempat berkhidmat sebagai guru besar di Madrasah Haji Muhammad
Taib, di Parit Jamil, Muar, Johor. Dalam dunia pendidikan Sheikh Tahir sentiasa mempunyai
pemikiran dan pandangan yang jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa dalam
zamannya. Sheikh Tahir pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan
penulisan dan penerbitan majalah ‘Al-Imam’. Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor
Pulau Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.),
kemudian pulang ke Kuala Kangsar.

Sheikh Muhammad Tahir telah melahirkan karya-karya yang meliputi beberapa


bidang. Yang paling penting dari sudut Falak Syar'i ialah kitab Natijatul'Umur (diterbitkan
pada tahun 1357 H/ 1936 M.) iaitu kira-kira untuk Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan

17
Taqwim Miladi (Masehi), hala kiblat, dan waktu solat untuk sepanjang zaman dan Kitab
Jadual Pati Kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat berserta
logarithms untuk mengiranya (diterbitkan pada tahun 1362 H/ 1941 M.). Sheikh Muhammad
Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 21
Rabiulawal 1377 (bersamaan 26 Oktober 1956) pada usia 87 tahun, dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar, Perak

Syed Sheikh AL- Hadi

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar ke Riau oleh keluarganya ketika
berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang
pengarang dan juga ulama iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh
telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam bidang agama. Sekembalinya beliau dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan
Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi
pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya
tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia
nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan ideologinya dan menaikkan
semangat Islam di kalangan orang Melayu. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi
sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi pada tahun 1915 di Melaka dan Madrasah Al-Mashur pada
tahun 1926 di Pulau Pinang. Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan ‘Hikayat Faridah
Hanum’ kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel
pertama yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu.

Antara peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusteraan
Melayu ialah beliau cuba mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu tentang
isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Dia menggunakan majalah dan akhbar yang
dipimpinnnya iaitu ‘Al-Ikwan’ dan ‘Saudara’ untuk menyebarkan fikrahnya. Dalam novelnya,
Syed Sheikh menyeru agar orang Melayu bersedia untuk menghadapi perubahan.
Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu meninggalkan
kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya melahirkan pembaharuan dalam
gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi
pukulan kepada sistem pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed
Syeikh Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang.
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir

18
Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir
yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana
kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi. Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan
panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir . Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah.
Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz
Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan
kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut.

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan
separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti Persatuan Melayu Pulau Pinang,
Persatuan Melayu Perak, Persatuan Sunligh Taiping, Kelab Saadat Kuala Kangsar,
Kesatuan Melayu Muda (KMM). Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang
menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada
17 Oktober 1945 di lpoh, Perak Usaha Pembaharuan Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu
Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan
dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas-kelas ini
memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu
pengetahuan. Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan
pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda

Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat
kanan dalam persatuan Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947.
Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila
masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan
Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah,
Kuala Kangsar. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana
berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim
istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo
golongan tradisional aristokrat diraja.

5.2 Tokoh Kaum Tua

19
Syeikh Ahmad Khatib Al-Minankabawi

Beliau dilahirkan di Minangkabau, Sumatera Barat. Beliau Mendapat pendidikan


awal apabila memasuki sekolah pemerintah Belanda di Minangkabau selain menerima
pendidikan agama daripada keluarga sendiri. Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau adalah
seorang yang berpendirian keras dan radikal, sungguhpun beliau menguasai banyak bidang
ilmu, namun beliau masih tetap berpegang pada Mazhab Syafie dalam fikah dan penganut
Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut Mazhab Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu
Mansur al-Maturidi dalam akidah. Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya
yang berbeza pendapat. Dimana seorang berpihak kepada `Kaum Tua', iaitu Syeikh Hasan
Ma'sum Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda', beliau ialah Haji Abdul Karim
Amrullah.

Ternyata bahawea Syeikh Ahmad Khatib berpihak kepada Syeikh Hasan Ma'sum . Bahkan
dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal
pegangan Haji Abdul Karim Amrullah yang menurut beliau telah terpengaruh dengan
pemikiran Ibnu Taimiyah yang ditolak oleh golongan yang berpegang dengan mazhab.

Abu Bakar Muar

. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun
1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu,
iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915
Masihi. Nama sebenar beliau ialah ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji
Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh. Abu Bakar merupakan benteng pertahanan
Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu
Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung. Sebuah lagi karyanya di
dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir,
tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik
dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6
Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani. Abu Bakar al-Muari adalah
Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama seminggu sahaja. Bersama-sama
Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin
Muhammad, Syed Muhammad bin Othman bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji
Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah
Percadangan’.

20
Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi

  Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi,


wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai
Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah
keluarga ulamak yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhralmaut.
Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin
Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.
Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-
Azhar, Mesir. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan
menerbitkan majalah 'Jasa' di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kulliyyah al-Attas di
Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937,
beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga
awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda dengan
Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendukung
fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad
atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendukung pemikiran Ibn Taimiyah
dan Ibn Qayyim. Melalui majalah 'Pembela Islam' dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung
melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum
Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan 'Buah Kulliyyah al-Attas' untuk menjawab
pemikiran Hassan Bandung. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya
agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan
lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga
dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau
banyak terfokus kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman
kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri
adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

6.0 Kesimpulan

21
Gerakan Islah adalah merupakan suatu dakwah atau seruan yang bertujuan menyeru
seluruh umat Islam supaya kembali menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan
hidup atau cara hidup yang sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai bidang kehidupan
mereka. Jadi tujuan tersebut adalah merupakan misi utama gerakan islah atau dakwah sama
ada di Timur Tengah dan Alam Melayu. Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang murni
tersebut, perlu ada para muslihun yang kompeten memperjuangkannya baik secara individu
mahupun secara kolektif agar kebangkitan Islam benar-benar menjadi kenyataan.
Kebangkitan Islam yang dicetuskan oleh gerakan Islah dan dakwah di Timur Tengah jelas
membawa perubahan kepada gerakan Islah dan dakwah di Alam Melayu. Jika dilihat
pengaruh gerakan islah yang muncul di Timur Tengah telah menjadikan al-Quran dan as-
Sunah sebagai sumber kekuatan perjuangan mereka menegakkan Islam. Seruan islah yang
digerakkan oleh al-Afghani Abduh di sana menjadi sumber inspirasi para Muslim di Alam
Melayu untuk menegakkan islah di tanah air mereka sekali gus menjadi faktor penggerak
untuk menentang penjajahan Barat terutama di awal abad ke-20.

Pada awal tahun 1920-an, Mesir telah menjadi pusat orang Melayu mendapatkan
sumber ilmu agama dengan belajar di Universiti al-Azhar. Jadi belia-belia Melayu yang pergi
ke Mesir untuk menuntut ilmu mainkan peranan setelah kembali ke tanah air iaitu telah
mencorakkan peradaban masyarakat Melayu. Melalui peranan yang mereka mainkan idea-
idea baru telah dibawa masuk seperti idea islah, idea kemajuan dan sebagainya yang
memberikan acuan baru kepada masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu yang terdedah
kepada idea ini telah menjadikan mereka masyarakat yang lebih mampu membina jati diri
yang boleh dijadikan model. Malah melalui gerakan ulama yang dikenali sebagai Kaum Tua
yang bertembung dengan gerakan salafiah moden yang dikenali dengan Kaum Muda telah
memberi kesan dalam perjuangan masyarakat di Tanah Melayu. Hasil daripada gerakan
Islah yang berlaku di tanah Melayu ini telah mewujudkan fenomena perkembangan politik
Melayu yang akhirnya mewujudkan Hizbul Muslimin. Matlamat penubuhan adalah untuk
membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajah serta membentuk
negara Islam sejagat. Jadi Hizbul Muslimin merupakan asas pembentukan parti Islam dalam
sejarah perkembangan politik Melayu di Malaysia yang akhirnya wujud parti-parti lain
berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Bibliografi

22
Abdul Aziz Mat Ton, 2000. Politik Al-Imam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Abdul Halim El-Muhammady, 1982. Pengaruh Madhhab Shafi dan Masalah Kaum Muda

di Malaysia. Bangi : Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, UKM.

Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur

TengahDan Di Malaysia. Selangor : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM.

Azyumardi Azra, 1994. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad

Ke-17 dan Ke-18. Bandung: Penerbit Mizan.

Bacthiar Djamily, 1976. Kenapa PAS Boleh Jadi PAS. Petaling Jaya : Derma Refleswaty.

Ishak Saat, 2007. Sejarah Politik Melayu Pelabagai Aliran, Shah Alam. Selangor :

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur :Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Talib Samat, 1992. Syed Syeikh Al-Hadi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYASIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet :

Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya, “Fiqh Ad-Dakwah: Mengislah Ummah


Awlawiyyat Gerakan Islam” dlm.http://www.abim.org.my/minda_madani/modules bertarikh :
28 Feb 2011

23

You might also like