You are on page 1of 9

2.

0 PENDIDIKAN ISLAM : SUATU SISTEM BERKUALITI

Islam sangat mementingkan pendidikan. Menurut Khorirur Rijal Luthfi dan


Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002)[14], dengan pendidikan yang benar-benar
berkualiti, maka akan terbentuklah individu yang akhirnya menghasilkan suasana
kehidupan sosial yang bermoral. Tetapi secara realitinya, sekalipun institusi-institusi
pendidikan waktu kini mempunyai infrastukrur yang bertaraf moden, namun institusi-
institusi tersebut masih belum mempu menghasilkan modal insan yang diharapkan. Ini
kerana visi dan misi pendidikan yang tidak selari dengan kehendak agama.

Masyarakat barat sering dipandang tinggi dalam segenap aspek, namun di sana
tingginya pendidikan seseorang tidak semestinya mereka lahir sebagai modal insan
yang berguna. Mungkin secara teorinya kelihatan mereka mampu menjadi modal insan
yang baik dengan perlaksanaan pelbagai dasar yang berstatus tinggi, namun realitinya
mereka belum menjadi modal insan yang baik dan berguna. Masih ada sesetengah
insan yang tinggi pendidikannya tetapi mempunyai moral rendah. Ini terjadi disebabkan
visi dan misi pendidikan yang pragmatis[15]. Sebenarnya, agama Islam memiliki tujuan
yang lebih komprehensif[16] dan integratif[17] dibanding dengan sistem pendidikan
sekular yang semata-mata menghasilkan modal insan yang berpendidikan tinggi tanpa
seiring dengan moral dan sahsiah.[18]

2.1 Konsep Pendidikan Islam

Menurut sumber dari laman pendidikan islam[19], pendidikan Islam bermaksud


memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid berdasarkan ajaran Islam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,[20] mendidik juga bermaksud memelihara,
menjaga dan mengasuh seseorang anak menjadi baik. Ilmu pengetahuan yang diberi
itu ialah suatu jalan dalam pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan
memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan.
Mendidik ialah ayat berupa nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang
baik. Menasihati murid menurut perintah Allah S.W.T seperti solat, beradab dengan ibu
bapa adalah pendidikan. Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan tekun
adalah pendidikan. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah, kantin,
padang adalah tuntutan Islam. Berdasarkan kepada kedua-dua takrifan di atas
bermakna tugas mendidik bukan hanya terletak pada ibu bapa dan guru agama, malah
kepada semua orang Islam. Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang
bertanggungjawab memberi didikan agama. Di sekolah, semua guru yang beragama
Islam adalah pemikul amanah memberi didikan agama kepada semua murid Islam.
Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan suasana islamik dalam
kehidupan. Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam
hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan lain-lain

Pada kebiasaannya di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan


sesuatu yang baik seperti solat, menutup aurat dan sebagainya, manakala dirumah ibu
bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat menurut kehendak Islam,
bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan didikan agama yang betul. Sama
juga dengan sekolah. Sekiranya hanya guru Pendidikan Islam mengajar dan mendidik
pelajarnya tentang agama, tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna guru Islam
tidak mendidik pelajarnya yang beragama Islam supaya menghayati ajaran Islam.

Dalam kehidupan bermasyarakat, sekiranya masyarakat tidak melaksanakan


tugasan amar maaruf nahi mungkar[21][22] dalam masyarakat tersebut, sebaliknya
menggalakkan, ini bermakna masyarakat tersebut tidak mendidik anggotanya dengan
agama, malah sebaliknya meruntuhkan agama. Sekiranya ini yang berlaku, maka
penerapan islam oleh guru agama dalam kelas itu tidak akan membuahkan hasil.
Dengan demikian, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, seperti
keruntuhan akhlak, maka jangan disalahkan orang lain. Kerana itu yang dikehendaki
oleh ibu bapa, guru dan masyarakat.
Sekiranya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek keagamaan guru
tidak hati-hati, guru hanya menyampaikan maklumat pengetahuan Islam sahaja, guru
berkenaan tidak mendidik anak muridnya. Sebagai contohnya guru agama tersebut
mengajar pelajarnya dengan tajuk syarat wajib jumaat. Di akhir sesi pengajaran,
pelajarnya dapat menyebut syarat-syarat tersebut, maka ini baru tercapai objektif
pembelajaran. Sebenarnya guru itu belum lagi mendidik anak muridnya dengan
pendidikan Islam. Yang dinamakan mendidik adalah apabila ilmu itu dipraktikkan oleh
anak didik.

Sebagai contohnya bagi tajuk syarat wajib jumaat, guru diwajibkan menasihati
murid lelakinya supaya menunaikan solat Jumaat. Alangkah bagusnya jika guru itu
sendiri mengiringi pelajar ke masjid. Sebelum ke masjid, guru haruslah menasihati
muridnya supaya jangan bising di dalam masjid. Mengambil tempat di dalam masjid
dengan tertib dan membaca zikir yang baik, seperti membaca al-Quran. Sekiranya
semuanya berjalan, maka barulah dikatakan mendidik dengan pendidikan islam. Cara
praktikalnya juga sama bagi subjek-subjek yang lain, atau pun subjek yang lain yang
bukan mata pelajaran agama. Bagi guru yang kreatif, ia boleh memasukkan pendidikan
Islam melalui pelajarannya.

Jelaslah konsep pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud. Pertama


bermaksud pendidikan Islam khusus. Merangkumi pelajaran tradisional seperti aqidah,
ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya. Kedua ialah pendidikan Islam umum,
yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan
potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta
melewati segala aspek hidup. Inilah yang dikatakan pendidikan Islam.

2.2 Prinsip-prinsip Pendidikan Islam

Menurut Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002)[23],
memang benar mengenai pandangan prinsip-prinsip dasar pendidikan secara
umumnya banyak dicedok dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Rasullullah S.A.W. Pada
kebiasaannya dikemukakan ayat ayat atau hadis yang dapat mewakili pandangan
tentang prinsip-prinsip dasar. Seperti dikatakan An-Nahlawi melalui Khorirur Rijal Luthfi
dan Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002) bahawa pendidikan yang sebenar itu ialah
Allah yang telah menciptakan fitrah manusia dengan segala potensi dan kelebihan serta
menetapkan hukum azali, perkembangan, dan interaksinya. Prinsip prinsip pendidikan
islam tersebut terdiri dari 5 prinsip utama.

Pertama, Prinsip Keutamaan. Prinsip ini menegaskan bahawa pendidikan


bukanlah hanya proses mekanikal tetapi suatu proses yang mempunyai kehidupan
dimana segala kegiatannya ditujukan kepada kepentingan yang utama. Kepentingan
utama itu ialah nilai moral. Nilai moral yang paling tinggi adalah tauhid. Sedangkan nilai
moral yang terendah dan paling buruk adalah berlaku syirik. Dengan prinsip keutamaan
ini, pendidik bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi lebih daripada itu iaitu
membentuk keperibadian murid dengan perlakuan dan keteladanan yang ditunjukkan
oleh pendidik tersebut. Nabi Saw bersabda, “Hargailah anak anakmu dan baikkanlah
budi pekerti mereka,” (HR. Nasa’i).

Kedua, Prinsip kebersamaan. Konsep ini berasal dari konsep dasar yang
menerangkan bahawa manusia mempunyai taraf yang sama dan tidak ada sedikitpun
perbezaan dari sudut darjat, jantina, status sosial, bangsa, mahupun etnik dan warna
kulit. Sehingga anak kecil sekalipun mempunyai hak yang sama dari sudut pendidikan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Siapapun di antara seorang laki laki yang mempunyai seorang


budak perempuan, lalu diajar dan didiknya dengan ilmu dan
pendidikan yang baik kemudian dimerdekakannya lalu dikawininya,
maka (laki laki) itu mendapat dua pahala” (Hadis Riwayat Bukhari).

Ketiga. Prinsip Keseimbangan. Dengan adanya prinsip integrasi, prinsip


keseimbangan menjadi pelengkap kepadanya, sehingga dalam perkembangan dan
pembinaan manusia tiada kepincangan berlaku. Keseimbangan haruslah sama antara
material dan spiritual, unsur jasmani dan rohani. Di dalam Al-Quran Allah menyebut
iman dan amal secara serentak. Tidak kurang dari enam puluh tujuh ayat yang
menyebutkan iman dan amal secara serentak, secara implisit[24][25] menggambarkan
penyatuan yang tidak boleh terpisah. Diantaranya adalah surah Al-Ashr ayat 1-3, “Demi
masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan
beramal soleh.”

Keempat, Prinsip Pendidikan Seumur Hidup. Prinsip ini berpunca dari


pandangan mengenai keperluan manusia di mana manusia dalam kehidupannya akan
dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan godaan yang dapat menjerumuskan diri
sendiri ke jurang kehinaan. Dalam hal ini, manusia dituntut supaya mempunyai
kemampuan untuk mengakui dan menyesali kesalahan dan dosa yang pernah
dilakukan, disamping selalu memperbaiki kualiti ibadah. Sebagaimana firman Allah
S.W.T, “Maka siapa yang bertaubat setelah berbuat dosa dan memperbaiki (dirinya)
maka Allah menerima taubatnya.” (surah Al-Maidah ayat 39).

Kelima, Prinsip Integrasi. Suatu prinsip yang seharusnya dimiliki kerana prinsip
ini adalah mengatakan bahawa dunia ini merupakan suatu jambatan menuju dunia
akhirat. Oleh kerana itu, kita haruslah mempersiapkan diri secara kukuh kerana akhirat
merupakan hal yang tidak dapat dielakkan. Maka sewaktu hidup di dunia ini kita
haruslah benar-benar menjadikan hidup kita bermanfaat untuk menjadikannya bekalan
yang akan dibawa ke akhirat nanti. Perilaku yang terpuji, nikmat Tuhan mahupun apa
sahaja yang terdapat di dalam kehidupan harus diabdikan untuk mendapat keredhaan
Allah Taala. Allah S.W.T Berfirman, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu (kebahagiaan) sewaktu akhirat, dan janganlah kamu lupa tentang
kebahagiaanmu di akhirat...” (surah Al-Qoshosh ayat 77). Ayat ini menunjukkan adanya
sifat integrasi di mana diri dan segala yang ada padanya dikembangkan pada satu
arah, yakni kebajikan dalam rangka pengabdian kepada Tuhan.

2.3 Fungsi Pendidikan Islam


Menurut Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002)[26],
salah satu aspek penting dan menjadi dasar dalam pendidikan adalah aspek tujuan dan
fungsi. Secara rumusannya, tujuan pendidikan merupakan syarat mutlak dalam
mendefinisikan pendidikan itu sendiri. Ini kerana pendidikan adalah keupayaan yang
paling utama, bahkan satu-satunya cara untuk membentuk manusia adalah menurut
apa yang dikehendakinya. Disebabkan oleh itulah, para ahli pendidikan merumuskan
bahawa tujuan pendidikan merupakan suatu rumusan-rumusan dari berbagai harapan
ataupun keinginan manusia.

Menurut Rupert C. Lodge dalam bukunya Philosophy Of Education melalui


Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul Wafa (2002) menyatakan bahawa
dalam pengertian yang luas pendidikan itu berkaitan dengan seluruh pengalaman.
Dalam kata lain, kehidupan adalah pendidikan dan pendidikan adalah kehidupan itu.
Joe Pack pula merumuskan pendidikan sebagai “the art or process of imparting or
acquiring knomledge and habit through instructional as study”. Dalam definisi ini
tekanan tugasan mendidik diletakkan pada aspek pengajaran. Aspek keperibadian yang
dibina ialah dari aspek kognitif. Theodore Meyer Greene pula menghuraikan definisi
pendidikan yang sangat umum. Menurutnya pendidikan adalah usaha manusia untuk
menyiapkan dirinya untuk suatu kehidupan yang bermakna.

Justeru, definisi pendidikan secara umum yang dihubungkan dengan Islam


menerangkan pendidikan sebagai suatu sistem keagamaan. Pengertian pendidikan
secara totalnya dalam konteks Islam bermaksud “tarbiyah”, “ta’lim” dan “ta’dib” yang
harus difahami secara bersama-sama ketiga-tiganya. Istilah itu juga mengandungi
makna yang amat dalam yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat serta
lingkungan dalam hubungannya dengan Tuhan. Istilah-istilah itu sekaligus menjelaskan
ruang lingkup pendidikan Islam yang melibatkan pendidikan informal, formal, dan
nonformal.

Menurut Hujair AH. Sanaky melalui Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus
Khoirul Wafa (2002) menyebut mengenai istilah tujuan pendidikan Islam bersama visi
dan misi pendidikan Islam. Menurutnya pendidikan Islam sebenarnya telah memiki visi
dan misi yang ideal iaitu “Rahmatan Lil ‘Alamin”. Selain itu, falsafah pendidikan Islam
lebih mendalam dan berkaitan dengan persoalan hidup. Pendidikan tidak boleh terpisah
dari tugas kekhalifahan manusia, atau lebih khusus lagi sebagai proses melahirkan
khalifah dalam rangka membangun kehidupan dunia yang makmur, dinamis, harmonis
dan lestari sebagaimana diisyaratkan oleh Allah dalam Al-Qur’an. Pendidikan Islam
adalah pendidikan yang ideal, ini kerana visi dan misinya adalah “Rahmatan Lil
‘Alamin”, iaitu untuk membangun kehidupan dunia yang yang makmur, demokratis, adil,
damai, taat hukum, dinamis, dan harmonis.

Menurut Munzir Hitami melalui Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul
Wafa (2002) berpendapat bahawa tujuan pendidikan tidak terlepas dari tujuan hidup
manusia, biarpun dipengaruhi oleh berbagai budaya, pandangan hidup, atau keinginan-
keinginan lain. Bila dilihat dari ayat-ayat Al-Qur’an ataupun hadis yang memberitahu
tujuan hidup manusia yang sekaligus menjadi tujuan pendidikan.

Menurut Qodri Azizy melalui Khorirur Rijal Luthfi dan Mohammad Agus Khoirul
Wafa (2002) mengatakan bahawa terdapat batasan mengenai definisi pendidikan
agama Islam dalam dua hal, iaitu pertama mendidik murid dengan tingkah-laku sesuai
dengan nilai-nilai atau akhlak Islam dan kedua mendidik murid untuk mempelajari
ajaran Islam.

2.4 Kandungan Pendidikan Islam

Menurut laman ensiklopedia maya Wikipedia,[27] Dr. Al-Syaibani (1979)[28][29]


mentakrifkan falsafah pendidikan Islam sebagai usaha perlaksanaan teori dan “method”
di bidang pengalaman manusia dipanggil pendidikan. Oleh yang demikian, falsafah
pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek matlamat, kandungan dan dasar pendidikan
islam. Menurut laman ensiklopedia Wikipedia di dalam institusi pendidikan dalam islam,
terdapat 7 bidang pengajian yang menjadi silibus utama dalam mendidik umat islam.
Antaranya ialah Al-Imaniyah (pendidikan keimanan), Al-Khuluqiyah (pendidikan akhlak),
Al-Jismiyah (pendidikan Jasmani), Al-Aqiliyah (pendidikan mental), Al-Nafsiyah
(pendidikan jiwa), Al-Ijlimaiyah (pendidikan sosial) dan akhir sekali Al-Jinisiyah
(pendidikan seks). Kesemua bidang ini berkait rapat dengan kehidupan seharian
manusia. Oleh kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan, maka islam telah
menggariskan kesemua ilmu ini untuk dipelajari dan kesemua ilmu ini disulam dan
terasnya adalah keagamaan dan penghayatan rohani agar umat islam tidak tersesat
dari jalan yang lurus.

Menurut Prof Hassan Langgung (1979) melalui Mok Soon Sang (2010)[30]
kandungan dan sukatan pelajaran subjek pendidikan islam secara amnya dapat
didasarkan kepada tujuh dasar utama. Antara dasarnya ialah keesaan Allah Taala
(konsep tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhnya, kepercayaan kepada wahyu-wahyu
Allah kepada para nabi-nabi, manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral
dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, kehidupan
keduniaan dan akhirat dan akhir sekali persamaan dan persaudaraan sejagat antara
semua umat islam.

Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas melalui Mok Soon Sang (2010)
ilmu islam merangkumi dua disiplin yang utama iaitu disiplin agama dan disiplin kognitif.
Disiplin agama merangkumi ajaran Al-Quran, teologi, metafizik, bahasa arab dan
sastera. Secara holistiknya ia merangkuminya disiplin keagamaan ini merangkumi ilmu
fardhu ain yang wajib dipelajari oleh umat islam kerana ianya berkaitan dengan ibadah
seharian umat islam. Manakala disiplin kognitif pula merangkumi ilmu kemanusiaan,
alam sekitar, sains gunaan, teknologi dan sebagainya. Bidang ini merupakan bidang
ilmu yang berkaitan dengan fardhu kifayah iaitu bidang ilmu yang tidak diwajibkan
kepada umat islam untuk menguasainya. Sebagai contoh ilmu perubatan, tidak
kesemua umat islam diwajibkan untuk mempelajarinya hanya segelintir sahaja yang
diwajibkan untuk mempelajarinya untuk memastikan kemaslahatan umat sentiasa
terjaga.
Menurut Mok Soon Sang (2010) dalam Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia
menerangkan bahawa pendidikan menurut islam merupakan usaha-usaha membaiki
diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan bersifat ikhlas. Oleh sebab itu ajaran islam islam
berpaksikan kepada ajaran Al-Quran dan hadis Rasullullah S.A.W. Kurikulum
pendidikan islam merujuk kepada ajaran Al-Quran sebagai pengajian utama, diikuti
bahasa arab sebagai media pengantar. Disamping kurikulum di atas, terdapat juga
pendidikan yang merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuk pikologi,
sosiologi, sejarah dan ekonomi. Terdapat juga bidang ilmu alam seperti botani, sains
semula jadi dan sebagainya. Pendidikan islam juga menyepadukan pendidikan ilmu
keduniaan dan akhirat. (rujuk rajah 1 : hubungan potensi manusia, ilmu dan kurikulum)

You might also like