You are on page 1of 9

Kentang, Brokoli, Keju Berkrim

Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas...


Bahan-bahan

 Kentang saiz kecil 1 biji


 Keju cedar 1 keping

 Brokoli 2 'pokok' kecil

 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya
 Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
 Rebus brokoli sehingga masak.

 Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.

 Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan

 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis

 1 helai daun sedari

 secawan air

Cara membuatnya

 Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
 Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.

 Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun
saderi masak.

 Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

 Hidangkan.

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu


Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...

Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu


1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam


Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby Amal...
masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

 1 sudu nasi
 1/4 keping tauhu

 1/4 keping dada ayam - potong dadu

 3 hiris lobak merah

 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

 Kukus semua bahan.. *


 Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....

*Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas
tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula
tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi dan Kurma


Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
 3 sudu nasi yang telah dimasak
 1/4 cawan air suam

 2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...

 Masukkan semua bahan dalam pengisar


 Kisar halus

 Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak


Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
 3 sudu nasi yang baru dimasak
 Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang

 1 ulas bawang putih

 1 sudu lobak merah yang telah didadu

 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.


 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.


Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan
ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang


Bayi 8 bulan ke atas. 1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus
2.5 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.


Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus. Hidangkan.

Brokoli Bakar
Brokoli dibasuh dan dipotong kecil
Panaskan oven 190 C
Kupas dan cincang bawang
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan
Tumis bawang dengan sedikit minyak
Masukkan tomato
Masak selama 10 minit
Masukkan brokoli
Tutup api
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi
Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn    Fri 11 Jul 2008 - 19:33

copy dari internet (tak ingat dari mane, sbb cari2.. then simpan dlm word)
Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 2 sudu besar beras.


* 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
* 1 pokok sawi dipotong kecil
* 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
* Sedikit kiub ayam tanpa msg
* Sedikit garam
* Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
* Sedikit santan
* Sedikit isi ayam yang dicincang
* Sedikit daging yang dicincang
* 500 ml air
* Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun
bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan
bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:33

Resipi utk anak anda...Sesuai untuk yang ada masalah perkumuhan...Khas utk bayi

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.


2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:34

utk 8 bln ke atas...atas nasihat doktor...utk elakkan sembelit...

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras


* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air
Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.


2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak
merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah
diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan
kiub ayam.

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:35

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika
perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi
rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib
daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:36

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)


* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.


2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga
kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun
bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan
kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:37

baby's dessert dpt dr web Heinz..


sesuai utk bb 4+ months old. very yummy..my bb suke sgt =)

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 100ml susu formula/breastmilk


* 2 tsp tepung custard

Cara-cara

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air.
masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais..n hidangkan a a dessert

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:37

juga dpt dr web Heinz.


alter sket...pakai pitted prune.
sesuai utk bb 7+ months old

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 125 ml air masak


* 2-3 biji pitted prune
* 1 tsp gelatin

Cara-cara

1. larutkan gelatin dgn sedikit air panas


2. blend kan prune dgn air masak
3. bila gelatin dah larut,msukkan dlm jus prune td.kacaukan..n simpan dlm petiais

Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:41

copy dari kak hanieliza.. TQ

mee/pasta sup
rebuskan mee atau pasta sehingga lembut dan buat sup ayam
bila nak suapkan makan barulah dicampurkan so taklah mee tu kembang..
pelbagaikan warna dalam sup tu..
sup ayam
ayam direnehkan dengan kentang dan carrot..taburkan daun bawang dan bawang goreng...

sup sayur
tumiskan sayuran saperti carrot, brokoli, tahu lembut/udang [ dibuangkan kulit]/ayam/daging
sikit..masukkan bawang goreng..

mee hailam [jgn masuk cili lansung]


tumiskan mee, kuatiaw dengan sayuran hijau [potong kecil] dan kicap..

selain daripada itu anak2 ini perlu juga diberi pendedahan makanan lain..
saperti ..

scrabble egg..
mcampurkan susu segar dan telur + garam..
masakkan dalam kulai/non-stik pan dan hancurkan...
pastu diced carrot/celery/kentang yg dah dikukus/rebus lembut...

kueh2 jenis kukus yg kurang manis


saperti kueh lapis/talam..puding roti /apa-apa pun...

yogurt
campurkan yogurt ngan buah2 lembut yg di potong dadu kecil

gorengkan ikan/hati ayam


goreng bawang besar dengan hati ayam, makan ngan plain bubur nasi ..
bukan kata anak.. sure mak dia pun terlioq sama...
 
Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:48

hi nak kongsi makanan baby...

sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....
saya tak gunakan garam atau sebarang serbuk perasa kerana buah pinggang baby
tak dapat nak proses garam...
 
Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   Fri 11 Jul 2008 - 19:49

Biskut 'Teether' Baby

Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi... melegakan...

Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan


* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350�F (175�C).
* Bolehdibekukan.
  
Subject: Re: Jom kongsi resipi menu makanan baby 6 bulan - 2 thn   

Epal dan Kobis

Bahan-bahan

* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut


* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan

Cara-caranya

* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.

Sumber: Apple and Cabbage Baby Food, parents.com


 

You might also like