You are on page 1of 4

Definisi Anatomi : adalah bidang sains yang mengkaji struktur tubuh badan manusia dan

perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal dari perkataan Yunani, iaitu, “ana” yang
bermaksud asingkan dan “tome” yang bermaksud potong.

Jenis-jenis Anatomi
 Anatomi Makroskopik / anatomi kasar (gross anatomi) : Merupakan kajian dengan matakasar
tentang struktur tubuh dan hubungannya antara bahagian-bahagiannya

 Anatomi Mikroskopik : Kajian pada peringkat tisu dengan menggunakan bantuan Mikroskop

 Neuroanatomi : Kajian tentang sistem saraf

 Anatomi Perkembangan : Kajian tentang proses perkembangan Manusia

 Anatomi perbandingan : Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza
atau anatomi haiwan dengan manusia.
Sistem dalam tubuh manusia, struktur dan fungsi

Sistem Struktur Fungsi


1. Sistem Integumentari Kulit  Melindung dan mengelak
kecederaan pada tisu-
tisu dalaman,
 Peka pada rangsangan
sakit, sejuk, panas,
tekanan dan sentuhan.
 Mengkumuhkan air, asid
uric dan lebihan garam
mineral.
2. Sistem Rangka Tulang, rawan  Memberi bentuk dan
mengekalkan bentuk
badan.
 Menyokong berat badan
 Melindungi organ-organ
dalaman
3. Sistem Otot Otot  Menghasilkan
pergerakan,
 Mengekalkan postur
 Menghasilkan haba
melalui aktiviti sel di
dalam otot.
4. Sistem Saraf Otak, korda spina, saraf cranial,  Sistem kawalan tindak
Saraf spina, ganglion. balas pantas badan.
 Mengesan, menerima
dan bergerak balas
terhadap rangsangan.
 Menyimpan maklumat
yang diterima.
5. Sistem Endokrin Kelenjar Endokrin  merembeskan hormon
untuk menyelaras dan
mengawal atur proses
fungsi tubuh seperti
pertumbuhan,
reproduktif dan
metabolisma.
 Mengubahsuai aktiviti
sistem organ-organ yang
lain dengan bertindak
balas secara perlahan
terhadap struktur atau
persekitaran.
6. Sistem Kardiovaskular Jantung, darah dan salur darah  mengepam darah
 merupakan
pengangkutan utama
badan dengan membawa
hormon, nutrient dan
oksigen ke seluruh badan
serta bahan kumuh
seperti karbon dioksida
ke sistem respiratori
 Salur darah menyerap
oksigen dari paru-paru ke
jantung secara resapan
7. Sistem Limfatik Nodus limfa, Pembuluh limfatik,  Rumah kepada sel darah
putih yang menjadi
sistem pertahanan badan
 Menghasilkan limfosit
Mengangkut bahan
kumuh dari tisu ke sistem
darah untuk diuraikan
oleh hati

8. Sistem Respiratori Rongga hidung Farinks Larinks  Membekalkan oksigen ke


Bronkiol Paru-paru dalam darah dan
mengkumuhkan karbon
dioksida.
 Pertukaran gas oksigen
dan karbon dioksida
antara paruparu.
 Mengekalkan keadaan
dan persekitaran
dalaman tubuh yang
stabil (homeostasis)
9. Sistem Pencernaan Esofagus, Perut, Usus besar, Usus  Memecahkan makanan
kecil, Rektum ,Ileum, Hati kepada unit-unit kecil
yang boleh diserap oleh
darah
 Makanan yang tidak
dicernakan dikumuhkan
dalam bentuk najis
10. Sistem Urinari Ginjal, Pundi kencing , Ureter,  Menyingkirkan bahan
Uretra kumuh dari badan
 Mengawal air dan
eletrolit.
 Mengawal
keseimbangan asid-bes
dalam darah
Nyatakan secara ringkas setiap organisasi struktur manusia

HOMEOSTASIS : Merupakan kebolehan atau keupayaan untuk pengekalan atau mekanisma kawal atur
persekitaran dinamik dalaman (badan organism) yang malar. Ia memastikan persekitaran dalaman bagi
tubuh berada dalam keadaan keseimbangan dinamik. Contohnya kawalan suhu badan.

ELEKTROLIT : Elektrolit merupakan ion yang terhasil apabila campuran terlarut dalam air. Dalam
biokmia, elektrolit berfungsi memekatkan atau mencairkan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan
memekatkan cecair dan mengawal tekanan seperti darah. Elektrolit penting dalam membantu proses
penghadaman

You might also like