You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

(MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY


MALAYSIA)
WISMA TANI
NO. 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
62624 PUTRAJAYA
Telefon : 03-8870 1373 Telefax : 03-8888 6906 E-mail : pro@moa.gov.my Homepage : http://www.moa.gov.my

MAKLUMBALAS KERATAN AKHBAR HARIAN METRO


- Kekurangan bekalan kelapa

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan Setempat akhbar Harian
Metro bertarikh 8 April 2011 mengenai Kekurangan bekalan kelapa adalah
berkaitan.

Untuk makluman, masalah kekurangan bekalan kelapa tempatan mula berlaku sejak
tahun 2007. Bagi mengatasi masalah kenaikan harga kelapa biji dan santan di
pasaran, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diberi
Permit Import kelapa sebanyak 100,000 biji sebulan bermula Disember 2007 hingga
bulan Ogos 2008.

Memandangkan kelapa tempatan semakin berkurangan, Permit Import kelapa telah


ditambah kepada 500,000 biji sebulan bermula September hingga Disember 2008.
Kekurangan kelapa ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

a) Kebanyakan tanaman kelapa yang telah berusia lebih 30 tahun telah diganti
kepada kelapa sawit yang lebih produktif dan mendapat pulangan tinggi

b) Hasil pengeluaran kelapa di ladang tempatan terjejas disebabkan musim


melawas pada setiap hujung tahun dan berlarutan antara 2-3 bulan yang
menyebabkan pengurangan hasil kelapa sehingga 30 peratus

c) Serangan kumbang tanduk dan kera yang menjadi musuh utama tanaman
tersebut sejak sekian lama walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti
memasang perangkap dan menembak haiwan tersebut masih tidak
membuahkan hasil.

d) Tenaga kerja asing yang sering pulang ke negara asal untuk menyambut
perayaan dan sebagainya dalam tempoh yang agak panjang dan tiada tenaga
kerja tempatan yang menggantikan mereka

e) Senario terkini sepanjang bulan Ramadhan, pengusaha kelapa lebih berminat


menjual kelapa muda yang mendapat permintaan tinggi dan harga jualan
yang lebih menguntungkan. Kesannya bekalan kelapa tua tempatan untuk
kegunaan parut dan santan adalah terhad.

1
Sepanjang tahun 2009, kerajaan telah menambah Permit Import kelapa berjumlah
3,657,000 biji. Memandangkan bekalan kelapa masih berkurangan di pasaran
tempatan yang mendorong kepada kenaikan harga kelapa biji, parut dan santan,
pihak FAMA telah diberi tambahan kuota Permit Import kelapa kepada 1 juta biji
sebulan pada tahun 2010 dan 2 juta biji sebulan pada bulan Jun hingga Ogos 2010.
Jumlah keseluruhan permit import sepanjang tahun 2010 adalah 15 juta biji.

Pada bulan Januari 2011 sehingga Mei 2011, kuota permit import kelapa yang telah
diberi kepada FAMA adalah sebanyak 2 juta biji sebulan. Tambahan kuota ini
bertujuan menampung kekurangan bekalan kelapa di pasaran. Bekalan kelapa yang
diimport ini telah diagihkan kepada pemborong dan pengusaha-pengusaha santan
seluruh Negara melalui Pusat-pusat Operasi FAMA bagi memastikan bekalan kelapa
mencukupi di pasaran. Walau bagaimanapun, pihak FAMA tidak mendapat bekalan
kelapa import sepertimana kuota yang telah diberikan iaitu berjumlah 2 juta
sebulan. Ini memandangkan bekalan kelapa di Indonesia juga mengalami
kekurangan disebabkan permintaan yang tinggi termasuk permintaan dari Thailand
serta bencana alam yang sering melanda di Indonesia yang menjejaskan
pengeluaran kelapa di Indonesia. Purata bilangan kelapa yang diperolehi oleh FAMA
melalui pintu masuk Pelabuhan Minyak Beku, Batu Pahat hanya 1.2 juta biji sebulan
berbanding kuota Permit Import yang diperolehi iaitu 2 juta biji sebulan.

Pengurus Pusat Operasi Bagan Datoh, En. Jamaluddin Basiron telah menghubungi
terus pengadu iaitu En. Zamry Zakaria pada hari yang sama bagi mendapat
penjelasan sebenar berhubung aduan beliau di dalam Akhbar Harian Metro bertarikh
8 April 2011.

Melalui perbualan tersebut, pengadu telah memaklumkan bahawa sebelum ini


beliau telah memperolehi bekalan kelapa daripada pembekal Cina Bagan Datoh
yang mendapat bekalan kelapa import dari Indonesia. Harga yang diterima oleh
pengadu adalah RM1.50/biji. Walau bagaimanapun memandangkan pengadu
kekurangan tenaga kerja, pengadu telah mendapatkan kelapa yang telah dibuang
tempurung daripada pembekal tersebut pada harga RM4.00/kg. Kuantiti yang
diperolehi adalah 800 biji sehari berbanding keperluan beliau antara 1,500 hingga
2,000 biji sehari. Oleh kerana harga yang diterima oleh beliau adalah tinggi dan
kuantiti yang diperolehi tidak seperti mana yang diperlukan, pengadu bercadang
untuk mendapatkan bekalan daripada pihak FAMA.

Dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan pihak
FAMA adalah tidak benar sama sekali. Melalui percakapan En. Jamaluddin Basiron
dengan beliau, beliau memaklumkan bahawa beliau menghubungi FAMA Bagan
Datoh dan FAMA Ipoh hanya melalui telefon sahaja. Beliau hanya sekadar
bertanyakan mengenai bekalan kelapa tetapi tidak dinyatakan secara terperinci
berkaitan identiti beliau dan keperluan sebenar yang diperlukan. Beliau
memaklumkan bahawa beliau tidak pasti dengan siapa beliau berhubung dan bila
tarikh beliau berhubung dengan pihak FAMA.

2
Beliau juga telah menafikan bahawa aduan beliau itu mewakili 14 pengusaha dan
pemasar produk kerisik lain di negeri Perak. Beliau hanya bercakap bagi pihak diri
beliau sahaja dan tidak mewakili 14 pengusaha dan pemasar yang lain. Beliau
mengatakan bahawa pihak wartawan yang mengeluarkan cerita yang mengatakan
bahawa aduan beliau mewakili 14 pengusaha kerisik lain.

Dakwaan bahawa beliau mendapatkan bekalan daripada pihak FAMA juga tidak
benar. Pihak FAMA sama ada FAMA Ipoh dan FAMA Bagan Datoh memaklumkan
bahawa mereka tidak pernah berurusan dengan pengadu sebelum ini sehingga
artikel ini keluar.

NAMA PENGADU : ZAMRY ZAKARIA


KAWASAN : TELUK INTAN, PERAK

NORAZIAN MUSTAPA
Ketua Komunikasi Korporat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA)
DL : 03 – 6120 6281
H/P : 012 – 3706 720

You might also like