You are on page 1of 1

KARANGAN JENIS FAKTA

TAJUK: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH.

Masalah disiplin dalam kalangan murid hari ini sudah berada pada tahap yang serius.
Misalnya, kes buli, ponteng, bakar sekolah, ugut, pukul guru dan yang paling serius ialah kes yang
membawa kematian akibat perbuatan tersebut di atas.

Antara punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah adalah kerana
kekurangan keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa sibuk dengan
urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Oleh kerana itu, anak-anak
berasa bahawa mereka disisihkan.

Selain itu, masalah disiplin murid timbul juga disebabkan oleh sikap sesetengah ibu bapa
yang menyebelahi anak-anak yang menghadapi masalah disiplin. Misalnya, ibu bapa sering
menyalahkan pihak sekolah tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Lantaran itu, anak-anak akan berasa
bahawa tindakan yang mereka lakukan adalah betul.

Faktor bosan belajar dan benci akan sekolah juga menyebabkan berlakunya masalah disiplin
dalam kalangan murid sekolah. Dengan hal ini, mereka datang ke sekolah bukan hendak belajar
tetapi untuk melanggar peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka kerap ponteng, buli,
mengugut,merokok dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam


menangani masalah disiplin dalam kalangan murid masa kini. Lebih-lebih lagi, ibu bapa
sememangnya bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak.

(188 p.p.)

Contoh tajuk lain:

1. Punca-punca pencemaran.
2. Punca-punca kes penderaan
3. Faktor vandalisme

You might also like