You are on page 1of 98

1

KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Sejarah Ringkas
Perkembangan Pendidikan
Prasekolah Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum


3

Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah


Kebangsaan
1970an – KEMAS dan JPNIN
memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah
Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah Malaysia
dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Rasional Penyemakan
Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


5

Rasional Penyemakan Semula KPK


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
disemak semula untuk memastikan
kurikulum yang holistik, tidak terlalu
akademik dan tidak terlalu membebankan,
mengikut keperluan semasa serta ada
kesinambungan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Perubahan yang berlaku

Bahagian Pembangunan Kurikulum


7

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan


kepada:
Pembangunan modal insan
Penghasilan pelajar celik minda
Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran
dan maklumat
Program membangunkan akal manusia dalam
melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan
inovatif

Bahagian Pembangunan Kurikulum


8

Perubahan yang dilakukan


1.
1. Kurikulum yang relevan
relevan dengan
dengan keperluan
keperluan semasa
semasa dandan cabaran
cabaran
masa depan
depan
2.
2. Memperkukuhkan
Memperkukuhkan kemahiran
kemahiran berfikir,
berfikir, berkomunikasi,
berkomunikasi, inovasi,
inovasi,
kreativiti
kreativiti dan keusahawanan.
3.
3. Memastikan murid mempunyai nilai nilai tambah
tambah seperti
seperti penguasaan
penguasaan
pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri,
diri, daya kepimpinan,
semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran ajaran agama
agama
4.
4. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early
Malaysia mendapat early start dalam
dalam
pendidikan melalui program prasekolah
5.
5. Menjadikan pengalaman
pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih
bermakna dan dan menyeronokkan
menyeronokkan
6.
6. Memastikan kesinambungan antaraantara prasekolah
prasekolah dengan
dengan Tahun
Tahun 1.
1.
7.
7. Menambahbaik Kurikulum
Kurikulum Prasekolah
Prasekolah Kebangsaan
Kebangsaan yang
yang sedia
sedia ada.
ada.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kedudukan Prasekolah
dalam Sistem Persekolahan
Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum


10
Tahap & jangkamasa persekolahan

11+ 6

10+ 5
Tahap II
9+ 4

8+ 3

7+ 2
Tahap I
6+ 1

5+
P
4+ Prasekolah

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan 11

dalam Kurikulum Transformasi

Tahap ll Sekolah Rendah


p (Tahun 4 – 6)
a
h an pengukuhan dan aplikasi 4M,
a
T ah kemahiran asas ICT, penguasaan
o l kemahiran generik & kemahiran yang
ek
s lebih kompleks, perkembangan fizikal,
e r kognitif, perkembangan sosioemosi,
P
sahsiah, sikap dan nilai
Tahap l Sekolah Rendah
(Tahun 1 – 3)
penguasaan 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal,
kognitif, penguasaan kemahiran generik, perkembangan
sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai

Prasekolah
perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah
rendah serta pendedahan kemahiran 4M.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


4M
• Membaca
• Menulis
• Mengira
• Menaakul

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Matlamat dan Objektif
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan
2010

Bahagian Pembangunan Kurikulum


14

Matlamat
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010
(KSPK)
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-
kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


4 kata kekunci

• Menyuburkan (Enriching)
• Aktif Penglibatan (Engaging)
• Selamat (Safe)
• Seronok (Fun)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


16

Objektif KSPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid
berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut

Jasmani:
•Mempunyai tubuh badan yang sihat
•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor
kasar

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Objektif KSPK
Emosi:
• Mempunyai konsep kendiri yang positif
• Mempunyai keyakinan diri
• Mempunyai jati diri
• Berani mencuba
• Mempunyai kematangan emosi
• Menghormati perasaan dan hak orang lain
• Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Objektif KSPK
Intelek:
• Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan
bahasa Malaysia
• Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang
berkenaan)
• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang
berkenaan)
• Memperolehi kemahiran proses sains asas
• Memperolehi kemahiran matematik asas
• Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
• Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian murid
• Mempunyai daya kreatif dan estetika
• Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Objektif KSPK
Rohani:
• Mengamalkan nilai murni
• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.

Sosial:
• Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
• Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan
sebaya.
• Menyuarakan pandangan dan perasaan.
• Bekerjasama dengan orang lain.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Tunjang-tunjang dalam
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


21
Ke arah mengeratkan lagi perhubungan antara
Kurikulum Prasekolah dengan Kurikulum Sekolah
Rendah
KBSR untuk sekolah rendah sahaja - Kurikulum transformasi (prasekolah
sedia ada mulai 1983 dan sekolah rendah) mulai 2010
KOMUNIKASI

Kemahiran Asas Komunikasi


Penggabungjalinan
(Membaca, Menulis & kemahiran berbahasa
Mengira) semasa berinteraksi
secara verbal dan non
verbal dalam bahasa
Bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, bahasa Cina
Matematik dan bahasa Tamil

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan
Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan
sains, kemahiran dan sikap
agama, kepercayaan,
saintifik
sikap dan nilai
MURID Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan Insan
MANUSIA DENGAN dan kemahiran berasaskan
PERKEMBANGAN teknologi Seimbang
ALAM SEKELILINGNYA
DIRI INDIVIDU Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan
Kerohanian, Nilai dan Fizikal & Estetika amalan tentang
Kesenian dan Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan dan alam
Sikap Kemanusiaan dan kesihatan untuk sekitar setempat, negara
Persekitaran Rekreasi kesejahteraan diri dan global
Pemupukan daya imaginasi, Penghayatan semangat
Muzik kreativiti, bakat dan apresiasi patriotisme dan perpaduan
Pendidikan Islam
Seni Visual
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik & Pendidikan Keterampilan Diri
Kewarganegaraan Jasmani Pemupukan
kepimpinan dan
Sains sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Bahagian Pembangunan Kurikulum
22
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran
berbahasa semasa berinteraksi
secara verbal dan non verbal
dalam bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil

Sains & Teknologi Kerohanian, Sikap & Nilai


Penguasaan pengetahuan sains, Penghayatan amalan agama,
kemahiran dan sikap saintifik kepercayaan, sikap dan nilai
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan Insan
kemahiran berasaskan teknologi seimbang
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang
Fizikal & Estetika kemasyarakatan dan alam sekitar
Perkembangan jasmani dan kesihatan setempat, negara dan global
untuk kesejahteraan diri Penghayatan semangat patriotisme
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, dan perpaduan
bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Perbezaan daripada aspek komponen
KPK 2003: Komponen KPSK 2010: Tunjang

• Bahasa dan Komunikasi • Komunikasi


BM, BI, BC, BT BM, BI, BC, BT

• Pend. Kerohanian dan Moral • Kerohanian, Sikap dan Nilai


Pendidikan Islam, Pend. Moral Pendidikan Islam, Pendidikan Moral

• Perkembangan Kognitif • Sains dan Teknologi


Sains dan Matematik
Sains dan Matematik
• Perkembangan Sosioemosi • Ketrampilan Diri
Sosioemosi
• Perkembangan fizikal
• Kemanusian
Pendidikan Jasmani, Kesihatan
• Kreativiti dan Estetika • Perkembangan Fizikal dan Estetika
Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Pend
Pendidikan Seni Visual, Muzik Seni Visual, Muzik

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Rekabentuk kurikulum

• Kurikulum berasaskan Standard


• Kurikulum berbentuk modular

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kurikulum Berasaskan
Standard

Bahagian Pembangunan Kurikulum


26

Kurikulum Berasaskan Standard


Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik Satu penetapan kriteria
tentang perkara yang atau indikator kualiti
murid patut ketahui dan pembelajaran dan
boleh lakukan dalam pencapaian yang boleh
suatu tempoh diukur bagi setiap
persekolahan
standard kandungan.
merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran
dan nilai.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


27

Organisasi Kurikulum

KPK 2003 KSPK 2010


• Dokumen SP & HSP • Dokumen standard
kurikulum
• Hasil pembelajaran
• Standard kandungan
• Cadangan Aktiviti
• Standard
pembelajaran

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Justifikasi Penggunaan Standard
• Tujuan utama penetapan standard adalah untuk
ekuiti dan kualiti.
• Ekuiti membawa maksud semua murid diberi
peluang pendidikan yang sama
• Kualiti membawa maksud bahawa semua murid
perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
• Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard
adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang
sama kepada semua murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


29

Justifikasi Penggunaan Standard


• Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan
pentadbir
Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan
Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

• Skema dan piawai pengukuran


Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid
Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Bahagian Pembangunan Kurikulum


30
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


• Bahasa Malaysia • Bahasa Malaysia
Menceritakan semula Menceritakan semula
apa yang didengar. apa yang didengar
(BM 2.4) menggunakan ayat
yang mudah. (BM
2.4.1)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


31
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


• English • English
Listen to and enjoy Listen to, recite and
nursery rhymes, action act out nursery
songs, poems and rhymes, action songs
stories. (BI 1.5) and poems. (BI 1.5.3)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


32
CONTOH STD KANDUNGAN & STD PEMBELAJARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


• Sosioemosi • Sosioemosi
Mengenali emosi Menceritakan
sendiri. (PSE 1.1) pengalaman emosi
yang melibatkan
perasaan seperti
gembira, sedih, takut,
marah. (PSE1.1.4)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kurikulum Berbentuk
Modular

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kurikulum Berbentuk Modular

• Kurikulum yang berbentuk modular


merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan
seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit,bahagian atau unit ini
dinamakan modul.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Dua jenis modul

• Modul Teras Asas


• Modul Bertema

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Modul Teras Asas

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Modul Teras Asas
• Bahasa Malaysia
• Bahasa Inggeris
• Bahasa Cina/Bahasa Tamil
• Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
• Matematik
• Aktiviti di Luar (Outdoor activity)
Masa yang khas diperuntukkan untuk setiap modul teras asas.
Masa yang diberi adalah untuk satu minggu

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Modul Bertema

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Modul Bertema

• Modul Bertema merupakan modul


bersepadu yang merangkumi unsur-
unsur dalam keenam-enam Tunjang dan
juga unsur kreatif, kritis dan inovatif.
Modul Bertema dibina menggunakan isu
kehidupan/peristiwa seharian kanak-
kanak.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Contoh Modul Bertema
• Diri saya • Alam Bahan
Air
Anggota badan saya
Pasir
Keluarga saya Pakaian
Sekolah saya dll
Keselamatan diri • Alam Fizikal
Pembinaan
Dan lain-lain
• Alam Semulajadi
• Negara saya Cuaca
Perayaan Hari Raya Sayangi alam semula jadi

Perayaan Tahun Baru Cina • Alam Hidupan


Haiwan
Perayaan Deepavali
Tumbuh-tumbuhan
Hari Kemerdekaan
Seni, kraf dan permainan
tradisional

Bahagian Pembangunan Kurikulum


41

Justifikasi penggunaan modul

• Bersifat dinamik
pertambahan dan pengurangan kandungan
boleh dilakukan tanpa menjejaskan
keseluruhan kurikulum
• Pelaksanaan p & p yang fleksibel
Guru ada pilihan menggunakan modul
mengikut kesesuaian

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Peruntukan Masa

Bahagian Pembangunan Kurikulum


43
Peruntukan Masa bagi Prasekolah

% Peruntukan
MODUL Masa

BM
BAHASA BI
Fleksibel
BC/BT
TERAS ASAS (Awal tahun: 35 %
MATEMATIK
AKTIVITI LUAR Akhir tahun: 25%)

PEND. ISLAM / MORAL

Fleksibel
MODUL BERSEPADU
BERTEMA (Awal tahun: 35%
Akhir tahun: 45%)
AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI 30%
(baca doa, makan, refleksi)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Modul Teras Asas
45%

35%

Modul Bertema

Awal tahun Akhir tahun

Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan
Modul Bertema di kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah

Bil. Bahasa Instruktional Peruntukan Masa Minimum


Seminggu untuk kelas
prasekolah yang bahasa
pengantarnya:
(minit)
Bahasa Bahasa
Malaysia Pengantar
lain
1 Bahasa Malaysia 600 400
2 Bahasa Inggeris 600 400
3 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa 400
Inggeris

JUMLAH 1200 1200

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Bil. Modul Peruntukan Masa Seminggu untuk
prasekolah yang bahasa pengantarnya
Bahasa Malaysia (minit)
Dijalankan Dijalankan dalam
dalam BM BI
1 Rutin pagi 30 20
2 Perbualan Pagi 60 40
3 Rehat 90 60
4 Refleksi sebelum balik 30 20
5 Modul Teras Asas Bahasa Malaysia 90
6 Modul Bertema yang dikendalikan 100
dalam BM
7 Modul Teras Asas Bahasa Inggeris 90
8 Modul Bertema yang dikendalikan 330
dalam BI
9 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120
10 Aktiviti Luar 40 40
11 Matematik 40
Jumlah minit seminggu 600 600

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah
yang bahasa pengantarnya bukan BM
(minit)
Dijlnkan Dijlnkan Dijlnkan Jumlah
dlm BM dlm BI dlm BC/BT
1 Rutin pagi * 10 20 20 10 x 5 = 50
2 Perbualan Pagi 20 40 40 20 x 5 = 100
3 Rehat 30 90 30 30 x 5 = 150
4 Refleksi sebelum balik 10 20 20 10 x 5 = 50
5 Modul asas BM 90 90
6 Modul bertema** yang dikendalikan dalam 200 200
BM
7 Modul asas BI 90 90
8 Modul bertema** yang dikendalikan dalam 140 140
BI
9 Modul asas BC/BT 90 90
10 Modul Bertema yang berunsurkan 120 120
Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam
BC/CT /Pendidikan Islam
11 Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu 40 40 80
hari dalam BI)
12 Matematik 40 40
Jumlah minit seminggu 400 400 400 1200
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Prinsip Pembelajaran

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Prinsip Pembelajaran yang dijadikan
Fokus
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan
prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori
pembelajaran konstruktivisme di mana:

•Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan


secara spoon feeding.
•Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
•Perbezaan individu dibenarkan.
•Murid belajar mengikut kadar sendiri.
•Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian
murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Standard Pengajaran dan
Pembelajaran menerangkan
apa yang perlu diketahui dan
dilakukan oleh guru prasekolah
semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Pertama:
• Guru prasekolah perlu
membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan
kurikulum dan keperluan
kanak-kanak.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah perlu membuat
perancangan jangkamasa panjang
(contohnya Rancangan Tahunan) dan
jangkamasa pendek (contohnya
Rancangan Harian) berdasarkan
keperluan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan dan
keperluan kanak-kanak.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah merancang
pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menyokong perkembangan murid
dalam aspek berikut:
Kreativiti
Pemikiran logikal
Kemahiran Menaakul
Perkembangan Rohani
Pembentukan sikap positif dan nilai murni
Perkembangan fizikal dan kesihatan
Kreativiti dan estetika

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah memilih kandungan, bahan
dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan
minat, tahap kebolehan, pengalaman dan
pengetahuan murid-murid.
• Guru prasekolah membimbing dan menjadi
fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:
Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid
dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan
kreatif.
Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang menyokong
pembangunan komuniti murid yang kreatif dan
berfikiran terbuka dengan:
Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.
Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam
proses membuat keputusan.
Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap
pembelajaran mereka sendiri.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Kedua:
• Guru prasekolah perlu
menggunakan pendekatan
yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-
kanak(developmentally
appropriate) supaya
pembelajaran berkesan dan
membawa makna kepada
murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan
berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan
standard pembelajaran yang hendak dicapai:
Pembelajaran Berpusatkan murid
Inkuiri Penemuan
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan Bertema
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa
dan kemahiran)
Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid,
alam persekitaran murid)
Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple
intelligences)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang mengambil kira tentang:
Kebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak-
kanak
Teori perkembangan kanak-kanak.
Keadaan setempat.
Keperluan individu murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Guru prasekolah mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan,
individu dan kelas.
Guru prasekolah merancang aktiviti harian
berpandu kepada aktiviti yang dicadangkan
dalam Jadual 1: Cadangan Peruntukan Masa
untuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Kelas Prasekolah.
Guru prasekolah perlu mengendalikan perbualan
pagi dan refleksi setiap hari.
Guru prasekolah perlu memastikan rutin harian
dikendalikan dengan baik setiap hari.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Guru prasekolah sentiasa berinteraksi
dengan murid dan menggalakkan interaksi
antara murid.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan
murid terlibat secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Guru prasekolah sentiasa menggalakkan
murid untuk mengemukakan idea mereka,
bersikap inquisitive dan bersikap terbuka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Ketiga:

• Guru prasekolah menjalankan


pentaksiran secara berterusan
menggunakan pelbagai kaedah
seperti yang dinyatakan di Standard
Pentaksiran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Keempat:

• Guru prasekolah perlu mewujudkan


persekitaran pembelajaran yang
kondusif dalam bilik prasekolah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang
selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.
• Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat
pembelajaran dalam kelas prasekolah.
• Guru prasekolah melengkapkan pusat
pembelajaran dengan bahan yang sesuai,
mencukupi dan updated.
• Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran
sentiasa kemas.
• Guru prasekolah melibatkan murid dalam
merekabentuk pusat pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Kelima:
• Penglibatan ibubapa dan komuniti
setempat amat penting dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Guru
memainkan peranan yang penting
dalam membina perhubungan antara
sekolah dan ibubapa murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba
menjalinkan perhubungan yang baik dengan
ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.
• Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah
membentuk jawatankuasa yang melibatkan
waris/ibubapa/penjaga murid.
• Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan
ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-
sekurangnya dua kali setahun.
• Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa
dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan,
Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program
keibubapaan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru perlu memberi penerangan tentang
kurikulum prasekolah termasuk kaedah
pentaksiran kepada ibubapa.
• Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat
lawatan ke rumah untuk murid yang
bermasalah jika perlu.
• Guru perlu berusaha mewujudkan
kesinambungan pengajaran dan pembelaran
dari sekolah ke rumah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pengajaran dan
Pembelajaran Keenam:
• Guru Prasekolah menghadapi keadaan
di mana terdapat murid keperluan khas
dalam kelas mereka. Guru prasekolah
perlu membantu mengenalpasti murid
keperluan khas ini dan memberi nasihat
yang bersesuaian kepada ibubapa.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Guru perlu mengenalpasti murid
keperluan khas menggunakan borang
pengesanan yang telah disediakan di
sekolah.
• Pihak pengurusan dan guru perlu
menasihatkan ibubapa untuk
menghantar murid tersebut ke sekolah
pendidikan khas jika perlu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard P & P (overview)
• Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.
• Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya
pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.
• Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan
pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.
• Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dalam bilik prasekolah.
• Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina
perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.
• Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan
khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti
murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada
ibubapa.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Pertama:

• Pentaksiran harus dijalankan konsisten


dengan tujuan pentaksiran yang
ditetapkan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Tujuan pentaksiran adalah untuk:
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat umur.
Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka secara menyeluruh.
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid
dalam semua aspek yang dirangkumi dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu
guru merancang tindakan susulan yang
berkesan untuk:
Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum
dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Membantu pembelajaran murid.
Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
guru.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Kedua:
• Pentaksiran harus dijalankan keatas
pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang dirangkumi dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi
semua Tunjang dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan termasuk:
Penerapan nilai
Pembentukan sikap
Penguasaan kemahiran
Status kecergasan
Status kesihatan
Kesediaan sosial (social readiness)

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus
ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid
tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.
• Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan
tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di
peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini
pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak
faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Ketiga:
• Pentaksiran dijalankan secara
berterusan sepanjang masa.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Keempat:

• Kaedah pentaksiran harus sah


dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak
dan berasaskan kaedah
saintifik.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Kaedah yang digunakan adalah penilaian
berasaskan kriteria dan bukan perbandingan
antara murid.
• Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah
seperti berikut:
Pemerhatian berterusan
Penilaian hasil kerja
• Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam
pendidikan awal kanak-kanak:
Ujian atau peperiksaan formal
Ujian kertas and pensil

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
• Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.
• Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya
inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan
sahih.
• Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara
sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah
seperti berikut:
• Senarai Semak.
• Skala Kadar.
• Rekod Anekdot.
• Rekod Berterusan (Running Record).
• Portfolio

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Kelima:
• Hasil pentaksiran digunakan
untuk merancang tindakan
susulan demi meningkatkan
mutu pengajaran dan
pembelajaran dan untuk
membantu pengajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru
Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah
untuk tujuan kesinambungan pentaksiran
formatif.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi
laporan dan maklumat kepada ibubapa
mengenai kemajuan anak-anak mereka.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk
mengenalpasti masalah murid-murid sama
ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran Keenam:

• Pentaksiran harus dijalankan


dengan penuh beretika, hak
asasi kanak-kanak perlu
dipatuhi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus
didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh
ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak
tertentu sahaja.
• Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk
melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat
umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat
dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka.
Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur
ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam
perkembangan kanak-kanak ini kelak.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan
banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada
melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau
’B’ dan seterusnya.
• Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan
sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah,
contohnya kanak-kanak perempuan secara
fisiologinya berkembang lebih cepat dalam
penguasaan bahasa daripada kanak-kanak
lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid
lelaki sebagai lambat daripada perempuan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Pentaksiran (overview)
• Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan
pentaksiran yang ditetapkan.
• Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan.
• Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang
masa.
• Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah
saintifik.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan
susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.
• Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak
asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Domain Kreativiti

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Pemikiran kreatif dan inovatif perlu
dipupuk di kalangan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran
mulai dari prasekolah lagi.
• Peluang untuk murid berfikir secara
kreatif dan inovatif boleh diberikan
dalam banyak konteks yang berbeza
dan boleh diintegrasikan dalam banyak
aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
prasekolah perlu memberi peluang kepada murid
agar mereka:
suka menyoal dan mencari jawapan
membuat perkaitan dan melihat hubung kait
menjangka apa yang akan berlaku
membuat spekulasi tentang kemungkinan
meneroka idea
berfikir secara literal
sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea,
tindakan dan hasil.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum
prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan
utama, iaitu:
Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan
muzik dan pendidikan seni visual
• Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri
daripada dua komponen iaitu: pemikiran kreatif dan
pemupukan sikap dan personaliti.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Domain Kreativiti
Pertama:

• Guru Prasekolah perlu


menyediakan peluang kepada
murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir kreatif
mereka

Bahagian Pembangunan Kurikulum


• Standard ini mencadangkan bahawa:
Murid diberi peluang meneroka dan mencuba
idea untuk menghasilkan karya/ciptaan yang
asli, penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
Murid mengikuti proses berfikir seperti yang
disenaraikan dibawah dengan bimbingan
guru.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh

Fasa Persediaan

Membuat pemerhatian aktif Menggunakan deria penglihatan, Murid perhatikan pelbagai


pendengaran, sentuhan, rasa atau bau kacang yang disediakan oleh
untuk memerhati objek/fenomena. guru. (Kacang merah, kacang
hijau, kacang kuda)

Mencerakinkan pemerhatian Mengenal pasti persamaan dan Murid mendapati kacang-


(proses analisis) perbezaan antara objek/idea/fenomena kacang ini berbeza daripada
dengan bimbingan. segi saiz dan warna.

Mengasingkan objek/idea/fenomena
berdasarkan ciri tertentu dengan
bimbingan.

Mengkaji kesan baik dan buruk.dengan


bimbingan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Kandungan Standard Pembelajaran Contoh

Fasa Imaginasi

Menjanakan idea Menghasilkan idea-idea baru (yang Murid mencadangkan tempat di


(mensintesiskan idea) mungkin benar atau tidak pasti) dengan mana kacang saiz atau warna
bimbingan. tertentu boleh dilekatkan untuk
menghasilkan satu karya kolaj.
Menghasilkan idea yang bermakna
dengan bimbingan.

Fasa Tindakan

Menghasilkan Menghasilkan produk Murid menghasilkan karya


produk/Membuat kolaj.
keputusan/Membuat pilihan Membuat kesimpulan dengan bimbingan.

Membuat pilihan dengan bimbingan.

Mempraktikkan proses kreatif untuk


menghasilkan idea baru secara berterusan
dengan bimbingan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Standard Domain Kreativiti Kedua:
• Guru Prasekolah perlu
menyediakan peluang kepada
murid agar mereka menghayati dan
menghargai nilai estetik dalam
kehidupan dan seterusnya
meningkatkan naluri mereka untuk
terus menghasilkan karya kreatif
secara berterusan dan beretika.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Organisasi Kandungan
Kurikulum
• Dokumen ini mengandungi tiga
bahagian.
Bahagian A adalah senarai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran
mengikut tunjang.
Bahagian B memaparkan cadangan
aktiviti untuk modul bertema Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang berkaitan dipetik dari pelbagai
tunjang ke dalam modul-modul bertema
ini.

Bahagian Pembangunan Kurikulum


98

Bahagian Pembangunan Kurikulum

You might also like