You are on page 1of 9

HAKIKAT SEMBAHYANG (SOLAT)

IHRAM : Tercengang, ertinya fana' tiada ingat akan dirinya pada masa itu. Pada masa itu tatkala
lazat tiada ia teringat pada yang lain, melainkan Zat Allah.

"La fa'el fi solati ilallah" - Tiadalah aku berbuat sembahyang itu melainkan Zat Allah semata-
mata.

MUNAJAT : Sudah berjumpa hamba itu dengan Tuhannya.  Yakni fana' ia di dalam Zat Allah.
Seperti firman Allah Ta'ala,

"Fa ainama tuwallu fatsamma wajhullah" - Maka barang mana engkau hadapkan muka mu maka
di sanalah wujud wajah Tuhan kamu.

Dan sekaliannya itu binasa dan kekal Zat Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,
yakni fana' wujud dirinya dalam wujud Tuhannya. Ertinya tiada nama aku lagi melainkan nama
Zat Allah semata-mata.

TABDIL : Sudah berpindah ma'nikam di dalam kalimah insan rahsia Allah dan ialah yang
menghidupkan di dalam sembahyang itu hanya Zat Allah semata-mata.

MI'RAJ : Sudah naik martabat hamba itu kerana ia telah terwakil akan rahsianya itu kepadanya.

"La wujudu fi solati ilallah" - Tiadalah wujudku sembahyang lagi sudah berpindah kepada wujud
Zat,
yakni wujud Allah tiadalah ada sembah-menyembah dan puji-memuji di dalam sembahyang itu
hanya Zat Allah semata.

Demikianlah hakikat kita di dalam sembahyang (solat) ataupun di luar sembahyang. Amalan
yang wajib disertakan dengan perbuatan.

Empat maqam di dalam solat ini, mesti dilalui oleh para salik. Tidak boleh tidak, sama ada ia
tahu,
merasai atau bagaimana sekalipun perbuatan solatnya yang dikatakan hakikat sembahyang yang
sebenar-benarnya.

Di dalam Kitab Hakikat Insan (Haji Ahmad Laksamana),  ada dibicarakan bab hakikat solat dan
cara mengerjakan solat tersebut. Dan aku bersetuju dengan apa yang beliau persembahkan itu.
Kalau diperhitungkan dengan apa yang hendak aku sampaikan ini, ianya tidak ada jurang
bezanya. Cuma di sini aku tidak memasukkan bagaimana kaedah (kifiat) cara mengerjakan solat
tersebut (Hakikat Solat).

Pada mulanya aku hendak menggabungkan isi yang ada di dalam Kitab Hakikat Insan itu dengan
gabungan ilmu yang aku perolehi, tapi adalah tidak adil jika aku berbuat demikian kerana
mungkin saudaraku berdua sudah memiliki kitab tersebut. Jadi tidak perlulah aku mengulang-
ulangi isi kandungan kitab tersebut seperti bab menghilangkan diri, menilik diri, daim dan
sebagainya berkenaan hakikat solat.

Jadi di sini aku persembahkan version aku pula, tetapi tidak ada yang membezakan cuma
penyampaian maklumat sahaja berlainan.

Tafsiran ahli hakikat, yang mana "Allahu Akbar" itu ialah Sifat, Asma', Af'al. Bunyinya itu,
bunyi Zat,
Sifat, Asma' dan Af'al. Iaitu Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat itulah yang bernama Rahsia Allah
kepada batin di dalam diri kita iaitu rahsia itulah yang sebenar-benarnya Allah. Kerana ia
memerintah kepada
roh dan roh itu memerintah akan hati dan hati memerintah akan tubuh, maka berlakulah
kehendak rahsia kepada tubuh.

Tatkala berdiri sembahyang itu, yang ada sendirinya hanya Allah dan adapun yang mengata
"Allahu Akbar" itu Rahsia Allah jua, yakni Allah memuji dirinya sendiri.  Maka fana' kita
daripada ghairullah, seperti tiada lagi bertubuh zahir dan batin. Tiada lagi rasa hati dan tubuh
hanyalah diingatkan Zat Allah hingga hairanlah dan tercenganglah tiada tahu akan dirinya dan
tiada tahu akan Tuhannya.

Fahamilah pengertian yang aku khabarkan ini dengan sebaik-baiknya.

Wujud zahir wujud batin di dalam "Laut Hu" habis karam!

Asas sembahyang yang lima waktu itu daripada perkataan "ALHAMDU" - Alif, Lam, Ha', Mim,
Dhal.

Alif - itu menta'yinkan tajalli Allah Ta'ala itu dengan dua perkara. Pertama, tajalli Zat. Kedua,
tajalli Sifat. Sebab itulah Subuh itu dua rakaat.  Kenyataannya pada kita jasad dan roh.

Lam - isyarat pada wujud, ilmu, nur, syuhud. Iaitu asal lembaga Muhammad. Sebab itulah
Dzohor itu empat rakaat. Kenyataannya pada kita dua kaki dan dua tangan.

Ha' - isyarat kepada asal nyawa Muhammad itu empat. Wadi, madi, mani, ma'nikam. Sebab
itulah Asar itu empat rakaat. Kenyataannya kepada kita dua susu dan dua bahu.

Mim - isyarat kepada Allah, Muhammad, Adam, yakni Zat, Sifat, Af'al. Sebab itulah Maghrib
itu tiga rakaat, kenyataannya dua lubang hidung, satu mulut.

Dhal - isyarat asal lembaga Adam itu empat anasir,  air, api, angin, tanah. Sebab itulah Isya' itu
empat rakaat, kenyataannya kepada kita iaitu dua mata dan dua telinga.

Syariat Tujuh - fardhu, sunat, haram, makruh, mubah, sah dan batal.

Sifat Tubuh - hayat, ilmu, qudrat, iradat, sama', basar, kalam.


Adapun Sifat Ma'ani yang tujuh itu namanya DANBAH, ertinya pekerjaan Zat. Iaitu Hakikat
Muhammad.

"Syuhud al-katsrat fil wahdat"


Maksudnya : Pandang yang banyak di dalam yang satu.

"Nahnu anta nihi, wa'anta wahuwa"


Maksudnya : Kami itu engkau padanya dan engkau itu Ia jua.

"Walikulli fi huwa"
Maksudnya : Dan sekalian pada-Nya itu Ia jua ain'nya.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Hai segala manusia, sa-nya telah datang akan kamu hak daripada Tuhan kamu, Nabi
Muhammad SAW."

Adapun wujud yang lain daripada Allah itu sekaliannya fana' di bawah wujud Allah Ta'ala. Maka
tiadalah yang maujud hanya Allah Ta'ala jua. Tetapi wujud ilmu ini semata-mata menzahirkan
wujud Allah Ta'ala jua.

- SEMBAHYANG LIMA WAKTU ITU ASAL KITA -

1. Waktu Subuh dua rakaat -

Zat dan Sifat kita berada di dalam mumkin Allah. Namanya "Subuh Awal". Apabila telah keluar
daripada "Alam Rahim" Mim akhirnya.

2. Waktu Dzohor empat rakaat -

Wujud, ilmu, nur, syuhud. Kita berada di dalam kandungan "Dahi Bapa" bernama "Dzho".

3. Waktu Asar empat rakaat -

Hendak jatuh kepada ibu kita bernama "Asar".

4. Waktu Maghrib tiga rakaat -

Tatkala jatuh kepada "Rahim Ibu" kita bernama "Maghrib".

5. Waktu Isya' empat rakaat -

Sudah dikandung ibu "sembilan bulan" bernama "Isya'".

6. Waktu Subuh - keluar dari "Alam Rahim", Adam namanya.


Sebab itulah Maghrib, Isya', Subuh boleh dijaharkan (nyaringkan) bacaannya kerana sudah tentu
zahir kita. Dan waktu Zohor, Asar, itu tiada boleh dijaharkan(nyaringkan).

Hikmah Di Dalam "ALHAMDU", Di Dalam Sembahyang(Solat) -

1. Takbiratul ihram - "Allahu Akbar", maknanya menyerah diri kepada Allah, yakni fana'
(hilang)
dunia.

2. Berdiri - maknanya membesarkan Allah yakni Sifat Baqa'.

3. Membaca Fatihah - maknanya munajat kepada Allah yakni sa- Zat Allah.

4. Ruku' - menghinakan diri kepada Allah yakni sa-Sifat Allah. Esa Asma' Allah.

5. Mendampingkan diri kepada Allah - yakni memandang Sirr Allah, muraqabah ma'iyah
(taqarrub).
 

Menjadi lima waktu sembahyang sehari semalam, iaitu lima perhentian Nabi Muhammad SAW
Mi'raj untuk mengadap Allah Ta'ala :

1. Dari Makkah - Baitul Maqdis


2. Dari Baitul Maqdis - ke langit dunia
3. Dari ke langit ke dunia - ke langit yang tujuh
4. Dari langit yang tujuh - Sidratul Muntaha
5. Dari Sidratul Muntaha - kepada Qabbul Kausain

Inilah lima tempat perhentian seperti tersebut dalam "KAF, HA', YA, AIN, SHAD". Di sanalah
hakikat lima waktu.

MIM - Duduk Sembahyang - Ma'rifat


HA' - Sujud Sembahyang - Hakikat
MIM - Ruku' Sembahyang - Tariqat
DHAL - Berdiri Sembahyang - Syariat

 Bermula tatkala kita membaca Fatihah itu ialah berkata-kata dengan Allah dan
 ruku' itu ialahmusyahadah dengan Allah.
 Sujud dan duduk itu ialah TAWAJJUH (Berhadapan/berhadap) dengan Allah.
 Memberi salam itu ialah tempat sampai kepada Allah dan membacadoa itu ialah
mengembalikan pada Allah.

Adapun jasad yang dibangsakan kepada sembahyang itu tujuh :

1. Rahsianya -
Niat, iaitu bukanlah niat "Usalli". Tetapi ialah dibangsakan niat Zat Allah sudah nyata kepada
"Roh
Idhofi".

2. Nyawanya -

Takbiratul Ihram, iaitu bukanlah takbir "Allahu Akbar", tetapi bangsa takbiratul ihram kebesaran
Zat
Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi".

3. Kepalanya -

Fatihah, iaitu bukanlah "Alhamdulillah" itu, tetapi bangsa "Fatihah Rahman" Zat Allah sudah
nyata kepada "Roh Idhofi".

4. Tulangnya -

Ruku', iaitu bukanlah ruku' itu, tetapi bangsa ruku' bercermin nampak Zat Allah sudah nyata
kepada "Roh Idhofi".

5. Jasadnya -

Duduk, iaitu bukanlah duduk tahiyat itu, tetapi ialah duduk bangsa duduk "Sami' Allah" yakni
pemurah Zat Allah kepada "Roh  Idhofi".

6. Kakinya -

Sujud, iaitu bukanlah sujud biasa itu tetapi ialah bangsa sujud keelokkan Zat Allah kepada "Roh
Idhofi".

7. Tangannya -

Salam, iaitu bukanlah mengucap "Assalamualaikum" itu, tetapi ialah bangsa "salam sejahtera"
Zat Allah sudah nyata kepada "Roh Idhofi"

"Al-Qur'an itu AKU! Ayat Al-Aziim yang di dalam al-Qur'an itu engkau!"

Terdahulu Niat Dari Perbuatan

Adapun kifiat hendak "Takbiratul ihram" iaitu tatkala kita qamat hendaklah kita taslimkan
kepadanya sekalian pancaindera kita. Jasad dan roh kita itu ingat bahawasanya tiada
pendengaranku, tiada penglihatanku,  tiada penciumanku hanya Ia. Tiada gerakku dan tiada
diamku hanya Ia. Tiada gerakku dan tiada diamku hanya Ia. Tiada huruf dan tiada suaraku hanya
Ia. Tiada di hadapan dan tiada dibelakang hanya Ia. Tiada di kanan dan tiada di kiri hanya Ia.
Tiada diluar dan tiada di dalam hanya Ia. Tiada jauh dan tiada hampir hanya Ia. Tiada hamba dan
tiada Tuhan hanya Ia.
Adapun erti "Ia" itu iaitu wujud kita yang batin.  Demikianlah kekal musyahadah kita kepada
Allah Ta'ala.  Maka baharulah kita kata "Usalli fardhu Dzohri" umpamanya maksud dengan
takbiratul ihram itu bahawa hendaklah di dalam pengertian "Baiyadilul ajsamu binuri rabbiha",
ertinya "tukarkan cahaya dirimu itu dengan cahaya Tuhannya".

Jangan sekali-kali tempatkan wujud engkau hanya Ia jua, kerana tiada dinamakan Tauhid itu
melainkan "Hurujuka anka", ertinya "keluarkan engkau daripada wujud engkau". Inilah yang
dikatakan pada ta'rif fana' dan fana' ul-fana'. Maka apabila hasil yang demikian itu dinamakan
niat, baharulah hasil makna niat (Laharfin wala sautin) ertinya, "tiada huruf dan tiada suara".

Hakikat Pengertian Qasad, Ta'rad, Ta'yin.

Qasad - "Qasdu syai'in mu'taranan bifi'li"

Ertinya, "Disahaja sesuatu itu hal keadaannya".  Dipesertakan dengan perbuatannya iaitu pada
mengata Allah itu. Maka naiklah Rabbani yang tiada berkeputusan itu. Hingga tujuh petala langit
menyembah Tuhannya. Maka baharulah dapat nafi. Dan tatkala mengata "Hu" itu turun ia hingga
sampai kepada tujuh petala bumi, iaitu ia sudah dapat isbat. Dan tatkala mengata "Akbar" itu
Allah Ta'ala sudah meliputi sekalian alam. Adalah perbuatannya itu dengan i'tibar "dzauk"
semata-mata.

Adapun Qasad itu menyatakan niat dan sebenar-benar niat itu tiada berhuruf dan tiada bersuara.
Inilah yang dikatakan Zat Allah, iaitu rahsia kepada kita dan itulah asal niat dan tempat berniat
itu sebenarnya "Tuhan Mutlaq" yang wajibal wujud lagi bersifat Kamalat (Kesempurnaan).

Adapun Ta'rad itu menyatakan fardhu, dan sebenar-benar fardhu itu tajalli Sifat Allah Ta'ala.
Nur Muhammad pun ia, Insan pun ia. Adapun asalnya fardhu itu nyawa kita kerana nyawa itu
memerintah ia akan tubuh kerana jika tubuh itu tiada digerakkan oleh nyawa nescaya tiada
bergerak tubuh.

Adapun Ta'yin itu menyatakan waktu seperti Dzohor umpamanya, maka maksud dengan nyata
itu iaitu nyata Af'al Allah kepada jasad Adam yakni tubuh kita yang kasar itulah yang sebenar-
benar nyata.

ALLAHU (Asma') AKBAR (Sifat)

Qasad :
- Berdasarkan kepada tubuh.
- Diqasadkan tubuh yang zahir kepada tubuh yang batin.
- Ibadah yang sembah.
- Tubuh serta nyawa.

Ta'rad :
- Dita'radkan kepada hati.
- Ditentukan kepada tubuh yang batin.
- Ubudah yang disembah.
- Sifat Ketuhanan.

Ta'yin :
- Dita'yinkan kepada nyawa.
- Dinyatakan kepada Zat Allah.
- Ubudiah isi persembahan.
- Iman, Islam, Tauhid, Ma'rifat.

Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim, yakni fana'kan dirimu daripada yang
menyembah dan yang disembah. Apabila ada lagi yang menyembah dan yang disembah, maka
masih menjadi dua, belum menjadi esa hukumnya.

Fahamilah ianya dengan baik pengertian ini wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Pengertian
esa itu yang aku maksudkan untuk sebenar-benarnya. Semoga kita terselamat daripada
kehidupan beranasirkan syirik dan kejahilan diri.

Seperti kata Ahlu'l -Suluk (Hakikat) :

"Man 'abada'l-isma duna'l-ma'na fa qad kafara..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama tiada denganertinya (makna), maka bahawasanya telah
kafirlah ia..."

"Wa man 'abada'l-ma'na duna'l-isma fahuwa mushrik..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah erti tiada dengan nama, maka ia itu menduakan..."

"Wa man 'abada'-isma wa'l-ma'na fahuwa munafiq..."

Ertinya : "Barangsiapa menyembah nama dan erti (nama),  maka ia itu munafiq..."

"Wa man taraka'l-isma wa'l-ma'na fahuwa mu'minu haqqan."

Ertinya : "Barangsiapa meninggalkan nama dan erti (nama), maka ia mu'min yang sebenar-
benarnya."
 

Adapun fana' itu, pada ibarat, ialah melenyapkan segala ghairullah. Jika orang fana' lagi tahu
akan
fana'nya, maka adalah belum lagi ia fana', kerana fana' itu pada ibarat hapus daripada ghairullah.
Apabila belum hapus daripada ghairullah, belum fana'lah hukumnya. Apabila hapus daripada
ghairullah nescaya yang menyembah itu pun lenyap, disembah pun lenyap daripada rasanya,
yakni menjadi esa iaitu tiada lenyap sekali-kali. Adapun kepada suatu ibarat, fana' itu "syirik"
kepada Allah Ta'ala, kerana si 'asyiq tiada berwujud. Apabila tiada berwujud fana' hukumnya,
kerana kepada hakikat Ia Sendiri-Nya, tiada lain.
Seperti sabda Rasulullah SAW :

"'Araftu rabbi bi rabbi."  Ertinya : "Kukenal Tuhanku dengan Tuhanku."

"La yara'l-Laha ghayra'llah." Ertinya : "Tiada melihat Allah melainkan Allah."

"Ma'arafa'l-laha ghayra'llah." Ertinya : "Tiada mengenal Allah lain daripada Allah."

"Ra'aytu rabbi bi'ayni rabbi." Ertinya : "Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku."

Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana' hukumnya pada ibarat ini. Adalah suka
aku
memberi tahu adalah bahawa perkataan-perkataan ini terlalu mushkil untuk dihuraikan. Maka
adalah hendak kita mengetahui dan mempelajarinya daripada Guru Mursyid dan juga kepada
kalangan ahli-ahlinya (ma'rifat) yang ariffin lagi bijaksana.

ALLAHU (Nama) -
Lenyapkan diri yang zahir kepada diri yang batin dan hapuskan diri yang zahir kepada wujud
Allah.

AKBAR (Sifat) -
Maka ketika itu tiadalah yang maujud hanyalah Zat Allah, Sifat Allah dan Af'al Allah (Inilah
yang
dikatakan Maqam Mi'raj).
 

Turun <- Daripada Zat = Sifat kenyataan daripada Sifat = Asma' kenyataan daripada Asma' dan
Af'al kenyataan daripada Af'al.

Naik -> Hapus Sirr nyata Af'al. Hapus Af'al nyata Asma'. Hapus Asma' nyata Sifat, hapus Sifat
nyatalah Zat. (Inilah yang dikatakan Maqam Sirr).

Wallahu ta'ala a'lam.......

Pesanan dariku untuk saudara-saudaraku yang dikasihi,  pegangilah ianya akan ilmu hakikat
mengenal diri dan Allah ini dengan sebenar-benar genggaman yang erat dan tidak dilepas-
lepaskan. Jadikanlah ia sebagai bekalan di hari ini dan kemudian. Kalau sudah memandang ke
hadapan, tiada lagi istilah menoleh ke belakang di dalam "kamus" hidupku ini. Aku akan terus
kehadapan
dan kehadapan sampai bila-bila.

Bagiku, sekali bertasauf...sampai bila-bila pun akan aku bertasauf!

Pesanan ku lagi untuk kalaian semua. jadikanlah hujjahku ini sebagai pengi'tibaran di dalam
konsep
ilmu yang wajib disertakan dengan perbuatan. Aku sering mengingat dan menekankan bahawa
adalah ilmu itu adalah untuk diamalkan dan bukan diperagakan.  Janganlah sekali-kali jadikan
ilmuku ini sebagai hujjah dan perdebatan demi untuk mencari keuntungan yang tidak berfaedah
sama-sekali. Jadilah insan yang behemah dan sentiasa merendah diri terhadap segala sesuatu
dengan apa yang dilakukan.

You might also like