You are on page 1of 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

STAP 6073
ENVIRONMENTAL MANAGEMENT

ASSIGNMENT 1:
THE HISTORY OF ISO 14000 SERIES OF STANDARD

MAZLAN BIN MOHAMAD ZAIN


P51280
SESI 2009/2010

PENSYARAH: PROF. DR MD. FAUZI ABDULLAH


SOALAN 1:

SEJARAH SIRI PIAWAIAN ISO 14000

(THE HISTORY OF ISO 14000 SERIES OF STANDARD)

Piawaian adalah sangat penting dalam perdagangan antarabangsa kerana piawaian yang tidak
seragam akan mewujudkan halangan atau sempadan dalam perdagangan serta menjadikan
kelebihan sesetengah organisasi ke atas sesetengah kawasan atau Negara dalam dunia ini.
Piawaian menyediakan rujukan yang boleh dikenalpasti dengan jelas dan diakui di peringkat
antarabangsa serta merangsang persaingan yang saksama di dalam ekonomi pasaran bebas.
Piawaian menyediakan satu perdagangan yang menghasilkan kualiti yang sentiasa meningkat,
boleh dipercayai, boleh digunapakai secara meluas dan bersesuaian, memudahkan
penyelenggaraan dan mengurangkan kos.

Organisasi yang kini dikenali sebagai ISO bermula pada tahun 1926. Pada masa tersebut ia
dikenali sebagai International Federation of the National Standardizing Assiciation (ISA).
Organisasi ini banyak memfokuskan aktivitinya terhadap kejuruteraan mekanikal. Walau
bagaimanapun, ianya dibubarkan semasa perang dunia kedua dan di tubuhkan semula dengan
nama sekarang pada tahun 1946 iaitu ISO.

Ramai yang percaya bahawa gerakan pelindungan alam sekitar bermula pada sekitar tahun
1960an. Namun begitu. sentimen environmentalisme telah dapat dilihat bermula sebelum itu lagi
iaitu pada akhir 1800-an lagi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Undang-undang
perlindungan alam sekitar yang pertama telah wujud di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai
Refuse Act of 1899.

Peningkatan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan alam sekitar pada tahun 1980-an menghasilkan
peningkatan kesedaran pengguna yang lebih besar terhadap masalah-masalah berkaitan alam
sekitar. Sehubungan dengan itu, semakin banyak peraturan berkaitan dengan penjagaan alam
sekitar digubal dan diperakukan di mana syarikat-syarikat mula menggunakan kepatuhan
mereka dalam mengikuti peraturan-peraturan tersebut sebagai salah satu alat pemasaran.
Persidangan Rio Mengenai Alam Sekitar (Rio Conference on Enviroment) pada tahun 1992
menghasilkan peningkatan kesedaran dan komitmen masyarakat dunia tentang kepentingan
penjagaan dan perlindungan terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran ini, ditambah pula
dengan rundingan GATT di Uruguay pada tahun 1986 yang menyeru penghapusan halangan-
halangan perdagangan tanpa cukai (non-tariff trade barriers) menjadi dorongan di belakang yang
membawa kepada kewujudan ISO 14000. Selain itu, Business Council for Sustainable
Development (BCSD) dan United Nation Committee for Sustainable Development pada April
1991 telah meminta agar bidang-bidang Pengurusan Alam Sekitar dipiawaikan mengikut ISO.
Idea pembentukan siri ISO 14000 muncul terutamanya selepas rundingan GATT di Uruguay
pada tahun 1986 dan Persidangan Rio Mengenai Alam Sekitar (Rio Conference on Enviroment)
pada tahun 1992 ini.

Selepas penerimaan yang cepat dan baik terhadap ISO 9000, serta pertambahan piawaian alam
sekitar di seluruh dunia, International Organisation for Standardisation (ISO) telah menilai
keperluan piawaian-piawaian pengurusan alam sekitar antarabangsa yang seragam. Pada Oktober
1991 pula Strategic Advisory Group on Environment (SAGE) dibentuk bagi menilai keperluan
piawaian dalam pengurusan alam sekitar dan mempertimbangkan sama ada piawaian-piawaian
tersebut dapat:-

 Mempromosikan satu pendekatan umum terhadap pengurusan alam sekitar sama dengan
pengurusan kualiti
 Memperkembangkan kebolehan organisasi untuk mengekalkan dan mengukur kemajuan
prestasi alam sekitar
 Mempermudahkan perdagangan dan membuang halangan perdagangan

Maka, dalam tahun 1992, SAGE mempunyai dua produk akhir iaitu:-

i. Pada Januari 1992, satu siri cadangan ISO/IEC untuk pengurusan alam sekitar
telah diserahkan kepada persidangan persediaan UNCED.
ii. Pada Oktober 1992, ia meningkatkan cadangan kepada ISO/IEC untuk
membentuk satu jawatankuasa teknikal baru untuk membangunkan piawaian
dalam bidang pengurusan alam sekitar.

Cadangan kepada UNCED ini menjadi unsur penting dalam dokumen utama yang terhasil dari
persidangan; iaitu Agenda 21, dokumen menyeluruh panduan dasar serta Pengisytiharan Rio
yang mengandungi prinsip-prinsip untuk mencapai pembangunan lestari.

Cadangan kepada ISO/IEC membawa kepada pembantukan satu Jawatankuasa Teknikal baru
ISO yang dikenali sebagai ISO/TC 207 – pengurusan alam sekitar pada Januari 1993 untuk
menggubal dan menghasilkan piawaian pengurusan alam sekitar. Jawatankuasa ini kemudiannya
membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil dan kumpulan kerja yang melibatkan wakil-wakil
dari pihak industri, organisai-organisasi piawaian, pihak kerajaan dan organisasi-organisasi
berkaitan alam sekitar dari pelbagai Negara.

Pada bulan Jun 1993, Jawatankuasa Teknikal ISO TC 207 telah mengadakan sesi plenary
inauguralnya di Toronto dan telah menghasilkan piawaian Sistem Pengurusan Alam Sekitar
(Environmental Management System) iaitu siri ISO 14000. TC 207 membentuk pula
jawatankuasa-jawatankuasa kecil (subcommittee) dan kumpulan kerja (WG) yang
bertanggungjawab terhadap pembentukan setiap siri ISO 14000 tersebut dalam bidang-bidang
berikut:-
 SC1: Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System - EMS)
 SC2: Pengauditan Alam Sekitar (Environmental Auditing - EA)
 SC3: Pelabelan Alam Sekitar (Environmental Labelling - EL)
 SC4: Penilaian Prestasi Alam Sekitar (Environmental Perfomance Evaluation - EPE)
 SC5: Analisis Kitaran Hayat (Life Cycle Analisys - LCA)
 SC6: Istilah dan Takrifan (Terms and Definitions)
 SC7: Pengurusan Gas Rumah Hijau dan Aktiviti Berkaitan
 WG1: Aspek-aspek Alam Sekitar dalam Piawaian-piawaian produk
(Environmental Aspects in Product Standard)
 WG2: Forestry
Akhirnya, siri ISO 14000 diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1996. Ia direkabentuk untuk
merangkumi:-

 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management System - EMS)


 Pengauditan Alam Sekitar (Environmental Auditing - EA)
 Pelabelan Alam Sekitar (Environmental Labelling - EL)
 Penilaian Prestasi Alam Sekitar (Environmental Perfomance Evaluation - EPE)
 Analisis Kitaran Hayat (Life Cycle Analisys - LCA)
 Aspek-aspek Alam Sekitar dalam Piawaian-piawaian produk (environmental aspects in
product standards)

Siri ISO 14000 ini dihasilkan berdasarkan piawaian British BS 7750 yang ditetapkan pada tahun
1992 iaitu sama seperti standard ISO 9000 yang juga berdasarkan piawaian British BS 5750,
1979,. Piawaian ini juga sebagai asas kepada European Union's Eco-Management and Audit
Scheme (EMAS) yang menghasilkan serangkaian piawaian yang lebih ketat di mana ianya
sangat dipengaruhi oleh tingginya piawaian berkaiatan alam sekitar syarikat-syarikat dari
Jerman. EMAS berbeza dari ISO 14000 kerana ia menekankan pelaporan alam sekitar awam
(public environmental reporting).

Kebanyakan organisasi-organisasi kurang berminat dengan ISO 9000 pada peringkat awal
pembangunannya. Namun begitu, mereka terkejut dengan penerimaan yang meluas terhadap ISO
9000. Maka mereka agak berhati-hati dalam dalam penerimaan piawaian antarabangsa baru
seperti ISO 14000 dan mengambil bahagian yang lebih aktif dalam pembangunannya.
Selanjutnya, piawaian BS 7750 diperlunakkan lagi agar ianya dapat diterima oleh negara-negara
lain selain Eropah. Ini kerana, khususnya syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat sangat ragu-
ragu untuk menyokong rangkaian piawaian pengurusan alam sekitar ini kerana kebimbangan
mereka boleh dikenakan saman sivil yang mahal jika berlaku pelanggaran terhadap piawaian-
piawaian tersebut. Sesetengah organisasi juga bimbang kerana dokumentasi yang menyeluruh
serta ekstensif oleh siri ISO 14000 akan digunakan untuk melawan mereka dalam tindakan
undang-undang apabila berlaku pelanggaran terhadap peraturan-peraturan dari dokumen
tersebut.
Pertubuhan-pertubuhan ini waspada terhadap piawaian antarabangsa yang baru di ISO 14000 dan
mereka mengambil minat yang lebih aktif dalam pembangunan itu. Selanjutnya piawaian BS
7750 diperlunak agar dapat diterima oleh negara-negara di luar Eropah. Secara khusus, syarikat-
syarikat AS yang boleh dikenakan saman sivil mahal, sangat ragu-ragu untuk menyokong set
yang ketat standard pengurusan persekitaran hidup. Ketakutan adalah bahawa pelanggaran
terhadap piawaian-piawaian ini boleh mengakibatkan kepada litigasi. Beberapa organisasi,
misalnya, ketakutan bahawa dokumentasi yang menyeluruh diperlukan oleh siri ISO 14000 boleh
digunakan untuk melawan mereka dalam segala tindakan undang berlakunya pelanggaran
terhadap peraturan persekitaran. Sebenarnya piawaian alam sekitara ISO 14000 berurusan
dengan bagaimana sesebuah syarikat mengurus alam sekitar di dalam kemudahannya dan
sekitarannya. Ia focus terhadap kesedaran terhadap proses dan prosedur yang boleh memberi
kesan terhadap alam sekitar. Ia perlu dinyatakan bahwa pematuhan terhadap piawaian ISO14000
tidak akan membebaskan syarikat tersebut terhadap peraturan kebangsaan dan tempatan berkait
dengan isu prestasi yang spesifik terhadap alam sekitar

Beberapa standard dalam siri ISO 14000 yang terbentuk adalah:

• ISO 14001 - Spesifikasi Sistem Pengurusan Alam


• ISO 14004 - Kod Piawai
• ISO 14010 hingga 14015 - Pengauditan Alam Sekitar dan Kegiatan Berkaitan
• ISO 14020 melalui 14024 - Pelabelan Alam Sekitar
• ISO 14031 melalui 14032 - Penilaian Prestasi Alam Sekitar
• ISO 14040 melalui 14043 – Penilaian Kitaran Hayat
• ISO 14050 – Istilah dan Takrifan

Walaupun piawaian ISO 14000 mirip dengan piawaian ISO 9000, sifat piawaian alam sekitar
mencipta keperluan tambahan yang diperlukan golongan profesional dalam bidang teknikal
alam sekitar untuk mempertahankan dokumentasi atau sijil yang diperlukan.

You might also like