You are on page 1of 15

DEFINISI NEGARA

Walaupun satu institusi yang sejagat, tetapi tidak ada penulis yang sependapat tentang
definisi negara

Pelbagai pendapat tentang definisi Negara:


1.Organisasi penting dan didirikan untuk menjaga kepentingan kesemua ahli masyarakat.
2.Sistem kuasa
3.Sistem kebajikan
4.Pembentukan yang sah sama ada perhubungan antara memerintah dengan yang
diperintah atau sebagai sebuah masyarakat yang segala tindakannya tertakluk kepada
peraturan undang-undang yang sah.
H.D Lasswell dan A.Kaplan :

“ Sebuah kumpulan yang tinggal di sesebuah wilayah yang berdaulat”

Robert A.Dahl

Satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang bermastautin dalam sebuah
wilayah dan mempunyai kerajaan yang memerintah wilayah tersebut

Frederick M.Watkins

Sebahagian daripada masyarakat yang disempadankan di dalam kawasan


dan dipersatukan oleh kesetiaan kepada satu badan yang berdaulat.

[Kepunyaan satu lembaga yang berwibawa dan muktamad yang memutuskan segala
peraturan bagi masyarakat tersebut]
Geoffrey K.Roberts

- Menekankan ciri-ciri wilayah, penduduk dan pemerintah sebagai unsur


asas negara dan menurut beliau negara pasti mempunyai pemerintahan
yang akan memonopolikan segala kuasa yang sah dan dengan itu negara
berhak memaksa rakyatnya tunduk kepada undang-undang serta
arahannya
• Negara harus merangkumi sebuah wilayah yang terdapat penduduk dan penduduk ini pula
diperintah oleh satu badan politik yang berdaulat atau berkuasa mutlak.
•kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara
kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang,
•benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak
memerintah tanahnya.
•Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud
secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti
negara Somalia
•Sejak President Siad Barre dijatuhkan pada 1991,
Somalia tidak mempunyai kerajaan pusat

•Bahagian timur barat Somalia mengumumkan sebagai


Republic of Somaliland.

•Kemerdekaan wilayah ini, tidak mendapat pengesahan


badan antarabangsa

• Lanun Somalia tidak dapat dikawal


MONARKI

Negara yang pemerintahnya dikuasai oleh golongan


raja dan sultan serta kaum kerabatnya.
Mereka memonopoli kuasa eksekutif.
Tahta kerajaan diwarisi secara keturunan
Contoh negara; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darus
Salam.
REPUBLIK

Negara yang tidak menjadikan raja sebagai ketua negara.


Kebanyakan negara republik moden, ketua negara terletak di
bawah seorang Presiden.
Presiden merupakan golongan rakyat biasa.
Negara republik mengamalkan sistem kerajaan demokrasi. Iaitu
presiden dilantik dalam pungutan suara atau pilihan raya.

Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Peranchis,


Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.

Di kebanyakan negara republik, tempoh pemerintahan seseorang


presiden itu dihadkan antara empat tahun hingga enam tahun
atau selama satu penggal.
Dalam konteks negara republik pada hari ini ada dua jenis pemerintahan
presiden.

1. Sistem Presiden sepenuhnya.


a. Presiden sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
b. Presiden bertanggungjawab untuk memerintah negara
c. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
d. Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico dan Korea
Selatan.

2. Sistem Separa Presiden.


a. Presiden hanya sebagau ketua negara.
b. Ketua Kerajaan di bawah seorang Perdana Menteri
c. Kedua-duanya terlibat dalam mentadbir negara tetapi dalam bidang
kuasanya 
diasingkan.
d.Contoh negara; Peranchis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.
DEMOKRASI

•Negara yang mengamalkan sistem demokrasi,


mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang
bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan
adalah parti yang mendapat undian majoriti daripada
rakyat.
Berasaskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk
rakyat"
Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah;

1. Menjamin hak asasi rakyatnya


2. Rakyat bebas untuk bersuara dan enyatakan idea
3. Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4. Rakyat yang mencapai had umur tertentu berhak untuk menajdi
pemilih dan bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
5. Pengundian dibuat secara sulit
6. Kemenangan sama ada calon atau parti bergantung kepada bilangan
undi serta kerusi yang dimenangi dalampilihan raya.

Negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga


mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.

Terdapat dua jenis pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan


sistem demokrasi.
a. Raja Berperlembagaan
Contoh; Malaysia, Britain, Negara Thai dan Jepun
Raja adalah simbolik sahaja.
Raja adalah ketua negara

b. Republik
Contoh; Singapura, Filipina, India, Amerika Syarikat
Tidak mempunyai raja.
Ketua negara ialah presiden.
Kuasa presiden bergantung kepada sistem yang diamalkan di negara
tersebut.
Umpamanya di Singapura dan India, jawatan presiden hanya
simbolik sahaja.
AUTOKRASI

Negara yang yang diperintah oleh seseorang diktator


yang berkuasa mutlak.
Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan
dan ugutan untuk mengekalkan kekuasaan.
CIRI-CIRI NEGARA

•Wilayah
• Penduduk
• Kerajaan
•Kedaulatan

You might also like